CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

NOVEL~ Jadilah Kekasihku Selamanya

[Copy link]
Post time 17-11-2016 12:09 PM | Show all posts
cik sellie...bila nak sambung?
nak tahu plot yang misteri tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2016 02:53 PM | Show all posts
BAB 13

Naurah mengunyah roti sandwich tuna dengan rakusnya. Dia menyepikan diri keseorangan di tingkat teratas bangunan pencakar langit tempatnya bertugas. Di situ terdapat gazebo dan taman mini. Seolah-olah sengaja dibuat untuk sesiapa yang mahu melepaskan tekanan, mencari ketenangan.

Seketika kunyahannya makin perlahan. Dia mula rasa sebak mengenangkan situasi di bilik mesyuarat pagi tadi. Dia jadi sedih kerana usaha kerasnya selama ini hanya mengundang kecewa.
Banyak masa dan tenaga dia peruntukkan bagi pembentangan tersebut semata-mata mahukan jawatan pengurus itu. Alih-alih, mamat tu pulak senang-senang dapat. Naurah mengeluh kecil.

Saat rakan-rakan pejabatnya sedang meraikan pelantikan Khalif di sebuah hotel untuk makan tengahari. Dia, terdampar menyendiri di gazebo ini. Perlahan-lahan air mata mengalir lesu dipipi. Dikesat kasar pipinya yang basah lalu menghabiskan bekalan yang sepatutnya dijamah awal-awal pagi lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 02:54 PM | Show all posts
KHALIF menikmati hidangan sambil memasang telinga mendengar celoteh dan perbualan antara ahli-ahli pengarah. Dia diberi setempat dengan mereka untuk sama-sama menjamu selera. Sesekali gelak ketawa memenuhi ruang meja makan. Rakan-rakan setugas yang lain pun masing-masing gembira dan mengucapkan tahniah atas lantikan ke jawatan yang menjadi rebutannya dengan Naurah.

Bagi Khalif, jawatan ini penting sebagai batu loncatannya untuk ke tahap yang lebih tinggi. Dia bukan tak mahu mengalah dengan Naurah. Tetapi, rugi jika dia tidak merebut peluang yang luas terbuka diusia muda ini. Sedikit sebanyak, Khalif berasa kasihan dengan gadis itu. Sementelah, ada sekelumit rasa halus hanya dia yang tau buat gadis itu.

Khalif baru tersedar. Dia mula tercari-cari wajah gadis itu. Tiada dikalangan teman-teman pejabat yang terdapat lima meja bulat di beberapa sudut.

Mana dia pergi? Tak ikut sekali makan tengahari ke? Terhenti suapannya mengenangkan gadis itu tiada di mana-mana meja.

“Kamu cari siapa Encik Khalif?”

Agak tersentak Khalif mendengar suara garau Datuk Rauf.        

“Err… tak ada siapa-siapa Datuk.”
“Jangan risau. Lama-lama dia akan faham.”

Khalif terdiam sambil matanya bertatapan seketika dengan Datuk Rauf yang mengelip mata ke arahnya. Khalif mengerti isyarat mata itu. Kemudian menunduk menghabiskan sisa makanan yang ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 02:56 PM | Show all posts
ADUHH…kenapa pulak dengan perut aku ni? Naurah menekan-nekan perut yang memulas-mulas. Peluh dingin memercik didahi Naurah. Muka disembab beralaskan lengan, di atas meja kerjanya.
Perutnya sudah mula masuk angin gara-gara lambat mengisi perut. Apabila dilewat-lewatkan makan, inilah padahnya.

Sayup-sayup kedengaran suara rakan sekerja mula memasuki pejabat usai menjamu selera di hotel tadi. Naurah baru teringat, dia belum solat zuhur lagi. Dia meraba-raba beg tangan dalam laci, mencari minyak angin dalam beg. Puas digeledah…ah, tiada langsung botol minyak angin di dalamnya.

Naurah gagahkan diri. Dia lebih risaukan solat yang belum dilaksanakannya. Dia perlahan-lahan bangun dari tempat duduk. Langkahnya sedikit goyah dan terhuyung-hayang. Angin dah sampai ke kepala. Dia tetap kuatkan langkah kakinya.

“Eh Ara, kau tak join lunch kat hotel ke?”

Naurah menggeleng cuma. Hairan teman-teman pejabatnya melihatkan Naurah tidak turut serta meraikan kenaikan pangkat Khalif.

“Ara, kenapa ni?”

Salah seorang teman Naurah bersuara risau. Kelihatan Naurah bagaikan tidak sihat. Langkah gadis itu tidak teratur. Wajahnya nampak pucat.

Naurah seakan tidak mendengar teguran rakan-rakan sekerjanya. Pertanyaan demi pertanyaan teman-teman tidak diendahkan. Terasa pandangannya berbinar dan mulai kabur.

Tubuh Naurah bagaikan hilang fungsi apabila gadis itu hampir rebah. Sempat tubuh lemah Naurah disambut.

“Ya Allah. Naurah, Naurah…kenapa ni?”

Terasa tubuhnya digoncang. Semakin sayup Naurah mendengar suara-suara itu. Dia tidak mampu menjawab apatah lagi mendengar. Dia, pengsan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 02:57 PM | Show all posts
“KHALIF, bawa Naurah ke bilik pejabat kamu. Baringkan dia atas sofa.”
“Ba…baik Datuk.”

Khalif yang sempat menyambut tubuh lemah Naurah, dicempung dan dibawa ke bilik pejabatnya. Perlahan-lahan tubuh genit itu dibaringkan atas sofa empuk.

Masing-masing mengerumuni bilik pejabat Khalif. Tertanya-tanya juga sebab musabab Naurah tiba-tiba jatuh pengsan.

“Kenapa boleh jadi macam ni?”

Datuk Rauf hairan dan risau dengan keadaan Naurah. Khalif seakan tahu sebabnya. Dia menghela nafas berat.

“Mungkin, Naurah tak makan apa-apa tadi Datuk. Tu sebab dia pengsan.”
“Hah? Dia tak lunch sekali dekat hotel ke?”

Khalif menggeleng.

Datuk Rauf mendengus tidak terkata apa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 03:26 PM | Show all posts
“ADUH…” Naurah berkerut dahi apabila sepasang mata dibuka. Pandangan masih kabur. Tubuh masih lemah. Dia mengamat-amati keberadaannya saat dia sudah mulai terjaga dari pengsan.

“Kamu dah sedar Ara?”

Naurah berusaha untuk menghadam suara gerangan tadi. Sekali lagi dia mengenalpasti keberadaannya.

Naurah pandang ke sisi. Wajah seseorang sedang tersenyum kepadanya.

“Kak Mun. Kat mana saya ni?”

“Kamu kat bilik Encik Khalif. Risau betul dia tadi. Ni, ada dia belikan makanan untuk kamu dan ada panadol sekali.”

Kak Mun, rakan sekerja Naurah sebagai kerani, menemani Naurah sepanjang gadis itu tidak sedarkan diri.

“Kak Mun, tengok-tengok kan Cik Naurah kita ni ya. Karang dia bangun boleh pengsan lagi dia, nanti ingat saya kidnap dia masuk bilik saya pula. Dia ni bukan boleh fikir yang baik-baik pasal saya. Tolong ya?”

“No problem Encik Khalif. Serah saja pada akak.”

Teringat perbualan ringkas antara dia dengan Khalif. Agak lucu juga pesanan Khalif. Dalam serius dia berpesan kepada Kak Mun, hujung-hujung ayat…lawak pula.

“Kamu okey tak ni?”

Naurah gagahkan diri bangkit dari berbaring. Dia hanya mengangguk membalas pertanyaan Kak Mun. Wanita paling senior di pejabat. Tentulah dia antara yang prihatin dengan rakan-rakan sekerja yang lebih muda, walaupun gadis itu lebih tinggi kelulusannya. Namun, tiada halangan untuknya bertindak sebagai tempat merujuk rakan-rakan terutama orang baru seperti Naurah.

“Terima kasih dan maaf…sebab susahkan akak saja.”

“Tak ada susahlah. Dah, kamu makan ya. Jangan biar melarat. Lepas tu makan Panadol buat lega sakit kepala tu.”

“Akak tak perlu teman saya. Saya akan makan dan telan Panadol.”

“Betul ke akak tak perlu teman kamu ni?”

“Saya dah okey kak. Akak buatlah kerja akak ya."

“Okeylah kalau macam tu.”

Naurah teringat sesuatu, justeru dia memanggilnya semula Kak Mun.

“Kak…Encik Khalif…”

“Jangan risau. dia tak ada kat pejabat. Dia keluar tengok site. Makan cepat. Lepas tu kamu boleh balik. Datuk Rauf dah bagi kebenaran.”

Naurah tersenyum pahit. Kak Mun maklum akan hubungan Naurah dan Khalif. Dan bukan dia sahaja yang tahu. Semua sedia maklum akan pertembungan antara Naurah dan Khalif begitu juga sebaliknya.

Akan tetapi, sikap mereka berdua membuat pejabat mereka jadi ceria sentiasa. Ada sahaja gossip yang timbul berkaitan mereka berdua.

Kak Mun tinggalkan Naurah makan sendirian di bilik Khalif. Sambil makan, sempat dia jamu mata melihat sekeliling pejabat Khalif. Bukan tak pernah dia masuk ke bilik pejabat Khalif. Cuma kali ini, baru rasa nak jamu mata. Sangat kemas dan tersusun rapi. Pejabat ini nampak ringkas sahaja. Tiada gah mana pun.

Naurah senyum kecil. Sederhana juga orangnya. Pujian kecil buat Khalif.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2016 03:45 PM | Show all posts
sellie003 replied at 21-11-2016 03:26 PM
“ADUH…” Naurah berkerut dahi apabila sepasang mata dibuka. Pandangan masih kabur. Tubuh masih lem ...

Alahai Naurah. Kecewa sampai mcm tu sekali. Bertabahlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 04:44 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 21-11-2016 03:45 PM
Alahai Naurah. Kecewa sampai mcm tu sekali. Bertabahlah.

gila kuasa gak naurah ni...miahahah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 04:59 PM | Show all posts
sellie003 replied at 21-11-2016 04:44 PM
gila kuasa gak naurah ni...miahahah...

hhahahahahahaha... *gelak jahat*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 05:02 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 21-11-2016 04:59 PM
hhahahahahahaha... *gelak jahat*

malam akak sambung ok...hehehe...

Sorry lambt update...baru elok demam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 05:22 PM | Show all posts
sellie003 replied at 21-11-2016 05:02 PM
malam akak sambung ok...hehehe...

Sorry lambt update...baru elok demam...

It's ok sis. take ur time. semoga cepat sembuh sis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 08:46 AM | Show all posts
BAB 14

Khalif membetulkan tali leher dan mengancing butang terakhir waistcoat mengikut bentuk tubuhnya yang tinggi lampai. Begitu segak di hadapan cermin. Dia tersenyum sendiri melihatkan penampilan terkininya selaku pengurus. Dia yang dahulunya hanya berkemeja lengan panjang dan bertali leher. Sekarang ini, up to date sikit gaya penampilannya. Dengan berkemeja lengan panjang dan dipadankan waistcoat di luar serta mengenakan tali leher melengkapkan gaya maskulin seorang ketua di pejabat.

Kenalah tunjuk sikit aura boss, barulah staf-staf yang lain hormat. Melebar senyum Khalif memikirkan kedudukkanya yang mula berubah dalam sekelip mata.

Namun, rezeki masing-masing. Allah jua yang aturkan walaupun puas kita berusaha. Khalif bersyukur atas nikmat kecil ini. Huhu…pengurus masih lagi kecil baginya. Kalau boleh, nak yang lebih tinggi lagi.

Khalif berpuas hati dengan penampilannya. Ops, Khalif mencapai botol minyak wangi Hugo Boss, hamper lupa pula. Psst…disembur dibeberapa tempat pada tubuhnya. Ah, bilik tidur pun kasi wangi sekali. Psst…psst… haha… terasa aura Big Boss di mana-mana.

Khalif meletakkan botol minyak wangi atas meja rias. Dan dia mula melangkah keluar dari bilik tidur untuk memulakan hari barunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 08:47 AM | Show all posts
“AMBOI anak mama, segaknya. Hmmm… wanginya bukan main. Kalau tak tu, bau selepas mandi dan sebelum mandi… sama je.”

“Ait mama. Macam perli je tu. Bukan lepas mandi bau sabun dan sebelum mandi bau peluh jantan ke?”

Khalif menayang gigi. Lucu pula dengan gurauan berpadu mereka.

“Yelah tu. bau badan sendiri mana nak perasan. Mama ni hari-hari dengan kamu. Dah tak ada bau lain selain kamu dan papa kamu.”

Khalif memaut bahu mamanya dan sama-sama ke meja makan. Khalif menarik kerusi buat Puan Zainon. Puan Zainon mengusap mesra lengan anaknya lalu menuangkan Kopi O dalam cawan untuk anak bujangnya.

“Thanks mama.”
“Minum cepat. Dah jadi boss kena masuk awal ke pejabat.”
“Yes, madam.”

Semangat Khalif menabik hormat Puan Khalija.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 08:51 AM | Show all posts
WAJAH mendung Naurah tidak seperti hari-hari ceria yang dilaluinya. Apa taknya, rasa kecewa semalam masih terpahat kukuh dalam hati. Malas benar nak pergi kerja. Lagi-lagi kena mengadap mamat tu yang dah pun berkuatkuasa menjadi ketua mereka hari ini.

Selamat sudah Encik Helmi mengundurkan diri dari jawatannya. Dengarnya, dia sudah pun berlepas ke luar negara menjalani pembedahan jantung yang dialaminya.

Naurah mengeluh sendiri. Lesu dan tak bermaya nak melangkah ke tempat kerja.

“Weh Naurah, tak baik tau mengeluh pagi-pagi macam ni. Rezeki susah nak masuk.”

“Ermmm…apa-apa ajelah ustazah. Aku ni, malas nak pergi kerja. Tak lalu.”

“Hai, sebelum-sebelum ni bukan main semangat, berkobar-kobar macam bawa obor nak ke Stadium Olimpik. Alih-alih muka tu cemberut je. Dah kenapa?”

“Malas nak cakaplah Rozy, aku… cit.” Berdecit.

Naurah mengaru-garu kepalanya yang bingung dan stress semacam.

“Pasal kau tak dapat jawatan Pengurus tu?”

“Bukan takat tu aje Rozy. Tapi mamat tu…”

“Ohh…kau takut dia akan kenakan kau bila dia jadi ketua kau sekarang ni?”

“Faham pun kau.”

“Tulah, siapa suruh kau bertikam lidah dengan dia sebelum-sebelum ni. Tu sebab dia yang dapat jawatan tu. Agaknya kalau kau yang dapat… huh, mau nanti kau tu naik tocang, gila kuasa nak kenakan dia nanti. Tu pasal Allah tak makbulkan doa kau. Niat kena baik, istiqomah. Baru boleh berjaya.”

“Amboi Rozy, cakap kau memang mendalam sungguh. Sentap hati mak, nyah. Makan dalam tu. Tapi, yang hujung ayat tu…aku terima dengan rela hati. Hmmm…”

Naurah menongkat dagu pada lutut yang berlipat, bersila atas sofa. Melihat kemuraman Naurah, tak jadi pula nak buat lawak seterusnya. Rozy melabuh duduk di sebelah lalu memaut bahu temannya.

“Anggap sajalah ini satu cabaran buat kau. Jangan sebab kau gagal hari ini, akan gagal selamanya. Cuba lagi. Yang penting niat tu kena betulkan dulu dan jangan lupa berdoa okey.”

“Entahlah Rozy. Cakap kau ada betulnya tapi… Aku dah tak ada jiwa nak ke pejabat ni. Dah mula rasa… nak demam ni.”

“Pulak dah, macam-macam hal kau ni.”

Tanpa mengendahkan kata-kata Rozy, dia meraba-raba leher dan dahinya sendiri. Uhuhu…tak panas, panas dalam aje pun. Tak boleh nak pau MC kat doktor.

“Pergi ajelah Ara. Mana tau bila dia jadi ketua…kurang sikit nak bertekak dengan kau.”
“Boleh pakai ke cakap kau ni?”

Kau tak tau Rozy, dia pernah ugut aku… bila dia naik ketua, dia nak buli aku cukup-cukup. Uhuhu…

Hanya bergema dalam hati Naurah.

“Kalau pun cakap aku ni tak boleh pakai…huhu…nasib kaulah Ara. Tapikan…biasanya, orang lelaki kalau suka buli-buli perempuan tandanya dia syok tu.”

“Apa?! Dia tu syok kat aku? Hari tu bukan main dia kata aku ni garang macam mak rimau. Bukan taste dia nak buat bini tau.”

“Ah yelah kau percaya cakap dia tu. Jangan nangis bila dia datang meminang kau. Baik kau sambut aje dia dengan sirih pinang dan senyuman sayang. Sebab apa tau…?”

“Sebab apa pulak kau ni?”

Naurah mula berangin. Tak boleh blah dengan statement Rozy. Tak suka okey.

“Sebabnya, dah tak ada lelaki lain yang berani nak pinang mak rimau melainkan dia. Hahahah…”

Cis, member makan member. Bukannya nak sedapkan hati kita…eloklah aku tak buka pekung pasal aku berpengsan bagai semalam. Mau kawan sendiri dibahannya.

Naurah mencapai bantal segi empat tepat lalu dipeluk geram. Makin panjang muncungnya dan makin galak pula Rozy mentertawakannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 08:55 AM | Show all posts
DALAM malas-malas, terhendap-hendap juga Naurah memasuki pejabat. Dia masih sayang akan pekerjaan ini. Susah payah interview, jangan kerana kecewa tidak dipilih menjawat jawatan pengurus, dia jadi tidak bersyukur dan mensia-siakan rezeki yang diberi.

Harap-harap taklah aku terserempak dengan mamat poyo tu. Tak naklah adegan pengsan aku jadi sumber ejekan dan perlian dia. Malu, aku malu.

Naurah meninjau-ninjau keadaan dalam pejabat. Yes, dia tak ada. Naurah cepat-cepat mengambil tempat duduk. Melalui kubikel dia curi-curi pandang bilik pejabat Khalif. Pintunya tertutup rapat.
Jangan mentang-mentang dah jadi bos, boleh berlagak macam syarikat ni, abah dia punya. Suka-suki dia aje nak datang…

“Dah baik dah?”

“Oh kau meletup!”

Hampir terhantuk dahi ke meja. Naurah urut dada sambil mendongak. Alamak…

Lelaki itu berdiri tegak tunak merenungnya.

Eee…dia ni. Selalu sangat muncul time aku sedap-sedap kutuk dia.

Jelingan meluat di hadiahkan buat Khalif.

“Awak tak jawab soalan saya pun.”

“Encik tak ada kerja ke?”

“Tu bukan yang saya tanya tadi.”

“Beradanya saya di sini maknanya apa? Saya ada nampak tak sihat ke sekarang ni? Tak kan…”

Khalif agak bengang. Tanya baik-baik ni.

“Apa masalah awak  ni Cik Naurah? Asyik tak puas hati aje ni?”

Eh, eh dia ni. Ada aku suruh-suruh dia tanya hal aku? Penyibuk.

Naurah bangun lalu berpeluk tubuh. Ingat bila dia dah jadi ketua, dia boleh ek kat aku. Sorry, wrong person.

“Dah tak ada kerja sangat ke sampai menebeng lagi kat meja saya ni. Atau…dah mula rasa ada kuasa besar dalam tangan boleh mengular sana, sini. Eloklah kiranya dengan segala hormat encik pergi menjalankan amanah sebagai PE…NGURUS…di bilik encik…di sinun.”

Khalif terpana. Hekeleh dia ni.

“Awak...” Khalif tunding jari. Tidak mampu melawan kata. Nak aje ditenyeh-tenyeh dahi gadis itu saat ini. Sikap prihatinnya tadi dah jadi patin…Arghh…!!

Naurah melabuh duduk. Kemudian menarik keyboard rapat-rapat.

“Saya banyak kerja sekarang ni.” Tap, tap, tap…(sedang menaip semberono). “Tak nampak ke?”

Khalif laju masuk dalam bilik pejabatnya dengan wajah yang merah padam mencuka.

Naurah meninjau melihat derap langkah amarah lelaki itu.

“Hahahah…puasnya hati aku…”

Naurah ketawa riang. Puas rasa hati dapat lempiaskan apa yang terpendam.

“Seronok-seronok sangat Naurah. Lambat laun…awak tu yang nangis kemudian hari dibucu meja tau.”

“Kenapa pulak Kak Mun?”

Nani bertanya. Sengaja up kan mood Naurah.

“Yelah, bila cinta mula berputik dihati buat si dia yang dulunya dibenci.”

“Wahh…Kak Mun. Dah macam lirik lagu ‘Ku Rela Dibenci’ aje.”

Suatu suara rakan lain menyahut.
Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya
Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi


Lagu korus berkumandang dikalangan rakan-rakan sekerja Naurah. Bermacam gaya. Sengaja mengusik Naurah yang buat-buat tuli itu.

Apa-apa sajalah. Ada dia kisah. Janji dia puas dapat mengenakan mamat poyo berlagak bagus tu. Naurah pura-pura busy menaip laporan sedangkan laporan itu dah pun siap minggu lepas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 09:00 AM | Show all posts
“KAK MUN. Jom lunch. Saya belanja.”

Naurah memaut mesra lengan Kak Mun.

“Hai, tiba-tiba nak belanja akak…kenapa?”

“Tanda terima kasihlah sebab susah-susah papah saya masa pengsan hari tu.”

“Eh? Kamu tu pengsan langsung tak sedar diri tau. Mana akak larat nak papah kamu Ara oii…”

Naurah leraikan rangkulan. Bila diamati, Kak Mun dengan dia lebih kurang sahaja saiznya. Walaupun ibu beranak lima, badan Kak Mun masih seperti anak dara. Apa rahsia dia ya?

“Habis kalau bukan akak, siapa yang…papah saya sampai ke bilik Encik Khalif?”

“Hah…ni yang akak nak kabor kat kamu. Tak ada siapa yang papah kamu hari tu. Tu…hero yang ‘Ku rela dibenci’ tu yang cempung kamu sampai ke bilik dia. Siap dia belikan kamu makanan dan Panadol sekali. Kan, dah malulah tu…”

Heh? Naurah tergumam dan tergamam. Memang mendapat malu dah dia sekarang ni.

“Kak, ini ‘prank’kan…? Betul ke dia yang…”

Naurah menggoncang-goncang lengan Kak Mun mohon segalanya bukan benar belaka.

“Hish, bukan akak sorang saja saksi kejadian. Kalau tak percaya, tanyalah Nani, Toman, Raju, Ai Lin…Nak lebih kepastian, tanya Datuk Rauf sendiri. Saksi utama.”

Waaa…apa ni? Suratan atau Kebetulan…!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 10:47 AM | Show all posts
sellie003 replied at 21-11-2016 05:02 PM
malam akak sambung ok...hehehe...

Sorry lambt update...baru elok demam...

semoga cepat sembuh. musim demam jugak skrg. anak lepas baik demam sambung batuk pulak

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:16 AM | Show all posts
sellie003 replied at 22-11-2016 09:00 AM
“KAK MUN. Jom lunch. Saya belanja.”

Naurah memaut mesra lengan Kak Mun.

haaa. kan dh termalu sendiri... Naurah... Naurah... pujuklah Khalif tu balik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 09:39 AM | Show all posts
sellie003 replied at 22-11-2016 09:00 AM
“KAK MUN. Jom lunch. Saya belanja.”

Naurah memaut mesra lengan Kak Mun.

GWS Sellie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 03:42 PM | Show all posts
@MMIS  ~  Dekat seminggu juga nak elok...lepas demam, selsema ...batuk pula...tp sekrg kurang dah...

@Zamzam2016  ~ Tulah suka nau sangka buruk ngan salah fahm...heheh

@awanjingga  ~ GWS tu apa yang?


BAB 15

“Hai diorang ni. Apa lagi tercegat kat pintu pent house tu?”

Rozy mendekati acik-acik cleaner yang hanya berkerumun depan pintu pent house. Mereka galak bergosip tanpa menyedari kehadiran Rozy di situ.

“Akak-akak semua. Kenapa berkumpul kat sini? Siapa yang bertugas kat suite pent house hari ini?”

Masing-masing diam. Tiada yang mahu mengaku.

“Hmmm…nak saya report kat Puan Kasuma ke?”

“Err…jangan Rozy.”

Seorang wanita lingkungan 40-an terus merayu Rozy sambil memaut sungguh-sungguh lengan Rozy. Wajah itu kelihatan takut-takut.

“Lah, Kak Leha. Kenapa tak cakap tadi?”

“Akak sebenarnya…sebenarnya…”

Serba salah Kak Leha mahu menyatakan sesuatu.

“Ada masalah ke Kak Leha? Kalau ada, baik bagitau saya.”

“Bagitau saja Leha…” Giat kawan-kawan yang lain.

Rozy makin hairan. Apalah masalah mereka sebenarnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.374616 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list