CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16356|Reply: 115

"Bini Jenis Nasi Tambah" - Kesian, Cikgu Diserang Kerana Salah Faham

[Copy link]
Post time 22-7-2019 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Hormat guru, berkat ilmu. Tanpa guru siapalah kita. Hakikatnya setiap daripada kita pasti terhutang budi sekurang-kurangnya kepada seorang guru. Insan yang paling bertanggung jawab menjadikan kita seorang pelajar dan mendapat ilmu ialah guru. Individu yang paling utama untuk disoal dan dipersalahkan pastinya seorang guru jika seorang murid melakukan kesalahan disiplin, ataupun tidak dapat mendapat markah yang bagus di dalam peperiksaan. Sesetengah guru akan dimarahi oleh penjaga murid di atas kesalahan yang dilakukan oleh anaknya.


Insiden seperti inilah yang berlaku di Bachok, Kelantan baru-baru ini. Tular video dua orang lelaki menyerang seorang guru di SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan Darul Naim.
  



Guru yang diserang itu merupakan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) di sekolah tersebut. Kejadian yang berlaku pada 20 Julai 2019 itu berlaku semasa guru tersebut selesai melakukan pemantauan kelas tambahan pelajar Tingkatan Lima. Dua orang lelaki Melayu telah masuk ke kawasan sekolah dan menyerang guru tersebut akibat salah faham.


Guru tersebut yang dikenali sebagai Encik Sirajudin Bin Jusoh telah diheret dan dipegang oleh seorang lelaki Melayu.  Dalam video berdurasi tiga minit 30 saat itu, berlaku perbalahan mulut antara PKP dan lelaki tersebut.
  

  
Pergaduhan ini berpunca dari salah faham apabila isteri penyerang memaklumkan bahawa beliau diserang oleh guru berkenaan itu Encik Sirajudin. Walhal, Encik Sirajudin menelefon isteri penyerang untuk memaklumkan hal yang sebenar berkaitan kes gantung sekolah anak saudara penyerang, yang mana penjaga perlu hadir untuk tandatangan aku janji bersama pelajar.


Difahamkan pelajar itu hadir tetapi penjaganya tidak hadir. Pelajar tersebut pula terlibat dengan kes gantung sekolah. Setelah diterangkan dengan jelas lelaki tersebut faham dan meminta maaf. Semasa kejadian, pengawal keselamatan telah menyorokkan diri dari berada di tempat kejadian.






Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan marah atas perbuatan penyerang tersebut.
















Susulan kejadian tersebut, penduduk sekitar turut berpakat untuk memboikot perniagaan kedai makan penyerang tersebut.










Seorang guru perlu dihargai dan dihormati. Sebarang perkara yang terjadi perlu ditangani dengan berhemah, tenang dan sabar. Sabar kan separuh dari iman. Semoga bermanfaat. - CARI
  
  
Sumber:  Oghe Bachok

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2019 11:32 AM | Show all posts
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Balik nnt mmg suami marah la kat bini dia
Tapi malam karang bini bagi seround, dah hilang marah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2019 11:41 AM | Show all posts
bawangkecik replied at 22-7-2019 11:32 AM
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?

bahasa malaysia dialek kelate..secara umum semua kondem la penyerang tu sebab serang cikgu tanpa usul periksa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 11:43 AM | Show all posts
dh anak buat salah nak marah ke cikgu pulak..kalau yer pun tanya la elok2 dulu..

kan dah malu..negeri serambi mekah ni bukan rakyat2 nya penyabar ke?

kadang2 tgk perangai makpak sekarang buat kat cikgu mcm cikgu xda perasaan je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki Bini denge anok sek Nate babi.

Biar mapuh kerah denung

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2019 11:53 AM | Show all posts
kepimpinan melalui tauladan. harap cikgu tu saman dan buat report polis atas assault. ajar sikit parent yang kurang ajar ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 11:57 AM | Show all posts
kan dah mendapat... netizen boikot trus...

hormatilah guru kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Negeri k lg...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 11:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
x fahamla... tp mmgla parents ni jenis otak kat lutut... mana budak2 zaman ni x rude.. parents pun pangai mcm no brain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
klate lagi..nate beruk sunggu puak2 ni..serambi mekah kunun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:01 PM | Show all posts
bawangkecik replied at 22-7-2019 03:32 AM
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?

i know right (ikr)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bawangkecik replied at 22-7-2019 11:32 AM
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?

Kalau komen tu dicedok kt socmed khas ore klate,mmg ler xde nak guna bahasa baku..guna dialek sendiri laa..jgn jd bebal laa sis..lain laa kalau dicedok kt mainstream pny socmed,xdelaa komen dlm dialek klate..boleh faham ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:13 PM | Show all posts
set ni lagi..
ape pun hormat guru. berjaya di dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
natrahn replied at 22-7-2019 11:41 AM
bahasa malaysia dialek kelate..secara umum semua kondem la penyerang tu sebab serang cikgu tanpa u ...

Tu bukan Bahasa Malaysia...itu Bahasa Melayu Dialek Kelantan.

Tiada seorang pon di Malaysia yang menggunakan Dan mendaulatkan Bahasa Malaysia.

Ini contoh penggunaan Bahasa Malaysia yang benar.

[youtube]JytXDsH9UgQ[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2019 12:22 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 22-7-2019 11:58 AM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1167551&extra=page%3D1

mesti pak guard terkejut dan takut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2019 12:26 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 22-7-2019 12:21 PM
Tu bukan Bahasa Malaysia...itu Bahasa Melayu Dialek Kelantan.

Tiada seorang pon di Malaysia yan ...

ok..bahasa melayu dialek kelantan. Sebab cedok dari page Oghe Bachok maka screen shoot komen semua dialek sana kebanyakkannya. Sis bagi terjemahan sikit.

oyat/oyak- beritahu
maroh - marah
gapo - apa
cabe - cabang / simpang
buke - bukan
bui - beri
pahni - lepas ini
ambo - saya
kokre - pada orang
saloh - salah
keda - kedai
sere - serang
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:34 PM | Show all posts
natrahn replied at 22-7-2019 04:22 AM
mesti pak guard terkejut dan takut...

Setakat sotong dua ekor pun terkejut, takut tak payah jadi guard la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 12:42 PM | Show all posts
Lain hari apa kita buat akan datang kembali  . Buruk atau baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062747 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list