CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sufisme

[Copy link]
Post time 13-5-2007 09:00 AM | Show all posts

Reply #80 kholidie's post

Alhamdulillah... :ah: :ah: :ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 02:32 PM | Show all posts
Kalo  tak  silap     saya  ler  ....
sufi   ni  ada  makam  tertentu   ......
makam  ni  berdasarkan   tahap   kawalan    ke   atas    nafsu   ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 13-5-2007 02:32 PM
Kalo  tak  silap     saya  ler  ....
sufi   ni  ada  makam  tertentu   ......
makam  ni  berdasarkan   tahap   kawalan    ke   atas    nafsu   ....



makam tu macam cite makam dalam 'Permata Yang Hilang' dak madey?

cukup lah jadik oang awam yang di redhaiNYA, dari susah2 nak jadik sufi kendian jadik ayah ripin

kalo de rezki nanti tuhan tambah lagik

pasal tu isu SYUKUR penting

tuhan tenguk hati dulu, bukan tenguk tarikat mana soang mai, nasqabandiah kaaaa qadiiriah kaa muhammadiyah kaaaa..


mende sufi ni private, antara hamba dan pencipta, mende makrifah

antara madey dengan kejadian lain, syariah

kalo sufi ni penting sangat dah lama nabi ajor umat dia suruh bersufi sufi segalanya

education sufi ni analytical. bukan sebarang manusia tau nilai permata so ada bijak pandai batu permata. kalo permata pun tak abis nak godam ilmu permata camna lai nak kaji tuhan kaji persoalan sapa tuhan pasal dia yang cipta permata

so masalahnya 'ketahanan' jiwa kalo tuhan campak ilmu tuh. kalo beria nak sangat kang tuhan campak sebutir zarah terus gila..tak tahan power dia terus mereng.

camna nak makrifah..nak syariah macam jaga kebersihan yang di tuntut syariah islam, buang sampah lam tong sampah pun susah nak ikut

jangan terkezut kalo de manusia kata 'saya oang sufi' saya buang sampah merata tak pa..saya tak solat cuma niat saja tak per..ni dah sesat doh

manusia berhubungan dengan tuhan, takdok syarat (syariah) <---- hok ni kene kupas dalam2
manusia berhubungan kejadian lain, ada syarat.

yang di sebut makam tu..bila ko dah sampai satu level, terbuka hijab , kalo level satu depa sebut kasyaf..bleh nampak jin tu misalnya, sampai lah makam akhir ni makam fana', di mana 'keindividualan' dah takdok, diri sendiri pun dah kira lebur..ni kalo syeikh akhbar arabi sebut wahdatul wujud, tak wujud apa pun sebenarna kecuali al haq yang wujud sedia kekal etc.

sampai parti ni ler salu bahaya..kalo dah setiap saat oang tu 'sembahyang' dia sebut dia tak payah sembahyang dah..OANG AWAL buleh keliru dan kalo oang sufi tu di hukum murtad pun i think dia tersengih jek..duk bebel mende2 isim hihihihihi

kalo tak caya perhati maksud ayat quran.. ' jangan dekati solat ketika mabuk'...mabuk ni dari pengertian siapa?
kalo oang awam dia ingat mabuk tu cuma dari arak yang ada alcohol. ada oang mabuk kopi gak hihihihi ada mabuk laut..ada mabuk cinta..but mabuk maksud 'tak waras akal' dah.

so tak heran kalo tuhan kata dia tenguk hati dulu, maksud sini NIAT. kalo oang tu dah tau cite aku, dia saja mabuk todi pasal malas sembahyang..tau lah niat dia tu camno hihihihihi

oang sufi ni musti oang cinta ilmu pasal depa tau ilmu ni ibadat paling  tinggi dan mulia..dengan ilmu ler darjat hambaNYA di lebihkan dari hamba lain.

'tak kenal diri maka tak cinta tuhan' ni seme cite ilmu. kalo nak seret oang awam punye pengetahuan pun buleh. tak payah tenguk gunung laut sungai hutan seme, pi depan cermin tenguk bijik mata lobang idung telinge seme tu...mana mai sapa cipta?

nabi dan rasul yang ada seme oang sufi, ilmu depa tinggi tapi depa idup macam oang awam gak, beranak pinak , ada suka dan duka pengalaman depa , maybe sebab depa ada TUGAS kut, kalo depa takdok tugas i think depa just macam oang sufi lain, wat hal dunia depa jek.

oang awam salu di galak 'tahajud', ni unsur sufi lah..macam bersuluk (kaedah sufi)

pendapat aku, sufism elok di peringatkan dalam ruang awam sekadar ingatkan depa kepentingan subjek TAUHID

pasal ini dasar seoang penganut islam selama dia hidup. dia besor sampai jadik Agung Malaya pun dia sedar dia hambaNYA yang wajar dia salu tunduk or submit dan rendah diri..ni dah unsur sufi gak. Kalo dia tu cuma mat despatch dan manusia lain seme keje doktor loyar majistret, dia tak sedih or hina keje halal dia pasal dia de TAUHID , dia sedar sapa paling berkuasa di alam semesta so ni pun sufi gak. So ada sebut ilmu tasauf. Kalo tenguk buku Pengetahuan Agama Islam, seme mula subjek tauhid.

i am not interested nak canang sufism dari konteks 'kepelikan', ke asingan kendian di war war kan di ruang awam, kebolehan kasyaf seseoang, kedudukan darjat sufi dia etc. seme ni mengarut dan merugikan untuk ruang awam.

jadi manusia awam, ingat tauhid dalam seme keje sampai setiap keje tu ibadah walo tidor walo berkebun or niaga or berforum contohi akhlak nabi semampu buleh bukan contoh baju jubah serban celak rambut takat leher dan janggut jek..itu sudah sufi to me.

tuhan pesan dia suka hambaNYA yang amal sedikit tapi berkekalan. ini dah lebih dari bukti sufism ni tak perlu pun, yang penting isu tauhid tuh. islam agama tauhid.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 06:52 PM | Show all posts
Betul kata mahathirGX tu. Memang dalam sufisme ada  makam  tertentu, berdasarkan tahap kawalan ke atas nafsu. Makam-makam nafsu ini ada tujuh;

(1) Ammarah - Nafsu terendah.
(2) Lawwamah - Nafsu yang mengkritik diri sendiri.
(3) Mulhamah - Nafsu yang menerima ilham dengan perantaraan malaikat Mulhim.
(4) Muthmainnah - Nafsu yang tenang.
(5) Radhiah - Nafsu yang redha.
(6) Mardhiah - Nafsu yang diredhai.
(7) Al-Kamil - Nafsu yang sempurna.

Setiap daripada kita sebenarnya tidak terlepas pun daripada berada di salah satu makam yang tujuh ini. Dikatakan bahawa nafsu Al-Kamil itu dikhususkan kepada Nabi Muhammad saja. Di antara satu makam dengan makam yang lebih tinggi, terdapat 70 000 hijab (tabir) yang harus disingkap. Singkapan ini dilakukan melalui amalan penyucian hati.

Hati yang suci melahirkan tindakan, tutur kata dan perbuatan yang diredhai Tuhan. "Bukankah di dalam jasad itu ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya.. Itulah hati" - Hadis ..

Tapi jangan hati saja yang suci. Pemikiran juga mau jernih!..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by kholidie at 13-5-2007 06:52 PM
1) Ammarah - Nafsu terendah.
(2) Lawwamah - Nafsu yang mengkritik diri sendiri.
(3) Mulhamah - Nafsu yang menerima ilham dengan perantaraan malaikat Mulhim.
(4) Muthmainnah - Nafsu yang tenang.
(5) Radhiah - Nafsu yang redha.
(6) Mardhiah - Nafsu yang diredhai.
(7) Al-Kamil - Nafsu yang sempurna.


Assalamualaikum...

Boleh jelaskan tentang makam Mardhiah.   Pada peringkat ini bagaimana keadaan mereka yang telah mencapainya.  Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 08:40 PM | Show all posts

Reply #85 ct_og's post

Waalaikumussalam ct_og,

MAKAM MARDHIAH

Makam mardhiah diduduki oleh orang yang berjaya menundukkan hawa nafsunya, sehingga hawa nafsu menjadi tunggangan baginya dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Dia redha terhadap Tuhannya. Segala perkataan, perbuatan dan tindakannya pula diredhai Tuhan.

Hatinya hidup dengan zikrullah (ia berzikir di setiap denyutan nadi, bahkan di setiap aliran darahnya), sentiasa menerima ilham dari Tuhan (menjadikannya ahli hikmah), tenang dan damai, tiada kerisauan dan tiada kedukaan.

Dialah wali besar, penghuni syurga. Akhlaknya seperti akhlak nabi-nabi, cintakan kebenaran dan keadilan, serta pengasih.

"Wahai jiwa yang tenang (muthmainnah), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan redha (radhiah) dan diredhai (mardhiah). Maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah kamu ke dalam syurgaku" - Al-Quran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2007 09:01 PM | Show all posts

Reply #86 kholidie's post

Alhamdulillah... Terima kasih kholidie....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 11:11 PM | Show all posts
mengikut beberapa pendapat...

tasauf ni melibatkan akal dan hati.  kemudian dipanggil .... apa tu jisim rabaniah al rohaniah??  lupa dah...

sementara syariah atau feqah ni lebih kepada dalil-dalil naqli.

agaknya tu pasal orang feqah dengan tasauf selalu tak ngam.  
orang tasauf panggil orang feqah wahabi, orang feqah panggil sufi bid'ah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2007 01:40 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 14-5-2007 11:11 PM
mengikut beberapa pendapat...

tasauf ni melibatkan akal dan hati.  kemudian dipanggil .... apa tu jisim rabaniah al rohaniah??  lupa dah...

sementara syariah atau feqah ni lebih kepada dal ...


Kenapa perlu ada perpecahan sedangkan dalam diri kena ada tauhid, fekah dan tasawuf...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 09:16 AM | Show all posts
the easiest way to get elevated spiritually is to cleanse our soul from sins by constantly repent as many times as we can on a daily basis and the next to follow is to avoid committing any sin intentionally but this can only be achieved successfully when we truly understand the message of the Quran so the struggle to read and understand the Quran should become a top priority,  nonstop and ongoing until we die .... the roads towards ma'rifah are diverse but all roads still focus on the same goal provided that they are in conformity with the Quran and Sunnah then there is nothing wrong to follow any road we find suitable to our liking ...

[ Last edited by  blastoff at 15-5-2007 09:25 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 15-5-2007 01:40 AM
Kenapa perlu ada perpecahan sedangkan dalam diri kena ada tauhid, fekah dan tasawuf...


entah ler macam mana boleh ada cabangan.

dalam ilmu mengenal Allah
ahli feqah menerusi dalil al-quran dan hadith
ahli tauhid mengenal Allah menggunakan aqal
ahli sufi guna akal dan hati.

macam ash'ariyah dengan sifat 20.  
tapi wahabi menggunakan al-quran dan hadith tanpa takwil.
jadi timbul perselisihan.
yang mana nak ikut yer?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 15-5-2007 12:59 PM


entah ler macam mana boleh ada cabangan.

dalam ilmu mengenal Allah
ahli feqah menerusi dalil al-quran dan hadith
ahli tauhid mengenal Allah menggunakan aqal
ahli sufi guna akal dan hati.

macam ash'ariyah dengan sifat 20.  
tapi wahabi menggunakan al-quran dan hadith tanpa takwil.
jadi timbul perselisihan.
yang mana nak ikut yer?


Hanya Allah yang Maha Mengetahui... mintalah hidayah dari Nya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 10:26 PM | Show all posts

Reply #92 ct_og's post

bila tengok balik posting saya tuuuu...

modify sikit lagi boleh jadi syair sufi tu...   
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 07:53 AM | Show all posts
The starting point of sufism is literally remembering Allah nonstop in a journey towards preparing oneself to be fully ready to face the inevitable of death to reach the Day of Judgement...

[3.191] Those who remember Allah standing and sitting and lying on their sides and reflect on the creation of the heavens and the earth: Our Lord! Thou hast not created this in vain! Glory be to Thee; save us then from the chastisement of the fire

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 05:00 PM | Show all posts

nak tanya ? kalo salah tolong betulkan?

orang selalu bezakan Islam sebenar dengan sufism....

sebenarnya mereka yg menghayati Islam sebenar biasanya tidak beriya-iya

menolak sufism sebab mereka tahu  tanpa disedari mereka memang telah masuk bab2 sufism ni

dlm usaha mereka mencari keredhaan Allah...kalau mereka menghayati Islam sebenar...

tetapi kebanyakkan mereka yg menolak sufism ni beriya-iya suruh buat Islam yg biasa2 sahaja...padahal yg biasa2 pun tak terbuat lantaran terlampau meringankan Islam itu sendiri...

betulkah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 14-5-2007 11:11 PM
mengikut beberapa pendapat...

tasauf ni melibatkan akal dan hati.  kemudian dipanggil .... apa tu jisim rabaniah al rohaniah??  lupa dah...

sementara syariah atau feqah ni lebih kepada dal ...



pendapat aku, lagi ke atas darjat taqwa tu (ilmu) lagi sukar DI UMUM kan

maksud di umumkan ialah bab APPLICATION

pasal tu nabi tu cuma soang dalam untuk satu umat. kerana itu nabi itu pilihanNYA untuk UMUM (public ppl)

ko pikir lah..senang ka nak educate ilmu2 sufi ni pada umum misal nak buat subjek di sekolah, di samping nak maths nak geografi etc?

kalo di perhati..saintis ilmuan hebat2 islam masa era emas islam tu depa 'oang suf', macam pedagang islam yang mai melaka, depa oang sufi , takdok ilmu takkan berani harung laut dan 'masa depan' yang dia tak tau camna nak handle

so aku bependapat sufi ni persoalan ruang PERIBADI, antara ko dengan pencipta. bab nak belajar tu bolehhhh, belajar untuk DIRI ko..pasal tu macam kes hang tuah ilmu dia di katakan cuma untuk dia, anak dia pun dia tak ajor..maybe ilmu sufi kut maka tu ada kata hang tuah dah jadik wali..ghaib etc..ni kata oang or heresay jek lah

now sufism is impractical ti PUBLIC..so camna nak buat? So untuk AWAM, kita ada SYARIAH, so budak2 di ajar pengetahuan agama islam yang paling asas..kendian kalo depa suka nak lebih detail aaa itu hak peribadi

pasal tu sufi takkan penah dan takkan boleh kembang sampai sentuh setiap beragama islam dalam dunia sekarang yang hampir satu billiun lebih umatnya.

zaman dulu ilmuan islam semenya oang sufi, umur tak sampai 10 taun dah hafal quran, dah tulis kitab dah tulis hadis etc. by umur 40 depa dah temui, teroka, innovate macam2..kerana ASAS depa penuh

yang bahaya budak2 sekarang, tau syariah skit kendian terus 'NAK SUFI', mengaji pun tak habis nak sufi, banyak ASAS syariah dia tak belajor trus dia nak sufi..buleh tahan ka? tu pasal ramai sesat

aku berpendapat depa bidaah kan or hukum sesat truih any tarikat tu lebih pada 'formality' saja, nak cegah mende lebih buruk dari berlaku , itu saja. kita maklum zaman ni pengetahuan asas syariah islam pun ramai jahil lagik mana nak cekup pasal sufi?

oang sufi solat dia cegah mungkar, kita solat solat gak..mungkar masih susah nak kawal..pi buat mende bukan2 gak walo kubur dah kata mari marii ..btui dak?

aku lai suke tenguk sufi ni dalam bentuk 'moden'. oang sufi tu tau masalah apa oang moden hadapi dan dia buat sesuatu SESUAI pada zaman untuk btui kan keadaan. KESESUAIAN tu penting.  ni contoh terdekat macam ada oang macam dr asri dan ostad rock si akhil hay tu ler..depa tau jiwa anak2 muda zaman moden ni misalnya.

saya tak penah tenguk sufi dan syariah ini 2 mende berasingan. pendapat saya sufi ni BAB KUALITI yang di tingkatkan khusus hubungan dengan pencipta..dan dari situ lahir kesan pada hubungan sama manusia dan mende ni macam circle biasa sistem yang tuhan cipta seme tu lah.

mudah kata subjek tauhid untuk pengetahuan islam asas di sekolah tu kire 'sufi' paling dasar lah. semakin budak tu besor dia wajib tuntut ilmu untuk KUALITI kan lagi pengetahuan dia pasal hamba dan pencipta. ni hubungan paling utama. tapi tak bleh endahkan hubungan manusia manusia gak sebab takdok manusia lahir tanpa IBU..tu hubungan pertama, nabi isa pun ada mak dia..so tak boleh lari both relationship tuh tapi ada keutamaan lah, so kene bijak ler.

bukan sikit kite tenguk ada puak sufi sampai lupa mende lain, esp tanggungjawap pada ciptaanNYA yang lain, tarikat2 seme nih. yerlah depa asik nak cinta dengan pencipta..sampai lupa manusia lain esp yang terdekat cam bini cam ibu bapa. nabi pun sufi gak but dia pun nikah kawin ada anak layan anak bini gak..beribadat pun kuat sampai bengkak kaki..camna tu?

saya cuma risau tang ni lah..ramai duk maybe mula syiokk...rasa spesel plak kut konon dia BERSUFI , lalu dia lupa mende lain.

nak mudah rumuskan, jaga syariat btui2 sudah lah..kalo tuhan kasik hidayah dan ada kemahuan buleh nantik naik darjat dan tambah ilmu. pasal tu tuhan sebut antara maksud dia suka hambaNYA buat keje(amal) sedikit tapi berkekalan.

kalo zaman moden ni misal bab ekonomi or business, kita sebut produktiviti dan kualiti, so sama lah macam niaga nak carik untung dari rahmat tuhan or kasih sayang dari tuhan, kita kene tenguk kualiti hubungan dengan tuhan lah misal dalam solat, camna kualiti solat, camna kusyuk camna bacaan , camna produktiviti adakah solat tu dorong kita semakin baik or solat tu cuma ritual cam oang buat kita pun buat or nak jaga imej alim saja.

sebab tu saya suka abuya tulis seme tu..but depa sini anggap saya anti abuya hihihihihi..maybe depa tak paham maksud saya kut. saya suka abuya tentu tak sama macam oang lain suka dia esp pegikut dia. yang mana baik saya suka la mana tak btui saya kritik la..tu saja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 06:43 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 16-5-2007 05:00 PM
orang selalu bezakan Islam sebenar dengan sufism....

sebenarnya mereka yg menghayati Islam sebenar biasanya tidak beriya-iya

menolak sufism sebab mereka tahu  tanpa disedari mereka memang t ...



i think i dah jawap bab ni lam post tu kut

mende ni salu di tanya so i think mudah kalo kita bentuk soalan

ADAKAH SYARIAH ITU SUFI  ATAU/DAN SUFI ITU SYARIAH?

kalo dah syariah ada, nak wat per bersufi? kalo bersufi syariah tu wat pe plak?

i think jawapan u pada post i lai satu tuh..kalo kita selidik isu KUALITI maybe kita faham

sufism ni bab pengkaedahan tingkatkan kualiti hubungan hamba dengan pencipta dan dari kualiti itu lahir hubungan baik dari hamba itu pada kejadianNYA yang lain.

so sufi salu ada tarikat..tarikat ni makna dia JALAN.

kalo oang umum..tuhan perintah berpuasa, antara pengajarannya nak didik napsu. kalo oang sufi, pose ramadhon jek tak cukupp..depa rela dan redhokan diri tambah lagik..kira oang awam sebut 'carik masalah', beratkan ujian diri maybe saban waktu depa pose or lebih suka berlapar..pada oang umum wat per sakitkan diri tapi pada oang sufi itu nikmat dia sendiri leh rasa.

so nanti kita nampak sufism ni duduknya dalam syariah. bila ada pertentangan, tu bermakna ada silap paham somewhere ler tuh. maybe yang sufi tu dah silap maybe yang di luar sufi or syariah umum tu nak cegah nak protect umum yang jahil so penguasa or pemerintah kene bijak lah agar tak menjadik buruk keadaan.

kalo kita dah amik SRP SPM matrikulasi, kita nak masuk uni, pihak uni kata kamu kene amik SRP SPM matrikulasi lagi..kita dah tunjuk sijil depa buat tak nampak takmo paham..suh amik lagi..apa kita kata?

tentu ada tak kena kan? sama lah macam ilmu yang individu kumpul sendiri..kalo dah sampai LEVEL tertentu, dengan sendiri individu akan naik level lain. itu ler sufi dalam syariah, tingkatan iman yang mana boleh di katakan taqwa tu kira macam phD untuk education moden kini lah..lebih kurang cam tu lah.  ni seme pendapat saya lah. wsalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:23 PM | Show all posts
Same-same ct_og..


Sufisme memang melibatkan hati dan akal. Lihat saja pada persoalan-persoalan besar yang menjadi dasar tertegaknya
sufisme, seperti;
                  siapa aku?
                  darimana aku datang?
                  di mana aku berada? dan
                  kemana aku kan pergi?

Persoalan-persoalan di atas sebenarnya mengandung unsur falsafah (melibatkan pemikiran) dalam membahaskannya. Sebab itu falsafah tidak dapat dipisahkan dari sufisme, dan akal tidak seharusnya dipinggirkan oleh kaum sufi dalam ketekunan mereka mensucikan hati sanubari.

Hati, akal, roh dan nafsu yang dibahaskan dalam sufisme dikategorikan sebagai 'latifah rabbaniah', yang bermaksud ciptaan Tuhan yang halus sifatnya. Ini adalah untuk membezakan secara jelas antara hati, akal, roh dan nafsu yang 'halus' dengan hati, otak, jasad dan nafas yang bersifat kasar (boleh dikesan dengan pancaindera).

Ilmu-ilmu syariah, akidah dan sufisme berasal dari sumber yang sama, iaitu Al-Quran. Kerana Al-Quran itu sempurna, maka dasar ilmu-ilmu ini pun terkandung di dalamnya. Untuk memahami Kalamullah ini, Dia mengajarkan kita supaya berfikir secara rasional (sebab itulah Pak Hamka menyatakan bahawa Al-Quran membela falsafah) dan menggunakan hati sanubari.

Maka pada asalnya syariah, akidah dan sufisme itu semuanya melibatkan akal, hati dan dalil-dalil naqli (teks-teks Tuhan).
Kaum sufi dan fuqaha' (ahli-ahli fekah) yang membelakangkan ajaran Al-Quran yang sebenar sahaja yang melontarkan tuduhan-tuduhan berat kepada orang lain seperti wahabi, bid'ah, fasik, kafir, zindiq dan sebagainya. Tidak semestinya sang 'sufi' itu benar, tidak juga si 'fakih'. Sang sufi dan si fakih sejati, menjadi sahabat yang saling melengkapi.   
-----

Sufisme sinonim sangat dengan tarikat (jalan - jalan menuju Allah). Tarikat itu ada banyak. Dan tidak semestinya kita berada
dalam suatu jemaah tarikat baru menjadi sufi. Siapa saja yang bersunggguh-sungguh, bekerja keras untuk sampai kepada Allah, dia sebenarnya bertarikat, dan layak bergelar sufi.

Adapun jemaah-jemaah tarikat yang ada sekarang ini, biasanya dinamakan sempena nama pendirinya, seperti;
(1) Qadiriah - Pendirinya ialah Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani.
(2) Naqsyabandiah - Pendirinya ialah Syeikh Muhammad Bahauddin Naqsyabandi Al-Uwaisi Al-Bukhari.
(3) Syaziliah - Pendirinya ialah Abul Hasan As-Syazili.
(4) Ahmadiah - Pendirinya ialah Syekh Ahmad al-Badawi (tarikat ini yang paling dikenali di Malaysia).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by kholidie at 16-5-2007 09:23 PM
Sufisme sinonim sangat dengan tarikat (jalan - jalan menuju Allah). Tarikat itu ada banyak. Dan tidak semestinya kita berada
dalam suatu jemaah tarikat
baru menjadi sufi. Siapa saja yang bersunggguh-sungguh, bekerja keras untuk sampai kepada Allah, dia sebenarnya bertarikat, dan layak bergelar sufi.
        ...


Assalamualaikum kholidie,

Dalam jemaah tarikat dia ada amalan tersendiri... maknanya jika seseorang tu tak masuk tarikat tetapi dia bersungguh-sungguh dengan caranya sendiri... maka boleh ke?  Ada ahli tarikat kata baiah dengan tok guru penting... betul ke?  Kalau tak baiah macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 09:56 AM | Show all posts

Reply #99 ct_og's post

Every muslim must strive wholeheartedly  in the way of God  , not only the sufis, all of us must remember God constantly to avoid from having our mind and soul taken over by shaitan. The biggest and most challenging strive that we as muslims must undertake is the strive to control our lust and desire , the only way to do it is to be in constant remembrance of God .

[84.6] O man! surely you must strive (to attain) to your Lord, a hard striving until you meet Him.

[9.88] But the Apostle and those who believe with him strive hard with their property and their persons; and these it is who shall have the good things and these it is who shall be successful.

[9.41] Go forth light and heavy, and strive hard in Allah's way with your property and your persons; this is better for you, if you know.

[4.95] .....and those who strive hard in Allah's way with their property and their persons are not equal; Allah has made the strivers with their property and their persons to excel the holders back a (high) degree, and to each (class) Allah has promised good; and Allah shall grant to the strivers above the holders back a mighty reward:

[3.114] They believe in Allah and the last day, and they enjoin what is right and forbid the wrong and they strive with one another in hastening to good deeds, and those are among the good.

[17.19] And whoever desires the hereafter and strives for it as he ought to strive and he is a believer; (as for) these, their striving shall surely be accepted.

[29.6] And whoever strives hard, he strives only for his own soul; most surely Allah is Self-sufficient, above (need of) the worlds.

[29.69] And (as for) those who strive hard for Us, We will most certainly guide them in Our ways; and Allah is most surely with the doers of good.

Human heart and mind is like a mug , if no water in the mug then there will only be air inside it so the more you fill the mug with water the less room for air inside the mug so the more you fill your heart and mind with zikir the less room for shaitan to dance around therefore the easier you can conquer your lust and desire whence the more zuhud you become. All muslims must tread the same path taken by the sufis to be successful in this world and the next but not necessarily by following any tarikat .... just practice what you learn from the Quran and sunnah wholeheartedly ....

[ Last edited by  blastoff at 17-5-2007 10:12 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.546543 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list