CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

[Copy link]
Post time 1-9-2017 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebiasaannya,kebolehan nampak benda ghaib ni boleh berlaku terhadap budak-budak yang belum mampu berkomunikasi dengan baik.

Situasi ni seperti bayi baru lahir yang hijab matanya terbuka.hijab ni akan tertutup sedikit demi sedikit apabila bayi tadi mula membesar dan mampu berkomunikasi dan berfikir.

Apabila tubuh dan minda fully develop,hijab tu akan tertutup dengan sendirinya.

Dalam kes budak yang menghidapi sindrom autism,proses hijab untuk tertutup akan drag lama disebabkan tubuh dan minda lambat untuk develop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bestlah cerita tt. nak lagiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 31-8-2017 10:52 AM
Sis potong bawang time tu kesan sampai kt meolss kt sini

Haa..kekadang dah termarah dia aku pun sedih gak.. Tp kdg2 tembok kesabaran tu punah jugak.  anak camni mmg sabar tu kena sabar X sejuta..sikit2 tak cukup. Kdg2 solat pun sampai berkali2 sbb asik terbatal je..dia selak telekung, masuk dalam telekung, suap biskut kat org tgh sembahyabg dan memacam lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 31-8-2017 01:25 PM
TT, my niece pun boleh nampak
apa yang TT cerita ni lebih kurang dengan my niece punya cerita
nor ...

Betul tu..dulu aku biasa dgr je org ckp setan masuk tandas bila azan. Tp x tau thp mana kebenaran tu. Tp bila usop dah  gini mmg kompom i tell you..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 1-9-2017 12:34 AM
Kebiasaannya,kebolehan nampak benda ghaib ni boleh berlaku terhadap budak-budak yang belum mampu ber ...

Ada ostad bgtau camni gak..tp dia kata boleh tutup hijab tu. Tp ada consequences sbb dia ni manusia istimewa. Nanti saya citer lebih lanjutnye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2017 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Siputjelly replied at 1-9-2017 06:01 PM
bestlah cerita tt. nak lagiii

Tq..nanti sambung ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2017 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Siputjelly replied at 1-9-2017 06:01 PM
bestlah cerita tt. nak lagiii

Tq..nanti sambung ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gabanistur at 1-9-2017 09:42 PM

Ok..sambung balik citer psl talent Ucop yg mewarisi talent arwah abah aku tu..

Arwah abah ni keje technician dgn jabatan kerajaan. Lembut hati sangat orangnya dan tak pernah menolak kalau org mintak tolong termasuk pinjam duit. Mak aku selalu tensen jugak la sbb kdg2 dah siap nak pegi jalan tetiba org dtg mintak tlg, abah pun kensel pegi jalan sbb nak pergi menolong. Selalunya pertolongan yg org mintak tu termasuk la mencarikan barang berharga yg hilang sama ada dicuri atau lupa letak kat mana. Selalu juga org mintak tlg buatkan air tawar bg budak yg kena sawan tangis, sakit2 biasa dan luar biasa, budak hostel histeria, mencari org hilang dlm hutan atau mayat org lemas kat sungai dan memacam lagi laa..

Arwah abah ni hanya tlg org yg betul2 terdesak dan dia mmg taknak kalau org nak bg duit. Kalau orang hulur pun dia selit balik dlm poket orang tu atau bg pada anak org tu. Disebabkan tu arwah ni selalu la orang bagi macam2 sbg nak balas budi..dari benda2 yg biasa mcm buah deghiyan, rambutan, sampailah ke benda2 yg rare mcm daging rusa, kijang, ayam hutan, landak bagai.

Pernah dulu satu masa, ada seorang budak kerani opis dia nak kahwin dlm masa kurang seminggu. Dia dah tempah sehelai baju kahwin yg harga beratus la. Thn 80-an kalau baju kahwin harga seratus dua dah kira mahal gila sbb standard baju kurung biasa kalau tempah baru 15-16 hengget je masa tu. Budak ni baru je ambik baju kahwin tu dari tailor dan simpan jap kat opis sementara nak tunggu waktu balik. Sekali waktu balik dia lupa nak ambik baju tu dan tertinggal la kat opis.

Esok tu pagi2 buta sampai je opis dia terus tuju almari file tmpt dia simpan baju tu semalam. Sekali bila bukak, baju tu yilek, kosong, nehi, tak ada!

Budak tu pun panik dan cuba mencari baju tu seharian tp tak jumpa jgk. Maka menangis2 la dia hari tu sampai keje pun takleh nak buat. Mau tak nangis..lagi sehari dua dah nak cuti kahwin dan majlis lg kurang seminggu. Zaman tu pulak baju kahwin mana ada yg jual siap mcm sekarang ni. Nak tempah lain mmg keje mustahil la. Mana ada tailor nak ambik tempahan dah. Ada staff yg tua2 situ mana yg tau abah aku boleh tlg carikan brg hilang, suruh budak ni pegi mintak tlg abah.

Abah cakap baju tu ada je lagi kat opis tu. "Ko yg tak cari bebetoi."..katanye. Mcm tu la lebih kurang.. Naya betei abah aku ni saja nak sakat lg budak tu padahal dia dah tau dah baju tu kat mana.

Budak tu berkeras cakap mmg dia letak dlm lemari file. Dia takde alih dah. Tp skarang dah takde. Abah aku cakap sebenarnya mmg dia ada alihkan sekali baju tu, tp baju tu masih ada dlm almari. Budak tu nak nangis dah cakap..betul, takde. Mmg takde! Tetiba abah cakap, ko dah tgk dalam drawer? Budak tu terpinga2 dan terus berlari pergi bukak almari file tu dan drawer..tadaaaa! Mmg baju tu ada kat situ!! Budak tu punya happy sampai menangis2 dan dia berterima kasih sangat2 kat abah sampai nak bg duit tp abah mcm biasalah tak nak. Dia pun tak ingat dari mula2 letak kat compartment kosong tp last2 dia alih masuk dlm drawer dlm almari yg sama.  Abah mcm biasa la mmg taknak duit malah dia bg hadiah pulak kat budak tu pada hari perkahwinan beliau. Cerita ni budak tu sendiri cerita dekat mak masa kami pergi kenduri kahwin dia masa tu.

Ada satu lagi cerita di mana ni ketika mak dan abah baru2 kahwin. Diorang duk asing2 masa tu sbb abah kerja jd pelatih budak2 Perlop. Aku tak ingat Perlop ni pusat latihan amende tp mmg abah duk sana di kuarters bujang. Hujung minggu je abah balik la jenguk mak dan orang tua kat kampung.

Yang bestnya walaupun masa tu takde telefon, arwah abah tau je aktiviti mak kat kampung semasa ketiadaannya. Kdg2 mak pun lupa dah tp dia yg akan refresh memori mak siap bg detail lagi.

Contohnya ada la mak citer pada suatu hari Jumaat ni mak pergi ke rumah emak sedare dia menemankan arwah opah. Mak pun dah lupa sbb rumah mak sedare pun sepelaung je..bukan kena naik bas bagai. Bila abah balik abah tanya pegi mana mak ckp tak pegi mana pun. Bukan nak tipu tp mak mmg tak teringat pada masa tu. Lps tu arwah abah cakap ada..mak ada pegi somewhere dan balik dari tmpt tu mak ada melukis gambar baju. Baju tu mak lukis atas kertas warna kuning. Lepas tu mak simpan lukisan tu dalam beg tangan. Haa..sampai gitu la punya detail.

Mak pun teringat balik yang dia memang ada pergi rumah mak sedare dia. Lepas tu dia lukis gambar baju atas kulit buku latihan warna kuning sbb nak pergi tempah baju dgn kain yg dah lama arwah abah belikan tp mak tak tempah2 pun lagi. Lps dah siap lukis mak simpan dlm beg tangan sbb nanti nak bwk pegi hantar kat tailor dan nak bayar duitnya terus.

Banyak la lagi sebenarnya kes abah scan mak buat apa kat rumah..contohnya mak masak apa, ikan tu kat dlm  pinggan  kepala dia menghadap arah mana dan sebagainya. Mmg detail padahal masa tu abah call mak dari pejabat.

Sekarang Ucop pulak ada talent yg sama. Bila aku cerita kat mak pasal ni, reaksi mak yg pertama ialah.. "Hmm..ada juga cucu yang menurun kebolehan atuk dia ye?" Mak cakap hati2 la..jangan tipu dia sbb budak ni tau kalau kamu tipu dia. Kalau kamu janji apa2 dgn dia semata2 nak sedapkan ati dia tp kamu takde niat pun nak buat betul2..dia boleh tau. Tu sebab kadang2 kamu pujuk pun dia tak berenti ngamuk. Aku rasa mak cakap berdasarkan pengalaman dia. Nanti aku cerita lagi mcmana Ucop plak scan barang2 yg tersorok..sekarang nak pegi masak daging korban..nyummm!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gabanistur at 1-9-2017 09:32 PM

Korang..aku kat kg ni menaip pakai henpon. Maap la kalau ada typo. Jari obesiti mmg mcm ni..kalau aku nak betulkan balik typo error tu kena time ada masa baru bleh buat..mahapkan mak ye..haha



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 1-9-2017 09:22 PM
Korang..aku kat kg ni menaip pakai henpon. Maap la kalau ada typo. Jari obesiti mmg mcm ni..kalau ak ...

Its okay.. Janji ade update baru dari ucop..
Dia sihat x raya ni?? Moga ucop sentiasa dilindungi Allah dan hepi selalu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih aku membaca memalam ni.. Xsabar nk tunggu sambungannya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 30-8-2017 10:01 PM
Susur galur tak berapa pasti. Sebab saya cucu hujung hujung. Masa lahir atuk dua2 dah meninggal. N ...

Sorry mungkin silap...mcm ada ciri2 autistik sikit Tp mesti u ni creative n ada certain bakat yg special
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gabanistur at 2-9-2017 11:31 AM
ShrekFiona20 replied at 2-9-2017 12:24 AM
Its okay.. Janji ade update baru dari ucop..
Dia sihat x raya ni?? Moga ucop sentiasa dilindungi  ...


Alhamdulillah..sihat je. Tp mcm tak berapa selera makan. Lps tu cranky..maybe penat kot layan jem 9 jam khamis tu. Hari raya smlm dia tido siang lama, lalu mengakibatkan mlm tak boleh nak tido. Aku kalau dia x tido aku tak berani tido. Takut la dia main pisau ke, main lighter ke..kang terbako romah.

Malam tadi semua org dah tido. Mak aku yg lepak sekali dgn aku pun dah tertido. Dlm kul 1.30 dia main guli dekat tangga. Rumah mak aku ni jenis bumbung tinggi. So bilik tengah tu ada kasi renovate jadi lg 1 bilik kat atas. Bilik abang aku dulu tu. Lps tu jd bilik main game budak2. Komik pun berlambak kat atas tu..ala2 bilik entertaiment la. Kalau budak2 balik ada la org guna bilik tu..kalau takde tinggal kosong je.  

Guli tu pulak Ucop dapat dari congkak aku kecik2 dulu..mmg kalau balik kampung anak2 sedare suka main congkak aku tu. Kalau idak, terperuk ajelah bwh tangga.

Tengah dia main guli kat anak tangga bawah, dia pandang atas ke arah bilik entertainment tu. Pandang lama la jugak. Tetiba dia cakap "Woi! Pegi! Pegi! Pegi!".. ahhh..sudah! Sapa plak la tu dia nampak..org sume dah tido. Anak buah aku pun balik umah dia dah. Kakak pun ikut diorang sekali.

Aku terus capai fon nak record. Tp bila dia nampak aku nak record, terus senyap dah Ucop ni. Hadehh...

Aku tggu lama takde apa pun aku sambung tgk Hindustan cerita Sultan mlm td. Tgh syok2 layan..tetiba Usop jerit lagi sekali. "Pegi la..Pegi! Pegi!" Tetiba tangga tu bunyik..keletakkk!! Tangga tu tangga kayu dan anak tangga tgh tu mmg bunyi kalau kita pijak. Tapi masa tu, kat bhgn tu takde orang. Ucop duk anak tangga bawah. Aku kelam kabut carik phone lagi sekali nak record sekali Ucop senyap. Aku record la jugak tp dia takde ulang pun.. jadi ada la terhasil 4 rakaman video gambar ucop kat tangga yg takde aksi apa2.

Tadi masa sarapan aku cakap kat mak. Mak aku cakap haa..nanti kalau adik aku tau, nanti dia takut pulak nak naik atas. Jadinye aku senyap x kabo pun adik aku. Masa adik aku tgh makan, tetiba mak aku lak pecah lobang..hahaha..apa daaa mak aku ni. Td dia yg ckp jgn bgtau.. haa..nanti aku sambung citer lagi..ni nak ziarah sepupu plak baru dpt baby.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
hinata99 replied at 2-9-2017 02:22 AM
Gigih aku membaca memalam ni.. Xsabar nk tunggu sambungannya..

Maceh ye sudi folo benang ni..nanti aku update bila tak bizi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
check in. best mantop kebabom cite TT. sambung lg pellissss
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak istimewa mmg byk org suke n sayang.. ank aku speech delay.. umo 4tahun.. p mane2 pon org akan tegur n gomol.. smpi casher giant pon tegur nk pinjam bulu mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
singajantan replied at 2-9-2017 11:07 AM
Sorry mungkin silap...mcm ada ciri2 autistik sikit Tp mesti u ni creative n ada certain bakat yg s ...

Hehe.tq2 ..ko pun sixth sense gak ke? Terer gak ko teka ni..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
singajantan replied at 2-9-2017 11:07 AM
Sorry mungkin silap...mcm ada ciri2 autistik sikit Tp mesti u ni creative n ada certain bakat yg s ...

Hehe.tq2 ..ko pun sixth sense gak ke? Terer gak ko teka ni..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2017 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gabanistur at 2-9-2017 01:52 PM

Haha..sekali keluar byk lak reply ni.. adeh...

Jap lagi ada story aku nak citer tp x abih beraya lg ni..sabo ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 2-9-2017 11:27 AM
Alhamdulillah..sihat je. Tp mcm tak berapa selera makan. Lps tu cranky..maybe penat kot layan je ...

dia tau ibunya nak record nanti tunjuk kat apaknya.. masih simpan lgi yer congkak ms kanak2 tu.. ade pulak main guli memalam ni si ucop.. aisssshhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054261 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list