|
Kan...
Pum pang pum pang tu satu hal..
Keep complain orang tu satu hal juga.
Macam dia je betul...
Tapi, bila kena cover kerja dia kejap..
Pergh.. salah formula..
Excess stock.. salah plan..
Tapi sebab dia adalah gundik bos, tu yang dia rasa dia kebal..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerita bab buli ni..
Anybody bleh bagi idea how to say 'NO' without orang kata kita nak elak buat kerja tu atau nak buat kerja senang...
Rasanya dah jd culture, kalau org tu je selalu buat kerja. Maka habis semua kerja dilambak pada dia padahal punya la berlambak manusia lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman i ms kt tmpt lama, my lady bos ni bangga btl ngan nyonya supervisor i. smpi smua yg nyonya tu ckp dia setuju je. my lady boss ckp nyonya tu ibarat sbelah sayap dia (nk muntah i dgr waktu tu...) kalau ikutkn pangkat mmg i lebih tinggi dr nyonya tu, tp kalau ikut seniority, i jauh lebih junior.. bila my CFO puji2 i, sbb i lebih efficient, dia & nyonya trus pakat & beri i warning "dont step on ur boss's tail" gitu. kdg2 i diberi kerja yg bukan keja i, tp i buat jg.. until la i bhenti. lps i bhenti tu, lady bos ada msg i tanya bagaimana nk bt kerja2 i.. i apalagi.. i x layan pun. adios & get lost je. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
If for me akan jadi rajin bila task tu that i am interested on.. Kalau task yg i x minat, memang ambik masa lama utk buat. Kalau ckp2 kat tmpt kerja tu biasa lah kot, i jenis yg x suka cakap sgt but kalau hari2 dok ngadap kawan kerja kenalah ckp and ngumpat sikit2, pdhal x mbik pot pun. Ok, done membebel wawawa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haiz standard di mana2......yg tukang buli...yg kena buli.....yg kaki ampu.....yg diam sendiri sure ada....tapi yg paling menyampah yg tak tahu buat kerja tapi nak naik pangkat: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org yang lemah selalu kene buli, lagi satu kalau bos sayang kat kita, macam-macamla dengar kat belakang tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
10 tanda anda telah dibuli di tempat kerja:
1. Kerja Itu Menyesakkan
Jika anda sering merasakan loya-loya, juga panik malam sebelum pergi ke tempat kerja, ia adalah salah satu tanda anda sedang berhadapan dengan situasi dibuli di tempat kerja.
2. Sentiasa Dikritik
Buli boleh sahaja terjadi, bila mana anda sering kali dikritik, atau dipersalahkan dengan tugasan yang dilakukan. Ianya termasuk jika tugasan tersebut adalah terbaik yang telah anda lakukan.
3. Lebih Banyak Ditengking Dari Berbincang
Bagi mereka yang kaki buli, jeritan atau tengkingan menjadi salah satu alat mereka untuk menyatakan ketiakpuasan terhadap anda. Jika anda sering kali dimalukan dihadapan semua orang, dengan tengkingan atau makian, anda kemungkinan sedang dibuli.
4. Kesilapan Yang Tidak Dilupakan
Semua pernah melakukan kesilapan, tetapi jika bos atau rakan sekerja anda sering menjadikan kesilapan lama anda sebgai bahan untuk menyalahkan anda, anda sememangnya sedang dibuli.
5. Cakap Belakang Dan Juga Fitnah
Pembuli yang tegar ini, akan bermain dengan emosi dan juga perasaan mangsa mereka. Akan timbul gosip, atau kata-kata yang tidak sedap didengar tentang diri anda, dan juga prestasi kerja anda.
6. Disisihkan (Mesyuarat atau Majlis Syarikat)
Jika anda rasa seperti dipulaukan atau disihkan oleh bos atau rakan sekerja anda, ia sememangnya bukti anda sedang dibuli. Pakar menyatakan, sama ada anda dipindahkan ke ruang kerja yang lain, atau tidak dijemput ke apa sahaja majlis syarikat, ia merupakan salah satu agenda pembuli anda.
7. Masa Cuti Untuk Mengenang Nasib
Anda menggunakan masa cuti anda, hanya terperap di rumah, dan mengenang nasib dengan menonton cerita-cerita sedih, serta memencilkan diri anda. Perkara ini juga akan menyebabkan, keluarga juga rakan sakit hati, dan bosan dengan perangai anda itu.
8. Sabotaj
Anda mungkin disuruh oleh pembuli untuk menjawab panggilan telefon, atau mungkin juga melakukan kerja-kerja pengkeranian, yang mana hanya untuk membuatkan anda gagal dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak atasan.
9. Jadual Kerja Tidak Masuk Akal
Bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan anda, menukar jadual kerja anda adalah kerja mudah buat mereka, demi membuatkan anda terbeban dengan tugasan. Begitu juga dengan bos, yang mana sering memberikan tugasan pada saat akhir, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan anda, ianya membuktikan anda telah dibuli.
10. Kerja Yang Sia-Sia
Penat bekerja siang dan malam, balik lambat, tidak cukup tidur demi menyiapkan tugasan yang diberikan, seorang diri, tapi, bila sudah berjaya, dipersetujui oleh bos dan klien, orang lain yang dapat nama dan pujian, anda pula, seperti biasa, tidak diendahkan.
*Jika anda mengalami situasi seperti ini, jangan diamkan diri, jika tidak mampu untuk melawan mereka, luahkan pada sahabat atau keluarga, kerana jika dipendamkan, anda mungkin akan mengalami kemurungan. Bekerjalah dengan hati yang gembira. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
setuju sangat
Terdapat beberapa jenis buli. Antaranya kata-kata pedas atau kesat, tindakan meminggirkan pekerja, menyuruh pekerja berbuat kerja yang tidak bersangkut-paut dengan bidang tugas serta gangguan psikologi. "Tindakan buli yang lain ialah memberikan tugas yang memang tidak boleh dilaksanakan, sengaja menukar jadual kerja tanpa sebab selain untuk menyusahkan petugas dan sengaja menyembunyikan maklumat bagi menghalang atau menyusahkan petugas melaksanakan tugasan
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&sec=Rencana&pg=re_10.htm#ixzz4hmF0D36C
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya dibuli secara psychology. Hampir semua kerja nak kena buat repot. Apa yg kau buat harini mesti kena hantar kat meja dia. Satu task tu ko buat berapa jam. Tekanan Gila. Tempat kerja lama x mcm tu pun. Balik kerja pun x boleh on time. Kalau lambat balik tu maksudnya ko pekerja yg cemerlang. Sampai satu tahap anak kena hospitalized x boleh ambik cuti sebab kerja x siap. Aku HR buat payroll. X boleh bawak balik rumah. Kena buat kat office gak. Bukan pakai post system pun. Bos kedekut suruh buat dlm excel je. Staff dlm 200 org. Kalau dah pakai excel of course la boleh buat di hospital. Tension Gila. Last sekali aku buat bodoh je.Aku ponteng. Tu pun aku minta nasihat kat finance manager. Dia ckp nnt dia back up aku. Stress aku tu sampai anak aku cuma boleh menyusu sampai 9 bulan sebab susu aku kering. Alhamdulillah.. Aku bertahan 2 tahun je. Skrg aku bekerja sendiri. Bebas dari buli. Staff aku sayang kat aku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak pernah suka ada group wasap tempat kerja.pagi petang menganggu dgn alert.apa yg iols buat,lps keja dah x tengok group wasap tempat keje.no wayyy..ada juga iols.mute kan 1 year |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
from personal experience...
I rajin bekerja dan rajin bercakap
tak puas hati I rather voice out openly depan2 pada superior or org tu juga
drpd bebual belakang dan menjadi bahan gossip or fitnah or rumors
jadi bila apa2 new implementations or disagreement, team members lain semua diam mati kutu dan lepas discussion baru nak ckp itu dan ini
jadi saya ni jadi the leader speaker la konon
lepas tu saya realize asik saya je ckp on behalf of others just bcoz they dare not openly voice out
since then saya diam, nanti bila team members suruh ckp kan ke sampai kan ke apa, saya ckp ada mulut ckp sendiri coz I only fight for MY own rights and if it affect me...if not, I will not say out
dari situ saya realize, some ppl mmg mcm tu, dan kita ni jgn la kepo kan utk org lain
pasal kerja pun sama, saya suka keja cepat2 and within my designated working hours
once I'm done, yes I will help others, but I won't stay back after work for others
bukan dibayar extra pun kan
gaji kita kerja kita
gaji org kerja dorng
that is my concept
sbb dulu asik tolong org, org take advantage |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku share experience orang lain lah ye. Dia cerita kat aku.
Rakan2 sekerja bersaing2 nak jadi KETUA itu dan ini. Semuanya sebab dahagakan jawatan dan gaji tinggi. Tapi nama hanya KETUA, kerja2 disuruhnya rakan2 lain yang buat. Bila dah dapat jawatan yang dikejar, lagilah mengelak nak buat kerja.
Ingatlah keberkatan rezeki tu. Nak suap mulut anak2 dengan gaji buta.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iol rse iol mmg kena buli kat ofis ni.. rse mmg cam nak memberontak pun ade...
manager tak buat keje.. tp bos atas lg tau..
tp, biasala.. bos mestila nak keje setel kan..
so, dia kejar iol je la..
sumtimes rasa nak pedajalkan manager tu,.. tp, iol xsampai ati..
hmm..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betulla camtu weyy..
skang ni, bos iol tau iol tau siapkan keje bbanding manager iol..
habis dia humbankn mcm2 kerja..
complete satu..dia tambah lg...
sumtimes staff bwh iol bising kt iol.. (staff sume baya ayah2)
dorg ckp..lain kali bos suh buat keje, jgn buat on the spot..
dorg yg da bpuluh tahun keje ngn bos, mmg masak sgt prangai bos..
die akan cari org yg bole buat keje..tp yg tak reti buat keje senang lenang..
tp...iol tak bole la ignore je...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aah betul...selalu kena mcm ni bila bos pompuan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
akumak replied at 5-6-2017 11:50 AM
Aku share experience orang lain lah ye. Dia cerita kat aku.
Rakan2 sekerja bersaing2 nak jadi KETUA ...
Betui tu...
Ade pengalaman 4 thn lepas.. adui, gunakan kt sbb nak naik pangkat cepat.
org bawahan ni dah sedia byk keje, bertambah2 lg ade. Tp yg besh nya bile
org bawahan ni dah tak ade baru padan kan muka. Terkial2 juga yea nak buat itu ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
10 tanda yang anda itu mungkin merupakan mangsa buli di tempat kerja.
#1 Tidak Lagi Merasakan Kerja Itu Menyeronokkan
Jika anda sering merasa loya atau panik malam sebelum ke tempat kerja, itu adalah salah satu tanda bahawa anda mungkin merupakan mangsa buli, jelas pakar.
Sementara semua orang bersemangat untuk memulakan rutin kerja mereka pada pagi Isnin, anda pula seperti bernafas dalam air -berasa lemas dan tertekan sebaik hari Isnin kunjung tiba. Percaya atau tidak, perasaan gementar dan tidak seronok yang dialami itu sebenarnya ada kaitan dengan situasi atau aura negatif di pejabat.
#2 Terlalu Kerap Dikritik
Eh, rasanya kerja yang kita buat ni dah cukup baik, dah cukup bagus. Jadi apa lagi yang tak kena bila bos atau rakan sejawat asyik menegur dan mencari kesalahan kita? Bukan sekali atau dua kali, ini boleh dikatakan setiap hari!
Itu tandanya anda dibuli. Sama ada pembuli sengaja tegar mencabar kesabaran anda atau si dia berniat jahat untuk menjatuhkan anda, dengkilah tu. Jaga-jaga.
#3 Lebih Banyak Menengking Dari Berbincang
Disapa seperti manusia yang tidak bermaruah. Jika anda selalu ditegur dengan cara kasar sama ada melalui tengkingan, jeritan atau kata-kata kesat di hadapan pekerja-pekerja lain. Itu tandanya anda mungkin dibuli.
#4 Jadi Bahan Gosip & Fitnah
Paling jelas anda dibuli bila anda dapat tahu bahawa ada makhluk tuhan dalam kalangan kawan sepejabat yang menyebarkan gosip dan fitnah berkenaan diri anda. Ini lebih parah dan sukar dihentikan kerana ia berlaku secara senyap tanpa pengetahuan anda.
#5 Anda Tidak Diundang Untuk Ikut Serta Dalam Majlis Keramaian Pejabat atau Mesyuarat
Anda terasa dipulaukan oleh bos atau rakan sejawat, sama ada dari segi sosial atau mental? Ya, memang sah anda dibuli.
#6 Sabotaj
Orang atasan sentiasa mengambil kesempatan dengan ‘menggunakan’ anda untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Sebagai contoh, kerja anda adalah untuk fokus menyiapkan kertas cadangan projek tetapi disuruh untuk membuat panggilan atau menyusun jadual pertemuan seperti seorang setiausaha. Ini sengaja dilakukan terhadap anda supaya anda gagal melakukan sesuatu tugasan.
#7 Menukar Jadual Sewenangnya
Mereka yang bertanggungjawab sesuka hati menukar jadual kerja anda dengan menjadikannya lebih sukar. Jika bos anda sering menukar jadual anda atau menetapkan tugasan di saat-saat akhir tanpa kerelaan anda, anda telah dibuli.
#8 Lembu Punya Susu Tapi Sapi Yang Dapat Nama
Bersusah payah anda bersengkang mata demi menyiapkan projek penting itu tetapi ahli kumpulan anda pula yang mengambil tempat seolah dia yang menyiapkan semuanya dari awal hingga akhir. Oh tidak! Anda telah dibuli kerana tidak semena-mena mereka telah mencuri kredit dari anda.
#9 Masa Cuti Digunakan Untuk Mengenang Nasib
Masa cuti yang sepatutnya digunakan untuk bersantai dan menghabiskan masa bersama keluarga bertukar kepada adegan drama sedih.
Anda lebih banyak termenung mengenangkan nasib dan berkira-kira sama ada mahu berhenti atau tidak dari jawatan yang sekarang. Ya, itu tandanya anda dibuli. Anda diselubungi perasaan susah hati setiap masa menyebabkan anda memencilkan diri. Sampai keluarga pun naik marah dan bosan dengan perangai anda tu!
#10 Kesalahan Anda Diungkit Setiap Kali
Sudah kerap anda dituduh tanpa usul periksa dan kesalahan lampau anda sering diungkit untuk menguatkan tuduhan mereka terhadap anda. Itu suatu pembulian.
Apa pun, jika anda sedar anda dibuli lekas bangkit dapatkan bantuan. Jangan dibiar kerana masalah psikologi itu boleh mempengaruhi kesihatan mental anda. Jika lambat bertindak, anda mungkin mengalami kemurungan atau lebih parah, Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) yang akan memakan masa berbulan hingga bertahun untuk dipulihkan.
PTSD akan menyebabkan penghidapnya tidak dapat mengawal fikiran menyebabkan mereka sering kali terdedah kepada flashback (memori imbas kembali), mimpi ngeri, trauma dan gelisah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya memang akan jadi mcm ni...
Pengalaman sendiri...
Bila kita rajin bt kje...reti bt keje..kita akan dibuli oleh senior suh bt kje mcm2...yg senior ni..tau menyuruh je...tp bila dpn bos...acah2 dia pandai by kje...bodek2 bos..padahal kje dia semua kita bt..
Kdg2 senior siap dtg lmbt..bt mcm opis sendiri..tp bos mcm x ambik kisah...yg kita junior ni..dtg lmbt skit sbb ade hal..dh dpt amaran dr bos...
Naik fed up plak ngan karenah birokrasi kat opis ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|