Isu ICERD
Ada yang berpandangan Article 1.4 membuka ruang kepada Malaysia untuk terus melaksanakan ‘affirmative actions’ seperti keistimewaan kepada Bumiputra, kedudukan istimewa Islam dan Raja Raja Melayu. Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana jika kita lihat proviso Article 1.4 ada menjelaskan bahawa ‘provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved.’
Mengikut proviso tersebut ia mestilah tidak menjuruskan kepada hak berasingan kepada kumpulan kaum berbeza dan ia hanya boleh berterusan sehingga objektifnya telah tercapai. Kedua dua syarat ini tidak diamalkan di Malaysia dan ia bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Di Malaysia orang Islam dan orang bukan Islam mempunyai undang undang berbeza dalam beberapa aspek seperti undang undang keluarga, perwarisan, kesalahan melanggar perintah agama Islam dan beberapa perkara lain. Malah hak keistimewaan Bumiputera juga tidak ditetapkan tempohnya.
Hal ini tidak melayakkan Malaysia melaksanakan affirmative actions seperti proviso Article 1.4 tersebut.
Saya lampirkan keseluruhan Article 1 ICERD di bawah-
Article 1
1. In this Convention, the term "racial discrimination" shall mean any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life.
2. This Convention shall not apply to distinctions, exclusions, restrictions or preferences made by a State Party to this Convention between citizens and non-citizens.
3. Nothing in this Convention may be interpreted as affecting in any way the legal provisions of States Parties concerning nationality, citizenship or naturalization, provided that such provisions do not discriminate against any particular nationality.
4. Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved.
Oleh kerana terdapat perbezaan pandangan saya sarankan pihak yang mengatakan ia tidak menjejaskan Perlembagaan Persekutuan mendapatkan jaminan daripada 18 pakar yang ditubuhkan dalam Article 8. Sekiranya mereka memberi jaminan tersebut, barulah tuntas hujah mereka. Jangan hanya menafikan sahaja tetapi kesannya nanti tidak dapat dijangkakan.
Sekiranya tiada jaminan ini negara berisiko dirujuk ke ICJ kerana tidak mematuhi ICERD setelah diratifikasi.
Say no to ICERD ratification!!!