Edited by heylon1 at 18-7-2016 07:26 PM
apa ??? indon belajar contohi songlap malon??
Sempat belajar ke KPK, kini Badan Anti-korupsi Malaysia garang
SPRM pernah belajar dari KPK untuk melakukan penyidikan dan tangkap tangan. KPK lahir lebih lama dibanding SPRM. KPK resmi berdiri pada 2002. Sedangkan sejawatnya di Negeri Jiran baru terbentuk pada 2008. Sebelum ada organisasi ini, badan anti-rasuah di Malaysia bernama ACA, dengan wewenang lebih terbatas. Dulu organisasi ini dibentuk pada 1967 bermimpi meniru keberhasilan Komisi Anti-Korupsi Hong Kong. Namun, publik menilai kinerja ACA tidak maksimal, sehingga akhirnya menjadi SPRM.
Malaysia Ingin Tiru Model Pengadilan Korupsi indonesia
[backcolor=rgba(255, 255, 255, 0.2)]Komisi Anti-Korupsi Malaysia (Malaysian Anti-Corruption Commission--MACC) mengatakan mereka ingin memiliki Pengadilan Khusus Tindak Pidana Korupsi seperti yang ada di Indonesia, yang khusus menangani kasus-kasus rasuah.
[backcolor=rgba(255, 255, 255, 0.2)]
Pencegahan Rasuah: Indonesia semakin ke depan, Malaysia mundur ke belakang
DAP memohon kerajaan BN mengemukakan strategi berkesan untuk menghindari ‘bencana’ didahului oleh Indonesia dalam usaha memerangi rasuah. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sejak kebelakangan ini Indonesia dilihat begitu bersungguh-sungguh dengan beberapa langkah proaktif untuk membasmi masalah tersebut berbanding negara jiran lain, termasuk Malaysia, di Asia Tenggara. Menurutnya, terdapat perbezaan sangat besar dalam usaha memerangi rasuah antara kedua-dua negara berdasarkan laporan media bulan lalu. “Sebagai contoh, salah satu berita paling menarik berkenaan pembasmian rasuah di negara ini adalah ‘8 pegawai kastam hadapi 28 tuduhan kes rasuah’. “Tetapi, berita itu tidak membawa sebarang makna jika dibandingkan dengan laporan dari Indonesia seminggu sebelumnya iaitu ‘Bekas pemimpin parti pemerintah Indonesia dikenakan 8 tahun penjara akibat rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering)’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, apa yang lebih mengesankan lagi berkenaan usaha Indonesia adalah janji Presiden barunya Joko Widodo (Jokowi) untuk menggantikan lapan calon menteri berikutan cadangan dari Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK). KPK telah mengusulkan cadangan itu selepas mendapati kelapan-lapan mereka ‘berisiko tinggi’ sebagai suspek kegiatan rasuah. Sedangkan di Malaysia, perjuangan negara dalam mencegah kegiatan rasuah semakin merosot. Jelas Kit Siang, sebagai contoh, laporan beberapa media 27 September lalu yang mendedahkan hasil kajian firma Ernst and Young yang menunjukkan bahawa Malaysia sebagai salah satu negara yang paling korup di dunia. Lebih memalukan tambahnya, laporan pada 8 Oktober lalu yang memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim bahawa kerajaan tidak berhasrat memperluas kuasa SPRM bagi menjalankan siasatan ke atas kakitangan kerajaan yang hidup ‘mewah’ melampaui pendapatan mereka. Mahathir: Korupsi Malaysia Melebihi Indonesia
Isu korupsi mengguncang Malaysia dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang dituding menerima aliran dana dari proyek 1MDB. Begitu banyaknya kasus korupsi di Negeri Jiran tersebut, mantan PM Malaysia, Mahathir Mohamad, bahkan mengatakan bahwa korupsi di negaranya lebih besar daripada Indonesia.
"Korupsi sekarang ini barangkali Malaysia sudah melebihi Indonesia," ujar Mahathir kepada CNN Indonesia saat ditemui di Jakarta, Kamis (10/3).
Rasuah Di Malaysia Lebih Teruk Daripada IndonesiaAliran wang haram cecah RM200 bilion, membarah di zaman Najib'[size=14.0608px] [size=14.0608px]Aliran wang haram hampir RM200 bilion mengalir keluar pada 2010 yang meletakkan negara di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global menunjukkan jenayah ini semakin membarah pada era pemerintahan Najib Razak.
[size=14.0608px]Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kegagalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan kerajaan Umno BN bertindak menangani kepincangan tersebut membuktikan mereka bersekongkol dalam aktiviti itu.
[size=14.0608px]“Ia disokong aktiviti haram terbaru iaitu kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pemimpin Umno Sabah. Ini belum lagi mengambil kira (pengaliran wang) ketika pembelian kapal selam Scorpene.
[size=14.0608px]“Malah, jumlah wang keluar itu melebihi jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerajaan sepatutnya sudah tekan ‘butang kecemasan’, tapi tidak (berbuat demikian).
[size=14.0608px]
[size=14.0608px]
Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Tertunggu juga kami dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan berita ini atau tidak. Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain…. Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik? Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat & prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita Malaysia. Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejutdengan laporan berita The Wall Street Journal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah, Transparency International (TI). 
Najib harus contohi janji dan gerakan ketelusan Indonesia
SEKILAS PANDANG: Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah banyak bercakap mengenai ketelusan, dalam hal perlaksanaannya, beliau mempunyai perlu belajar daripada jiran kita, Indonesia. Komisi Pembanterasan Korupsi Indonesia (KPK) yang sedang diserang percubaan yang didakwa bermotifkan politik untuk melumpuhkan perjuangan menentang rasuah, pada 10 Februari telah menerima rangsangan sokongan daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Rakyat Republik (DPR) ini. Portal online Tempo.co melaporkan bahawa KPK diakui telus dengan permintaannya untuk mendapatkan peruntukan di bawah Semakan Pendapatan Negara dan Cadangan Bajet Perbelanjaan 2015, seperti yang digubal oleh ahli-ahli jawatankuasa perundangan DPR. "Peruntukan bajet mereka adalah sangat terperinci. Selain itu, mereka (KPK) juga tidak meminta apa-apa peruntukan tambahan," kata seorang ahli jawatankuasa perundangan DPR, Arsul Sani. Arsul juga memuji cara KPK memperincikan perbelanjaannya sehinggakan ke kos menyiasat setiap dakwaan rasuah, sesuatu yang tidak dilakukan oleh Mahkamah Agung Indonesia. “Ia kelihatan seperti Mahkamah Agung hanya sekadar memasukkan jumlah yang mereka berfikir mereka perlukan," kata Arsul, seorang ahli parlimen dari Parti Pembangunan Bangsa.
|