CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 1-3-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 1-3-2015 06:21 PM
satu lgi.klo watak tu remaja perempuan, ko guna remaji.

hehe.

Remaji ini new word untuk I.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2015 06:24 PM
Betul sangat tu TT... Kecantikan... Kekayaan... Tak menjamin kebahagiaan...

Betul... kadang kecantikan dan kekayaan lah buat kita sengsara... haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 07:05 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 06:43 AM
As a man memang akan prefer perempuan cantik tp trust me kecantikan x kekal pun.. mcm Jie.. watak  ...

Aku nok.tamboh lagi(kuar dah slang aku!)

Memang ar cantek tu tok kekei. Hat yang tok kekei tu org kejor.

Aku ngaku, aku ni tok lawo langsong!(tak huduh pun.just bese2)

tapi aku tetap nak cantik(aku nk putihkn bdn aku bila kaye!)

Tapikn,bila kita pike balek. YANG PENTINGNYA, KITA TAK CACAT!

Aku rasa bangga ar dgn diri aku.  Aku bersyuko walau aku tok lawo, aku sempurna. So kira nasib baik ar!

Pernh aku luah perasaan tak bersyukurku pasal rupa aku tok cantik kat mok aku...

Tapi.mak kabo..

Bersyukur, yang penting sempurna. Tak cacat.

Bila sempurna, kita blh buat mcm2....


Becoz you know that im all that bass..

my mom tell me, dont worry about your size..


bila dengar lgu ni, aku bertmbh bangga..hehe.

(bangga untuk diri.bkn mcm riak ..pahan tok?)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-3-2015 07:17 PM

Hujan lebat membasahi bumi. Kebetulan selesai menghantar Zeeta dan anaknya pulang,  Zack menerima panggilan dari Rayyan. Nada suara abangnya seperti ada sesuatu yang penting ingin disampaikan. Setelah memberitahu isterinya perihal Rayyan yang ingin bertemu, Zack terus saja memandu ke rumah Rayyan. Senang untuk berbicara. Mungkin Khalid bakal menyertai mereka. Tak pasti jika Viana ada bersama kerana Khalid memang jarang sekali berenggang dengan isterinya. Orang sayang isterilah katakan... Zack senyum sendiri. Kalau saja Zeeta ingin mengikutnya dia juga tidak keberatan membawa isterinya sekali. Cuma Zeeta lebih memilih untuk menemani Mama di Villa Safiah.

Zack menghubungi Rayyan memberitahu kedatangannya. Pagar terbuka automatik melalui remote control yang ditekan. Zack memandu ke dalam. Selesai parkir, kaki melangkah masuk.  

Terlihat kelibat Rayyan dan Khalid sedang duduk diruang tamu.Viana juga tampak khusyuk mendengar perbualan kedua abangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 1-3-2015 07:05 PM
Aku nok.tamboh lagi(kuar dah slang aku!)

Memang ar cantek tu tok kekei. Hat yang tok kekei tu o ...

Seme girl yang i jumpa cantik ma..

Regardless u oku ke cukup sifat ke

Putih x semestinya cantik

Macam JLo takla puteh pun but she's beautiful...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-3-2015 11:13 PM

"Apa kes yang macam serius sangat ni?" Zack terus saja menyampuk lalu mengambil tempat duduk disebelah Khalid.

" I nak minta idea. I tengah buntu ni !" Rayyan meraup wajah. "Pasal kakak ipar you lah ! I plan nak 'culik' dia." Hanya itu saja cara yang Rayyan rasakan senang untuk bersemuka dengan isterinya. Jie memang keras hati ! Puas dipujuk namun masih tetap saja enggan memaafkan Rayyan. Tengku Safiah pula kerap meminta Rayyan menceraikan Jie. Pusing kepala jadinya.

Viana senyum. " Plan you gila Ray ! Daddy I memang control Jie ! Jie cuma boleh keluar dengan Ibu atau Zulkarnain. Itupun I tahu Daddy tetap pasang spy untuk kawal dari jauh. You tak mungkin boleh dekati adik I." Rasional Dato' Hanafi berbuat begitu tidak diketahui Viana. Alasan Daddy untuk melindungi Jie.

"Entahlah Vee ! Papa suruh I untuk ceraikan Jie. Katanya Jie tak selamat selagi dia masih isteri I. Ini untuk kebaikan Jie juga. Sebab apa , Papa tak nak bagitahu. Takkan you pun tak tahu?"  Rayyan makin keliru. Entah rahsia besar apa yang disimpan oleh Tan Sri Isa. Kata Papa, Dato' Hanafi sudah menceritakan semua kepadanya.

Viana terdiam. " Serius I tak tahu ! May be Zulkarnain ada jawapan." Setakat ini Dato' Hanafi memang tidak pernah bercerita apa apa kepada Viana.

Rayyan mengeluh diluar sedarnya. Tak mungkin bertanya pada lelaki itu. Sudahlah Zulkarnain cuba menipunya mengatakan sudah meniduri isterinya. Rayyan tidak bodoh ! Jie tak semurah itu. Walau isterinya bebas bersentuhan namun Rayyan tahu Jie pandai jaga diri.

Malah Zulkarnain juga kelu bila Rayyan sengaja bertanyakan tanda ditubuh isterinya jika benar bagai dikata. Namun lelaki itu hanya terpinga sebelum meneruskan langkah untuk pergi. Rayyan yakin Zulkarnain hanya mahu memprovoknya supaya menceraikan Jie. Taktik yang mudah dibaca !

"Wait Ray... Zack mencelah. Kenapa pula Najiha tak selamat sebagai isteri you? Siapa yang bermusuh dengan you pula kali ini?" Makin keliru. Kalau dulu Rizal mungkin menjadikan Jie mangsa membalas dendam terhadap abangnya. Tapi siapa pula dalang sekarang? Simpati dengan Rayyan dan Najiha yang asyik dirundung malang.

Rayyan cuma geleng. Tak tahu. Satu idea gila datang.

"I need your help Vee !" Pandangan beralih ke Khalid. "And you Karl , you may have to be understanding and keep away your jealousy." Rayyan senyum. "I think your history dengan Zulkarnain will be our leverage !"

"Maksud you?" Khalid pelik.

"Maksud I...."  Rayyan merenung wajah Khalid dan Viana. Berharap keduanya bersetuju bekerjasama.

Zack hanya menjadi pendengar setia. Sesekali menokok tambah mana yang dirasakan perlu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 2-3-2015 07:10 PM

Zulkarnain senyum sendiri dari tadi. Mesej yang diterima dari Jie membuatkan hati berbunga keriangan. Pertama kali ayat itu dihantar kepadanya. I'm happy with you  today and I miss you too ! Send my regards to Ku Iz ok. Take care... Ayat yang tertera dibaca berulangkali tanpa jemu.
Selalunya bila Zulkarnain menghantar mesej berbaur rindu maupun cinta jarang sekali berbalas. Mungkin ini petanda awal dirinya mula mendapat ruang dihati Jie. Senyuman makin lebar.

"Hi bro.. Aku dah lama sampai pun kau boleh buat 'don't know' dari tadi. Kau mesej dengan siapa sampai sengih tak ingat dunia?" Ku Iz sengaja mengajak Zulkarnain berjumpa. Mahu berbual. Kebetulan isteri dan anaknya tidur di rumah mertuanya. Teringin lepak seperti zaman bujang dulu.

"Dengan Jiha lah."Masih lagi sengih. "I fall in love with her, bro !"  Tanpa segan silu Zulkarnain mengakui. Ku Iz tersentak.

"Kau gurau , kan?" Ku Iz sukar untuk percaya. Zulkarnain pasti melawak ! Setahunya Najiha bukan 'taste' Zulkarnain.

Sebaliknya respon yang diterima. "Nope ! I'm serius ! Aku rasa she's the one !" Kali pertama Zulkarnain serius dengan percakapannya.

"Bukan taste kau 'ala ala gadis melayu terakhir ke'?" Ku Iz masih ingat Zulkarnain pernah mempertikaikan citarasanya kerana jatuh hati pada Jie dulu. Konon rambut Jie perang, kulit putih kemerahan  dan mata hazelnya tidak melambangkan ciri ciri kemelayuan. Lebih kepada minah salleh celup dan tak asli. Nampak mixed ! Berbeza dengan Viana yang memiliki seraut wajah ayu, berambut hitam berkilat, mata bening dan kulit putih melepak. Tak dapat dinafikan kedua beradik itu memang cantik. Susah untuk dibuat perbandingan sebenarnya.

Zulkarnain sengih. " My mistake ! Yang aku tak minat dulu itulah yang aku kejar sekarang. Aku tak tahu bila dan macam mana aku boleh jatuh hati dengan dia." Kalau dulu mungkin dirinya pandang sebelah mata saja kepada Jie. Hanya Viana mempunyai semua ciri ciri yang diidamkan.

Ku Iz diam. Tak tahu untuk berkata apa. Jauh dilubuk hati terbit kerisauan. Takut sahabatnya kecewa. "Jiha dengan Rayyan dah sah bercerai ke?" Setahu Ku Iz, Jie masih bergelar isteri sepupunya.







Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Zulkarnain ni senget agaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 08:24 AM | Show all posts
kesian kt jie...dugaan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 08:36 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 11:28 PM
Zulkarnain senyum sendiri dari tadi. Mesej yang diterima dari Jie membuatkan hati berbunga keriangan ...

Pah gitu.mana misterinya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:29 AM | Show all posts
jie ni bodoh sgt...dah tau masih isteri org...gi kuar ngan jntn lain wat per...aku lak emo
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:44 AM | Show all posts
mawibotak replied at 2-3-2015 01:29 AM
jie ni bodoh sgt...dah tau masih isteri org...gi kuar ngan jntn lain wat per...aku lak emo

Jie bahasa gatal. Padanlah kena. klo dia tk kuo dgn jntn, tkdenya mak mertua dia bencinya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 10:44 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 11:28 PM
Zulkarnain senyum sendiri dari tadi. Mesej yang diterima dari Jie membuatkan hati berbunga keriangan ...

Thanks to you tt.sebab cter ni best, buat aku sangkut dan aku TERIKUT-IKUT gaya tulis ko dan kini ianya jadi  style aku..

Aku act, tgh cari identiti tulis aku.

aku penah tiru gaya tulis @Nicki_Meow tu, tapi sekejap je rasa itu..tak berapa serap gaya dia smpi aku terikut tak lma..

Gaya tulis @wipers81 pun aku ikut..tapi kjap jer..Ipo  tu..aku tk ikut..

Aku suka lah 3 wanita ni dlm cari . Diorang ni sgt hot n baik dgn aku. Aku ada sedikit rasa syg tu kat diorang...eh suka.

Aku rindu bilamna aku tak reti mnulis dan mereka komen teruk2..rsa mcm aku student..cm satu-satunya adik diorang..hehe....


Aku hrp, klo aku tkde, ingtlah karya aku..hehe.

eh aku muda.mna blh mati.

ya, sy suka tag diorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 12:03 PM | Show all posts
Esmiria replied at 2-3-2015 10:44 AM
Thanks to you tt.sebab cter ni best, buat aku sangkut dan aku TERIKUT-IKUT gaya tulis ko dan kini  ...

gaya bahasa aku masih banyak kena belajar

Vocab pun sometimes tak betul

gadis pun aku tak tahu beza

haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 12:36 PM | Show all posts
elia201 replied at 2-3-2015 04:03 AM
gaya bahasa aku masih banyak kena belajar

Vocab pun sometimes tak betul

Ah.pedulikan! Online jer.ada fakta tak btul dlm karya aku, org bca jer.so rilek.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 02:29 PM | Show all posts
siannya kat RAYYAN ngan JIE...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2015 07:03 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-3-2015 07:12 PM

Rakannya dilihatnya menung sebentar. " Masalahnya Rayyan insist tak nak ceraikan Jiha. Aku pun pening. Jiha beriya nak tuntut fasakh.. Entahlah !" Zulkarnain tahu silapnya jatuh cinta pada isteri orang. " Mamat tu susahlah !" Aku pernah 'test'dia. Saja !" Sukar untuk menundukkan Rayyan . Lelaki itu memang bijak ! Pintar bermain hujah sehingga Zulkarnain sendiri kelu untuk membalas. Penyudahnya perbincangan mereka tidak membuahkan hasil !

" Aku tak rasa dia akan ceraikan isteri dia.." Ku Iz kenal benar Rayyan. Sepupunya akan lakukan segala untuk memastikan Jie kekal miliknya.

"Aku tahu aku tak patut cakap macam ini... Tapi padan muka Rayyan ! Dulu dia rampas Jiha dari aku ! Sekarang rasa sendiri sakit hati ada lelaki lain 'aim' isteri dia !" Hati mula membara. Ku Iz tak pernah lupa perbuatan Rayyan terhadapnya. Suka melihat rumahtangga Jie dan Rayyan berantakan.

Walau sudah lama berlalu, Ku Iz sukar menerima hakikat Rayyan sanggup meruntuhkan mahligai impiannya bersama Jie.  Di hari pernikahan mereka pula itu ! Hancurnya hati Ku Iz terpaksa melepaskan Jie saat itu. Malah Jie juga hampir terbunuh !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 07:25 PM | Show all posts
"Rampas Jiha dari kau?" Zulkarnain hairan. Seingatnya Jie tak pernah terima Ku Iz. Jie cuma menganggap Ku Iz sebagai abang. Bila masa pula Rayyan rampas Jie dari sahabatnya? Ku Iz ditenung untuk kepastian.

"Panjang cerita dia.." Ku Iz bangun. " Kalau kau nak tahu cerita, ikut aku ! Bosanlah lepak dekat sini." Suasana bising membuatkan Ku Iz ingin berlalu.

Zulkarnain hanya menurut. Naluri ingin tahu membuak buak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 2-3-2015 08:31 PM

Marah , dendam dan benci bercampur baur. Kalau Jie ikutkan amarah mungkin  sudah lama Tengku Safiah diberi penampar percuma ! Sampai hati Tengku Safiah datang ke rumah Ibu dan memaki hamun ibunya !

Memang Faridah cuma ibu tiri tetapi Jie tetap sayangkan Faridah. Malah Tengku Safiah juga mencerca Maznah , Mummy yang melahirkannya !

Wanita itu juga mengugut akan meminta Khalid menceraikan Viana pula jika Rayyan dan Jie masih bergelar suami isteri.

Jie tak sanggup melihat kakaknya menjadi mangsa Tengku Safiah. Biarlah dirinya saja yang dibenci. Jie pasrah !

Anak saudaranya perlukan kasih sayang seorang ayah. Tak dapat bayangkan jika Khalid dan Viana berpisah kerana desakan Tengku Safiah.

Jie nekad. Cincin pemberian Zulkarnain ditenung. Mungkin sudah sampai masa untuk lamaran lelaki itu dipertimbangkan.

Biarlah kenangan bersama Rayyan terkubur. Esok Jie akan bersemuka dengan suaminya untuk menyelesaikan semua berkaitan perkahwinan mereka.

Tetapi sebelum itu ada satu pengajaran yang akan diberikan kepada Mama mertuanya.

Kalau selama ini Mama selalu bertindak sesuka hati kini giliran Jie pula untuk mengenakan wanita itu.

Biarlah dianggap kurang ajar, perempuan tak guna, murahan atau apa saja Jie tak kisah ! Tengku Safiah harus membayar balik harga air mata ibunya yang menitis tadi !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-3-2015 10:57 PM

Bab 50

Zack terpukau melihat kakak iparnya. Sukar untuk pandangan dialihkan. Jie tampil persis kali pertama mereka bersua sewaktu di Ohio dulu. Perasaan terbuai asyik !

Sememangnya cinta pertama takkan luput dari ingatan. Jantung berdebar kencang. Tambah pula apabila melihat senyuman mesra yang diukir khas untuknya. Makin Zack tidak keruan. Jelas tampak diwajah.

Zack tak dapat menipu diri sendiri. Najiha masih menghuni hatinya ! Jie akan tetap didamba selamanya.

Terlupa sejenak isteri dan anaknya. Zack hanyut dibuai kenangan lalu.

" Autumn 2012.. the day I met you my Mr Right.." Jie senyum. "You ingat lagi tak ?" Mata mereka bertentangan. Wajah kacak Zack direnung. Manja.

Zack menggenggam erat tangan Jie yang berada di atas meja. "I tak pernah lupakan you Najiha ! Not even once !" Jujur pengakuan terluah dari bibirnya.

" Me too, Bie !" Sengaja Jie menggunakan panggilan manja sewaktu bercinta dulu. " You betul, bila you cakap perkahwinan you dan Zeeta was a mistake. I had enough living in denial ! Perkahwinan I dengan Ray satu mistake besar dalam hidup I !" Satu keluhan dilepaskan.

Mata Zack bersinar. Hati berbunga mendengar luahan Jie. Namun Zack sedar Jie masih milik abangnya. " I faham, Baby  !" Zack takkan lupa panggilan itu. Rindu saat mesra dulu.

Sejenak terfikirkan Rayyan , Zack dihantui rasa bersalah. Segera rasa itu dibiarkan pergi. Jie cinta pertamanya ! Rayyan yang merampas Jie darinya.

" I tahu you akan anggap I bitch or evil.. Well , I still isteri orang tapi I tetap ingat dekat you.. I'm sorry Zack !" Jie sedar kesilapannya. Tega bermain dengan api. Takut dirinya hangus terbakar Jie mencapai beg tangannya untuk berlalu.

"No.. " Zack tahu peluang seperti ini takkan datang bergolak. " Please Najiha...  You sendiri tahu I takkan fikir buruk pasal you ! In fact you bukan evil atau bitch ! You just confused with your own feeling ! I pun sama ! Human makes mistake , Baby ! " Entah kenapa lidahnya lancar saja berkata begitu. Mungkin saja Zack sudah penat memendam perasaan.

"Come on Baby ! We can make up thing together ! I tak kisah lepaskan semua untuk bersama you ! Trust me!" Zack nekad.

"Kita boleh migrate to US dan start fresh ! Only you and me ! That's where we belong !" Kalau saja Jie bersetuju, Zack rela buat kerja gila ini. Asal saja mereka bahagia hidup berdua.

Jie tersentak dengan butir bicara yang keluar dari bibir Zack. Ternyata lelaki itu serius ! "Sanggup you tinggalkan family you untuk hidup dengan I ?" Hanya inginkan kepastian. " You tak menyesal?" Jie sengaja menguji.

Zack pantas menggeleng. " I lebih bahagia hidup sebagai anak yatim sebab you ada disisi I !" Yakin dengan kehendak diri. Cuma satu saja perkara yang dikesali sehingga kini. Membiarkan Jie pergi dari hidupnya ! Kenyataan paling pedih apabila Jie menjadi kakak iparnya. Sah bergelar isteri kepada Rayyan.

" I nak you fikir dulu Zack.." Jie serba salah. Takut Zack bertindak terburu buru.

"Meanwhile I nak settle kan urusan perceraian I dengan Ray.. But I need your favour Zack.." Memang itu tujuan utama Jie mengajak adik iparnya berjumpa hari ini.

" For you I will my dear baby !" Senyuman mekar dibibir Zack. " Just promise me one thing." Janji itu harus ditunaikan oleh Jie ! Zack takkan teragak agak untuk menuntut seandainya Jie berani memungkiri satu hari nanti.

" Apa dia ?" Jie tahu Zack takkan pernah menghampakannya.

"Marry me after Ray divorced you !" Zack hanya ingin pastikan Jie takkan pergi lagi dari sisinya. " I akan settle hal Zeeta dan anak I." Itu akan difikirkan penyelesaian kemudian.

Tanpa berfikir panjang Jie terus saja memberikan persetujuan.

Segala risiko rela dihadap asal hajat hatinya tercapai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057152 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list