CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Saiful

Wardina Dedah Pernah Bantu Benjy Di Penjara- "Was-Was Sikit. Takut Dia Beli

[Copy link]
Post time 13-7-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts


TRENDING
Kesesakan CAC bukan gambaran sebenar - Dr Adham
NASIONAL


Arwah Benjy pesan dikebumikan di Medan
Serimah Mohd Sallehudin
[email protected]
July 11, 2021 @ 6:35pm

KUALA LUMPUR: Hanya kiriman doa mampu dititipkan keluarga buat pelakon, Allahyarham Benjy, 43, yang menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia, jam 11 pagi tadi.

Berita pemergian arwah Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim yang sedang menjalani hukuman selama 11 tahun, tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan atas kesalahan memiliki dadah diterima keluarga dengan hati yang reda.

Biarpun lebih empat tahun tidak bertentang mata selepas arwah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara pada 2017, namun, takdir juga menentukan keluarga tidak dapat menatap wajah terakhir arwah buat selama-lamanya.

Anak sulung primadona filem Melayu, Allahyarham Azean Irdawaty itu dipercayai sudah lama menghidap penyakit asma yang kronik. Perkara itu disahkan adik bongsu arwah, Inessa Irdayanty.


Inessa berkata, keluarga menerima panggilan pihak penjara memaklumkan arwah sukar bernafas dan terpaksa dibawa ke hospital, namun tidak berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, katanya, keluarga sepakat mengizinkan arwah dikebumikan di Medan sebagai memenuhi permintaan arwah yang pernah beberapa kali menyebut supaya jenazahnya tidak dibawa pulang sekiranya ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di penjara. Jenazah arwah dijangka akan dikebumikan, esok.

"Saya dan keluarga tahu arwah sakit. Sejujurnya, arwah sudah lama menghidap penyakit asma kronik sebelum ditahan di Medan. Sebelum ini, arwah sering membuat rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh.

"Sebelum COVID-19, arwah sudah berpesan sekiranya berlaku sesuatu kepadanya tidak perlu membawa balik jenazahnya. Pintanya, sedekahkan surah al-Fatihah.

"Jadi, ini menyebabkan kami sekeluarga menyerahkan urusan pengebumian di Medan," katanya kepada BH Online.

Mengulas kali terakhir berhubung dengan arwah abangnya, Inessa berkata, arwah ada menghubunginya, minggu lalu untuk mengucap selamat ulang tahunnya ke-31.

Inessa berkata, kakaknya, Elza Irdalynna paling kerap menghubungi arwah disebabkan mengirimkan wang kepadanya untuk membeli ubat dan makanan, setiap bulan.

"Setiap bulan Elza akan mengirimkan wang untuk arwah. Kami sangat berbesar hati Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan teman arwah banyak membantu dengan menghulurkan sumbangan untuk dikirimkan kepada arwah.

"Kebiasaannya, arwah akan menghantar resit selepas membeli barangan keperluan sebagai bukti. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan yang banyak membantu arwah selama ini," katanya.

Jauh di sudut hati, Inessa berkata, dia dan keluarga sedih tidak berkesempatan menjenguk arwah sepanjang empat tahun menjalani hukuman penjara.

Namun, katanya, apa yang membuatkannya lebih terkilan arwah sepatutnya dibebaskan, tahun ini kerana berkelakuan baik di penjara.

Bagaimanapun, katanya, hasrat tidak kesampaian apabila arwah terlebih dahulu dijemput Ilahi.

"Jika tidak silap, kes arwah akan dibicarakan semula bagi menentukan sama ada dibebaskan atau sebaliknya, tahun ini. Arwah kemungkinan dibebaskan kerana berkelakuan baik, tetapi nampaknya arwah ditakdirkan berada di bumi Medan buat selama-lamanya.

"Itu sahaja yang membuatkan kami sekeluarga terkilan. Bapa menerima pemergian arwah dengan reda. Bagaimanapun, saya terpaksa memegang telefon bimbitnya kerana tidak mahu bapa diganggu memandangkan mempunyai masalah jantung. Saya juga tidak mahu bapa mengalami serangan panik," katanya.

Terdahulu, berita pemergian aktor yang pernah diangkat Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2002 itu tular di kalangan rakan artis dan ia dipercayai daripada maklumat bapanya, Khairil Anwar Zainal Muktar Rashidi.

Sementara itu, Setiausaha Agung SENIMAN, Hafiz Nafiah berkata, pihaknya sedang berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Penjara Tanjung Gusta untuk pengurusan jenazah arwah.

"Setakat ini, maklumat yang diterima, jenazah sudah menjalani pelbagai prosedur di hospital, namun disahkan bebas jangkitan COVID-19. Jenazah sudah dibawa ke Rumah Sakit Bhyangkara Brimob untuk urusan mandi, kapan dan pengebumian.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta sebelum Zohor waktu tempatan, esok," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, petang ini.

Hafiz berkata, Seniman sudah menghubungi keluarga, mereka bersetuju arwah dikebumikan di Medan disebabkan wasiat dan pesanan arwah jika meninggal dunia.

"Urusan jenazah dan pengebumian arwah diuruskan Konsulat Jeneral Malaysia dan Penjara Tanjung Gusta. Bagaimanapun, kos perlu ditanggung oleh waris.

"Seniman akan cuba membantu untuk memudahkan urusan pengebumian arwah di Medan," katanya.

Ps: family mmg kirim duit setiap bulan, tanda benjy xdilupakan family.

Terharu tgk bpk tiri benjy syg kt dia mcm ank kandung

Bakal bebas krn berkelaluan baik tp udah takdir umur tak panjang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 12:51 PM | Show all posts
krustykrab replied at 12-7-2021 09:48 PM
Arwah mak dia kan prnh krje dj radio english

teringat lakonan arwah mak dia yg broken2 english tu
english mak2 datin
menjadi sungguh
smpai skrng la budak2 duk repost video kt tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 01:02 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 12-7-2021 02:07 PM
Kakak tak sangka Benjy talented gila bukan setakat dalam lakonan, tapi juga dalam penulisan (walau t ...

nak baca ktmana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih bila baca yang arwah perlu duit untuk beli ubat dan makanan sendiri walaupun duk dalam penjara. Memang penjara kat sana tak tanggung bab makan dengan ubatan ke? Sebab dia bukan warganegara sana ke macam mana? Habis kalau tak ada duit apa jadi?

Yang rakyat asing dalam penjara kat Malaysia ni kerajaan tanggung kan? Sebab pati kat depoh tahanan pun makan semua free.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tupperwarepink replied at 13-7-2021 10:56 AM
dulu pernah tercrush dgn arwah sebab tgk 1 cerita dia berlakon, dia macam budak bandar kena suruh ba ...

yg duk ngan atuk dia kan jalil hamid.. ptt tv ulang tayang drama arwah.. ni kat utube pun susah nk dpt
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib la arwah da pesan awal2 dikebumikan di medan.. x mintak bukan2 nak tanam malaysia jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi baru jalan2 kat ig iness tu, alih2 ada post pasal janda propa si NH maki2 adik arwah benjy si iness.. Sial apa janda propa tu.. Lepas dah maki terus private ig.... Problematic sia janda sorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
NK nenek kebayan north korea

  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas post psl benjy wardina deactivate ig ? Why?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-7-2021 11:16 PM
NK nenek kebayan north korea

org luar mcm ni mmg kejam.
NK ni bash adik arwah based on apa? Posting wardina tu ke?
I ada baca yg seniman dah war2 kan rakan artis if nak bg bantuan pada arwah blh buat thru seniman.  NK ni duk dlm gua ke.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 10:32 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-7-2021 11:16 PM
NK nenek kebayan north korea

takut kena kecam..trus private IG..
await dah baling batu sembunyi tangan makcik oii..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pathetic sungguh pompuan sorang nih.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AnaisAnais replied at 13-7-2021 11:53 AM
apa pun aku nak kata, tak berkenan la kat wardina cerita mcm tu...

yes..boleh mendatangkan fitnah kepada family arwah. Tengok aje la NK dah meroyan gila babi serang adik arwah.
Wardina konon nak tunjuk dia prihatin toi dalam masa sama bukak aib arwah pulak.
Nyampahhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-7-2021 02:07 PM
Kakak tak sangka Benjy talented gila bukan setakat dalam lakonan, tapi juga dalam penulisan (walau t ...

Kat mana nak baca? Benjy ni forummer juga ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 02:14 PM | Show all posts
asfaz replied at 14-7-2021 01:56 PM
yes..boleh mendatangkan fitnah kepada family arwah. Tengok aje la NK dah meroyan gila babi serang  ...

sebaiknya tangan kanan memberi tangan kiri tak tau. this is basic ok.
ni pi cerita mcm tu... tak pasal2 org ingat ohh keluarga dia tak tolong ke?  dia kena buang keluarga ke? pastu... boleh pulak kata "mula was2 nak bg takut dia beli dadah" alahai. kenapa lah mcm tu penulisan mu wahai wardina??

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Heydidle replied at 14-7-2021 03:13 AM
org luar mcm ni mmg kejam.
NK ni bash adik arwah based on apa? Posting wardina tu ke?
I ada ba ...

dina ni mmg kadang dia akan deactivate ig sbb dia suka komen pasal keadaan kt malaysia actualy masa benjy meninggal ni iols ada baca post statement yg sama dari syaril apa tu nama dia lupa dh yg wartawan jenayah tu..dia penah melawat benjy.dia ckp benjy bg tau dia susah baju tak tukar n all tat. so maybe dh arwahnya cerita cmtu kt diaorg sbb nk mtk tlg. so diaorg ni menceritakn apa yg dia ceritakn la. tp tula tak sensitif pulak kt ahli keluarga depa crita balik hal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
AnaisAnais replied at 14-7-2021 02:14 PM
sebaiknya tangan kanan memberi tangan kiri tak tau. this is basic ok.
ni pi cerita mcm tu... tak ...

dia nak org puji dia. Kat komen ig banyak hentam  dia. Takde benda baik kuar dr mulut wardina diaorg ckp. Ig dia dah takde ke? Aritu ai tgk ada ni tgk dah takde .
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin adik dia kirim duit tapi tak cukup. And benjy maybe ada minta tolong kawan kawan artis yg rapat dgn dia jugak. Tapi perlu ke bagitau org pertolongan mcm ni sambil2 aibkab family org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:05 PM | Show all posts
nia_salina replied at 14-7-2021 02:34 PM
dina ni mmg kadang dia akan deactivate ig sbb dia suka komen pasal keadaan kt malaysia  actua ...

Honestly i tak setuju si wardina ni post conversation dgn arwah yg mintk tolong
its sesuatu yg memalukan arwah
ape tujuan dia post? utk nmpk diri baik
or cara tersirat nak bgthu yg family arwah ignore benjy

seriusly memg memalukan arwah

aku percaya benjy jugak mintak tolong all artis
but retis lain just keep silent
contoh mcm khiriah
benjy baik dgn dia dan rse ade gak mntk tolong
but khiriah just silent sahaja

benjy dah terima pun pembalasan
dulu aku antara lantang bersuara mse dia asyik terlepas dulu
lepas dia kena penjara kat indon aku rse puas hati
and rse adil la kan

tp dia dah pun dapat balasan kan
so why should malukan dia ngthu dia sush and mintk duit
should diam la
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 14-7-2021 04:05 PM
Honestly i tak setuju si wardina ni post conversation dgn arwah yg mintk tolong
its sesuatu yg me ...

dia ni mmg over. iols plg tak suka bila dia tak bis compare aus dgn malaysia. ayat dia agak sensitif kat famly arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057231 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list