CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 3-2-2026 01:37 PM | Show all posts
sbh - 23 PTI warga Filipina ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau

swk - Wanita PBB Sadong Jaya digesa lebih proaktif sampaikan maklumat bantuan kerajaan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 01:38 PM | Show all posts
Wanita didenda RM2,500 kerana judi dalam talian di tempat awam
Februari 3, 2026, Selasa - 1:23pm

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara terhadap seorang wanita yang mengaku bersalah bermain judi dalam talian di tempat awam.

Majistret Ling Hui Chuan menjatuhkan hukuman itu ke atas Maureen Simon, 38, yang mengaku bersalah mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Jalan Tabuan Dayak di sini sekitar jam 5.05 petang pada 11 Januari 2026.

Berdasarkan fakta kes, polis semasa Ops Dadu melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan kerana mengesyaki terdapat aktiviti perjudian dalam talian.

Semasa pemeriksaan, polis merampas telefon pintar mangsa yang mengandungi elemen-elemen judi dalam talian dan wang tunai berjumlah RM53, sebelum menangkap tertuduh untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian secara terbuka di tempat awam menggunakan sebuah telefon pintar melalui laman sesawang ataupun aplikasi khas perjudian yang telah dimuat turun.

Polis juga mendapati isian semula dalam permainan tersebut adalah berbentuk mata yang dibeli daripada penganjur dan kemudiannya digandakan menerusi platform pelbagai jenis.

Selain itu, analisis pakar judi turut mengesahkan aplikasi permainan itu mengandungi elemen-elemen perjudian dalam talian.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:24 PM | Show all posts
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Februari 2, 2026, Isnin - 8:28am



Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Januari 2026, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam satu kenyataan hari ini, LGM berkata IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di bawah paras RM3.00 sekilogram atau lebih rendah, dengan insentif bagi lateks diaktifkan secara serentak.

Pada Januari 2026, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap ialah RM3.10 sekilogram di Semenanjung, RM2.75 sekilogram di Sabah dan RM2.70 sekilogram di Sarawak, katanya.

“Kadar IPG bagi lateks ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi lateks dengan Kandungan Getah Kering (KGK) 100 peratus,” kata LGM.

Ia berkata kadar IPG yang diaktifkan bagi getah sekerap dan lateks di Sabah ialah 25 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 50 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK, manakala di Sarawak masing-masing pada 30 sen sekilogram dan 60 sen sekilogram.

Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG dari 1 Februari hingga 28 Februari, 2026 berdasarkan pengeluaran getah pada Januari 2026.

IPG untuk getah sekerap dan lateks tidak diaktifkan di Semenanjung Malaysia bagi Januari 2026. Oleh itu, tiada bayaran IPG akan dilakukan bagi bulan berkenaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:25 PM | Show all posts
Kuching tuan rumah kejuaraan bina badan Mr Sarawak pada Jun
Februari 2, 2026, Isnin - 9:04pm



Wong (dua kiri) mempengerusikan AGM KDBBA di Kuching. Turut kelihatan adalah (dari kiri) Philomena, Mohd Noor, Malvern, Amran dan Gerdashlie.

KUCHING: Kejuaraan Bina Badan Mr Sarawak tahun ini bakal berlangsung di bandar raya ini pada 20 Jun, sekali gus meraikan ulang tahunnya yang ke-60.

Anjuran Persatuan Bina Badan Bahagian Kuching (KDBBA) dengan kerjasama Persatuan Bina Badan Negeri Sarawak (SBBA) di bawah payung Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), acara tahunan itu akan menghimpunkan atlet yang mewakili tiga zon utama, iaitu Selatan (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong), Tengah (Sibu, Kapit, Sarikei, Mukah dan Bintulu) serta Utara (Miri dan Limbang).

“Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kali pertama Mr Sarawak diadakan adalah pada 1963 di Sibu.

“Sepatutnya, tahun ini merupakan ulang tahun kali ke-63, namun kejuaraan ini tidak diadakan pada tahun 1969 serta pada 2020 dan 2021 semasa negara dilanda pandemik COVID-19.

“Jadi, wajar kami usahakan agar edisi kali ini lebih gemilang dan kami menjangka akan menyambut lebih 50 atlet dan pegawai tahun ini,” kata Presiden KDBBA Adrian Wong dalam ucapannya selepas mesyuarat agung (AGM) persatuan kali kelima, di sini semalam.

Sesi tersebut juga dihadiri Presiden SBBA Dr Malvern Abdullah dan Naib Presiden George Awi William.

Penganjuran Mr Kuching 2026 juga dibincang oleh jawatankuasa KDBBA, yang sepakat menetapkan 13 Jun ini sebagai tarikh pertandingan – seminggu sebelum Mr Sarawak.

“Mr Kuching juga merupakan satu acara yang penting buat kami kerana di sinilah ramai bakat baharu yang datang bertanding.

“Mereka merupakan pelapis harapan sukan bina badan Sarawak,” tambah Wong, yang juga merupakan Naib Presiden dalam organisasi MBBF dan SBBA.

Sementara itu, AGM KDBBA bermula dengan pembubaran jawatankuasa lama bagi memilih ahli-ahli baharu bagi sesi 2026-2028.

Wong kekal menerajui persatuan itu, dibantu oleh Philomena Dexclyn Siar sebagai timbalan presiden, Ghaz Ghazali sebagai setiausaha dan Mohd Noor Amran sebagai bendahari.

George dilantik sebagai penasihat manakala Gerdashlie Bodos dan Amran Abdullah merupakan juruaudit dalaman.

Jawatankuasa kerja pula terdiri daripada Sapian Jamain, Jeman Lidup, Nur Madinah Najwa Abdullah dan Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Suhardi.

Ahli-ahli baharu ialah Joanne Lu dan Nuraini Janah.

KDBBA ditubuhkan pada November 2021 dan secara rasminya didaftarkan sebagai badan sukan pada 21 Mac 2022, di bawah Akta Pembangunan Sukan Malaysia 1997.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:26 PM | Show all posts
Zon Utara mampu ulangi kejuaraan dalam SUKSAR
Februari 2, 2026, Isnin - 5:31pm



Lee bersama kontinjen SUKSAR Zon Utara bergambar bersama di Stadium Bandaraya Miri.

MIRI: Kontinjen Zon Utara berpotensi mengulangi kejayaan muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) Siri Ke-4 di Betong dan Sri Aman dari 5 hingga 8 Februari ini, kata Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kepada penyertaan besar dan persiapan rapi melibatkan 219 atlet dari Zon Utara yang merangkumi bahagian Miri, Bintulu dan Limbang.

"Saya amat berharap agar penyertaan yang begitu besar dan memberangsangkan ini akan membuahkan hasil yang cemerlang dan seterusnya membawa pulang kejayaan untuk Kontinjen Zon Utara muncul sebagai juara keseluruhan buat kali kedua.

Kita pernah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Sarawak Siri Pertama di Kuching dan saya yakin, dengan semangat berpasukan, disiplin serta komitmen tinggi, kejayaan itu mampu kita ulangi sekali lagi," jelasnya.

Lee berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Zon Utara ke SUKSAR IV yang disempurnakannya di Stadium Bandaraya Miri, hari ini.

Kesemua atlet berkenaan merupakan wakil terbaik zon masing-masing yang terpilih untuk membawa cabaran Kontinjen Zon Utara pada kejohanan dwitahunan itu.

Residen Bahagian Bintulu merangkap Chef De Mission Kontinjen Zon Utara Datu Nyurak Keti berkata, kejohanan kali ini mempertandingkan 11 jenis sukan melibatkan 105 pingat emas, iaitu angkat berat, berbasikal, bola jaring, taekwondo, bola keranjang, petanque, pingpong, sofbol, tinju, sepak takraw dan karate.

Menurutnya, keseluruhan kontinjen Zon Utara melibatkan 257 orang, termasuk 38 pegawai pasukan, jurulatih dan pengurus manakala 219 orang lagi adalah atlet dari Miri, Bintulu dan Limbang.

Beliau berkata kontinjen akan bertolak ke Betong dan Sri Aman secara berperingkat menggunakan lapan buah bas, melibatkan lima buah bas dari Miri dan tiga buah bas dari Bintulu, dengan pergerakan serentak bermula hari ini (Selasa).

Sebahagian atlet akan ditempatkan di Kampung Sukan Betong manakala selebihnya akan menginap di Sri Aman, mengikut jadual dan acara yang dipertandingkan.

Lee berkata majlis penyerahan bendera itu bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya melambangkan amanah, kesatuan dan semangat perjuangan Kontinjen Zon Utara.

Beliau turut mengingatkan atlet agar sentiasa mengekalkan disiplin, semangat kesukanan dan komitmen tinggi, selain menjadikan kejohanan tersebut sebagai platform membentuk jati diri serta melonjakkan prestasi ke peringkat lebih tinggi.

Majlis turut dihadiri Residen Bahagian Miri merangkap Assistant Chef De Mission Galong Luang serta pegawai-pegawai dari Pejabat Residen Miri, Bintulu dan Limbang.

SUKSAR diadakan sebagai platform pencarian atlet pelapis Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Selangor pada Ogos tahun ini.

SUKSAR bagi edisi tahun ini akan melibatkan lebih 1,000 atlet dan pegawai dari empat zon bertanding iaitu Zon Utara (Limbang, Miri, Bintulu), Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit), Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman) dan Zon Selatan (Serian, Samarahan, Kuching).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:27 PM | Show all posts
Zon Selatan sedia pertahan kejuaraan SUKSAR
Februari 2, 2026, Isnin - 4:17pm

Dengan kekuatan 280 anggota bagi menyertai 11 acara dipertandingkan, Zon Selatan menyasarkan 63 pingat emas



Dayang Joanita (lima kanan) merakam gambar bersama pengurus pasukan bagi Kontinjen Zon Selatan yang akan berentap di SUKSAR IV 2026. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kontinjen Zon Selatan bersedia mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 yang akan berlangsung di Sri Aman, Betong dan Lubok Antu bermula 5 hingga 8 Februari ini.

Residen Bahagian Kuching Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi berkata, zon tersebut yang merangkumi bahagian Kuching, Samarahan dan Serian tampil dengan kekuatan seramai 280 anggota keseluruhan bagi menyertai kesemua 11 acara sukan yang dipertandingkan.

Menurut beliau, SUKSAR merupakan kejohanan sukan dwitahunan anjuran Kerajaan Sarawak yang berperanan penting dalam pembangunan atlet secara tersusun, sistematik dan mampan, khususnya sebagai platform pendedahan awal kepada atlet muda untuk beraksi dalam suasana pertandingan berintensiti tinggi.

“Objektif utama SUKSAR 2026 adalah untuk menguji keupayaan sebenar atlet dari segi fizikal, mental dan teknikal, di samping menjadi medan persediaan ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) serta kejohanan peringkat lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Residen Bahagian Kuching, Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, SUKSAR turut berperanan mengaktifkan persatuan sukan di peringkat zon dan daerah serta membangunkan kompetensi pegawai teknikal tempatan secara berterusan bagi memperkukuh ekosistem sukan Sarawak.

Kontinjen Zon Selatan akan mempertaruhkan 205 atlet terdiri daripada 116 lelaki dan 89 perempuan, disokong oleh 46 pegawai pasukan termasuk pengurus dan jurulatih berpengalaman serta 29 urus setia sekretariat bagi memastikan kelancaran aspek logistik dan kebajikan.

Kesemua atlet akan beraksi dalam 11 acara sukan iaitu angkat berat, berbasikal, bola jaring, taekwondo, bola keranjang, petanque, pingpong, softball, tinju, sepak takraw dan karate.



Dayang Joanita bercakap kepada pemberita ketika ditemui. - Gambar Roystein Emmor

Dayang Joanita berkata, kontinjen Zon Selatan dijadualkan bertolak ke lokasi pertandingan di Sri Aman, Betong dan Lubok Antu hari ini (Selasa) dengan persiapan logistik yang telah diatur rapi bagi memastikan atlet tiba dalam keadaan cergas dan bersedia untuk bertanding.

“Walaupun pertandingan diadakan di tiga lokasi berbeza, pihak urus setia memastikan semua aspek logistik, kebajikan dan teknikal berada pada tahap optimum agar fokus atlet tidak terganggu,” katanya.

Beliau menambah, sasaran utama Zon Selatan adalah untuk mengekalkan gelaran juara keseluruhan dengan sasaran 63 pingat emas, selain menyasarkan dominasi sekurang-kurangnya lima acara utama iaitu berbasikal, petanque, angkat berat, tinju dan sepak takraw.

Pada masa sama, beliau menegaskan fokus utama adalah memastikan setiap atlet memberikan prestasi terbaik kerana SUKSAR merupakan laluan penting untuk melayakkan diri ke SUKMA 2026 yang akan berlangsung di Selangor pada Ogos nanti, dengan sasaran sekurang-kurangnya seorang atlet layak ke SUKMA bagi setiap acara.

Zon Selatan katanya, komited untuk menjadi penyumbang terbesar bakat berkualiti demi memastikan Sarawak kembali muncul sebagai kuasa besar sukan di peringkat kebangsaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2026 02:28 PM | Show all posts
SUKSAR IV 2026: Kontinjen Zon Tengah sasar 19 pingat emas
Februari 2, 2026, Isnin - 11:15am



Kontinjen Zon Tengah ke SUKSAR IV 2026 merakam kenangan setelah majlis penyerahan bendera dan jersi hari ini.

SIBU: Kontinjen Zon Tengah menyasarkan 19 pingat emas, 20 pingat perak dan 30 pingat gangsa pada Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 yang akan berlangsung di Sri Aman, Betong dan Lubok Antu mulai Khamis hingga Ahad ini.

Residen Bahagian Sibu Mohammad Porkan Abang Budiman, berkata Kontinjen Zon Tengah, yang merangkumi Bahagian Sibu, Mukah dan Kapit, menghantar seramai 252 peserta termasuk 45 pegawai dan urusetia serta 205 atlet, pengurus pasukan dan jurulatih.

“Atlet yang bertanding akan menyertai kesemua 11 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu angkat berat, berbasikal, bola jaring, bola keranjang, karate, ping pong, petanque, sepak takraw, sofbol, taekwondo dan tinju,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bendera dan Jersi Kontinjen Zon Tengah SUKSAR IV 2026 di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Mohammad Porkan berkata proses pemilihan atlet telah dilaksanakan oleh 11 persatuan sukan yang terlibat dan berjalan dengan lancar.

Manakala latihan pusat telah bermula sejak 5 Januari lalu bagi memastikan tahap kesiapsiagaan atlet berada pada tahap optimum dari segi fizikal, mental dan taktikal, tambahnya.

“Kontinjen Zon Tengah akan bertolak ke lokasi SUKSAR IV pada 3 Februari 2026 dan dijadualkan kembali pada 9 Februari 2026,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua atlet agar bertanding dengan penuh disiplin, berhemah serta menjunjung tinggi nilai kesukanan dan integriti, di samping membawa imej positif Kontinjen Zon Tengah.

“Acara ini dianjurkan dengan matlamat memperkukuh perpaduan belia Sarawak, mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena sukan.

“Dalam masa yang sana, ia bertujuan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negeri di peringkat lebih tinggi,” katanya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:29 PM | Show all posts
Kuching tuan rumah kejuaraan bina badan Mr Sarawak pada Jun ini
Februari 1, 2026, Ahad - 6:09pm



Wong (dua dari kiri) mempengerusikan AGM KDBBA di Kuching. Turut kelihatan (dari kiri) Philomena, Mohd Noor, Malvern, Amran dan Gerdashlie.

KUCHING: Kejuaraan Bina Badan Mr Sarawak tahun ini bakal berlangsung di bandar raya ini pada 20 Jun, sekali gus meraikan ulang tahunnya yang ke-60.

Anjuran Persatuan Bina Badan Bahagian Kuching (KDBBA) dengan kerjasama Persatuan Bina Badan Negeri Sarawak (SBBA) di bawah payung Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), acara tahunan ini akan menghimpunkan atlet yang mewakili tiga zon utama, iaitu Selatan (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong); Tengah (Sibu, Kapit, Sarikei, Mukah dan Bintulu); serta Utara (Miri dan Limbang).

“Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kali pertama Mr Sarawak diadakan adalah pada 1963, bertempat di Sibu.

“Sepatutnya, tahun ini merupakan ulang tahun kali ke-63, namun kejuaraan ini tidak diadakan pada tahun 1969, dan juga pada 2020 dan 2021 semasa negera dilanda pandemik COVID-19.

“Jadi, wajar kami usahakan agar edisi kali ini lebih gemilang, dan kami menjangka akan menyambut lebih 50 atlet dan pegawai tahun ini,” kata Presiden KDBBA Adrian Wong dalam ucapan beliau selepas mesyuarat agung (AGM) persatuan kali kelima, di sini hari ini.

Sesi tersebut juga dihadiri Presiden SBBA Dr Malvern Abdullah dan Naib Presiden George Awi William.

Penganjuran Mr Kuching 2026 juga dibincang oleh jawatankuasa KDBBA, yang sepakat menetapkan 13 Jun ini sebagai tarikh pertandingan – seminggu sebelum Mr Sarawak.

“Mr Kuching juga merupakan satu acara yang penting buat kami kerana di sinilah ramai bakat baharu yang datang bertanding.

“Mereka merupakan pelapis harapan sukan bina badan Sarawak,” tambah Wong, yang juga merupakan Naib Presiden dalam organisasi MBBF dan SBBA.

Sementara itu, AGM KDBBA bermula dengan pembubaran jawatankuasa lama bagi memilih ahli-ahli baharu bagi sesi 2026-2028.

Wong kekal menerajui persatuan ini, dibantu oleh Philomena Dexclyn Siar sebagai timbalan presiden, Ghaz Ghazali sebagai setiausaha, dan Mohd Noor Amran sebagai bendahari.

George dilantik sebagai penasihat, manakala Gerdashlie Bodos dan Amran Abdullah merupakan juruaudit dalaman.

Jawatankuasa kerja pula terdiri daripada Sapian Jamain, Jeman Lidup, Nur Madinah Najwa Abdullah dan Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Suhardi.

Ahli-ahli baharu ialah Joanne Lu dan Nuraini Janah.

KDBBA ditubuhkan pada November 2021, dan secara rasminya didaftarkan sebagai badan sukan pada 21 Mac 2022, di bawah Akta Pembangunan Sukan Malaysia 1997.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 02:29 PM | Show all posts
Strategi sekat pemain utama berjaya tumbangkan Negeri Sembilan
Februari 1, 2026, Ahad - 3:53pm



Aidil pada sidang media selepas tamat perlawanan itu malam tadi. - Gambar UKAS

KUCHING: Strategi menyekat pemain utama menjadi senjata Kuching City FC (KCFC) untuk menumbangkan Negeri Sembilan FC 2-0 dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Ketua Jurulatih KCFC Aidil Sharin Sahak dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, perancangan rapi dibuat untuk menutup ruang dan mematikan peranan pemain utama Negeri Sembilan.

Beliau turut memuji komitmen para pemain yang memahami kekuatan lawan khususnya selepas pasukan tersebut kehilangan dua mata dalam pertemuan terdahulu di Paroi.

"Kami cuba menyekat beberapa pemain utama dan saya fikir para pemain melakukannya dengan sangat baik.

"Secara keseluruhan, anda dapat lihat kami hanya bermain dengan tiga pertahanan hari ini kerana kami mahu menang dan kami mahu menyerang.

"Kami menggunakan Pedro dan Ramadhan lebih ke bahagian sisi dan saya sangat gembira dengan prestasi mereka," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan itu malam tadi.

Tambahnya, beberapa pelarasan taktikal turut dilakukan pada separuh masa kedua bagi memastikan benteng pertahanan terus kukuh dan ancaman lawan dapat dikawal.

Namun, beliau akan terus mencari ramuan untuk memperbaiki penyudah bagi memastikan jaringan berjaya dihasilkan setiap kali peluang hadir.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:31 PM | Show all posts
Program Mari Mencuba Sukan Muaythai dapat sambutan memberangsangkan
Februari 1, 2026, Ahad - 3:17pm



Kanak-kanak dan remaja teruja menyertai dan mencuba sukan muaythai dengan bimbingan ‘Aman Koboi’.

BINTULU: Sambutan amat memberangsangkan diterima daripada kanak-kanak dan remaja di bahagian ini yang teruja menyertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai, yang berlangsung di Naim Street Mall, Bintulu Paragon, malam tadi.

Seramai 198 kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai peringkat umur sekitar Bintulu menyertai program itu sebagai pengenalan dan pendedahan kepada sukan berkenaan.

Jurucakap penganjurnya berkata, sukan tersebut merupakan platform membentuk pembangunan sahsiah, disiplin diri dan gaya hidup sihat khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan belia.



Kanak-kanak dan remaja yang menyertai program mencuba sukan muaythai memberi tumpuan penuh terhadap penerangan disampaikan.

"Program ini telah dikendalikan oleh jurulatih sepenuh masa Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya, juga dikenali Aman Koboi, bersama jurulatih Zulkeplia Abdul Rahman serta dibantu oleh barisan jurulatih berpengalaman dari Kelab Muaythai PS Bintulu," ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, promosi program itu telah dilaksanakan lebih awal dan secara berterusan termasuk semasa pelancaran program 'Friend of Scout' yang secara tidak langsung menyumbang kepada tahap penyertaan tinggi serta sokongan padu daripada komuniti setempat.

Justeru katanya, pihak penganjur merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, Persatuan Muaythai Bintulu, Kelab PS Muaythai, SSC serta Naim Street Mall Bintulu Paragon atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga program itu berjaya dilaksanakan.



Kanak-kanak dan remaja yang menyertai program mencuba sukan muaythai tertarik dengan pengenalan disampaikan tentang sukan tersebut.

Ujarnya, penganjuran program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai atlet muaythai berpotensi, di samping memupuk minat masyarakat terhadap sukan tempur yang berdisiplin dan berprestij ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:32 PM | Show all posts
'Aman Koboi' menangi pertarungan sengit dengan Ed Ryan pada BAMC Vol.IV 2026
Februari 1, 2026, Ahad - 2:37pm



Pertarungan sengit yang mencuri tumpuan antara Aman Koboi (kiri) dan Ed Ryan.

BINTULU: Pertarungan penuh sengit dalam saingan petinju muaythai dari pelbagai kelab luar bahagian ini dan Sarawak menghadirkan gema sorak penonton pada Bintulu Muaythai Challenge (BAMC) Vol.IV 2026 yang berlangsung di Gelanggang Muaythai Centre Court Naim Street Mall Bintulu Paragon malam tadi.

Paling mencuri tumpuan dalam perlawanan kemuncak adalah pertarungan antara Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya dan Ed Ryan Jefferson daripada Persatuan Muaythai Negeri (PMN) Sabah untuk kategori 51-54 kilogram (kg).

Awangku Abdul Rahman dari Kelab Muaythai PS Bintulu juga dikenali dengan jolokan 'Aman Koboi' merupakan pemegang ranking kedua petinju muaythai profesional negara berjaya menundukkan Ed Ryan dalam pertarungan keras antara kedua-duanya.

Dengan teknik serangan menggunakan kombinasi lapan mata sentuhan dua penumbuk, dua siku, dua lutut dan dua tulang kering dalam usaha menewaskan lawan masing-masing.



Aman Koboi (dua kiri) meraih kemenangan bergaya setelah menewaskan Ed Ryan dalam pertarungan sengit.

Selain itu, pertarungan tidak kurang hebatnya adalah petinju muaythai cilik kategori 38-41kg menyaksikan Muhammad Amin Shah Andre Narul Haizad dari PMN Sabah menewaskan Dylan Casey Daniel dari D30 Muaythai Club.

Yong Feng Yue (PMN Sabah) pula meraih kemenangan ke atas Fatiha Hanum Abdul Hasrul (MSN-Persatuan Muaythai Negeri Sarawak) untuk kategori 45-48kg.

Manakala kategori 41-43kg, Jonnah Barrac David Lambek (Kelab PS Muaythai) menewaska Dazaiy Hafiy Aznee (PMN Sabah).

Seterusnya kategori 54-57kg menyaksikan Muhammad Izack Devid meraih kemenangan ke atas Mohd Fitri Hakim Abdullah dari MSN-Persatuan Muaythai Negeri Sarawak.



Pasukan Persatuan Muaythai Negeri Sabah dinobatkan juara keseluruhan Bintulu Muaythai Challenge (BAMC) Vol.IV menerima piala daripada Steven (tengah) sambil merakam gambar kenangan bersama penganjur dan pihak penaja.

Sementara itu, Lu DM Yi (Lion 30 Muaythai Miri) menewaskan Syah Azlan Anis (Kelab PS Muaythai) untuk kategori 110-125kg dan Kerry Dryan Jafili (PMN Sabah) meraih kemenangan ke atas Rayyan Syahdu (Lion 30 Muaythai X Red Wolves).

Tujuh pertarungan pada sebelah malam tersebut bermula seawal jam 7 malam dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing iaitu Steven Kong serta tetamu kehormat lainnya.

Dalam pada itu, 47 pertarungan lain turut diadakan pada sebelah pagi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang Sabtu untuk pelbagai kategori berat petinju muaythai lelaki dan perempuan.

Sepanjang kejohanan muaythai tersebut berlangsung dan berakhir malam kelmarin menyaksikan Persatuan Muaythai Negeri Sabah dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah berjaya meraih 11 pingat emas.

Diikuti naib juaranya PS Muaythai Bintulu yang meraih sembilan pingat emas dan tempat ketiga pula disandang Lion 30 Muaythai Club Miri yang meraih tujuh pingat emas.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:34 PM | Show all posts
Acara larian, kayuhan santai PDP berpotensi dijadikan acara tahunan
Februari 1, 2026, Ahad - 11:46am



Joshua (empat kiri) dan Agatha (tiga kiri) bersama-sama melepaskan para peserta larian tersebut.

SIBU: Acara ‘New Year Fun Run & Fun Ride 2026’ anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) berpotensi dijadikan acara tahunan susulan sambutan memberangsangkan apabila lebih 800 peserta mengambil bahagian dalam program tersebut yang berlangsung di Pusat Komersial Pulau Li Hua, hari ini.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting berkata, penganjuran edisi kedua itu bukan sahaja berjaya menarik penyertaan pelari, malah turut memperkenalkan kategori baharu iaitu kayuhan basikal yang mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

Menurutnya, kejayaan program itu membuktikan minat masyarakat terhadap aktiviti gaya hidup sihat semakin meningkat, sekali gus mendorong pihak penganjur untuk mempertimbangkan penganjuran acara tersebut secara berterusan setiap tahun.

"Sekiranya sambutan seperti ini berterusan, kami bercadang untuk menjadikannya acara tahunan yang diadakan mengikut kitaran 12 tahun kalendar lunar, dengan tema berbeza setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis pelepasan peserta.



Joshua (dua kiri) dan Agatha (tiga kiri) bersama-sama peserta bersenamrobik sebelum acara pelepasan dimulakan.

Joshua yang juga pengerusi penganjur acara tersebut berkata, acara berkenaan bukan sekadar aktiviti sukan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan komuniti melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penyertaan keluarga dan kanak-kanak.

Upacara pelepasan pada jam 7.30 pagi itu disempurnakan oleh beliau bersama-sama dengan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Agatha Ting.

Program tersebut mempertandingkan dua kategori utama iaitu Fun Run sejauh 3.8 kilometer dan Fun Ride sejauh 15 kilometer.

Menariknya, penganjuran kali ini turut melibatkan penyertaan anak-anak daripada Persatuan Autisme Sibu (SAA), Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) serta Rumah Anak-Anak Yatim Methodist Sibu, sekali gus mencerminkan pendekatan inklusif dalam penganjuran acara komuniti.

Joshua turut memaklumkan bahawa tema penganjuran tahun ini adalah Tahun Kuda, berbeza dengan Tahun Anjing yang dipilih pada edisi terdahulu.

Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum peserta dilepaskan untuk larian dan kayuhan, manakala program diakhiri dengan cabutan nombor bertuah yang menambah kemeriahan suasana.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:36 PM | Show all posts
Kerajaan negeri perkukuh sistem utiliti demi kesejahteraan rakyat
Februari 3, 2026, Selasa - 1:57pm



LAWATAN: Joachim (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama rombongan kepimpinan LDP.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited meneruskan usaha memperkukuh sistem utiliti dan kemudahan asas bagi menjamin keselesaan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan bandar dan sekitarnya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, keutamaan itu sejajar dengan agenda pembangunan negeri yang menekankan penyampaian perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan penambahbaikan bekalan utiliti serta penyelenggaraan infrastruktur agar kesejahteraan rakyat dapat terus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat kepimpinan tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Yong Wui Chung di sini, semalam.

Katanya, pertemuan berkenaan turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan isu-isu semasa pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur, khususnya melibatkan sistem utiliti dan kemudahan asas di sekitar Kota Kinabalu.

Dr Joachim yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menghargai pandangan dan maklum balas dikemukakan kepimpinan LDP, selaras dengan semangat kerjasama strategik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sementara itu, rombongan LDP turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Joachim untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti berkenaan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pertemuan itu berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif, mencerminkan komitmen bersama kepimpinan politik negeri dalam memastikan agenda pembangunan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkasakan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:39 PM | Show all posts
Lelaki pecah masuk kedai dobi ditahan, polis rampas senjata tajam
Februari 3, 2026, Selasa - 2:16pm



RAMPAS: Senjata tajam dan dadah jenis syabu disyaki milik suspek yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai aktif memecah masuk kedai dobi di sekitar daerah ini berjaya ditahan dalam satu serbuan pagi tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi di kawasan Bandar Leila hasil maklumat awam yang diterima polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Sandakan telah digerakkan ke lokasi sebelum berjaya menahan suspek.

Katanya, pemeriksaan semasa tangkapan mendapati polis menemukan senjata tajam serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah masuk.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan wang tunai dan dadah disyaki jenis syabu dalam simpanan suspek.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk kedai dobi di sekitar daerah Sandakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam pada itu, George menegaskan polis akan terus mempergiat usaha membanteras jenayah harta benda bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:41 PM | Show all posts
Warga emas disyaki terlibat kes curi diberkas
Februari 3, 2026, Selasa - 2:21pm

MIRI: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai terlibat dalam kes curi dalam bangunan di Jalan Permaisuri di sini berjaya diberkas polis, semalam.

Tangkapan ke atas suspek yang berusia 60 tahun itu dilakukan sekitar jam 5.50 petang di tepi Jalan China di sini oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Pusat Miri yang diketuai Ketua Polis Balai Miri ASP Goldy Jangan.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri dalam laman Facebook rasminya, semasa tangkapan ke atas suspek dilakukan, polis turut merampas pakaian yang dipakai suspek semasa melakukan jenayah curi untuk dijadikan barang kes.

"Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri dan kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun serta boleh didenda, jika sabit kesalahan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang, menghormati hak milik orang lain serta mencari sumber rezeki melalui jalan yang sah.

Orang awam juga digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah dan mengekalkan keselamatan awam di daerah ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 02:43 PM | Show all posts
sbh - Lelaki pecah masuk kedai dobi ditahan, polis rampas senjata tajam

swk - Wanita rugi RM161,200 terperdaya ‘phone scam’

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 03:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 03:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 04:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.764948 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list