CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Rezeki Terpijak, Stesen Minyak Tolong Jual Nasi Lemak Kakak Dukung Anak

[Copy link]
Post time 31-7-2017 11:10 AM | Show all posts
semoga akak sentiasa gigih mencari rezeki demi anak2..

kalau iols pandai masak pn, iols meniaga je.. x kuasa nak keje makan gaji...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 11:13 AM | Show all posts
moga ain dimurahkan rezeki. sayu tgk anak-anak kecik tu. terbayang kalau aku lah kat tempat ain ni....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 12:59 PM | Show all posts
Sambal nasi lemak Kelantan yg paling sedap pernah aku rasa. Yang lain lebih sgt rasa asam jawa+ gula melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:00 PM | Show all posts
theSTRANGER replied at 31-7-2017 11:10 AM
semoga akak sentiasa gigih mencari rezeki demi anak2..

kalau iols pandai masak pn, iols meniaga j ...

Meniaga pun susah jugak laku sekarang ni sbb ekonomi merudum orang pakat2 berjimat-cermat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 02:17 PM | Show all posts
alhamdulillah masih ade kudrat untuk bekerja mncari rezki, bknnye yg jnis lelaki 5-6 org anak dok bwh jmbatan xtaw nk pi keje, dh taw sakit itu ini nk jgak pancut dalam tambah anak lgi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dah biasa berniaga dh biasa pegang duit banyak pjg je akal mencari peluang berniaga. Yg penting muka kena tebal dan x kenal putus asa. Ade sorg ni dok kagum org berniaga burger sehari dapat rm200-400 bersih, bila disuggest dia buat juih2 bibir jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2017 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 04:42 AM | Show all posts
Gigih dia; semoga Allah permurah rezeki dia dan anak anaknya. Sian tgk anak anak dia, sedangkan anak kita masa umur sedemikian tidaklah terpaksa dibawa ke tempat niaga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2017 07:30 AM | Show all posts
annehuda replied at 30-7-2017 03:51 PM
pasal kawan2 tak nak kasi hutang tu, tuan rumah meols ni janda. tp janda 4 tahun la. dulu keje gom ...

Saya rasa yg dimaksudkan dlm post yg saudara reply tadi, akak nasi lemak ni kasik kawan2 dia pinjam duit, pastu bila minta balik duit hutang tu, takde yg nak bayar. Tp mmg mula2 saya pun ingat dia mintak nak pinjam duit kat kawan2.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 10:11 PM | Show all posts
tak ada update ke cerita nasi lemak adik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus akk ni...berusaha cri rezeki utk family...semoga segala urusan akk dipermudahkan ea
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:00 AM | Show all posts

Tabahlah Nur Ain...
       


Nasib Nur Ain Kadir, 30, yang kisah kegigihannya berniaga nasi lemak dalam but kereta sambil menjaga tiga anaknya termasuk seorang berada dalam kendongan tular di laman sosial kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Dalam keadaan bertungkus lumus mencari wang dengan berniaga nasi lemak bagi melunaskan pinjaman bank selepas bisnes barang kemasnya lingkup, dia menerima dugaat berat apabila suaminya, Mohd Faizal Tumiran, 36, kemalangan.

Mohd Faizal kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja berdekatan Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) kira-kira 6.30 pagi pada 5 Ogos lalu.

Lebih menyedihkan tiga anaknya masing-masing berusia enam, tiga dan setahun juga terpaksa berlapar hampir dua hari kerana kehabisan bekalan makanan sejak 8 Ogos lalu.

Menurut Nur Ain, dia terpaksa berhenti menjual nasi lemak sejak 5 Ogos lalu kerana mahu menjaga suami untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada 8 Ogos lalu.

"Sejak itu saya terpaksa berhenti berniaga tujuh hari untuk menjaganya yang memerlukan perhatian sepenuhnya sebelum memulakan berniaga semula pada hari ini.

"Akibat kemalangan itu suami retak tulang kaki, patah tangan kiri dan cedera di mata serta kepala," katanya yang kini masih mencuba untuk memohon permit perniagaan berhampiran stesen minyak, di Ampang dan Hospital Ampang.

Katanya, dia kini buntu memikirkan keadaan suami yang terpaksa menjalani pembedahan memasang besi pada tangannya selain memerlukan kos RM5,000 untuk pembedahan itu.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Pendapatan jualan nasi lemak juga hanya dapat menampung perbelanjaan harian keluarga serta rawatan harian suami.

"Bingung saya memikirkan keadaan ini...saya sudah tidak kuat," katanya.

Katanya, dia berharap akan ada pihak yang dapat membantunya bagi meringankan beban ditanggungnya dengan menghubunginya menerusi talian 0142307651.

"Jiran banyak membantu termasuk memberikan keperluan makanan kepada kami sejak suami terbabit kemalangan dan ia bergantung semampu mereka.

"Kini tanggungjawab sepenuhnya perlu digalas oleh saya sehingga suami pulih sepenuhnya," katanya.

Harian Metro pada 29 Julai lalu ada melaporkan mengenai kisah kegigihan Nur Ain yang berniaga nasi lemak dalam but kereta sambil menjaga tiga anaknya termasuk seorang berada dalam kendongan tular di laman sosial sebelum ini.

Dengan hanya berniaga nasi lemak dia dapat mencari wang bagi menambah pendapatan keluarga serta melunaskan pinjaman bank.

Pinjaman bank itu dibuat untuk berniaga barang kemas dalam talian tetapi malangnya bisnes terbabit lingkup selepas semua barangan jualan dicuri ketika rumahnya dipecah masuk tidak berapa lama dahulu.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:25 AM | Show all posts
Pulakkk dahhh ingattkan ibu tungalll hari tu. Mana jantannnn bangsattt ni masa si kakak ni gendong anak2 bwk g  berniaga? jantannn bangsatttt niii takde menyumbanggg langsonggg ke dlm rmh tangga? Ni dahhh menyusahkannn pulakkk nak kena jaga dia....ishhhhh....:ceraiiiii kan aje lahh klu takk blh buatttt guna apa2!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:28 AM | Show all posts
Nampakkkk mcm takde menyumbang apa2, hari tu akak ni nmpk mcm ibu tunggal sgttt, tiba2 jahhh watakkk jantannn bangsattt ni munculll, tu punn sbbb nakk tagihhh simpatiiii, takde socso ke apa ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 02:17 AM | Show all posts

Kalau pendapatan menjual nasi lemak hanya mampu dibuat belanja harian elok lah dia berhenti jual nasi lemak. Baik jaga anak orang barang tiga orang - kalau sorang budak dah $300 tiga orang dah $900. Tak payah susah payah nak memasak pepagi buta, tak payah nak heret anak anak berterik matahari, tak payah susah susah pikir minyak kereta etc. Sesambil jaga anak orang boleh jaga anak sendiri dgn baik. Duit gaji suami boleh buat bayar sewa rumah ke, duit kereta ke.

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah, semuga d murahkan rezeki semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah, semuga d murahkan rezeki semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah, semuga d murahkan rezeki semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga maju jaya sis and petonas {:hooray
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051869 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list