Pemimpin Muda
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar antara pemimpin muda yang hadir pada sesi 'Town Hall' bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
HELIKOPTER rasmi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang digelar 'Marine One' ketika berada di lapangan terbang TUDM Subang, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa Malaysia bertindak telus dalam mendedahkan semua usaha yang dijalankan negara ini untuk mencari pesawat MH370.
"Perlu ada ketelusan sepenuhnya dari segi apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu, bagaimana proses itu diteruskan,” katanya selepas bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur.
Obama berkata Amerika Syarikat tetap komited dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines itu.