|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
hotmum posted on 29-8-2012 10:19 AM
nickiiiii ..... letak la .. letak la ... ...
mu ni asik merayap kat rumah orang jek . ...
Yolah... yolah....
Coming....
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam....
Auntie checking in...... Happy morning everyone..... Cewah, pagi2 dah start dah tu.....
Apa yg seriau sgt tu Nicki? Ni yg makin tak sabar nak baca ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 29-8-2012 10:22 AM
Salam....
Auntie checking in...... Happy morning everyone..... Cewah, pagi2 dah start dah tu..... ...
Salam auntie... salam Babe, salam semua...
Takde apa yang seriau le auntie....cuma chapter dah nak masuk bab konflik je.
Hahahha....tetiba termalu sendiri. Tah tah takde apa pun, cheq ni yg perasan lebih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 48
Sambil duduk di atas motorsikalnya, Fandi melihat wajahnya di cermin pandang belakang. Menolak dan menarik rambutnya ke depan dan ke belakang. Sepanjang hari ini saja, sudah bermacam kata perlian dan sindiran di terima dari rakan-rakan sekerjanya. Fandi hanya tersengih saja, menganggap ianya hanya gurauan walaupun ada masanya Fandi hendak saja membalas dengan berkata ‘Yang korang sibuk apahal?’
Untuk sehari dua ni, dia terpaksa menyesuaikan diri dengan rambut barunya. Seingat Fandi, kali terakhir dia berambut pendek adalah selepas habis sekolah. Setelah itu, dia sengaja membiarkan rambutnya panjang, tetapi tidak pernah melepasi bahu.
Hampir lapan tahun juga rambutnya di simpan panjang. Bukan tidak pernah di tegur sesiapa supaya rambutnya di potong. Sampai berbuih mulut emaknya menyuruh dia memendekkan rambut, tapi dia tetap berdegil. Alya juga pernah memaksanya memotong rambut, tetapi dia tidak memperdulikan. Tapi, dengan Sofea, mudah saja hatinya mencair. Tidak perlu sampai berbuih mulut, tidak perlu paksaan, hanya dengan beberapa ayat saja, Fandi menurut walaupun separuh rela.
Hailah budak. Jampi apa kau pakai? Fandi melihat lagi wajahnya di cermin. Rambutnya di gosok lagi.
Smart juga. Fandi tersengih.
“Sudah-sudah le tu woi. Tahulah dah handsome dengan rambut baru” Suara yang menegur tidak di pedulikan. Sekali dengar saja Fandi sudah tahu itu suara Azwan.
“Di”
“Fandi!”
TAK! Kotak air milo yang sudah kering isinya Azwan baling ke arah Fandi. Barulah sahabatnya itu mahu menoleh, tersengih saja.
“Eh, gedik pulak aku tengok hang ni. Sanggup hang korbankan rambut? Dulu kata nak rock sampai tua?”
“Apa nak buat, orang rumah dah suka…” Fandi menjawab tersengih lagi. Azwan juga tersengih.
“Alhamdulillah. Bahagia hang sekarang na..” Azwan berkata lagi.
“Bolehlah…”
“Nah…” Sekeping sampul surat bersaiz A4 berwarna coklat di hulurkan kepada Fandi.
“Apa ni?” Fandi menyambut.
“Mana aku tahu. Tadi aku pi admin, terjumpa dengan Ms. Lai. Dia suruh aku bagi kat hang. Ada orang hantar tengah hari tadi”
“Ooo…” Fandi terangguk-angguk. Sampul surat di tangan di belek-belek. Keningnya berkerut.
“Jom lepak mamak” Azwan mengajak.
“Alamak, sorry lah Wan. Hari ni tak bolehlah. Next time lah” Fandi menolak dengan baik.
“Bini suruh balik awallah tu” Fandi tersengih lagi mendengar kata-kata Azwan.
“Aku balik dulu. Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam” Azwan menjawab. Masing-masing mula mencapai topi keledar. Motorsikal di hidupkan lalu meninggalkan tempat mereka mencari rezeki.
**************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-8-2012 10:32 AM
Episode 48
Sambil duduk di atas motorsikalnya, Fandi melihat wajahnya di cermin pandang belakang. ...
mana cukup nicki .. lagi lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 29-8-2012 10:33 AM
Aiiikkkk.... nak masuk bab konflik tapi Nicki rasa malu pulak?! Aiikkkk.... tak jive pulak tema da ...
... sian kak cik tu ...
aunti tak de anak2 sedara yg available ke? ... kasi can la kat fred ... hehehehhee
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok. Tok. Pintu bilik Fandi di ketuk.
“Awak” Fifi memanggil. Tiada sahutan. Fifi tahu Fandi sudah pulang. Motorsikalnya ada di parkir di luar rumah. Kereta milik Fandi juga ada. Tak mungkin dia keluar.
Pintu di ketuk lagi.
“Awak”
“Awak, jom makan”
Mana dia ni? Kat luar tak ada. Kat bilik bacaan papa pun tak ada.
Kening Fifi berkerut. Selalunya, selepas solat Isya’ Fandi akan turun makan bersamanya.
“Awak” Pintu di ketuk lagi. Fifi menarik nafas. Tangannya perlahan-lahan mencapai tombol pintu tetapi terhenti di situ. Teragak-agak sama ada mahu membuka pintu atau tidak.
Biarlah. Tertidur kot...
Fifi mengeluh. Bilik Fandi di tinggalkan lalu dia turun ke dapur untuk makan.
******************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
BINI KAU BEKAS AKU
Begitu nota yang di sertakan.
Satu persatu gambar Sofea di dalam sampul surat yang di terima petang tadi di tatap.
Fandi meraup wajah, tergamam.
Dia terduduk di atas katil.
Hatinya berdetak kencang.
Api amarah mula membakar jiwanya perlahan-lahan.
**************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
alahaaaiii ... sampul surat tua da isi hape eh? ...
mesti shark nak wat dajal nih ... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
allllaaa .... baru nak baik2 dgn fifi .... !!!! ....
benci kau shark !!! |
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 29-8-2012 10:46 AM
Ada jer anak penakan lelaki yg single-mingle.... tapi dah diwarning siang2 oleh en suami... no mat ...
pergghhh ... available and hot palk tuh ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang malam dia berkurung di dalam bilik. Selalunya selepas solat Isya’ dia akan turun makan malam bersama Fifi. Tapi tidak malam ini. Ketukan di pintu dan ajakan makan malam tidak di endahkan. Segala-galanya serba tak kena. Panas hatinya dirasakan membara. Marahnya meluap. Sampul surat yang berisi gambar-gambar Fifi di tenung lama. Bukan isinya saja yang menyakitkan hati, nota yang di sertakan juga memang sengaja membakar perasaannya.
Fandi menghembuskan nafas keras, turun naik menahan marah. Dia tahu, Sofea pernah terlanjur. Dia tahu, Sofea mengandungkan anak luar nikah. Dia tahu, masa silam Sofea memang kelam. Dia tahu semua itu. Dia tahu! Fandi sudah tidak memperdulikan itu semua kerana kini, rasa cintanya sudah mula berbunga terhadap isterinya sendiri. Fandi sanggup menerima Sofea dan anak yang di kandung seadanya. Dia sanggup melupakan kisah silam isterinya. Dia sabar melayan kerenah isterinya. Namun kesabarannya mula menipis.
Adakah Sofea sudah hilang pertimbangan sehingga sanggup bergambar begini? Hilang akal? Tidak waras?
Kali ini, keegoannya sebagai lelaki benar-benar tercabar. Bukan sahaja lelaki, lebih tepat lagi, sebagai suami. Dan sekarang, dia mulai mempersoalkan keikhlasannya memperisterikan Sofea Raihana.
Ikhlas? Konon! Bukankah dia bernikah dengan Sofea kerana wang dan perlukan bantuan?
Kontrak yang tersimpan kemas di dalam laci meja pula di keluarkan. Satu persatu kandungan isinya di baca untuk kesekian kali. Syarat-syarat yang tertera memang jelas dan nyata. Tiada agenda yang tersembunyi. Matanya tertancap kepada syarat terakhir. Dia tidak boleh menceraikan isterinya sebelum Sofea melahirkan anak. Rasa sakit hatinya kini mula menular kepada Datuk Yusuf. Disaat ini, dia mula mempertimbangkan sama ada mahu membatalkan saja kontrak ini. Sekurang-kurangnya, sakit hatinya berkurangan. Fandi menutup fail itu lalu dicampakkan di atas katil.
Ikutkan hati, mahu saja dia menceraikan Sofea sekarang juga!
Ataupun…
Fandi menarik nafas sekali lagi. Fikiran dan perasaanya lebih di kuasai rasa marah yang terlalu. Dia bangkit dari duduk lalu terus melangkah keluar menuju ke bilik sebelah.
Fandi masuk tanpa mengetuk pintu bilik Fifi. Tidak berkunci. Matanya memandang tajam ke arah Fifi yang sudah lama di buai mimpi. Mimpikan siapa? Shah?
Bukan saja amarahnya membuak, cemburunya juga meluap degan tiba-tiba. Kali ini dia akan pastikan, Fifi tidak akan menyebut nama Shah lagi.
Kalau dengan orang lain boleh, takkan dengan aku tak boleh?
Saat ini, syaitan bertepuk tangan bersorak sorai kerana berjaya memarakkan api di dalam hati seorang lagi anak adam.
Fandi melangkah ke arah Fifi. Wajah comel itu kelihatan tenang dalam lena tetapi itu tidak mampu menenangkan hatinya. Fandi duduk di sebelah Fifi. Wajah itu di usap perlahan-lahan sebelum bibirnya mendarat di bibir mungil itu. Dia mahu melaksanakan haknya sebagai seorang suami. Last edited by Nicki_Meow on 31-8-2012 07:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh!!! Konflik?
nak tengok gak gambar sofeah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-8-2012 10:59 AM
Sepanjang malam dia berkurung di dalam bilik. Selalunya selepas solat Isya’ dia akan turun makan ma ...
Fandiiiii ... mana buleeyyyyy!!!! :@
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|