|
uikzz??!...sape tuh ?..
lama tak ikut cite ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang lelaki muda berdiri tegak dihadapan Lia. Lia mendongak saat lelaki itu menegurnya. Kehairanan dia tidak mengenali lelaki tersebut.
Lelaki itu menyapa , |
|
|
|
|
|
|
|
Esok dia dan Fahmi akan pulang. Tidak sabar dia hendak pulang. Hatinya tidak tenteram langsung. Hampir 2 minggu dia mendiamkan diri. Apa agaknya yang difikir Alia. Kasihan juga hatinya tapi sebenarnya dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Hendak dia melupakan semuanya tidak mungkin kerana saban waktu dia rasa bersalah. Tapi ..
" Ah! aku lelaki , perkara biasa apa yang aku lakukan ini " Amir cuba menyedapkan hatinya. " Apa?? lelaki dan dengan adanya nama lelaki ini senang senang kau boleh buat apa yang kau nak Amir?" di mana harga diri kau hah?" bermain dia sendiri dengan fikirannya.
" Apa yang kau susah Amir !" berkata lagi hatinya. " Lupa kan sahaja perempuan itu yang bodoh!" ha ha ha kau dapat apa yang kau nak! so buat apa pening kepala ? lupakan sahaja!" sekali lagi dia bermain dengan perasaannya.
" Bagaimana boleh aku biarkan begitu bodoh!" aku yang mengyakinkan dia, tapi aku tidak tahu Malisa setuju atau tidak ! dan jika Malisa tahu matilah aku !" ha ha ha ketawa lagi hati gelapnya . " Sudah ku bilang ..kau lelaki bodoh nah! telah kau lakukan lihat sahaja apa jadahnya nanti!" sudahlah Amir jangan berlagak baik!"
" Kau sememangnya telahmenduakan isterimu!" padan muka kau !" Amir mendengus. "Subahanallah" Amir beristighfar. Amir diam. Hilang tumpuannya saat ini.
Matanya rakus mencari Fahmi. Di lobi juga tidak ada. Cab telah dia hubungi. Semakin lama dia di Bangkok semakin serabut otaknya. Kerjanya telah selesai , saki bakinya dia menyerahkan Fahmi menyelesaikan. Fahmi lebih arif dalam bidan g teknikal. Dan apatah lagi saat ini dia tidak dapat menumpukan perhatian. Amir ingin cepat pulang dan bertemu isterinya dan juga ahh! mungkin Malisa juga.
************************************************************
Sedang Malisa di rumah sedang sibuk menyiapkan makan malam. Jam di dindinh dilihat sudah pukul 10 pagi. Malam nanti Amir pulang. Ingatnya dia ingin memasak masakan kesukaan Amir malam nanti. Kelam kabut dia menyediakan semua kelengkapannya.
Daniel anak kecil setahun lebih duduk di baby walkernya dan leka bermain dengan mainanya. Apalah yang dia tahu anak kecil tidak tahu apa apa ..yang dia tahu Amir papanya dan Malisa mamanya.
Malisa..leka menyiang ikan parang yang dibeli. Dia ingin memasak asam pedas kesukaan Amir. Tidak sabar dia menanti kepulangan Amir. Suaminya yang sertus peratus diletakkan kasih dan sayang. Percayanya dia akan Amir dan jika dia tahu pasti terguris hati perempuannya. |
|
|
|
|
|
|
|
cayocayo.......Mia.... :pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Tepat jam sembilan setengah Amir selamat tiba.
Kepulangannya disambut senyum manis Malisa. Daniel sudah tidur. Sengaja Malisa menidurkan Daniel awal. Dia rindu akan Amir lantas dia ingin sedikit susana romantis bersama Amir.
" Abang dah balik, emm bestnya" seloroh Malisa. Disambung lagi katanya.
" Abang dah makan?" Lisa masak lauk kesukaan abang, emm asam pedas" Malisa mengenyitkan matnya.
Amir senyum sedikit lelah dia. Di angkat bag sandangnya dan di letakkan di sofa.
" Ok, boleh jugak, tapi abang nak mandi dulu. Err Daniel mana? senyap je rumah ni ?" Amir menilau matanyanya mencari buah hatinya.
Malisa menyambut jaket dan mengambil bag suaminya sambil berkata. Dia mendekati Amir.
" Alaa Daniel lisa dah tidurkan bibik pun Lisa suruh tidur awal. Daniel tidur dengan bibik hari ni, Lisa rindu kat abang" Lembut suaranya.
Amir senyum. Di usap lembut rambut Malisa.
" Abang mandi dulu ok." Amir naik ke bilik atas. Di dalam koceknya handphonenya. Dia ingin cepat naik keatas.
Malisa tidak mengesyaki apa apa. Malah dia tidak sabar untuk makan bersama suaminya. Dia menuju kedapur menyiaokan hidangan makan malam. Tidak sabar Malisa.
Cepat Amir mengunci diri di dalam kamar mandi. Di buka paip air sengaja dia berbuat begitu.
Amir mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Alia. Tidak tahulah teringin pula dia menelefon Alia. Dia tidak dapat tunggu hingga esok. Hatinya meronta ronta ingin menelefon. Deringan berbunyi 4 kali diangkat.
" Hello" lemah suara Alia.
" Hello sayang" suara Amir perlahan.
" Sayang!! sedikit ceria suara Alia saat dia mendengarkan Amir. " Lamanya tak dengar cerita dari you ?" perlahan kembali suaranya.
" Im sorry sayang, how are you ?" bergetar suara Amir.
" Im ok, I guess , you err you dah balik ke ni ?" Alia bertanya kembali.
" I ok , yup! Im back, err I kat toilet ni, I cant wait to call you so sampai je terus I call you " Amir menerangkan. Dia menambah katanya.
" I see you tomorrow ? i miss you" Amir bertanya. Dia melihat jam di tangan. Dia tidak mahu terlalu lama takut Malisa curiga. Lama benar di bilik air.
" Emm ok, err you mesti tak boleh lama ni ?" emm ok lah I see you tomorrow call me in the morning ya, emm I miss you"
" Ok sayang, catch up with you tomorrow ya, ok lah .. I tak boleh lama ni.. c you sayang, Bye"
Tidak sempat Alia menyambung lagi katanya. Dia mengetap bibirnya. Kembali bersemangat dia.
Gangang di letakkan.
Sementara itu Amir pantas mandi dan turun ke bawah. Kelihatan Malisa sudah sedia menanti.
Saat Malisa melihat kelibat suaminya turun. Dia mendekati.
" Abang, apa ni lamanya ?" Malisa menarik lengan suaminya.
" Nah! sila duduk" manja suara Malisa langusng tidak ada curiga dihatinya.
Dia meletakkan nasi di pinggan Amir. Amir memerhatikan Malisa. Lega hatinyanya kerana Malisa tidak mengesyaki apa apa darinya.
" Amboi, sedapnya bau..ni yang makin sayang abang pada isteri abang ni"
Kedua duanya senyum dan sama sama menjanu selera. Amir begitu berselera sekali. Walau telah lewat malam seleranya terbuka tatkala melihat lauk asam pedas dan betapa dia melihat manja sungguh Malisa malam itu. Amir dan Malisa makan dengan gelak ketawa. Sengaja Amir melayan manja Malisa dia tidak mahu Malisa merasakan getaran hatinya.
" Ergh!! bisik hatinya jika berterusan begini mahu dia mati tercekik dek serba salah.
Selesai makan. Amir menolong Malisa mengemas meja. Tidak banyak yang hendak dilakukan. Esok bibik akan membersihkan.
Amir menarik tangan Malisa didekatkan Malisa kesisinya. Malisa senyum.
" Abang, Lisa rindu kat abang" lembut suaranya.
Amir menyahut.
" Abang juga, jom!" Amir memimpin Malisa keatas. Ke kamar tidur mereka dan pastinya hubungan suami isteri akan berlaku lagi dan saat itu nama Alia pastinya hilang seperti angin lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Esoknya Alia tidak senang duduk. Dia tidak sabar untuk bertemu Amir. Apa tidaknya hampir dua minggu lamanya . Langsung tidak ada khabar berita. Alia mengenakan dress biru parat lutut. Tidak berlengan. Cuaca agak panas hari ni. Dia lebih suka ringkas dan selesa.
Dicapai tas tangan. Dia cuba mengingatkan apa yang dia lupa ..tidak ada. Jam masih lagi awal. 8.30 pagi. Terlalu awal untuk di kepejabat. Tapi hantinya tidak sabar . Tidak sabar dia menanti panggilan Amir nanti. Dan bila Amir susah menelefonnya meraka akan bertemu dan setrusnya dapatlan dia melepaskan rindu.
Dcapai kunci kereta. Alia mengunci pintu rumahnya. Dia menghala ke kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai di pejabat seperti biasa. Alia antara yang selalu palaing awal sampai. Hari ini dia bersemangat sekali. Di buka sliding windownya. biarkan angin segar masuk. Di bersihkan pokok kaktusnya. Mejanya dikemaskan. Pc di buka Alia membuka email dan melihat jika ada emailbaru untuknya. " Hmmm none " bisik hatinya.
Alia melihat sekeliling, masih tidak ramai yang datang. Dia ingin membuat air milo panas. Habitnya setiap aal pagi dia harus minum air panas tak kiralah milo ke kopi ke janji air panas. Kiranya nak panaskan enjinlah ni agaknya. Dia menghala ke pentri.
************************************************************
Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Malisa dikejutkan dengan suara anak kecilnya bermain di bawah. Dia mengeliat. Masih lagi berdakapan dengan Amir. Dia senyum puas. Dia lihat Amir masih lagi lena. Di lihat wajah Amir. Perkiraannya masih kacak suaminya. Kumis halus dan kulit sawo matangnya sememangnya menampakkan sifat lelaki Amir. Malisa mengusap dagu Amir. Di cium manja. Amir tersedar.
"Emmm " dia mengeliat.
"Morning, " Malisa menyapa.
Amir tidak menjawab.
Dikejutkan lagi
" Abang morning, bangun nanti abang terlambat ke pejabat " Malisa mendekatkan dirinya kepada Amir.
Amir dapat merasakan kehangatan badan Malisa. Dia memeluk Malisa.
Suaranya masih serak basah lagi
" Emm ye morning, abang nak baring lagi kat sini dengan isteri abang " Amir bermanja dengan isterinya. Malisa ketawa.
" Abang!" Malisa menjerit manja saat Amir mendakapnya lagi.
Amir tidak mahu melepasnkan Malisa.
" Abang,! geli lah !" Malisa merengek manja. Sengaja Amir meletakkan mukanya di tengkuk Malisa. Sengaja dia berbuat begitu.
" Yelah ! " Amir melepaskan dakapan.
Malisa juga. Dia membetulkan baju tidurnya.
" Abang sarapan dulu ya ?" Malisa bangkit dari katilnya. Dia menuju ke bilik air. Kelihatan Amir juga telah mula bangun. Di gosok gosok matanya. Setiap kali bangun tidur beginilah lagaknya termenung dan mengososk gosok matanya. Tiba tiba fikiran Amir jauh melayang kepada Alia.
" Ergh! ya aku dah janji dengan Alia hari ni " Amir teringat akan janjinya. Dia masih berfikir entah apa yang difikir saat dia bangun tidur. Yang pasti saat ini dia hanya memikirkan saat dia dan Malisa malam tadi.Padanya tidak ada yang cacat celanya Malisa itu lantas apa yang kurangnya sehingga dia dan Alia juga terbabas.
Amir menguap. " Huargh" dia bangun. Dia ingin cepat mandi sarapan dan ke pejabat dan tengah hari nanti dia akan bertemu dengan Alia. |
|
|
|
|
|
|
|
Alia tidak sabar menunggu tengah hari. Setiap saat di lihat jam di dinding mahupun jam ditangan. Dia tidak boleh duduk diam, Serba tidak kena. Jam telah menunjukkan 11 pagi. Masih ada 2 jam lebih lagi untuknya keluar makan. Dan hingga saat ini Amir masih belum menelefonnya. Kehulu dan kehilir dia berjalan mundar mandir. Kepalanya ligat memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini. Dia sedikit gugup.
Sementara itu Amir sedang memandu dia ingat lagi akan kata kata Malisa saat bersarapan tadi.
" Abang, andai kata jika Malisa tidak cukup memberi layanan pada abang beritahu Lisa ya " manja sekali. Amir wujud rasa serba salahnya. Dia tahu isterinya tidak ada cact dan kurangnya semuanya serba menyenangkan. " Ergh! setan apa yang telah merasukku mendekati Alia" Tapi bila difikirkan semula Alia tidak kurang manisnya cuma semuanya masih perlu batasannya dan tolol lagi dia kalah dengan nafsunya sendiri. Amir pada perkiraannya ingin singgah kepajabat dulu. Di lihat jam sudah hampir 11.30 pagi . Perjalanan ke tempat kerjanya dan jarak pejabat Alia tidak begitu jauh sekadar 20n minit. Amir menukar fikirannya. Dia terus menghala ke pejabat Alia.
20 minit kemudian.
Amir mendail telefon bimbitnya. |
|
|
|
|
|
|
|
20 minit kemudian.
Amir mendail telefon bimbitnya.
Selepas beberapa deringan panggilan diangkat Alia.
" Hello , " lembut suara Alia.
" Hi sayang , " bersahaja Amir bersuara. Entah lelaki ini aku tidak faham bisa sahaja dia bertukar tukar wataknya.Selamba sahaja tidak langsung berasa bersalah.
" Hi ! " ceria suara Alia. " You dekat mana ni ?" Alia bertanya tidak sabar dia ingin tahu.
" I dekat bawah ni, come down dear and meet me " sambil bercakap di telefon bimbitnya sibuk matanya meliar mencari tempat yang sesuai untuk memberhentikan keretanya.
Alia terkesima. " Err Ok, you tunggu sekejap , I'll be rite down in a minute" Telefon diletakkan .
Alia sama sekali tidak menduga cepat sungguh Amir sampai. Semakin deras degupan jantungnya. Ah! sepertinya pertemuan pertama malah diranjang juga sudah wanita bodoh!
Alia mengambil tas tanganya. Di tutup pintu bilik. Setelah meninggalkan pesan kepada secretarynya. Alia melangkah keluar. Hatinya sungguh berbunga bunga sekali. Berlari lari anak dia menuruni tangga.
Sementara itu Amir telah sedia menanti. Keretanya betul betul diletakkan bertentangan dengan pintu pejabat Alia. Dengan itu dia boleh melihat kelibat Alia yang menuruni tangga. Seperti anak kecil Amir dapat melihat dengan jelas wajah ceria Alia.
Wujud rasa serba salah dihatinya. Bagimana hendak dia katakan kepada Alia dia tahu. Bukan dia tidak mahu mengahwini Alia, Tapi bagiamana keluarganya sendiri nanti. Dia masih dan sangat sayang akan isterinya dan anak anaknya. Amir mendengus kelihatan Alia semakin hampir.
Tingap cermin kereta diketuk.
" Hi!" Alia senyum sambil masuk kedalam kerata saat Amir membukakannya.
Amir senyum. Sebuah senyuman dan kucupan dipipi diberikan kepada Alia. Alia juga senyum. Hatinya mula lega. Mengapa dia sendiri kurang pasti atau dia sendiri tahu .. Amir tidak akan lama untuknya.
Kedua duanya kembali leka melayan hati.
[ Last edited by Mia_Sara on 31-5-2005 at 03:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas pertemuan itu Alia sama sekali hilang mood. Masih terngiang ngiang kata kata Amir tadi.
" Sayang, Im sorry I cant marry you. Emmm susah I nak explain. I tahu I salah dalam hal ni."
" Dan I tahu I yang memberikan harapan pada you , Im sorry it was a mistake"
Amir telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perhubungannya dengan Alia. Dia cuba untuk berlaku adil. Namun kasihnya lebih kepada keluarganya. Rasa bersalah tetap ada namun ah! Alia pasti faham. Bukan dia yang memaksa. Amir cuba meyedapkan hatinya sendiri.
Dari tadi segalanya berubah. Dari awal pagi ceria hatinya. Namun kini bagaikan dihiris hiris jantungnya. Sakit!
" Itulah telah aku kata!" bisik sendiri hatinya. " Jangan jadi perempuan tolol! Nah! sekarang apa jadi ?"
Alia mengetap bibirnya. Hairan juga dia tidak langsung dia menangis. Ataupun memang dia sendiri sedar bahaasanya hubungannya dengan Amir sememangnya tidak akan kemana. Dan sesungguhnya Alia hanya menyalahkan dirinya sendiri diatasa apa yang telah berlaku.
Amir melihat wajah Alia. Hatinya berdetik Dikatanya lagi.
" Sayang, please say something?" cuba memujuk.
" We still can be freinds?" penyataan bodoh yang sengaja diungkapkan.
" Err ok, give me sometime ok? I confused! I bukan tak nak kan you .. it just not the rite moment ..not yet for me to marry you" Amir cuba menjelaskan.
Dia merapati Alia. Dapat dia lihat Alia yang hanya tunduk diam membisu. Tidak ada apa reaksi di wajahnya.
Amir kaget.
" Sayang, I mintak maaf." Tidak tahu apa lagi yang harus dia jelaskan.
" Err lets take a break shall we? we keep in touch ok?" Amir memujuk lagi.
Manakal Alia pula i tadi dia hanya diam membisu. Otaknya ligat bermain dengan kata hatinya sendiri. Entah kenapa tiba tiba dia merasa mual dengan semua omongan Amir. Dia give up untuk terus menanti. Alia menarik nafas dalam. Betapa dia tahu salahnya sendiri mempercayai Amir. Dan perkara yang paling bodoh dia lakukan.. mencintai Amir.
" Amir, " tidak pernah setegas ini suaranya memanggil nama Amir.
Amir terkesima.
" Its ok, I dont want to see you anymore .. I cant make you want me if you dont ..and... emm what else I can say" Alia mengangkat bahunya. Sudah habis kudratnya untuk menangis dan untuk dia merayu Amir sama sekali tidak. Sudah cukuplah dengan sikap cengeng dan bodohnya selama ini.
" I 'll take a cab , you good bye !" Tanpa menoleh Alia bangkit dari kerusi dan keluar dari restoran yang mereka singgah. Dia tidak langsung menoleh. Hatinya sakit sangat sakit.
" Lia! " Amir memanggil . Terperanjat dengan reaksi Alia. Tidak langsung dia menjangkakan Alia begitu selamba. Tercabar keegoannya.
Amir tidak mahu mengejar Alia. Dia hanya memerhatikan kelibat Alia yang menghilang.
Amir duduk.
" Mengapa dia tidak marah?" atau aku kah yang kalah " Amir terkesima.
[ Last edited by Mia_Sara on 1-6-2005 at 01:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mia_Sara at 1-6-2005 01:38 PM:
Selepas pertemuan itu Alia sama sekali hilang mood. Masih terngiang ngiang kata kata Amir tadi.
" Sayang, Im sorry I cant marry you. Emmm susah I nak explain. I tahu I salah dalam hal ni.& ...
mia.. citer dah nak habis ke?
ending nyer gitu ke? hopefully not la yerr...
alahaiii... siannye kat alia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yen_mamayen at 2-6-2005 09:42:
mia.. citer dah nak habis ke?
ending nyer gitu ke? hopefully not la yerr...
alahaiii... siannye kat alia...
belum.. cuma saya terpaksa ..pendekkan .. sbb saya dah malas nak log in.
Tp saya akan habiskan walaupun lmbt sbb saya tak suka buat tapi tak habiskan... cerita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
6 Bulan selepas itu.
" Oi!! Rin menepuk bahu Alia. " Kau ni ! tah habis habis mengelamun, come onlah Lia.. sudah sudah lah tu" Rin duduk mengadap Alia.
Sengaja dia memerhatikan Alia. Bertongkat dagu dia.
Alia terhibur dengan keletah Rin, sahabat baiknya. Tersentak dia dari lamunan.6 bulan telah berlalu tidak langsung Alia mampu melupakan Amir.Masih lagi tengiang ngiang kata kata Amir padanya.
Hampir setengah tahun itu juga tidak sebarang berita pun yang dia dengar tentang Amir. Hubungannya berakhir begitu sahaja saat di restoran itu. Alia menarik nafas dalam. Dia senyum kepada Rin.
" Kau ni ! " Alia sengaja buat buat marah. " kacau je lah !" Alia mencebikkan bibirnya.
Rin ketawa.
" Alah! dari kau berangan tak habis habis lebih baik kau borak dengan aku ni hah! dah lah jom lunch nanti eh?" Rin mengajak Alia.
" Dah lah tu , jangan kau ingat lagi Amir tu .. benda dah lepas lepas lah " serius pula nada suara Rin. Dia tahu sejak Alia berpisah dengan Amir Alia tidak seceria dulu. Lebih banyak berdiam diri. Dia faham dan dia juga tidak mahu komen terlalu banyak kerana dia takut Alia berkecil hati padanya. Setakat ini apa yang dia mampu menasihati Alia dan sentiasa menjadi kawan sejati Alia. Ada juga ketikanya dia memarahi Alia dengan kebodohan yang telah Alia lakukan. Tapi nasi dah jadi bubur! usah diungkap life must go on !" Itu prinsipnya dan sebab itulah dia selalu menyuruh Alia mendekatkan diri pada Allah dan menyesali dengan apa yang telah dilakukan. Banyak perubahan yang dia lihat pada Alia. Walau masih tidak seceria dulu namun Alia lebih tenang sekarang lihatnya. Solat juga tidak pernah ditinggalkan.
Rin mengulangi ajakkannya
" Wei! lunch nanti jangan lupa ye!" Dia beredar membiarkan Alia.
Alia menjawab
" Ye lah aku tau " dia senyum. Di dalam hatinya berbisik naisb baik Rin ada . Kembali dia membuat kerjanya.
Di tempat makan tepat 1.15 t.hari.
Rin memilih tempat yang paling tepi sekali, Pemandangan yang cantik . Dari luar tingkap kaca itu Mereka berdua dapat melihat suasana sibuk. Kereta mundar mandir kesana kemari. Pantas seperti semut.
Alia sekadar memerhati sekeliling.
" Kau nak makan apa ?" tanya Rin .
Rin sekadar menjawab " Biasa je lah "
Rin mengangguk. " Ok "
Pesanan dibuat.
Sambil menanti pesanan mereka tiba kedua duanya berbual.
" Lia" Rin memanggil lembut.
" Minggu depan aku akan berkahwin.Dan lepas tu kau taulah kan aku terpaksa ikut suami aku ke Sarawak. Majid tu lama disana 4 tahun. So lepas ni tak dapatlah aku nak teman kau selalu" Rin wajahnya sedikit hiba. Yelah tidak lama lagi dia akan berkahwin Seminggu je lagi dan selapas itu dia akan mengikut suaminya ke Sarawak. Terfikir dia akan tentang Alia sahabat karibnya. Bagaimana pula dia nanti.
Alia senyum walau dalam hatinya sedikit sedih akan pemergian Rin nanti.
" Takpelah , aku ok je.. kalaua ku free I can always come and visit you , ok lah aku " Alia menyakinkan Rin. Malas dia hendak menunjukkan reaksi sedihnya padanya tidak perlu. Asal sahabatnya bahagia itu sudah mencukupi. Malah dia bersyukur setidak tidaknya Rin tidak ditimpa nasib sepertinya.
Pesanan tiba.
Kedua duanya makan penuh berselera diselang selikan ketawa Alia dan Rin. Mesra sungguh mereka.
Petang itu Rin tidak dapat menemani Alia. Malah sekarang ini pun sudah jarang Rin menemani Alia. Maklumlah bakal pengantin baru. Alia faham dan dia pun tidak mahu menganggu Rin menyiapkan segala keperluan. Petang ni agaknya dia ingin ke Sweedish Garden. Saja melihat lihat jika ada apa yang boleh dia beli. Kek di sana memang sedap. Apatah lagi dia gemar akan cheese cake Shopiing complex yang gah itu. Sememangnya tempat kesukaannya. Berbagai bagai jenis shopping lot yang ada disitu dan barangan yang dijual juga mempesona. Baju aksesori dan bermacam macam lagi. Namun kebiasaannya ..lepak di Sweedish Garden sambil memabaca. Adakala berjam jam dia menghabiskan masanya disana.
************************************************************
Sudah 2 jam dia berada di Sweedish Garden leka dia membaca buku Falsafah Hidup karangan Hamka. Entahlah buku ini sudah terlalu lama. Dan buku ini sahajalah yang buat masa ini menarik perhatiannya untuk dibaca. Di beli tadi MPH berdekatan. Kusyuk dia membaca. Dia berhenti dan menghirup kopi yang di pesannya tadi. Aromanya sudah cukup menenangkan. Saat dia menguk airnya terlihat dia akan dua pasangan kekasih yang diagaknya di hadapannya. Cukup mesra. Hatinya terdetik. Alia mengalihkan pandangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
mia... panjangnya citer ni... hik! hik! |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak abis dah ni.. tgh tunggu seru ni ...idea tak mari ... lagi.. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Esok hari persandingan Rin. Asalnya Alia ingin menjemput Malisa untuk pergi sama. Katanya suaminya sibuk dan tidak dapat ikut serta tapi semalam Malisa call dia tidak jadi ikut serta suaminya free dan akan ikut serta. Alia bosan "Ah seorang lagi aku pergi!" bisik hatinya. Entah ya hingga saat ini Alia tidak tahu Malisa itu adalah isteri Amir. Hmm mungkin dia juga tidak pernah ambil peduli. Malisa memang baik orangnya. Alia suka berkawan. Apatah lagi anak comelnya Daniel itu. Ada juga dia mengajak Malisa keluar sekadar membeli belah dan minum. Dan sepanjang perkenalannya tidak pernah pula Malisa bercakap tentang suaminya. Mungkin Alia masih bujang oleh itu tidak banyak hal orang berkahwin hendak dikongsikan. Apatah lagi Alia saban kali jika disebut tentang kahwin pasti dia akan mengelak.
Alia masih ingat lagi akan ibunya dikampung. Mak Lijah sibuk bertanyakan bila lagi..penat otaknya berfikir untuk memberikan alasan. Paling paling pun yang mampu dia katakan "sibuk" apa tidaknya pasti bising orang tua itu anaknya ini sudah hampir 29 tahun tapi masih membujang. Takut jadi anak dara tua ! Kolot! fikir Alia. jodoh ajal maut ditangan Tuhan..patah lagi bila dikenang dosa besar yang telah dibuat hatinya untuk mempunyai harapan segunung tinggi tidak langsung termampu untuknya fikirkan.
Iqbal juga saban kali cuba mendekatinya tapi Alia entahlah buat masa ini pikirnya Iqbal itu terlalu bagus buatnya. Bossnya En Harris juga tidak habis habis bertanya. Manalah tau hubungan Alia dan Tnegku Iqbal itu bisa melonjak dan membantu perniagaannya.
Alia mencebik didepan cermin. Dilihat rapi wajahnya. Air mukanya dia sendiri tahu tidak ceria. Senyum pun sekali sekala saja..
"Bodoh! getus hatinya " masa hidup ini untuk bersedih ?!" Tuhan jadikan kesedihan ya benar. Dan Tuhan juga jadikan kebahagian." Mengapa harus diingat perkara yang lepas lepas Alia?" Mengapa tidak kau tutup sahaja rasa sedihmu itu ?"
Bisik lagi hatinya. Di renung dalam matanya.
" Tuhan suruh kau luputkan ingatan yang menjahamkan lagi hati mu ! mengapa tidak kau perbaiki semua kelemahan mu ?"
Alia menyisip rapi rambutnya. Di renung lagi wajahnya.
" Allah maha berkuasa Alia, jika benar hatimu merasa insaf dengan segala kejahilan yang telah engkau lakukan, tawakal Alia"
" Insyaallah Allah maha pengampun asal sahaja kau mahu membahagiakan dirimu"
" Sudahlah ....maafkan dan lupakan sahaja jangan difikir dan dikenang, syaitan ada dimana mana selagi kamu tidak berubah dan terus melayan perasaan sedih mu selagi itulah .. hatimu tidak tenang Alia,"
Alia menarik nafas dalam. Hampir setahun dia tidak mendengar khabar berita Amir. pedih hatinya saat Amir tidak langsuung peduli untuk memujuknya dan meminta maaf. Saban waktu dan saat Alia sering sahaja terfikir dan teringat. Amir dan Amir sahaja yang diingatkan. Alia mengeluh.
Tiba tiba handphonenya berbunyi.
Alia tercari cari hanphonenya yang terlupa dimana letakkanya.
" Ah ini dia ..kelam kabut dia menjawab.
" Hello.."
Dari corong telefon.
" Assalamualaikum " suara seorang lelaki bernama Tengku Iqbal.
Jawab Alia. " Waalaikumsalam, siapa ?" dia tidak kenala kan suara itu.
" Saya, Iqbal. maaf mengganggu Alia. Err apa khabar ?"
" Eh! Tengku Iqbal, macam mana dapat no saya ni ?" hairan Alia.
" Ha ha ..hmm siapa lagi lagi Rin lah , err saya mengganggu ke ?"
Alia sedikit gugup. Sudah lama dia tidak mendengar khabar Iqbal. Kalau dulu semenjak pertemuan di gerai makan. Itu pun dah berbulan bulan berlalu. Dia hampir lupa. Tidak sangka Iqbal masih mencarinya.
" Eh tak, errr saya terperanjat je, Tengku Iqbal apa khabar ?" Alia cuba berbual biasa.
" Emm saya ok, panggils aya Iqbal sahaja..awak buat saya kekoklah, setakat title tengku ni kalau iman didada tidak ada pun tak guna"
Alia sepertinya terasa dengan kata kata Iqbal tadi. " Dia mengenakan aku ke ?" Alia cuak.
" Hello , err hello ?" Iqbal kehairanan kata katanya tidak dilayan. Senyap.
" Ah hello , sorry Tengku saya ni hah! barang saya terjatuh." Alia memeberikan alasan.
" Its ok, tapi sedih hati saya , kamu masih memanggil saya Tengku" Iqbal berseloroh.
" Oh ye ,, sorry ..Iqbal." Gugup sedikit dia.
Iqbal juga sedikit kaku berbual dengan Alia, sepatah ditanya sepatah dijawab. Hmm pakal je hatinya berkenan kalau tidak hendak sahaja dia berhenti bercakap. Tujuannya menelefon Alia pun kerana dia ingin mengajak Alia pergi bersamanya ke majlis perkahwinan Rin. Bukan apa sejak dia tahu akan apa yang menimpa Alia. rasanya tidak salah dia mendekati Alia. Padanya Alia ok sahaja. Mungkin sedikit taksub dengan cinta.
" Emm Alia, Iqbal bersuara. " Saya juga dijemput ke majlis perkahwinan kawan baik kamu tu, dan saya tahu Alia pergi seorang kan ? so ..apa kata saya jemput Alia esok dan kita pergi sama sama?"
" Ah?" termanggu Alia.. " tapi .. " Alia cuba mencari alasan. Takkan dia hendak dia katakan dia tidak pergi.Sudah tentu nampak sangat dia memberi alasan yang tidak munasabah. Rin itu sahabat baiknya.
" Emm ok, saya anggap Alia setuju since you dont have a concrete reason to say No!" Iqbal memutuskan.
Sengaja dia berkata begitu, Kalau ditunggu jawapan Alia. Pastinya tidak jawapannya.
" So I fetch you tomorrow 12pm depan rumah you ok and dont worry saya ada alamat rumah Alia, Rin yang beri" Tanpa ditanya Iqbal memberikan jawapan kepada Alia. Padanya ini sahaja caranya untuk mengajak Alia keluar bersamanya. Tersenyum dia.. perangkapnya menjadi. " Ah! Insyaallah aku bukan seperti Amir" bisik hati Iqbal.
" Emm ok, Alia Assalamualaikum. " Ganggang telefon diletakkan.
Alia terkesima. Hatinya geram dengan rakan karibnya ini. " Hmm jaga kau Rin! pandai pandai je kau bagi no telefon aku eh " Alia berkata sendiri .
" Aduh!!" Alia bingung.. haruskan dia pergi dengan Iqbal. Alia membungkamkan dirinya ke katil. |
|
|
|
|
|
|
|
" Aduiii!!!" jerit hati Alia. " Kanapa pulak mamat tu nak aku pergi dengannya?" Alia rimas memikirkan akan hal Iqbal.
Ddia menekup mukanya dengan bantal. Entahlah hatinya berdebar debar. .Dia takut berhadapan dengan Iqbal atau mana mana lelaki yang cuba mendekatinya. Betapa dia tahu. Senang hatinya nutuk dilukai lagi. Dia takut jika dia termakan akan layanan Iqbal dan bila masanya tiba hatinya akan kembali disakiti lagi. Alia menangis hingaa saat ini dia tidak dapat melupakan Amir. Tiba tiba dia teringat akan Amir dan teramat rindu dia. " Amirrr sampai hati " bisik Alia. Alia tertidur.
Esoknya di rumah Malisa.
" Bang, baju tu Lisa dah siapkan, kita pakai baju yang kita beli kat Butik Embun tue eh ? cantik kainnya, lagi plak ..ha! bila orang tengok abang dan Lisa pakai sure depa kata " amboi !! sedondon kita ni ! , macam pengantin baru !"
Malisa berseloroh. Saja dia bergurau. Amir kelihatan sedang menggayakan baju yang dicadangkan isterinya. Sememangnya sekarang ini dia melayani danmengikut sahaja kehendak Malisa. Mungkin rasa serba salahnya diatas keterlanjurannya. Sendiri dia sedar. Ada juga ketikanya dia teringat akan Alia. Tapi dia tidak mampu hendak berbuat apa apa. rasa malu rasa segan dan ah! pedulilah ..aku anggap sahaja it was a mistake, tapi... Alia.. where is she? bagaimana agaknya dia?" Hairan juga Amir, Alia tidak pula menyalahkannya atau mencarinya.
Akhir yang dia dengar dari Alia, ucapan terima kasih dan menyuruhnya menjaga family dan diri baik baik.
Amir tahu Alia gadis baik, dan dia tahu silap dia juga mengambil kesempatan diatas kelembutan Alia. Saban hari dia memohon agar Allah memberinya petunjuk dan bertaubat. Dia semakin tenang walau ada waktunya ingin juga dia bertemu Alia dan memohon ampun. Tapi egonya membataskan semuanya.. " ah! malas Amir memikirkan hal itu dia kembali menyiapkan diri.
Di meja mekap pula kelihatan Malisa berdandan rapi..
alamakkkk sambung sat naaa boss panggil ..
[ Last edited by Mia_Sara on 13-6-2005 at 12:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Malisa kelihatan sangat cantik. Kebaya yang mengikut potongan badannya yang masih seperti anak dara itu menampkakkan kejelitaannya. Mekap sederhana dan aksesori eksotik sudah cukup menampakkan seri wajahnya. Malisa senyum puas di depan cermin.
" Bang dah siap ?" tanya Malisa kepada Amir.
Kelihatan Amir sedang mencari kunci keretanya. Dia menjawab.
" Dah, ah! ni dia kunci. Jomlah" kata Amir kepada isterinya. Dia tidak tahu majlis yang dia bakal pergi ini kenalan Malisa adalah juga malah sahabat baik Alia Rin. Jika dia tahu pasti dia tidak mahu mengikut Malisa.
Kedua dua pasangan itu keluar dari bilik dan menghala ke bawah. Anak anak sengaja di tinggalkan dirumah bersama bibik. Sudah biasa buat Amir dan Malisa.
************************************************************
Jam telah hampir 12.30 tengahhari.
Alia sudah siap, dia juga nampak cantik. Baju kurung berwarna pink, selendang dan tas tangan kecil penyeri dan melengkapkan Alia yang nampak anggun. Alia juga tidak gemar bersolek tebal. Cukup maskara, lipstik dan sedikit pembayang mata sudah cukup menyerlahkan wajahnya yang cantik. Bezanya air mukanya tidak ceria dan yang pasti barang siapa yang cuba membaca hatinya dapat mengagak dari matanya yang kuyu itu. Ah! matanya memang cantik.
Alia mengambil kasutnya, di lihat jam di tangan. Bisik hatinya.
" Mana Iqbal ni?" Alia menjengukkan kepalanya diluar pintu. Tiba tiba muncul kereta Iqbal. BMW 7 series , kesukaan Alia. Bisik hatinya.
" Mak oii ! kayanya dia ni" terbit rasa malu di hatinya. Di bayangkan dirinya dengan Iqbal lagaknya seperti enggang dan pipit. Dia gadis sederhana walhal Iqbal itu Tengku !
" Gila aku ni keluar dengan Iqbal, buta ke kau ni Iqbal?" bisik hatinya.
Iqbal keluar dari kereta. Dia menghampiri Alia yang telah pun diluar pintu pagarnya. Alia sedikit payah untuk mengunci pagarnya memandangkan hatinya gementar apatah lagi tangannya tersangkut dengan selendang dan tas tanggannya. Iqbal seperti mengerti dengan tingkal laku Alia. Disapanya Alia.
" Hi, Alia..sorry saya lambat, bak sini I kuncikan." Tanpa menantikan jawapan Iqbal mencapai kunci di tangan Alia. Dia ingin membantu Alia mengunci pintu pagarnya.
" Err yang ini ?" tanya Iqbal sambil menunjukkan kunci kepada Alia.
Alia menggangguk sahaja.
" Nah! ok Im done!" Iqbal bersuara.
" Shall we dear ?" tanya Iqbal. Alia yang berdiri kaku seperti orang bodoh hanya mengangguk lagi.
Iqbal membukakan pintu keretanya buat Alia.
Alia terkesima lagi. Lagaknya dilayan seperti permaisuri . Alia tersipu lagi saat Alia berkata perlahan padanya.
" You look so gorgeous Alia"
Bergetar hati Alia.
Iqbal selamba menutup pintu kereta perlahan tapi kejap ia tertutup rapat.
Di dalam kereta.
Iqbal menoleh ke arah Alia.
" Hmm kenapa you diam? tak suka ke pergi dengan I ? err you maluke ? atau ada yang marah?"
Iqbal cuba memancing walau dia tahu Alia ini tidak punya teman lelaki malah dia tahu Alia tidak marah sekadar malu yang amat sangat.
" Eh tak lah , terima kasih Iqbal saya pikir elok juga kita pergi berdua kalau tak seorang je lah saya pergi"
Perasaan malu Alia mula kendur. Serba salah jadinya jika dia hanya mendiamkan diri apatah lagi dia lihat Iqbal begitu hormat melayannya.
" Emm kalau begitu senyumlah sedikit, anda akan kelihatan leboh manis jika senyum" celoteh Iqbal.
Di sambung lagi katanya.
" Saya ingatkan Alia tak suka, serba salah juga saya di buatnya takut pula saya ni memaksa"
Iqbal meneruskan katanya.
" Lama Alia kenal Rin ? "
Jawab Alia.
" Lama, sejak di U lagi...she is my bestfriend lepas ni susahlah saya dan lonelylah saya.. Rin dah berhenti kerja, lepas ni dia ikut suaminya ke Kuching. Tinggal lah saya seorang Iqbal."
Alia senyum. Tidak dia sedari terkeluar dengusan kekesalan dari mulutnya.
Iqbal faham, banyak yang dia telah dengar dari Rin, Alia banyak bergantung dan berkongsu cerita dengannya. Dan dia faham pasti Alia akan rasa kehilangan.
Iqbal. Cermat sekali dia memandu. Jalan raya tidak sibuk seperti hari hari biasa. Maklumlah hari Ahad. Iqbal membelokkan keretanya ke lorong kanan. Msuk ke Jalan Hang Lipur. Sepuluh minit lagi sampailah ke rumah Rin Taman Dahlia Murni.
Iiqbal menyambung katanya.
" Takpe, kawan baik Alia pun bukan kemana pun, dia mengikut bakal suaminya, afdal begitu Lia" sampuk Iqbal di tambah lagi katanya.
" Alia janganlah risau saya kan ada ?" Iqbal memancing Alia.
Tidak ada respon dari Alia. Sekadar senyuman.
Suasana sepi sedikit.
Di hadapan jalan besar Dengan tiba tiba Iqbal memberhentikan keretanya.
Alia gamam terperanjat dia.
" Mengapa Iqbal?" kaget Alia.
Iqbal meletakkan tanggan kanannya di stereng. Dia menoleh ke arah Alia.
" Lia." perlahan suara Iqbal.
Dengan nada serius Iqbal berkata
" Saya telah tahu semuanya tentang anda Alia, semuanya saya tahu dan saya tetap tahu Alia gadis yang baik, usah di kenang yang sudah sudah" Di telan air liurnya Iqbal perlahan suaranya. Dia harus menyatakan ini kepada Alia. Tidak nanti tidak esok dia harus membuat Alia tahu. Di sambung lagi katanya.
" Sejak saya kenal Alia,dan lihat Alia sering duduk di Sweedish Garden tu berjam jam.. saya hairan dan sejak itu saya ingin tahu lebih banyak tentang Alia, Lia jangan marahkan Rin ya, dia berniat baik. "
" Saya suka akan Alia, dan jika Alia sudi saya ingin mengahwini Alia"
Alia gumam dia tidak mampu berkata apa apa.
Iqbal menyambung lagi katanya. Tidak dia peduli dia harus menghabiskan kata katanya.
" Its ok, we are not yet in love, kita kenal diri masing masing, dan izinkan saya untuk mengenali Alia, Lia tak perlu berikan jawapannya sekarang cukup sekadar menyambut salam persahabatan Iqbal, bila Lia dah bersedia dan boleh menerima orang lain di dalam hidup Alia, beritahu Iqbal. Err dan jika tidak boleh juga tak apa, saya tak akan menyalahkan Alia, cuma pinta saya, Alia ... dalam sedikit nadanya..lupakan lah Amir, tak guna fikirkan orang yang begitu. "
Berderau saat nama Amir di sebut Iqbal.
Alia hanya diam. Kedua duanya juga diam.
Tiba di rumah Rin. Suasa sangat meriah. Kereta di letakkan agak jauh dari perkarangan rumah. Almaklum Rin juga anak bungsu di dalam keluarganya tidak cukup khemah di buatnya. Jemputan hampir dua ribu orang. Riuh dan ceria susana hari itu. Cuaca juga baik.
Iqbal keluar dari kerata. Begitu juga Alia. Tidak sempat Iqbal membukakan pintu kereta Alia sudah keluar.
Alia berkata.
" Jika betul Iqbal mahu saya menjadi kawan ..tak payahlah bukakan pintu Lia boleh buka sendiri ok?"
Alia senyum. Sejuk saat dia mendengarkan kata kata Iqbal tadi. Masuk di dalam benaknya. Ya benar! buat apa dia mengingati Amir lagi. Dan dia juga ingin memberi peluang kepada dirinya.
Iqbal senyum. Tanda gembira dan dia tahu kini Alia sudah boleh menerimanya sebagai Kawan. Cukup buatnya sebagai permulaan yang sangat baik. Sessungguhnya dia ingin mendekati Alia dan jika Allah izinkan dia ingin menjalin sesuatu yang lebih murni dari itu.
Kedua duanya senyum dan jalan seiring bersama menuju ke rumah pengantin.
Saat itu Malisa dan Amir telah setengah jam lebih awal sampai dan telah pun masuk ke dalam rumah pengantin. Masing masing telah mengenali maka tidak kekok buat Malisa dan Amir.
Amir bersama kaum lelaki di ruang tamu yang luas duduk bersila dan berjabat tangan sambil menanti kedantangan tamu yang lain. Leka dia berbual. Sementara Malisa meluru masuk ke bilik pengantin.
Saat Alia dan Iqbal juga tiba diperkarangan rumah pengantin. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehadiran Alia dan Iqbal disambut mesra. Mana tidaknya. Hampir semua ahli keluarga Rin mengenali Alia yang sering datang bertandang. Fasya anak saudara Rin menghampiri Alia. Sememangnya perwatakkan manjanya amat disenangi Alia.
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai apasal sikit-sikit ni....tak sabo nak tunggu ending ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|