CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[Tempatan] Najib umumkan sidang tergempar MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) - Kemuncak krisis

[Copy link]
Post time 20-2-2017 09:58 PM | Show all posts
Changa replied at 20-2-2017 04:04 PM
yang kena tangkap itu pekerja bahagian IT di company di tanah air kan??
entah2 heshe pun memang s ...

Pembunuhan Jong-nam: Tombo Enterprise Nafi Menggaji Suspek
Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 9:17 PM



KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Tombo Enterprise Sdn Bhd, Chong Ah Kow menafikan warga Korea Utara Ri Jong Chol, suspek lelaki dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, yang ditahan Sabtu lepas, bekerja dengan syarikatnya seperti yang dilaporkan media.

Chong berkata Jong Chol adalah orang perantaraan bagi menjalankan urusan perniagaan berkaitan produk kesihatan merawat kanser kepada syarikatnya yang beroperasi di Cheras sejak 2013.

"Saya mengenali Jong Chol melalui pakciknya Dr Mun Ho, seorang saintis di Korea Utara yang memperkenalkan anak saudaranya itu pada 2013 selepas berbincang mengenai produk ekstrak cendawan bagi merawat kanser sekitar 1998 hingga 2000," katanya kepada wartawan yang berkumpul di pejabatnya petang Isnin.

Syarikat itu menjadi tumpuan petugas media berikutan laporan media yang menyatakan Jong Chol bekerja di Jabatan Teknologi Maklumat, Tombo Enterprise Sdn Bhd.

Beberapa wartawan asing turut berada di premis syarikat itu untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Chong, yang tenang menjawab soalan yang diutarakan petugas media, menjelaskan kali terakhir beliau berhubung dengan Jong Chol adalah melalui aplikasi WhatsApp pada Jumaat, sehari sebelum lelaki Korea Utara itu ditahan polis.

Menurut Chong, komunikasi melalui WhatsApp itu bagaimanapun dilakukan  dengan bantuan anak perempuan Jong Chol, yang bertindak sebagai penterjemah bagi bapanya kerana Jong Chol tidak fasih berbahasa Inggeris.

Chong turut menunjukkan telefon bimbitnya yang memaparkan mesej WhatsApp berbahasa Inggeris antara mereka, yang tertera selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu.

Chong menegaskan syarikatnya tidak pernah menggaji Jong Chol sebaliknya hanya membantu menguruskan visa kerjanya untuk menjalankan perniagaan di Malaysia pada 2013.

Menceritakan peribadi Jong Chol sepanjang dikenalinya, Chong yang pernah bertemu Jong Chol beberapa kali menyifatkan lelaki itu seorang yang sederhana, rendah diri dan lemah lembut.

"Sepanjang urusan dengannya, Jong Chol selalu membawa anak perempuannya berumur lingkungan 20-an yang menuntut di Help University di sini, untuk bertindak sebagai penterjemah setiap perbualan kerana dia (Jong Chol) tidak tahu berbahasa Inggeris.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui Jong Chol ditahan polis Sabtu lepas kerana dipercayai terlibat dalam kes kematian Kim Jong-Nam," katanya.

Chong berkata beliau hanya berurusan dengan Jong Chol atas urusan perniagaan.

"Syarikat saya mahu mengambil peluang perniagaan dalam import dan eksport terutama produk minyak sawit dan ekstrak herba, tetapi sehingga kini tiada transaksi sebenar berlaku kerana harga produk belum dipersetujui," katanya.

Sehingga kini, polis sudah menahan tiga suspek lain termasuk dua suspek wanita iaitu warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, dan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, yang ditahan reman sehingga Rabu.

Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, dipercayai teman lelaki Siti Aishah, telah ditahan sebelum ini, untuk membantu siasatan.

Jong Chol direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.
Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 10:00 PM | Show all posts

Help uni mmg ramai student NK kan. Yg anak duta dulu pun study dkt situ jugak. Tapi dah selamat kena panggil balik NK sekali dgn bapak dia & terus hilang  
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:04 PM | Show all posts
armin replied at 20-2-2017 09:53 PM
IOLS Pelik la masa dibunuh tu heols takde security pun. Padahal before ni katanya jong nam tu secu ...

so sis nak kata konspirasi teori kuasa besar dunia nak frame ibu pertiwi yang sekarang sudah menjadi kuasa besar dunia ke acaner??
sis dah kena radiasi pyonyang ke idok... acik kepam sorang kat forum ini dah kena radiasi pyongyang kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Peya replied at 20-2-2017 12:42 PM
Bukan NK ni mundur ke? X byk tempat utk tourist attraction kat sana. Dulu aku pernah tgk kat tv pasa ...

Takut kan nak masuk walaupun jalan2 kat sana. Takut2 kena culik terus xblk2   dah la dorang memang ada kes culik org jepun, thai malaysia bagai..

Baca kat sini.. puluh2 tahun kena duk sana. Yang lain2 kena culik dorang declare mati jah

http://www.newyorker.com/news/ne ... s-abduction-project
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 20-2-2017 10:04 PM
so sis nak kata konspirasi teori kuasa besar dunia nak frame ibu pertiwi yang sekarang sudah menja ...

Bodoh. Kau kalau kau prince kau nak jalan sorang? Orang kaya pun ada guard.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 10:22 PM | Show all posts
armin replied at 20-2-2017 09:53 PM
IOLS Pelik la masa dibunuh tu heols takde security pun. Padahal before ni katanya jong nam tu secu ...

rujuk utube aljazeera ..ade penjelasan sket

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
huehue replied at 20-2-2017 11:55 AM
I thought it was KJU sendiri yang nak make his brother disappear from this world? Motif menyalahkan  ...

U tak paham isu ke bro?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 10:32 PM | Show all posts
juliez replied at 20-2-2017 10:00 PM
Help uni mmg ramai student NK kan. Yg anak duta dulu pun study dkt situ jugak. Tapi dah selamat ke ...

diorg sekali kena hukum bunuh dgn bapak sedara kim jong un tu



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 10:33 PM | Show all posts
dauswq replied at 20-2-2017 12:09 PM
duta2 north korea kt negara2 luar ni pastinya ade kebebasan guna port tenet. tak de kah pernah ber ...

depa hack sony pun guna server dari malaya  
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-2-2017 10:32 PM
diorg sekali kena hukum bunuh dgn bapak sedara kim jong un tu

Duta tu anak pada bapak sedara tu kan. Kira cousin jong un. Habis satu keturunan dia bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:36 PM | Show all posts
armin replied at 20-2-2017 10:05 PM
Bodoh. Kau kalau kau prince kau nak jalan sorang? Orang kaya pun ada guard.

sis terlebih tengok slot akasia pukul 7pm kot???
in reality, kehidupan tak macam kat tiwi slot akasia sister.
kakak tak boleh brain la pemikiran acik2 kepam akasia ini, fantasy sangat kehidupan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 20-2-2017 10:05 PM
Bodoh. Kau kalau kau prince kau nak jalan sorang? Orang kaya pun ada guard.

Actually i ada baca kenapa dia kena bunuh dkt airport. But the article is too long to paste. Nnt la esok kut kalau rajin i try paste part2 yg penting   
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:40 PM | Show all posts
http://www.malaysiandigest.com/f ... airline-source.html

mode pakar perisik kakak boleh pakai jua. akak dah bagitahu sebelum ini kalau akak jadi perisik itu akan terus keluar dari tanah air within 2 hours dari jadual pembunuhan, apparently heshe2 itu mmg left an hour after.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 01:59 AM | Show all posts
Changa replied at 20-2-2017 03:05 PM
tiada konsep kambing2 hitam ini, sejak berzaman pun dah ada kes NK bunuh target mereka di negara2  ...

Sorry uolls. Minda i tak banyak knowledge bab bab gini. I baru je nak menghadam topik ni slow slow. Memang new knowledge lah untuk i pasal NK ni. Nak membaca isu isu serius gini iolls tak berkesempatan. Knowledge iolls memang level acik kepam je bila isu isu serius begini. Dari reply uolls lah i baru nak ambil tahu history NK bunuh target dia di luar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 02:00 AM | Show all posts
armin replied at 20-2-2017 09:53 PM
IOLS Pelik la masa dibunuh tu heols takde security pun. Padahal before ni katanya jong nam tu secu ...

Iolls pun pelik juga. Macam senang senang gitu je kan kena bunuh.
Tapi yalah i ni memang tak tahu sangat hal hal NK ke politik dunia ke even politik negara pun i lembab nak memahamkan . Baru nak ambil tahu kekdahnya.


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 20-2-2017 10:04 PM
Takut kan nak masuk walaupun jalan2 kat sana. Takut2 kena culik terus xblk2   dah la dorang  ...

teringat drama korea. Doctor stranger....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 08:00 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 08:57 AM | Show all posts
kesian rakyat NK. baik yg pegang jawatan tinggi baik yg marhaen semuanya berada dlm keadaan tak selamat. now you are somebody esok dah mati kena hukum....yg miskin pulak kelaparan tak cukup mkn. buat silap sikit mati...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 09:14 AM | Show all posts
woooo... xsangka la ea..ingat mundur sangat negara tu.. rupenya hidup... ingatkn selama ni dorang duduk dalam linkungan dorg jek.. lagi satu ingatkan  lansung xada kuasa luar yang dduk dalam negara dorg.. salah sangka rupenya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
So,  sapa yang rasa dah kena radiasi pyonyang hari nih?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.375256 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list