CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deseree

Guru tidak pandai mengajar

[Copy link]
Post time 7-11-2004 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by deseree at 2004-11-6 08:25 PM:
Sebenarnya sibel, awak ni byk yg tak tahu daripada yang awak tahu tentang dunia pendidikan...

Saya rasa semua soalan yang awak tanya tu, elok awak tanya ibu bapa awak..ibu bapa awak cikgu kan ?? ...


tak reti menari tak perlu salahkan lantai jongkang jongket...

apsal rasa penulisan awak tak nampak macam cikgu ...
ke awak tergolong dalam 60 % cikgu2 yang mengajar .. dan bukan mendidik?

sebab tu saya kata kebanyakan cikgu ambik jalan senanggg ...

kalau profesion doktor boleh mengabdikan diri .. menyelamatkan orang lain ... tanpa mengira masa (24/7). apakah profesion perguruan cuma berfungsi dari pukul 7.30 hingga 1.00 tengah hari? hehehe

direct cakap .. awak bukan la berminat sangat nak mendidik ni ... keje pun nak ikut time .. for sure bebudak bawah awak adelah bebudak yang sangat malang ...

debat kita ni .. saya rasa sudah tidak sihat .. kerana lebih kepada personal attack .. untuk itu saya memohon maaf ...

cuma buka la minda ... bayangkanlah kalau profesion kedoktoran mengambil konsep profesion perguruan ... tobat ramai yg tidak dapat diselamatkan ...

jangan bezakan antara 2 profesion berkenaan .. kerana secara konsep tidak ada bezanya ... melainkan profesion kedoktoran lebih kepada real time result .. berbanding dengan cikgu mengambil masa yang agak lama untuk melihat kesannya.

mungkin impian saya untuk melihat guru yang benar-benar minat mendidik adalah cuma mimpi.. walau saya tahu.. di luar sana .. terdapat beberapa (tak ramai la tu) yang sangat gemar melihat bagaimana proses pembesaran seseorang insan berlaku di landasan yang betul.. bukan sahaja pengisian daripada segi ilmu malahan diteguhkan daripada segi rohani.

Kalau saya seorang guru .. tidak sahaja saya ingin melihat anak murid saya bijak2 belaka .. tetapi juga sihat emosinya .. kerana secara konsep .. kepintaran itu adalah gabungan kecerdasan intelektual  (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ).

apa isu yg saya ingin bangkitkan? isunya adalah cikgu2 kita ni dok sibukk follow silibus dengan rigid 100%
kalau boleh ayat dalam buku text tu la sebijik dikeluarkan semasa mengajar...
amat kurang cikgu2 berfikir di luar daripada kotak .. atau mengajar di luar daripada kerigidan buku text? berapa persen yang mengajar dengan cara mencetuskan pemikiran? mengajar berfikir? contoh?

kalau kata sistem pernafasan .. cikgu2 yang biasa ni akan mengajar .. sistem pernafasan meliputi komponen seperti rongga pernafasan, trakea, bronkus, bronkiol dsb ... tetapi guru2 yang mendidik akan mengambil pendekatan ... dengan mengemukakan soalan ... seperti .. apa yang diperlukan untuk udara dari luar sampai ke dalam badan dan dibahagi2kan kepada vital organ dan tisu?
mengajak anak murid berfikir .. adalah perkara yang amat jarang dilakukan oleh cikgu2..(terutama yang sibuk melancong hehehe).

kekadang terfikir gak ape la payah benar ko nak faham ape yang aku nak sampaikan ni hah ... ke self protection cikgu2 ni kuat sangat ni .. tak leh bukak sikit untuk discussion? (ni mesti biasa ni kat bilik darjah ni hehehe..)

ade part kita kena mengaku kesilapan kita .. ade part kita kene protect utk memastikan integriti diri berterusan dan self esteem yang tinggi ... tetapi tak perlulah menulis di atas kertas yang basah .. (walaupun skang ni ade teknologi dakwat yang tak luntur dek air).

tutup la thread ni tak ade hal .. tetapi terus terang saya katakan cubit sikit dah nak tutup.. tu singkat sangat pemikiran .. dictatorship tuuu... biasak la ni .. tak bagi students ruang untuk debat .. takut tak terjawab soalan bebudak tu kuttt ...

tak perlu saya tanya ibubapa saya ... saya bukan bebudak lagi ... tah tah awak ni jauh lebih muda dari saya ... pakcik D melihat isu utama yang saya utarakan ... dan saya tidak boleh tidak bersetuju yang beliau sendiri berpendapat ada pendapat saya tidak boleh diterima. Biasa la tu .. takkan nak terima 100%. Sekurang2nya fahami la ape yang ingin saya sampaikan sebelum agak2 mengangkat perisai dan seterusnya menembak secara menutup mata dan mencekup kedua cuping telinga.

bila awak mengkatakan saya sakit .. fine no hal.. thats your opinion..ngan saya harap awak tidak bersikap prejudis ngan sinistical.. (tah haku pun tak paham ape bende ni.. nak tau tanya arr bebudak columnist dewan masyarakat)..

Bila awak mengatakan saya adalah orang yang sakit, teringat saya kepada sejarah yang telah berlaku...

saintis pada zaman dahulu dituduh penjahat.. ahli sihir dan pengancam kepada kesejahteraan negara ... kenapa? kerana orang2 berkenaan mempunyai kurang pemahaman dan kurang ilmu (lack of knowledge and understanding.. iskh cam nak ngajar cikgu bahasa inggeris la pula..tehehe cuma kekadang tak best nak cakap melayu je .. kalau geram kene cakap omputeh baru puass).

Lepas tu...sama seperti di zaman Rasulullah S.A.W. .. kerana kurang faham, kurang ilmu dan kurang rasa nak berfikir menyebabkan baginda dituduh ahli sihir .. dituduh itu dan dituduh ini..

tobat2 kalau rasul masih ada .. dan awak dalam golongan yang belum diberi hidayah .. mesti kata Rasul tu sakit??

saya sedar .. sape saya untuk mengkritik institusi pendidikan ... cuma saya nak berdebat... debat itu mempunyai keindahan yang tersendiri .. sekiranya kita tahu bagaimana menggunakannya dan bagaimana nak mengemudikannya. Berdebat dengan baik.. matikan setiap point tu dengan bijak.. sehingga saya tak boleh kata ape lagi dah .. dan di kala itu tanpa disuruh saya sendiri akan mengiyakan fakta yang diberi atau alasan yang diberi...

penat2 aje cikgu2 mengajar debat .. sibuk nak rangkul piala perdana menteri - PPM (upss.. cikgu ni cikgu asrama penuh ke atau .. err cikgu sekolah biasa aje? sama je arr .. debat tu bukan mengira ape jenis skolah pun)

hmmm ..agaknyer dia kena menteri pendidikan sendiri yang cakap .. baru betul.. rakyat marhaen yang hina dina cam saya ni .. cakap saya cuma laku di kedai kopi dan warung indon jalan chow kit.

[ Last edited by sibel on 7-11-2004 at 12:19 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2004 05:50 AM | Show all posts
Makin dilayan si sibel ni, makin banyak karenah pulak.

Dijawab pun tak faham juga. Apa la agaknya masalah dia ni??

[ Last edited by deseree on 7-11-2004 at 07:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2004 07:40 PM | Show all posts
Deseree,

Pakcik_d dah terkilan sebab dinaikkan kredit....

ps. utk renungan...tq...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2004 08:49 PM | Show all posts
Untuk perhatian sesiapa yang berkenaan ,
Tentang tarikh tu abaikan..sebagai satu contoh jer .

PAKEJ PELANCONGAN DAN PAKEJ UMRAH
Pelancongan merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang dijangka akan menjana keuntungan kepada Koperasi Guru.
Objektif utama aktiviti pelancongan ini adalah untuk memberi peluang kepada para anggota menimba pengetahuan dan pengalaman di luar negara. Sehubungan dengan itu pihak Koperasi telah berusaha menawarkan beberapa pakej pelancongan dan umrah di Tanah Suci.  

Buat masa ini satu pakej Umrah dengan kerjasama TH Travel & Services Sdn. Bhd. ditawarkan kepada anggota. Pakej tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 03hb - 12hb. September 2003 (10 hari 7 malam).
Pembiayaan : Anggota Koperasi akan diberi pembiayaan sehingga RM 6,000.00 seorang.
Pembiayaan tersebut adalah bagi menampung keperluan berikut :
Makan dan minum berjadual
Tambang kapal terbang dalam negeri (tiket pergi-balik)
Tambang kapal terbang ke Tanah Suci (tiket pergi-balik)
Bayaran passport antarabangsa
Wang saku
Penginapan untuk 2 orang satu bilik.
Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini pihak Koperasi berhasrat untuk menawarkan pakej Umrah Ramadhan. Butiran lanjut akan diedarkan kemudian.

Selain daripada pakej Umrah pihak Koperasi juga sedang merancang beberapa pakej pelancongan ke negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam dan lain-lain.
Dalam jangkamasa akan datang Koperasi berhasrat untuk memiliki sebuah syarikat pelancongan sendiri, yang diharapkan dapat memenuhi cita rasa, permintaan para anggota dan seterusnya dapat menjana keuntungan yang lumayan kepada Koperasi.

Melalui syarikat pelancongan milik sendiri nanti pihak Koperasi akan berusaha membawa masuk pelancong luar negeri untuk melawat dan menikmati keindahan dan keunikan budaya dan alam semula jadi di negeri Kelantan.

Jawatankuasa 3P
[email protected]


---------------------------------------------------------------------

Jangan serkap jarang jer lain kali.Jangan lupa, pelancongan tu galakan daripada kerajaan juga.


apsal rasa penulisan awak tak nampak macam cikgu ...
ke awak tergolong dalam 60 % cikgu2 yang mengajar .. dan bukan mendidik?


:lol ketinggalan keretapi lagi...kementerian pendidikan atau kementerian pelajaran? Tugas guru yang paling utama adalah mengajar, P&. Tak percaya?Tanya bapa awak.

kalau profesion doktor boleh mengabdikan diri .. menyelamatkan orang lain ... tanpa mengira masa (24/7). apakah profesion perguruan cuma berfungsi dari pukul 7.30 hingga 1.00 tengah hari? hehehe


Kat tempat kerja saya guna sistem punch kad...masuk sebelum 7.15 .Waktu keluar 1.05 ptg.

Cikgu mana boleh sama dengan doktor ??Awak tgk skim gaji pun tak sama kan ? Kalau gaji guru sama dgn doktor ,no problem ,cikgu pun boleh on call.

Kerja tak mengira masa.,.awak jer la kerja macam tu, saya tak sanggup:geram:, saya ada masa kerja, ada masa bersosial ,ada masa untuk keluarga, ada masa pergi melancong.lol  Baru la seimbang. Masa bekerja guru ni tetap sebenarnya, awak memang tak tahu sebab awak bukan cikgu.Ada sesi pagi, ada sesi petang.Kalau kerja guru tak menentu masa,saya fikir dua kali juga nak jadi guru.

direct cakap .. awak bukan la berminat sangat nak mendidik ni ... keje pun nak ikut time .. for sure bebudak bawah awak adelah bebudak yang sangat malang ...


Budak sekolah dah balik pukul 1.05 pm. Buat apa saya nak tunggu sampai petang. Guru adalah suatu kerjaya, bukan minat atau hobi.Awak tak boleh jadi guru semata-mata awak minat jadi guru.

debat kita ni .. saya rasa sudah tidak sihat .. kerana lebih kepada personal attack .. untuk itu saya memohon maaf ...


Berdebat itu saat bodohnya orang berilmu...pernah dengar?Sebab tu saya saya pilih untuk tidak berdebat.Apatah lagi kalau tak de fakta-fakta sahih.

Kalau saya seorang guru .. tidak sahaja saya ingin melihat anak murid saya bijak2 belaka .. tetapi juga sihat emosinya .. kerana secara konsep .. kepintaran itu adalah gabungan kecerdasan intelektual  (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ).


Kalau...kan saya dah kata awak ni tak realistik.Jangan terlalu berimaginasi dan berfantasi.Jadikan nya reality, kemudian awak boleh cakap.

Awak bercakap seolah-olah pelajar-pelajar ni statik , semuanya mudah pada imaginasi awak.Kalau lah semudah khayalan awak tu...try la, jadi guru ganti ker, sehari dua..lihat sendiri rasa sendiri.Baru real...


kalau boleh ayat dalam buku text tu la sebijik dikeluarkan semasa mengajar...
amat kurang cikgu2 berfikir di luar daripada kotak .. atau mengajar di luar daripada kerigidan buku text? berapa persen yang mengajar dengan cara mencetuskan pemikiran? mengajar berfikir? contoh?


Ini cikgu awak masa sekolah dulu ker?Berapa persen tu awak tanya diri sendiri  . Awak yg buat kajian kan.:hmm: kesian pelajar-pelajar, tiap kali peperiksaan SPM atau STPM  keputusan merosot jer maklumlah guru tak pandai mengajar...:stp::stp:betul ker merosot?

Saya sebagai cikgu, paling bimbang tak sempat habis silibus.Rasa berdosa dgn anak murid saya.Saya juga sentiasa menggunakan buku teks kementerian sebagai rujukan paling utama sebab ini lah yg saya dpt semasa meeting, malah saya menurut arahan menggunakan buku teks memandangkan pelajar-pelajar membeli buku teks,kalau tak digunakan jadi satu kesalahan.Kesian ibu bapa keluar duit beli buku teks tapi tak digunakan semaksimum mungkin.

:hmm: Dalam buku teks tu tak de aktiviti ker?Perkara ni awak kena sarankan dgn pihak kementerian la kalau awak tak puas hati.


kalau kata sistem pernafasan .. cikgu2 yang biasa ni akan mengajar .. sistem pernafasan meliputi komponen seperti rongga pernafasan, trakea, bronkus, bronkiol dsb ... tetapi guru2 yang mendidik akan mengambil pendekatan ... dengan mengemukakan soalan ... seperti .. apa yang diperlukan untuk udara dari luar sampai ke dalam badan dan dibahagi2kan kepada vital organ dan tisu?
mengajak anak murid berfikir .. adalah perkara yang amat jarang dilakukan oleh cikgu2..(terutama yang sibuk melancong hehehe


lol berapa hari awak jadi cikgu??Berteori memang mudah. Awak jadikannya suatu reality.

Awak masih fobia dgn cikgu yg pergi melancong, saya dah jawab diatas...:hmm::hmm:awak pernah hayati lirik lagu cuti-cuti Malaysia?

Cuti-cuti Malaysia(korus 1)
Jiran rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara


tutup la thread ni tak ade hal .. tetapi terus terang saya katakan cubit sikit dah nak tutup.. tu singkat sangat pemikiran .. dictatorship tuuu... biasak la ni .. tak bagi students ruang untuk debat .. takut tak terjawab soalan bebudak tu kuttt ...


Saya buka balik demi keadilan forumner lain, mungkin mereka ada pendapat.
Cara awak ni macam budak-budak. Awak tak selidik dulu fakta sebenar sebelum awak menyuarakan pendapat awak..
Bila awak mengatakan saya adalah orang yang sakit, teringat saya kepada sejarah yang telah berlaku...

saintis pada zaman dahulu dituduh penjahat.. ahli sihir dan pengancam kepada kesejahteraan negara ... kenapa? kerana orang2 berkenaan mempunyai kurang pemahaman dan kurang ilmu (lack of knowledge and understanding.. iskh cam nak ngajar cikgu bahasa inggeris la pula..tehehe cuma kekadang tak best nak cakap melayu je .. kalau geram kene cakap omputeh baru puass).


Beza awak dengan saintis, saintis membuat kajian sebelum mebuat kesimpulan, awak ada buat kajian?Elok juga awak buat satu kajian supaya minda awak tu terbuka sikit.

penat2 aje cikgu2 mengajar debat .. sibuk nak rangkul piala perdana menteri - PPM (upss.. cikgu ni cikgu asrama penuh ke atau .. err cikgu sekolah biasa aje? sama je arr .. debat tu bukan mengira ape jenis skolah pun)


:hmm: masa sekolah dulu tak puas berdebat ker ?atau belum mendapat hadiah? Kat sini tak de hadiah.:lol Awak tak rasa salah tempat berdebat ker?


hmmm ..agaknyer dia kena menteri pendidikan sendiri yang cakap .. baru betul.. rakyat marhaen yang hina dina cam saya ni .. cakap saya cuma laku di kedai kopi dan warung indon jalan chow kit.


Guru adalah kakitangan kerajaan . Kalau menteri pendidikan cakap dan bagi arahan mestilah saya ikut. Kalau awak tak puas hati cikgu-cikgu tak nak dengar cakap awak, email jer pada menteri pendidikan , minta dia bagi arahan .Tgk signature cikgu la.SAYA YANG MENURUT PERINTAH.Bukan sembarangan jer nak buat apa pun.

~seronok nya cuti panjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2004 08:57 PM | Show all posts
Saya memohon maaf pada pak cik_d dan semua warga School Problem and Unemployed Graduates sekiranya ada kesilapan saya terutama kalau ada fakta yg bercanggah. Sila buat pembetulan kalau sudi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2004 09:11 PM | Show all posts
Dh la tu!;)
Dia takkan paham, deseree!
Dia bkn cikgu!:no:
Berpegang pd kenyataan itu jek!
Dia bkn cikgu!:no:
Klau dia bkn cikgu, setakat parents dia jek yg cikgu, dia takkan paham situasi cikgu yg sebenarnya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
pakcik_d This user has been deleted
Post time 8-11-2004 12:48 AM | Show all posts
thanks De kerana pakcik berpeluang semula masuk dalam tajuk ni. memang hari2 pakcik follow. menarik jugak.

thanks jugak pada Seri.

cuma kalau boleh, dalam kita nak berbincang, berdebat, menegakkan hujah kita...elakkan la dari menyerang peribadi seseorang. sebab ia secara tidak langsung menunjukkan siapa kita dan mentaliti kita. tentanglah hujah atau pandangannya, bukan orangnya. tapi adakalanya,sekali sekala terlajak, takpa lah- kita manusia biasa.

terima kasih sekali lagi.....

P/S - tengah tunggu apa lak jawapan sibel...De dah balas tu ;)
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 8-11-2004 12:57 AM | Show all posts
soal berkenaan penggunaan buku teks tu, izinkan pakcik menyampuk sikit.

memang penggunaan buku teks diwajibkan. buku teks yang ada sekarang, kebanyakannya baru2 lagi dan mengikut perkembangan pedagogi dan konteks semasa. penggubalan buku teks itu sendiri pun mengikut falsafah pendidikan yang ada dan diteliti oleh panel2 kementerian yang berkenaan. buku teks sekarang ni memang dah jauh berbeza ngan buku teks zaman kita sekolah dulu.

cuma kadang tu, kita tak boleh terlalu terikat ngan kandungan dan kaedah penyampaian buku teks tu 100%. tugas guru untuk menyesuaikan dengan kemampuan pelajarnya. dan disinilah kreativiti seorang guru tu sangat2 diperlukan. sebab hanya guru sahaja yang paling dekat dengan pelajarnya dan berautoriti untuk memilih kaedah yang sesuai dalam penyampaian berdasarkan tahap kemampuan pelajarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2004 08:05 PM | Show all posts
Apa yang korang melalut ni?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2004 02:30 PM | Show all posts
biasak la tu .. cikgu dah kemaruk nak gi melancong .. jana ekonomi konon hehehe..

mm tengok aje la sape yang emosional sebenarnya ...

ok la .. deseree ko tenggelam la ngan labu2 ngko... kang kalau komen banyak sangat marah la pulak.. ni la mentaliti cikgu2 .. tegur sikit pun tak leh .. dah cukup pandai le kate kan

mm rasa hakula .. aku leh terima kalo nak debat ke nak diskas ke ngan orang cam pakcik D .. seribulan .. tapi ngan deseree rasa aku la .. sampai sini aje la.
Sebabnya? dia cuma nampak dinding .. tak nampak pintu .. eh .. payah nak paham agaknyer .. mmm tak pela..

Selamat hari raya aje la ...

[ Last edited by sibel on 11-11-2004 at 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2004 09:16 AM | Show all posts
ehehe.... seronok gak baca yg ni.. geram pun ada.. konpius pun ada... aduhai dunia dunia....

...................kalau kat spore, kerjaya guru di hormati. kerana kerajaan spore percaya, jika mereka 'bela' guru, kaedahnya, anak bangsa akan terbela. (tp dgn cara depa laa...)

..................jgn kita jadi seperti di indonesia dan india... profesion guru lebih kurang sama je macam kerja kerani dan tukang kayu. tidak terbela... bahkan gaji seorang nazir sekolah di indonesia sama seperti gaji PAR di malaysia.. tapi mereka yang masih mengajar, adalah mereka yg benar benar ikhlas untuk memajukan bangsa. ada wawasan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2004 11:52 AM | Show all posts
Guru-guru bukannya tak pandai mengajar, mungkin mereka diminta mengajar subjek bukan opsyen, jadi sudah tentu ada sedikit masalah di situ.

Tambahan pula, subjek yg cikgu kena mengajar tu dia sendiri tak berapa mahir. Contohnya cikgu Bahasa Inggeris, diminta mengajar matematik. Dah 10 tahun mengajar english ,nak kena mengajar matematik. Tak ke haru-biru dibuatnya.
Perkara seperti ini memang terjadi sejak maths dan science diajar dalam bahasa inggeris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2004 10:47 PM | Show all posts
Kesian pun ada tgk org yg penuh beremosi ....belajar-belajar la kawal emosi.

Saya dah jawab soalan awak tu. Nampaknya awak tak boleh terima kenyataan. Saya cadangkan kalau awak nak dapatkan penjelasan sebenar ,rujuklah surat pekeliling ikhtisas terutama:

Surat pekeliling ikhtisas bil 1/2000
Surat pekeliling ikhtisas bil 5/2002

Atau pun baca jer la semua surat-surat pekeliling dan juga Perintah AM.


mm rasa hakula .. aku leh terima kalo nak debat ke nak diskas ke ngan orang cam pakcik D .. seribulan .. tapi ngan deseree rasa aku la .. sampai sini aje la.
Sebabnya? dia cuma nampak dinding .. tak nampak pintu .. eh .. payah nak paham agaknyer .. mmm tak pela..


Saya cuma nampak awak byk membuat tuduhan dan menyerang peribadi org lain terutamanya saya .Namun saya jawab juga sedikit sebanyak tohmahan awak  tu.

Bila cerita awak meleret ke dinding dan pintu ,saya boleh ibaratkan sebuah rumah atau sebuah sekolah...saya berada di dalam kawasan sekolah malah di dalam bilik darjah. Sedikit sebanyak saya tahu apa yang berlaku di sekeliling saya. Awak memandang dari luar pagar sekolah..awak nampak pintu bilik darjah? Saya memang nampak apatah lagi kunci bilik darjah pun ada pada saya.


Lepas tu...sama seperti di zaman Rasulullah S.A.W. .. kerana kurang faham, kurang ilmu dan kurang rasa nak berfikir menyebabkan baginda dituduh ahli sihir .. dituduh itu dan dituduh ini..

tobat2 kalau rasul masih ada .. dan awak dalam golongan yang belum diberi hidayah .. mesti kata Rasul tu sakit??


Jauhnya imaginasi awak ...saja jer saya quote semula.:lol sebab nampak kelakar.

biasak la tu .. cikgu dah kemaruk nak gi melancong .. jana ekonomi konon hehehe..

mm tengok aje la sape yang emosional sebenarnya ...


Apa maksud pernyataan awak ni...macam jeles jer...ada masalah ker? Memang nampak sapa yg emosional di sini.


eh lupa lak.. .. melancong tu ade dalam pekeliling ke?


Elok awak rujuk Surat pekeliling ikhtisas bil 5/2002 , saya tak akan cerita isi kandungannya.

ok la .. deseree ko tenggelam la ngan labu2 ngko... kang kalau komen banyak sangat marah la pulak.. ni la mentaliti cikgu2 .. tegur sikit pun tak leh .. dah cukup pandai le kate kan


Banyak nya pernyataan yg begitu mengikut emosi.Emosionalnyer dia...

Lain kali sebelum buat tuduhan pastikan dulu kesahihannya. Barulah tak dipertikaikan.

Gaji dapat .. keje tak buat ...


Maksudnya sekarang  la..musim cuti.

cikgu bercuti panjang .. itu aje la korang tau .. time masa persekolahan sibuk nak pegi kursus sana kursus sini ... dulu tak pena kursus time masa persekolahan .. la ni .. kejap2 kursus .. macam mana tak jadi bangang bebudak kat sekolah tu...


Kelakar juga pernyataan ni...kan dah terlanggar tiang.cikgu pula yg disalahkan kerana pergi kursus masa kerja dan bercuti panjang semasa cuti panjang.

cikgu2 yg aku tengok ... sama ada sibuk bertabligh ...
sibuk ngan main badminton sampai kul 10 malam
sibuk ngan amway avon cni ....
sibuk ngan insuran sana sini ....
mana taknyer ..... sibuk dengan diri sendiri je memanjang ...


Cikgu main badminton pun salah ...ni mesti cikgu yang jadi guru penasihat kelab Badminton ni..pukul 10 malam pulak tu..agaknya cikgu tak masuk kelas la ni...

~saja jer nak quote semula,pernyataan yg saya rasa pelik sebab selama jadi cikgu,tak jumpa lagi pertikaian macam ni sampai bab-bab main badminton..nasib la saya tak jadi guru penasihat kelab badminton dan kelab bowling..kalau tak hujung minggu jer kena bawa pelajar pegi main bowling ...nanti ada la pulak pihak yg tak tahu-menahu tuduh cikgu asyik main badminton jer sampai pukul 10 malam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2004 11:01 PM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 7-11-2004 09:11 PM:
Dh la tu!;)
Dia takkan paham, deseree!
Dia bkn cikgu!:no:
Berpegang pd kenyataan itu jek!
Dia bkn cikgu!:no:
Klau dia bkn cikgu, setakat parents dia je ...



Tak faham tak apa.Boleh diskas baik-baik tapi kalau dah buat tuduhan yg bukan-bukan ,memburukkan peribadi org lain ,dah lain jadinya.


Elok juga..lupakan jer.Kenyataan tetap kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 08:41 AM | Show all posts
Beberapa reply dlm thread ni makes me sad...

Kalau tidak kerana curahan ilmu, bimbingan, kasih dan perhatian yg diberikan oleh cikgu2 dan lecturer2 tak maunya aku sampai sini.....

Bila diingatkan Jasa2 cikgu2  dan lecturer2 aku..... MasyaAllah, terharu sungguh......

'Ya Allah panjangkanlah umur pendidik2 hamba mu ini dan murahkan rezeki mereka Amin. Ampunkanlah dosa2 hamba mu ini terhadap mereka. Sesungguhnya jasa mereka terhadap hamba mu ini tidak ternilai harganya...masukkanlah mereka kedalam golongan yg dimuliakan oleh Mu ya Allah... Amin'




They will always have a special place in my heart.....forever.

[ Last edited by Mer^De^Noms on 23-11-2004 at 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 02:08 PM | Show all posts
Amin :lebai:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2004 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by Mer^De^Noms at 23-11-2004 08:41 AM:
Beberapa reply dlm thread ni makes me sad...

Kalau tidak kerana curahan ilmu, bimbingan, kasih dan perhatian yg diberikan oleh cikgu2 dan lecturer2 tak maunya aku sampai sini.....

Bila diinga ...


kalau dpt anak murid cam gini, sejuk skit rasa hati guru2 yg mengajar..:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 23-11-2004 05:27 PM:


kalau dpt anak murid cam gini, sejuk skit rasa hati guru2 yg mengajar..:lebai:



Jangan risau,anak murid macam ni memang ramai...yang terjal tu beberapa kerat je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 04:45 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Some teachers are “shallow and narrow-minded” as they seem to be more focused on their salaries and increments as opposed to their role as educators, Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said.

.......................................

“However, I hope they see the bigger picture and not be shackled with the issue of salary increments and promotions,” he told reporters after launching Dewan Bahasa dan Pustaka’s (DBP) Karyanet website here yesterday.

.......................................[petikan daripada the star 24/11/04]

Rasanya tak salah pandangan saya selama ini. Tinggal lagi guru2 kita ni .. payah giler nak terima kenyataan. Nak sangat semua komen tentang guru .. adalah komen2 yang membuatkan ramai kaum guru ni terbuai lena... syiok giler dengan puji-pujian .. hinggakan cacat celah diri sendiri .. cuma di touch up kan dengan make up artis atau digital deletion yang cuma menganggukkan agar profesion perguruan ditunjal tinggi di tahap dewa-dewa.

Tak paham?
mmm... tak pa la .. biar la si luncai terjun dengan labu-labunya.

camana perlancongan cikgu2 sekalian? best ke? mesti lepas ni penat .. nak rehat .. tak dan nak buat ringkasan mengajar ni. Tang tu sok-sok leh buat. Tak buat pun tak pe .. kalo nazir tak datang skolah.

hina aje la sibel ni .. tak kisah pun. Sejarah membuktikan bangsa melayu kita ni .. tidak pernah melihat sesuatu perkara melebihi kebiasaan. Kalau dahulu kita angkat hang tuah setinggi langit sekarang ada pula ura2 mengatakan sanjungan sepatutnya kepada jebat kerana menyanjung tinggi persahabatan dan menyanggah segala kejahatan tanpa melihat darjat dan pangkat. Oh ... lupa la pulak mungkin buku sejarah cuma layak di rak2 buku dan bukan untuk dilihat corak atau pattern kejadian untuk menjadi panduan.

merotan tidak semestinya sakit hati... menengking tidak semestinya benci.

geli gelaman membaca part bawah ni

----------------
An irate teacher, who called The Star, said the Education Minister should not have made such sweeping statements and should, instead, understand that teachers too need to make a living.

“I have been a teacher for about 20 years and I can say that most teachers stick to the profession because they are passionate about their jobs.
---------------- petikan the star 24/11/04

kalo ngko tau nak buat keje lain .. dah lama dah ko tinggalkan profesion pendidikan ... mana taknyer .. keje bercakap ni lagi senang berbanding keje menurap jalan-jalan raya ngan memasak kat restoran. bercakap cuma secara kasar bermula dari kul 7 habih kul 1 ... pastu makan solat .. pastu tido petang. Malam baru nak buat keje .. tu pun kalo nak buat .. kalo tak .. buat aje sok pagi. Bercakap la pulak bukan la susah... cakap aje .. budak terima tak terima .. lantak diorang le... janji masuk kelas .. pastu kuar ... dah jalankan tugas... faham tak faham budak tu ... ikut diorang le .. kalo agak2 dioraang tak paham ape cikgu cakap kat skolah pilihan diorang banyak.. leh gi tuition kat kelas2 tuision yang belambak tumbuh cam pasaran software games kat jalan imbi.

-------------- ni lak kata menteri------------------

Hisham: see the bigger picture!

------------------------------------

part ni la cikgu2 payah nak tengok ... jangan kan big picture .. gambar kelas budak2 yang diorang ajar pun tobat seumur hidup cuma tengok dalam at the most 2 kali.. kalu lebih pun sebab nak edit majalah skolah..

ape tak betul ke ape aku cakap? korang nilai sendiri .. jawapan dah ade cuma berat jari ngan tangan ngan hati ngan ego korang yg setinggi gunung everest untuk mengiyakan.

[ Last edited by sibel on 24-11-2004 at 05:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 05:06 PM | Show all posts
Habih tu dah aku terbaca  ada seorang forumner tu minta cikgu kerja tak menentu masa macam doktor...kalau dah keje macam doktor, gaji tentu la  macam doktor.

Aku nampak ko ni yang cemburu dengan cikgu-cikgu, kenapa erkkkk????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 2.797686 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list