PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ismail Sabri mengumumkan perkara itu secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan jam 3 petang pada Isnin.
"Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022," katanya.