Dengan sekali lafaz, pelakon Eyra Hazali selamat bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan negara, Haziq Nadzli pada malam Jumaat lalu.
Majlis pernikahan diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli bersaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar dalam suasana sederhana.
Foto: Instagram Eyra Hazali
Seperti yang dimaklumkan pada mStar Online, keluarga meminta untuk merahsiakan jumlah wang hantaran dan Eyra menerima mas kahwin sebanyak RM3,001.
Berkongsi perasaannya, dia begitu gementar sebelum bernikah, namun bersyukur Allah permudahkan urusan mereka.
Foto: Mstar Online
Menurutnya lagi, pelbagai dugaan dilalui bersama termasuklah pertukaran tempat pernikahan yang telah dua kali bertukar tempat.
Hanya kenalan rapat dan sanak-saudara sahaja menghadiri majlis pernikahan tersebut, manakala majlis resepsinya dilangsungkan pada Ahad di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
Akhirnya, selepas setahun diikat, sampai juga masa bergelar isteri. Tahniah Eyra dan suami. Moga sentiasa sabar hidup berumah tangga. - CARI
|