HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH – MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam. Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama; a) Menurut jumhur ulama, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam. b) Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus (Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.)
Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis krustasea iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
|