CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noni

Sesat Menyesatkan...

 Close [Copy link]
Post time 5-9-2004 11:00 PM | Show all posts
Tidak satupun menghantar anda dekat kepadanya. Amalan tinggal amalan, ilmu tinggal ilmu, guru tinggal guru. Jika anda mencari hanya kerana dia yang memilih anda. Bukan anda. Anda tidak suci jika bukan dia yang mensucikan anda. Anda tidak  berada pada sebuah landasan jika bukan dia menunjukki anda. Jika tidak diberi nur, nescaya tidak ada nur bagimu. Ini akan anda ketahui apabila menempuh sebuah perjalanan.



amal kita pun..namun saya yakin anda bukan bermaksud dengan tidak beramal..
namun kita tidak seharusnya mengandalkan amalan kita untuk mencapai ridha-Nya,
kita harus mengandalkan rahmat dan bantuan-Nya.
memang saya setuju dengan apa yang anda katakan ini,tiada yang lebih benar darinya.kerana mengikut pengajaran ahli yang mengenal diri..jika kita mengandalkan amalan kita seperti kita tidak sedar diri,mana ada hak milik kita.semua milik Dia..

[ Last edited by irfani on 5-9-2004 at 11:17 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2004 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by noni at 2004-9-4 10:31 PM:
Hijab bukan hal hal yg nyata, asbab asbab dan ilmu tetapi juga perkara perkara yg sukar anda menerimnya. Jika anda mengatakan sebab akibat, ia benar. Dari kumpulan kumpulan atau mahzab anda, ilmu i ...


'Inna lillahi wa inna ilaihi ra juun'

daripada Allahlah kita datang dan kepada-Nya kita akan dikembalikan..
memanglah,namun.Dalam diri kita ini ada sifat bawaan fitrah yang sememangnya Allah ciptakan begitu dan menjadi fitrah setiap hamba untuk meyembah-Nya.Tinggalkan diri,tinggalkan matalamat,disini bukan tempat tapi disini hanya sarana,kerana itulah Allah menciptakan kita kedunia,supaya melatih diri sehingga kembali kepada-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2004 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by noni at 2004-9-4 10:45 PM:
Anda mengambil sebuah buku lalu memperlajarinya. Buku tersebut menjadi berhala(hijab) anda dengan isi isi yg tersaji kepada anda. Sampai saatnya berhala ini anda tinggalkan. Anda berpindah yg lebih ...


Kita tidak harus yakin pada guru tersebut,namun kita harus yakin pada Allah.
Namun jika ada pandangan ruhani yang menembusi nampaklah kita "kalian tidak melemparkan ketika kalian melemparkan,namun Allahlah yang melemparkan".jika ada ini alhamdulillah..

Kita harus yakin pada Allah kerana Dialah Yang Maha Pemberi.Namun apa daya,selalunya Allah menetapkan sedemikian tatacara atau 'hijab' biasanya untuk mendapatkan ilmu perlu membaca atau berguru..'Iqra'..'
ini pun salah satu hukum sebab akibat..termasuklah zikir pun..Allah metepakan jika hendak nur perlulah berzikir..nak burhan perlulah solat..nak benteng perlulah puasa dan sehinggalah iabadah yang tertinggi "Apakah kamu telah mencintai kerana-Ku dan benci kerana-Ku"(dalam suatu hadis kepada Nabi Musa a.s)
" Katakanlah Aku tidak meminta kepadamu
sesuatu upah pun atas seruanku kecuali
kasih sayang kepada keluarga[ku]" [al-Syu'ara 26:22]
seluruh ibadah itu adalah sarana bagi hamba.

Allah Maha Adil dan Maha Pemurah dalam hal-hal yang tampak dan hal-hal yang tidak nampak..
walaupun kita ini tak nampak..

segala puji-pujian bagi Allah..
'Oh Allah! bukalah mata hati kami ini supaya tiada lagi dalam hati ini selain dari-Mu!,dengan haqnya Muhammad dan keluarga Muhammad,selawat-Mu atas mereka kesemuanya..'

[ Last edited by irfani on 6-9-2004 at 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report

noni This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2004 03:29 PM | Show all posts
Kita terpinggir kerana hijab, kita menujunya pun dgn hijab. Semua hijab itu adalah alat, Kita gunakan alat sebagai titian untuk sampai kpdnya. Tanpanya kaki anda kaku, dengannya anda terbeban. Melalui air, anda sampai ke seberang, dengan air juga anda karam. Berperahulah anda, tetapi perahu bukan hal yg dituju.
Reply

Use magic Report

noni This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2004 03:34 PM | Show all posts
Terasinglah bagi yang mengasingkan diri kerana itu jlnnya. Rezeki kita dimana? Kami tidak mengajak anda berkhalwat di hutan belentara. Berkhalwatlah dalam gua anda sendiri. Kami tidak mengajak anda meninggalkan sahabat sahabat, tetapi dunia andalah yang harus sunyi. Jika anda seorang pelajar, penuhi tanggungjawab anda sebagai pelajar. Jika anda seorang pekerja, berkerjalah selayaknya. Seorang pekerja maupun pelajar tidak sedikitpun merumitkan 慸iri
Reply

Use magic Report

noni This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2004 03:39 PM | Show all posts
Jika anda tenang di dalam keterasingan, belum tentu anda teguh di tengah keramaian.  Jika anda mampu berdiri di tengah ribut, pasti tidak ada satu anginpun mampu menggoyahkan anda.   Sunyi bukan di luar tetapi di dalam. Jika anda bertaulan dengan sang raja, bukan di luar tetapi di dalam. Insyaallah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
nigina This user has been deleted
Post time 6-9-2004 03:51 PM | Show all posts
[quote]NONI wrote: Sebahagian sengaja kami tinggalkan dgn persoalan. Pun bukan maksud mengkabur atau mengusutkan sesuatu perkara. Tujuan kami agar anda lebih membuka minda anda dan tertanya tanya. Anda bertanya dan anda juga yg akn menjawabnya. Jgn pula anda bawanya kpd kami tetapi andalah yg harus memahaminya.  Jawaban akn hadir menurut 憄ersediaan
Reply

Use magic Report

noni This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2004 05:40 PM | Show all posts
Kami tidak membawa hadis itu, tetapi andalah yg membawanya. Drp apa yg anda bawa kami cuba perjelaskan: bahawa maksudnya berlapis lapis..

Tidak mengapa dari mana anda memahami. Jika anda sudi, tajamkan lagi, jika anda tidak mampu tidak mengapa. Kami tidak walang dgn anda. Jika anda org mudah, anda tetap mudah. Jika anda org mulia anda tetap mulia. Kami tidak mencederakan ilmu anda tetapi nafsu andalah yg terluka. Pasti anda kecewa lagi dgn kenyataan ini. Jika anda muhasabah diri anda, alhamdulillah tetapi jika anda mengkeji kami, apalah yg ada pada kami?

Dari sumber mana anda mengambil satu satu hadis tidak menjadi hal bagi kami kerana kami melihat 'kenyataan' hadis itu. Kami menyandarkan kesahihan hadis sedangkan anda mencari cari rantainya. Kami membenarkan sedangkan anda mengkaji kaji kebenaran hadis. Kami tahu mengapa sedemikian ia dituturkan sedangkan anda tercari cari maksud dari hadis tersebut.  

Maafkan kami. Memang sukar menjelaskan hal yg berangkai rangkai. Adakala kami tinggalkan dgn persoalan, adakala kami sekadar mengisyaratkan. Tinggal lagi dimana rezeki kita..

Jika kami kecewa dgn anda, bermakna kami keliru. Jika kami caci anda, kamilah yg keji. Jika kami puji anda, maka kitalah yang terpuji. Fahami ini..

Perhiaskan dirimu wahai saudaraku, anda itu kekasih kekasihku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


noni This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2004 06:14 PM | Show all posts
Sahabatku
Reply

Use magic Report

noni This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2004 06:17 PM | Show all posts
Wahai sahabatku
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2004 07:14 PM | Show all posts
sahabat ku noni yang kukasihi begitu juga nigina..

Bersyukur kehadrat Ilahi,sahabatku noni,terima kasih atas saranan mu yang berguna,isinya..hampir-hampir sahaja saya tidak mampu melihatnya kerana sinaranya yang begitu terang.InsyaAllah kami memohon pada Allah untuk memanfaatkanya sehingga akhir hayat kami.

[ Last edited by irfani on 6-9-2004 at 09:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2004 08:32 PM | Show all posts
nigina:pada satu sisi, anda nampaknya cenderung kepada perbahasan tasawuf tapi bila pada akhirnya anda menutup tulisan anda dengan hadis Ibnu majah, ternyata anda sama seperti yg lain - masih berkitar di segi syariat. terlanjur anda menyebut hadis itu, maka perlulah anda ketahui bahawa hadis itu terdapat di dalam versi Muktazilah dan Syiah juga. Tidak ada persetujuan terhadapnya. Namun kalau anda jujur, bukalah sahih Muslim, Musnad Ahmad, Tirmidzi dan lain2,  lihat di situ sebuah hadis yg jelas terang mengisyaratkan mengikut al-Quran dan Ahlul Bait.

kami:Janganlah kita memandang zahir sahaja dan tidak juga memandang bathinya,jelas Al-Quran menuturkan zahir dan bathin,Rasulullah saw bersabda kepada kita menurut kemampuan kita untuk memahami nilai-nilai maknawi yang tersirat didalamnya,disebalik syariat itu ada cahaya batinya.Yang mana yang zahir itu mengantar kita pada batinya,Allah suka pada orang yang bersih dan orang-orang bertaubat.Dialah Yang Maha Zahir dan Dialah Yang Maha Bathin.

Apa yang Noni perjelaskan kepada kita adalah aspek bathin dari hadis ini,aspek spiritual dari hadis ini,namun itu tidak beerti beliau menolak aspek zahirnya.Aspek bathin dari hadis ini juga beerti wilayat yang di fahami dalam mazhab Ahlul Bayt a.s.

manakala aspek zahirnya adalah fizikal Imam yang suci dari Ahlul Bayt Nabi saw yang ada dalam setiap zaman,yang dari aspek zahirnya disebutkan namanya oleh Rasulullah saw, dari aspek bathinya adalah wilayah yang meliputi alam yang tampak dan tidak tampak yang memimpin manusia menuju matlamat penciptaanya.Ini jelas jika ditelusuri hadis-hadis dalam kitab-kitab hadis-hadis Ahlul Bait a.s.dan syarahan-syarahan dan kitab-kitab ulama' dari kalangan mazhab Ahlul Bayt a.s. seperti contoh Ayatullah Murtadha Muttahari,Allamah Tabatabai dan perkara ini juga adalah merupakan perbahsan pokok dalam Mazhab Ahlul Bayt a.s.Insyaallah jika kami mampu kami akan membuktikanya,kami memohon pada Allah agar diberi kekuatan dan taufik untuk melakukan perkara ini.

Bahkan menurut Allamah Tabatabai,seorang ulama' dari mazhab Ahlul Bayt dalam bukunya perjalanan spiritual menurut beliau,mereka inilah pendokong Ahlul Bayt a.s. dan saya menjadi saksi bahawa noni telah membuktikanya dan bahkan membantu saya dalam perjalanan ini.Yang dalam Islam dikenali sebagai suluk singkatan dari 'Sayr wa suluk'.

Bahkan apa yang dituturkan oleh Noni adalah pengajaran dalam mazhab Ahlul Bayt itu sendiri,insyaAllah jika diberi kekuatan kami ingin membuktikanya.Ini menyangkal pendapat-pendapat oriantalis Barat yang memisahkan aspek-aspek spiritual dalam Islam dari aspek-aspek zahirnya itu sendiri...yang sehingga mengakibatkan kemunduran spiritual dan material Umat Islam yang telah termakan dakyah ini dan dari satu sisi lain memandang Islam tidak sempurna.Walhal Islam itu sendiri bermaksud tunduk pada hakikat,lalu mustahil Islam tidak menjelaskanya.

[ Last edited by irfani on 6-9-2004 at 09:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2004 05:37 PM | Show all posts
bersabarlah wahai sahabatku nigina,janganlah anda tuduh melulu jika saja anda bersabar dan melakukan suatu pengkajian seketika bersama dengan perenungan yang mendalam nescaya anda akan memahami rahsia 'kami' tersebut.

jika anda buka dalam Al-Quran,dalam sebuah kisah diantara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s. anda akan menemukan Nabi Khidir a.s menggunakan metode ini,'kami' ,'saya',dalam amal perbuatanya ada rahsia agung yang tersembunyi didalamnya.
jika kita memahami ayat Al-Quran yang bermaksud 'kalian tidak melemparkan ketika kalian melemparkan tapi Allahlah yang melemparkan' disitu terdapat jawapanya.

Jelas sekali,ia jauh dari maksud pertubuhan..bukan pula mewakili mana-mana institusi namun itulah kalimat yang paling merendah diri kepada Tuhan Alam semesta.

[ Last edited by irfani on 13-9-2004 at 04:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 04:45 PM | Show all posts

Bangkit kerana Allah

Originally posted by noni at 2004-9-6 03:34 PM:
Terasinglah bagi yang mengasingkan diri kerana itu jlnnya. Rezeki kita dimana? Kami tidak mengajak anda berkhalwat di hutan belentara. Berkhalwatlah dalam gua anda sendiri. Kami tidak mengajak anda ...



Bangkit kerana Allah menyempurnakan cahaya dalam diri..
dari satu sisi mengosongkan diri selain dari-Nya,
dari satu sisi lain,bangkit kerana-Nya..
Bangkit kerana Islam,
mempertahankan Islam,
meninggikan syiar Allah,
Yang merupakan amanah dari-Nya.
dalam pelbagai lapangan kehidupan,
lalu jadilah segenap aktiviti kita jihad kecil dan jihad besar.insyaAllah.

[ Last edited by irfani on 9-9-2004 at 04:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 04:27 PM | Show all posts
namun,jangan pula kita memandang kita mampu melakukanya sendirian,
kaki kita yang lemah ini tidak mampu meyeberangi badai yang ganas.Tapi dengan bantuan dan pertolongan-Nya,berserta kekuatan tekad dan azam..insyaAllah,Malaysia boleh!

sahabat kita,menuturkan:
'Utk melihat kecantikkan laila anda perlu sepasang mata majnun. Anda tidak dpt melihat keindahan laila kerana anda itu anda..'

ya..kita terlingkung dan tertutup,kekuatan kita terbatas,masa terhad dan umur pendek.kita pun tidak kuat,bangsa kita lemah dan lesu..

namun,jika kita bertawakkal kepadanya..kita mampu kerana kekuatan kita bergabung dengan kekuatan-Nya,mata kita yang lemah menjadi kuat daripada tak mampu melihat cahaya jadi boleh,kaki kita yang patah akan pulih,tenaga kita yang lemah akan kuat,minda kita yang lesu akan cerdas dan mengalir hikmah..sehingga sirnalah kekuatan kita dan yang ada ialah Yang Maha Kuat.Ketika ini.. tak cukupkah kekauatan "Dia bersama-sama kamu diamana-mana saja kamu berada"? tak cukupkah penampakkan kita  bahawa "Dia bersama-sama dengan orang yang berbuat baik" juga "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
...tentera malaikat bersama kita..

dengan kekuatan ini barulah kita mampu untuk mara..

[ Last edited by irfani on 10-9-2004 at 04:43 PM ]
Reply

Use magic Report

noni This user has been deleted
 Author| Post time 16-10-2004 03:19 AM | Show all posts
Buat sahabat...

Kita sudah terbiasa dengan sifat kita yang sukat menghakimi atau menilai sesuatu. Kita membenarkan yang ini, menyalahkan yang itu. Kita mengagungkan yang ini, memperlekehkan yang itu. Ketika kita memuja sesuatu, fikiran kita  terbelenggu. Sudut pandangan kita menjadi kaku. Kita mengira yang itu salah, yang ini benar..

Betapa ramainya diantara kita terkena penyakit seperti ini. Kita semua yang pernah terkena atau masih sakit berfikiran 'akulah yang benar'. Kita terlalu dihasut dengan keegoan hingga sanggup menyalahkan orang lain. Setiap orang ada mindsetnya sendiri. Setiapnya mindset pula berbeza beza mengikut kecenderungannya sendiri. Masing masing mahu mengagungkan mindsetnya itu. Dengan itu, terjadilah konflik dalam kehidupan manusia.

Selama mana kita masih mengatakan dirinya, pendapatnya, fahamannya atau pegangannya paling benar selama itu ia memiliki berhala dalam hatinya. Selama mana ia masih menyimpan berhala, selama itu ia buta. Penyakit hati berupa derita derita datang kerana hukum tabur dan tuai. Namun kerana masih buta kita tidak menyedari, malah menyalahkan orang lain. Kita menyalahkan keadaan, tuhan dan sbgnya.     

Apabila kita menyedari ini, kita sendirilah yang sebenarnya membawa kesusahan/derita dalam diri. Dari kesedaran itu, bermulalah perjalanan kita. Derita bukanlah hal yang sukar, begitu juga dengan punca puncanya. Di dalam semua itu terkandung berkah berkah..

[ Last edited by noni on 16-10-2004 at 03:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2004 01:03 PM | Show all posts
alangkah indahnya  gagasan pemikiran yang anda perkenalkan kepada kami,
denganya manusia akan hidup aman damai,tiada peperangan dan tiada lagi persengketaan.Benih-benih cinta akan bersemi..

tetapi,alangkah sukarnya menghancurkanya..kita harus melakukanya,perlahan-lahan..
saya ingatkan berhala kepalsuan itu di luar,namun rupanya berhala dalam diri inilah yang lebih besar dan lebih menyesatkan..
terima kasih,
jasamu akan dikenang dan tetap dikenang,tetapi ia balik pada diri saya juga..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 01:16 PM | Show all posts
seorang sahabat berkata..

"Kebenaran meliputi sangkaan, kebenaran juga meliputi luar dari sangkaanmu. Kebenaran meliputi apa yang kau lihat atau tidak engkau lihat(ghaib). Kebenaran meliputi suka atau duka, tinggi atau rendah, sayang atau marah. Jika kebenaran telah datang, ia bukan di luar sana tetapi dalam dirimu. Katakanlah, telah datang kebenaran sirna kebhatilan. Kebhatilan tidak akan datang kembali- sekali kali tidak engkau melihatnya lagi..

Aku temui kebijaksanaan dalam kebodohanku. Aku temui kebijaksanaan dalam keariffanku. Jangan anda berpaling bila melihat kemuliaan pada tangan sipencuri sebagaimana anda melihat kemuliaan pada tangan sipemurah. Alam menjadi sejuk pada doa dan sujud si wara di malam hari. Kebenaran meliputi orang orang yang anda keji..
"

juga berkata..
"Bagaimana mungkin anda sengsara dengan keji atau bahagia dengan puji jika anda melihat segala sesuatu dari tangan kekasihmu? Masihkah anda melihat, lalu terhukum oleh sangkaan anda sendiri. Jika anda menetapkan(hukuman) anda harus terhukum. Jika memberi anda harus menerima. Jika berlari anda harus merasa penatnya. Sebagaimana menjerit, anda harus mendengar pekiknya. Lalu ia berkata lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2004 05:55 PM | Show all posts
apabila kita menyalahkan orang,kita lupa kita juga sebahagian dari kesalahan itu sendiri,pernahkah kita menyentuh kebenaran sehingga sanggup menyalahkan orang lain?

Tidak ada yang mengetahui kebenaran,melainkan kebenaran itu sendiri,jika dia memilih anda,hanya kerana dia memilih anda,bukan anda..

Jika anda cahayanya,anda bukan anda,ketika anda meyalahkan,bukan anda lagi yang menyalahkan..

[ Last edited by irfani on 22-10-2004 at 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2004 11:40 PM | Show all posts
"Tidak satupun menghantar anda dekat kepadanya. Amalan tinggal amalan, ilmu tinggal ilmu, guru tinggal guru. Jika anda mencari hanya kerana dia yang memilih anda. Bukan anda. Anda tidak suci jika bukan dia yang mensucikan anda. Anda tidak  berada pada sebuah landasan jika bukan dia menunjukki anda. Jika tidak diberi nur, nescaya tidak ada nur bagimu. Ini akan anda ketahui apabila menempuh sebuah perjalanan. "

benar kata Noni..
namun itu 'benar' saya..tentu Penulis ini lebih memahami kebenaranya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.090399 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list