CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kimmy

OH! PIL SEUNG BONG SOON YOUNG - Sesi Borak2..

[Copy link]
 Author| Post time 17-6-2005 11:36 PM | Show all posts
Captf4.....ni khas untuk kau........Episod 1

Cucu kepada Puan Pengarah Shin terlibat dalam pelanggaran akibat mabuk semasa memandu, menyebabkand ia mati ditempat kejadian. Puan Pengarah meminta Setiausahanya mengumpulkan semua ketua bahagian untuk mesyuarat tergempar.

Salah seorang ketua bahagian bukan main lagi berlakon, menyatakan kesediahan atas kematian satu2 nya cucu dan pewaris pada Puan Pengarah Shin.....ia2 dia menangis sambil tak mengeluarkan air mata....lama2 kena tempelak suruh diam dari Puan Pengarah.  Puan Pengarah mahu berbincang untuk mencari pengganti bagi mewarisi syarikatnya.

Ketua Bahagian/Penolong Utama Min, cukup gembira bila diumumkan untuk mencari pewaris syarikat......dia rasa diri dia mesti terpilih.......tapi bila geng dia cakap, entah2 Puan Pengarah ada anak luar nikah.....terbantut kejap otak dia.

Puan Pengarah, meminta setiausahanya mencari seorang lagi cucunya yg selama ini tidak diktiraf sebagai cucu.

Sementara disebuah kampung...Oh Pil Seung sedang berlari kerana dikejar olih orang kampong.

Setiausaha  Yoon dapat mengesan Oh Pil Seung yg sedang bersiap2 nak larikan diri....bila ditanya mana Oh Pil Seung...dia tak mengaku dirinya Oh Pil Seung...naik dia skuter yg dipandu olih g/f......sambil dikejar olih orang kg....last2 sukter tu terbabas.....tapi sempat lagi Oh Pil Seung berlari kestesen keretaapi......tapi bertembung lagi sekali dgn Setiausaha Yoon....tak sempat gak orang tua ni nak tahu mana Oh Pil Seung...dia dah naik keretapi.   Last2 dia dapat tahu itu Oh Pil Seung, bila g/f Oh Pil Seung panggil nama dia.

orang2 kg, balik semula ke rumah dgn bersungut2, sbb Pil Seung dapat larikan diri.  Seitausaha Yoon, tanya kenapa tak dilaporkan saja pada polis....kata mereka Pil Seung bukannya jahat, lagi pun dia dari kecik lagi dah selalu ambik duit orang kg.......nak pergi cari bapak dia.  Walau pun dia ambik duit orang kg...tapi mereka masih memuji dia baik hati, selalu menolong orang.  Setiausaha Yoon nak bayar duit yg Pil Seung ambik dgn credit card.....bila2 tiba datang sorang nenek bawa duit yg tercicir dari poket Pil Seung....dah lah orang kg, risau Pil Seung tak berduit.....kelakar tul orang kg ni.....:lol

Kat sebuah kedai makan, Jin Pyo  anak pemilik kedai makan, menerima panggilan....bila dia dengar je suara kat talipon tu , terus je dia letak. Rupanya Oh Pil Seung yg talipon dia kat stesen keretapi. Punyalah takut dia Oh Pil Seung talipon...dia tgk je talipon, sampaikan bapak dia tanya...apa yg dia dendam dgn talipon tu.  Asal bunyi je talipon, cepat2 dia letak.

Oh Pil Seung yg bengang tak dapat cakap dgn Jin Pyo seluk2 poket sebab perut dah lapar...tgknya poket dia dah koyak, duit dlm poket dah hilang semua....kemudian baru dia ingat duit dia tercicir dlm kereta sorong seorang nenek masa dia melangkah dan terjatuh. Di seluknya poket sebelah...yg ada duit shiling.  Tgh ia2 kira duit...tiba2 bahu dia dilanggar orang....habis berterabur duit dia jatuh.

Punyalah bengang dia sambil pungut duit dia...lepas tu marahkan orang yg melanggarnya....yg langgar dia Bong Soon Young, anak pemilik kedai makan, dan adik kepada Jin Pyo.  Soon Young lak tgh mabuk...tak ingat diri....habis2 dia kutuk Pil Seung...katanya lelaki semua tak guna...asyik tinggalkan dia saja. Bertekak gak lah kejap Pil Seung dgn Soon Young, habis2 kisah dia kata Soon Young gila dan terus berjalan.

Baru beberapa langkah....Soon Young panggil dia...suruh pulangkan bag dia.  Terkejutlah kawan ni...bila masa lak dia ambik bag Soon Young. Mati2 Soon Young tuduh Pil Seung ambik bag dia....siap ditumbuknya kawan tu....tgh bising2 tu datanglah dua orang polis......cepat je Soon Young tuduh Pil Seung curi bag dia.  berbuih2 mulut Pil Seung terangkan dia tak ambil bag Soon Young....siap bagi history perjalanan dia yg baru sampai dari kg.....tapi polis dua tu.... orang pandang semacam je kat dia.

Kat rumah Soon Young maknya menerima panggilan talipon.....Jin Pyo yg dengar bunyi talipon berlari2 nak angkat, tapi mak dia dah dapat dulu...rupanya talipon dari bar....Soon Young tertinggal bag tangan dia kat situ.  Jin Pyo kat sebelah...lega dengar, bukan dari Pil Seung.

Di balai polis.... polis gari Pil Seung dgn Soon Young yg terlentuk kat bahu dia.  Polis2 kat situ, tanyalah kat rakan2 dia orang kenapa ditangkap dan digari Pil Seung.....ceritalah polis tu pasal apa...ada lak dua orang malaun yg sama kena tangkap, masuk campur, katanya kenapa Pil Seung ambil kawasan dia orang......kata kawan dia, baik balun je Pil Seung....sekali kena tempik suruh diam dek polis.....terdiam terus.

Soon Young asyik terlentuk je kepala dia kat Pil Seung....jenoh Pil Seung nak tolak kepala dia.  Bapak Soon Young datang bersama Jin Pyo nak ambil Soon Young....sambil minta maaf pada Pil Seung.....Jin Pyo lak dah perasan yg Itu Pil Seung....cuba2 nak sorok muka dia dari dilihat Pil Seung...tapi bila bapak dia panggil nama dia....Pil Seung dah perasan.  Bukan main suka Pil Seung jumpa Jin Pyo...terus dipeluk2nya kawan tu.

Besok paginya Soon Young bangun nak pergi toilet....tapi mata dia masih mengantuk lagi.  Lelap2 biji mata terus je ke toilet, buka seluar, buat bisnes dia sambil keluar kan angin dia.......yg terkejut sakan, Pil Seung yg tgh mandi, dok sibuk2 shampookan rambut dia......sampaikan suara tak terkeluar.

Bila dah habis, Soon Young nak keluar, baru dia perasan macam ada orang dalam toilet tu.....barulah dia bukak mata dia besar2....mula2 dia tgk aje....tapi bila dia pandang kat bawah..jam tu gak dia menjerit...sama dgn Pil Seung menjerit gak.  Diambiknya pam tandas tu nak ditonyohkan kat muka Pil Seung....sempat lak tu Pil Seung  ambik tuala tutup badan dia.

Dahlah kecoh pagi tu...habis satu keluarga keluar tgk apa yg terjadi. Berkeliling Pil Seung lari kena kejar olih Soon Young....marah Soon Young kenapa keluarga dia benarkan orang asing tidur dirumahnya......tak habis kat situ, kat abang dia pun dia marah, sbb benarkan kawan dia menumpang dirumah mereka.

Jin Pyo kemudian beri amaran pada Pil Seung yg dia hanya menumpang untuk sementara waktu disitu sehingga dia mendapat kerja. Buat sementara Pil Seung menolong kerja di kedai makan Jin Pyo....sambil  dlm bas Soon Young geram je bila teringatkan Pil Seungtu yg sempat menyindir  dia yg dah jumpa bag dia....sampaikan tertepuk penumpang didepan...habis lak orang yg berdiri dok tgk dia......Soon Young kerja kat pasar raya.

Jae Ung, pegawai diSyarikat kepunyaan Puan Pengarah, saperti biasa meninggalkan teman wanita setelah bermalam bersama.  Dalam perjalanan kepejabat, keretanya berhenti bersebelahan dgn Pil Seung yg sedang melihat peta jalan.  Pil Seung mengetuk tingkap kereta Jae Ung dan bertanya dimana tempat didalam petanya....tiba2 lampu bertukar hijau, dan Jae Ung tanpa menjawab terus je jalan dgn bawa peta Pil Seung sekali.

Naik darahlah Pil Seung dikejarnya kereta Jae Ung dgn motor dia.......entah macam mana Jae Ung ternampak Pil Seung mengejar dia kat cermin...dicampaknya peta Pil seung...melayang peta tu melekat kat muka Pil Seung...dah lah kawan  tu tak nampak jalan, langsung terbabas dan jatuh.

Tak puas hati dia, bangun kejarnya lagi...dah tak nampak lak....cari2 ternampak dia kereta Jae Ung...elok je park kat satu bangunan.

Jae Ung pula ditegur olih bapanya Setiausaha Yon, yg datang kepejabat sesuka hatinya saja......Jae Ung tidak suka bapanya menegur dia.

Pil Seung yg tiba kat tempat kerja Jae Ung, cuba meminta naik keatas, nak cari Jae Ung, tapi ditahan olih securiti.....alih2 dia kena heret keluar bila dia cuba nak naik lift. END
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2005 12:22 AM | Show all posts
thank you kimmy for the synopsis. aku tengok 2nd half je, af nye pasal le..
kelakar gile la cite ni.. chae rim pun cute sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 02:12 PM | Show all posts
ok gaks citer ni..1st episod pun dh menarik..klakar lak tu...hmm yg hero tu muka iras2 anak setiausaha yoon tu gak..org sama ker actually?..:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 03:22 PM | Show all posts
ha'ah laa.. muke diorang due macam nak same..
hehhehe.. lawak laa tak penah tgk chae rim berlakon gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2005 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by ahlam_nabiha at 18-6-2005 02:12 PM:
ok gaks citer ni..1st episod pun dh menarik..klakar lak tu...hmm yg hero tu muka iras2 anak setiausaha yoon tu gak..org sama ker actually?..:stp:



bukan orang yg sama.......hero tu Ahn Jae Wook , anak setiausaha Yoon tu Ryu Jin
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 18-6-2005 16:34:



bukan orang yg sama.......hero tu Ahn Jae Wook , anak setiausaha Yoon tu Ryu Jin


Kimmy, tu Ryu Jin yg berlakon dalam Summer Scent tu ke? Nampak lain plak bila rambut panjang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2005 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by sizuka at 18-6-2005 06:32 PM:


Kimmy, tu Ryu Jin yg berlakon dalam Summer Scent tu ke? Nampak lain plak bila rambut panjang...




a'ah dia main dlm drama Summer Scent......dia tukar style rambut....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2005 03:21 PM | Show all posts
MUNNA SUKA MASA PART HERO NGAN HEROIN JUMPA .......CITER MESTI KELAKAR .....PUAN PRESIDEN TU YG BERLAKON DLM JITP JADI KETUA DAPUR KAN!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2005 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by munna at 19-6-2005 03:21 PM:
MUNNA SUKA MASA PART HERO NGAN HEROIN JUMPA .......CITER MESTI KELAKAR .....PUAN PRESIDEN TU YG BERLAKON DLM JITP JADI KETUA DAPUR KAN!!!



a'ah  ....dari ketua dapur..jadi puan presiden lak sekarang...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 17-6-2005 11:36 PM:
Captf4.....ni khas untuk kau........Episod 1


:clap::bgrin: :hug:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 08:23 AM | Show all posts
tapi muka ketua dapur ngan puan presiden tetap maintain .....cool je!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 08:32 AM | Show all posts
sib baik ada sinopsis, mlm ni aku tgk bleh gak paham.......   hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 08:59 AM | Show all posts
kita suka part dekat stesen ketapi tu. masa budak comel tu mabuk. dia membongkok kemudian tidur. kelakar sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 08:24 AM | Show all posts
bila Ahn Jae Wook  berdiri sebelah Ryu Jin......terserlah pendeknya dia ni......kelakar tengok perangai pil seung yg lurus bendul........

kiranya dlm citer ni sebenarnya pil seung dgn anak setiausaha  berebut nak jadi presiden ke atau mereka cuma nak berebut utk pikat Soon Young
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 08:46 AM | Show all posts
hari ni la baru dorang tau saper Pil Seung tu ye???
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 09:09 AM | Show all posts
alahai kelakar betul Pil Seung smlm part makan tu bila dia berimaginasi dia terlentang kat operation theater gan dlm penjara tu...bagai nak pecah perut bel ketawa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2005 09:48 AM | Show all posts
aku tgk episod 2 smlm....  best gak kan.....  kiranya ryu jin dlm citer nie baik jugak ke...??  dorang gaduh sbb nak rebutkan chae rim je ke atau pasal jawatan sama...??

Ryu Jin memula nampak mcm eksyen je...  Tapi bila tgk dia  masa majlis kawan dia mati, tak rasa dia jahat....  nampak dia ok, cuma dia stail mcm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 2005-6-17 11:36 PM:
Captf4.....ni khas untuk kau........Episod 1

Cucu kepada Puan Pengarah Shin terlibat dalam pelanggaran akibat mabuk semasa memandu, menyebabkand ia mati ditempat kejadian. Puan Pengarah m ...



kimmy tq...episod pertama ari tu tak sempat tengok..akhir dpt baca faham le apa terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 10:38 AM | Show all posts
AKU PUNYA la bersmenagta nak tgk citer nie hari juaamt hari tuh...tetiba terlupa lak....bila bukak dah habissss....hampehsssssnya...

tapi dapat tgk eps dua puas hati gak ...mmg best la citer... kelaka.... tapi "sebnya aku tak ebrapa suka Chae Rim)...tak pe la yg penting citer best..

memula iklan citer nie  tayang kat tv aku ingta kan jang na ra sebab aku minat gilerr kat dia... tapi lama tgk lein plak heroin dia.... tak pe la chae rim pon chae rim la aku dah kemaruk nak tgk citer korea nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 10:53 AM | Show all posts
tgk 2nd episode semlm je....

syok gak layan cite ni....huhuhuhu....bermakna sket aktiviti mlm...hehhe...lama dah tak layan cite korea ni....cite2 korea ni  mesti ada unsur lawak kan....tp on the same time ada gak la bab syahdu....hak hak hak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053276 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list