Zack dan Kate duduk sebelah-menyebelah namun, tiada kata-kata yang keluar dari mulut. Hanya terdiam melayan perasaan.
Andy dan Audrey telah menghilangkan diri. Audrey memberi alasan untuk ke bilik air. Kapal terbang ke London akan berlepas kurang dua jam dari sekarang. Jadi, Audrey sengaja membiarkan Zack dan Kate meluangkan sedikit masa berdua.
“Kate…” Zack memecah sunyi. Kate menoleh dan Zack menghadiahkan senyuman. Kate menarik nafas panjang.
“Idiot. You’ve promised not to come…” Suara Kate mendatar. Zack senyum sumbing. Setakat kata-kata begitu, tak menjadi kudis baginya. Betul cakap Joe Zulkifli, tak mungkin kena panah petir kalau mungkir janji dengan Kate.
Mujur dia menelefon Audrey terlebih dahulu tadi. Nasibnya baik kerana Kate belum berlepas ke pintu masuk penerbangan antarabangsa. Keretanya dipandu selaju mungkin. Entah-entah, sudah terkena perangkap had laju. Tapi, tak apalah. Hal itu boleh difikirkan kemudian.
“I’ve bought you this…” Kata Zack. Kotak hadiah bersaiz sederhana dihulurkan kepada Kate.
“Apa ni?”
Zack angkat bahu.
“Can I open it now?”
Zack angguk. Kate membuka penutup kotak hadiah.
“Chupa Chups?” Kate tergelak sendiri. Berbatang-batang Chupa Chups ada dalam kotak itu. “Chupa Chups pun ada di UK.” Sambungnya, masih tergelak. Jarinya membelek gula-gula di dalam kotak. Hampir kesemuanya berperisa strawberi.
“Tak sama macam kat Malaysia…” Balas Zack, cuba berseloroh.
“True. It won’t be the same.” Tutur Kate.
“It won’t…be the same…” Ulang Kate, sebak. Air mata yang cuba ditahan dari jatuh akhirnya luruh. Last edited by Nicki_Meow on 15-3-2014 02:40 AM
KLIA ditinggalkan. Zack memandu perlahan di lebuhraya. Cuba untuk fokus tetapi ketika ini, fokusnya kurang. Wajah Kate terbayang di ruang mata. Suara Kate sehinggakan cara Kate yang pelat ketika bercakap bahasa Melayu itupun, terngiang-ngiang di telinga.
“Katelyn Rose Banham.”
“Let’s call this promise…a Chup Chup promise..”
“I’m happy to get to know you…share all my thoughts and feelings with you…”
“I feel so lucky to have you as my kawan. Knowing you, makes me want to be a better person.”
“I sayang you…Zack.”
“Please pray for me…”
Terasa ada air di kolam mata.
“Hisshhhh! Apahal aku emo sangat nih?” Zack menghembus nafas kasar. Kepala tergeleng beberapa kali. Sangatlah tak macho untuk mengalirkan air mata sebab teringatkan awek yang baru pergi…
Awek? Huh!
Nafas dihembus lagi.
Tak boleh jadi ni…
Fokusnya sudah benar-benar hilang. Segera matanya menangkap R&R terdekat lalu memberikan isyarat ke kiri. Kereta di parkir di kotak parkir lalu Zack terdiam sendiri.
Dia pernah terluka ditinggalkan orang yang disayang. Pedihnya rasa itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Kini, dia kehilangan Kate. Entah mengapa, dia merasakan, sakitnya lebih pedih dari ditinggalkan Liana walaupun Kate bukanlah kekasih.
Kenapa?
Lagu di radio seolah-olah turut menggambarkan perasaannya. Tanpa mematikan enjin, Zack keluar dari kereta dan bersandar di pintu.
Zack memandang ke langit...lama. Hatinya tertanya-tanya, di dalam kapalterbang yang mana...Kate berada... Last edited by Nicki_Meow on 12-5-2014 01:23 PM