check in!
Wanita Terindah akan mula shooting hari ni kan? Before we move on to the next madu ehhh the next stage, jom imbas kembali kenangan pengajaran dari Hero Seorang Cinderella…
Kadang-kadang tu masih terkenang jugakla Hero SeorangCinderella. Tapi kadang-kadang tu terfikir jugak apa la faedahnya dok kenang sesuatu yang hanya sekadar drama. Tapi kadang-kadang bila aku fikir balik,walaupun sekadar drama di tv, walaupun sekadar artis yang aku minati, ada sebenarnya pengajaran tersendiri untuk yang mahu memerhati.
Artis yg aku minati, Fattah Amin dan (terkini) Fazura. Kadang-kadang tak semua ilmu kita perlu cari dalam buku. Kadang-kadang kita cuma perlu memerhati alam yang indah ini untuk mempelajari sesuatu. Kadang-kadang aku boleh mempelajari macam-macam perkara dengan memerhatikan manusia-manusia indah di sekelilingku.
Yeah they have flaws. They make mistakes. They are not perfect. They have been broken, but they still live, and do something. They get up and they do their work despite everything that is trying to bring them down.They are still smiling and they are having fun. They are beautiful, inside out as far as others can see. Both of them keep inspiring me to just live, to just smile, against all odds, despite all obstacles.
Berbalik kepada Hero Seorang Cinderella. Kisah cinta Tengku Ian dan Nura Medina. Sebuah drama yg aku minat dan aku suka, sampai kadang-kadang tu terfikir jugak apa la faedahnya dok kenang sesuatu yang hanya sekadar drama. Tapi bila aku renung sedalam-dalamnya, memang ada pengajaran sangat berharga di dalamnya.
Cara kita dibesarkan dari kecil oleh ibu-bapa/penjaga kita,menentukan macam mana peribadi kita bila dewasa.
Tengok Nura Medina. Walaupun dia sepatutnya dah boleh bahagia jiwa raga bila dah diselamatkan dan dikahwini oleh Hero Seorang Cinderella yang budiman kacak bergaya wangi serta kaya-raya (eh over plak hehe), tapi tanpa disedari jiwa dia belum dapat merdeka dari dendam yang tersimpan sekian lama. Walaupun dia patutnya boleh bahagia jiwa raga bila dah ada semua,masih ada kesakitan dendam dalam hati bila hadirnya Puteri yang bukan Puteri yang dahulu lagi.
Dendam tu adalah sesuatu yg dah sebati dengan jiwa dia sebab penderaan mental, penderaan jiwa yang terpaksa dia hadap dan terpaksa dia bawa, bila dibesarkan oleh ibu tiri yang jahat sejak dia kecil. Ayah kandung masih ada tapi jarang ada masa untuk dia. Nura Medina membesar dengan membina perisai kukuh di seluruh jiwa dia untuk survival dia dari penderaan jiwa yang berpanjangan. Walaupun bila dah kahwin dan dah patut bahagia, subconsciously, tanpa dia sedar, perisai tu masih ada. Perisai tu kembali bertindak bila Puteri, salah seorang bala tentera yang mendera jiwa dia dari kecil, ingin muncul kembali dalam hidup dia.
Puteri, memang jahat pada mulanya. Sebab ikut ibu dia yang jahat. Tapi puteri membesar penuh kasih sayang dari ibu kandung. Penuh kesenangan dan dimanjakan. Kasih sayang dari kecil ni lah, bila yang jahat tu terhapus, mampu menjadi cahaya yang merubah jiwa dia menjadi baik.
Tengku Ian, dibesarkan dengan penuh kesenangan, oleh ibubapa yang bukan sahaja pengasih dan penyayang, tapi juga suka tolong orang. Mereka selamatkan ibu Ayana dan Farizzam walaupun takde kena mengena takde talian saudara. Personaliti Tengku Ian adalah hasil belajar dari sini. Tegas tapi pengasih dan penyayang serta suka tolong orang macam Tengku Ismadi dan Tengku Shamiza.
Saat derita Nura Medina sejak kecil, mungkin takde apa yg mampu dia buat selain berdoa supaya Allah ubah takdir derita dia.
Tengku Ian hadir sebagai takdir. Hadir Tengku Ian memecah tembok perisai dendam dalam hati Nura Medina menjadi cair.
…and they lived happily ever after…
|