juliet80 posted on 10-3-2014 04:04 PM
@Nicki_Meow ,
pls... plssss
Awalnya speku.
Ye...Kate tetap akan balik Birmingham. Dan Zack akan cuba usha Zareen dengan lebih gigih. Tapi, kalau Kate dengan Zack, Amy nak letak mana uols? Bab Amy baru nak masuk ni...
“Lagu ni khas untuk rakan saya…Andy and Audrey yang baru saja berkahwin...” Zack mengarah matanya kepada Andy dan Audrey. “To the newlyweds, may your life filled with joy, happiness and lots of love…each day and always.”
“Enjoy this song…”
Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you
“Thanks Zack. That is a very beautiful song. ” Ucap Audrey sambil tersenyum apabila Zack menghampiri mereka setelah selesai membuat persembahan. Zack membalas senyuman sambil mengangguk. Kerusi di sebelah Kate ditarik lalu Zack duduk. Gelas berisi air mineral dicapai lalu isinya diteguk buat menghilangkan rasa kering di tekak.
Kate turut memberikan senyuman kepada Zack tanpa berkata apa-apa.
“Kenapa?” Soal Zack apabila Kate terus tersenyum meleret.
“Nothing.” Jawab Kate. Zack angkat bahu.
“Esok, flight you pukul sepuluhkan” Zack bertanya lagi, meminta kepastian.
“Yes, 10pm.” Jawab Kate. “I'll fly to London dulu, visit my brother. Then, baru I balik Birmingham…rumah parents I.”
Zack angguk. “Everything’s pack?”
“Yeah. Audrey will take care of my car. I don’t have much stuff to bring back because, as you know…I pun menumpang rumah Audrey.”
Zack angguk.
"Zack..."
"Iya?"
“Do you remember…macam mana kita boleh kenal?” Kate menyoal sambil mengambil sebatang gula-gula Chupa Chups berperisa Strawberry di atas meja.
“Ingat.” Zack menyambar gula-gula di jari Kate. Setelah balutannya dibuka, barulah Zack memberikan kepada Kate semula.
“Seriously, I never thought that you and I will be this close.” Kate senyum. Gula-gula disua ke mulut.
“You baik…Kate. Walaupun...kadang-kadang, I tengok you macam orang gila…”
“Idiot.” Balas Kate dan terus ketawa. “Anyway, I want to make a confession…” Sambungnya.
“Confession apa?” Last edited by Nicki_Meow on 15-3-2014 03:11 AM
“Sebelum I kenal you, I memang selalu tengok you. I want to say hi dah lama but I don’t have the guts… until that day...”
Zack sengih. “You jadi stalker lah kiranya ni?”
“I’m not a stalker, idiot.”
Zack gelak. “Okay…whatever. So, what makes you want to say hi all of sudden?”
“Tak tahu. Maybe hari tu, I jadi gila…terus I pergi tegur you. Lighter was just an excuse to say hi.”
Zack senyum dan mengangguk beberapa kali.
“Whatever it is, I just want to tell you that I’m glad...I did say hi. I’m happy to get to know you…share all my thoughts and feelings with you…” Kate tarik nafas panjang. “I feel so lucky to have you as my kawan. Knowing you, makes me want to be a better person.”
Mendengar kata-kata dari Kate, senyuman Zack pudar. Tersentuh rasa hati seketika.
“Kate…I…”
“Wait…I belum habis cakap.” Kate memotong kata Zack, pantas. Zack terdiam. “Besides Audrey, you are the best kawan I ever had. I…” Sekali lagi, Kate menarik nafas. “I sayang you…Zack.”
Beberapa saat, mereka terdiam.
“There...I said it. You are my kawan and I sayang you.”
“Wow…Kate. I’m….I’m… speechless…” Ujar Zack, perlahan. Sungguh, dia tak menyangka yang Kate akan berkata begitu. Kate direnung lama. Semakin berat perasaannya.
“I’m leaving soon. But…I will never leave you. You will always be inside here…” Tangan Kate menyentuh dada.
“Kate. You buat I rasa…” Zack tidak menghabiskan ayat. Rasa terharu dan sayu itu tak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Kate senyum. “Thanks for being my kawan, Zack. I’m going to miss you…”
Zack senyum sumbing. “Me too…”
“I need you to promise me one thing…” Tutur Kate kemudiannya.
“I already promise you so many things, Kate. One more promise…apalah sangat…”
Zack lebih banyak termenung pada hari ini. Segala kerjanya dibuat dengan separuh hati. Fokusnya tiada. Fikiran melayang. Setiap teguran dari rakan sepejabat hanya dibalas dengan sepatah dua kata ataupun hanya seulas senyuman. Kerapkali dia melihat jam, mengira waktu. Dalam hati rasa ralat. Terasa menyesal kerana berjanji dengan Kate malam tadi. Dan kini, dia seperti tak keruan.
Dari pagi membawa ke tengahari, dan kini beransur petang. Waktu kerja telah tamat sepuluh minit yang lalu. Dan Zack masih lagi dalam mood yang sama seperti pagi tadi.
“Oi Zack. Apahal kau termenung lagi ni? Tak nak balik?” Joe Zulkifli menegur, turut merasa pelik dengan sikap Zack hari ini.
“Tak ada bendalah…” Zack menyahut tanpa berpaling ke arah Joe Zulkifli..
“Tak ada benda? Zack, dari pagi sampai sekarang aku tengok kau lain macam. Nak aku speku kena tinggal dengan awek, kau mana ada awek. Budak Liana tu memang dah lama tinggalkan kau…”
“Kuang ajaq.” Zack tersengih sedikit. “Tak ada nama lain ke yang kau nak petik?”
Joe Zulkifli angkat kening dan tersengih. “Kau apsal Zack?”
Zack menolak rambutnya ke atas. Kerusi dipusingkan lalu dia mengadap ke Joe Zulkifli yang sedang bersandar di kubikel.
“Joe…kau pernah berjanji dengan orang tak?” Soal Zack.
“Pernahlah. Takkan tak pernah pulak…”
“Pernah tak kau berjanji dengan orang, tapi kau tahu yang kau tak patut berjanji. Sekarang kau rasa menyesal sebab berjanji dengan orang tu…”
“Jap…jap.” Joe Zulkifli memintas. “Kasi aku hadam ayat kau kejap. Sastera sangat bunyiknya…”
Zack angkat kening.
“Okay…faham.” Sambung Joe Zulkifli lima saat kemudiannya. “So, masalahnya sekarang?”
“Tulah masalah aku. Aku dah janji dengan orang, sekarang aku rasa menyesal.”
Joe Zulkifli terangguk-angguk, gaya ahli psikologi. “Macam nilah. Agak-agaknya...kalau kau mungkir janji, orang tu marah tak?”
“Marahlah.” Jawab Zack.
"Teruk ke orang tu marah?"
"Dapat jugaklah, maki-hamun." Jawab Zack lagi.
“Maki hamun aje kan? Tak adalah sampai kau kena panah petir ke…apa kan?”
“Melampaulah tu…sampai kena panah petir.”
Joe Zulkifli ketawa, tapi tak lama.
“Macam nilah. Kalau kau mungkir janji, dengan kau ikut janji kau tu…mana satu yang kau akan rasa lagi menyesal kalau tak buat?” Soal Joe Zulkifli lagi. “Err…kau faham tak ayat sastera aku ni?”
Zack angguk, diam dan berfikir lama.
“Lama sangat fikirnya. Aku rasa, jawapan tu dah ada dalam kepala kau.” Sambung Joe Zulkifli, masih lagi dengan lagak ahli psikologi. Zack menghela nafas panjang.
“Dah..jomlah balik. Kau jadi penunggu kat office ni pun, bukan dapat apa…” Ajak Joe Zulkifli. “Jomlah..”
Zack senyum sumbing. Meja dikemas serba sedikit dan komputer dimatikan untuk pulang. Last edited by Nicki_Meow on 14-3-2014 12:38 AM
“Okay Zack, gerak dulu. Assalamualaikum…” Ucap Joe Zulkifli setelah mereka tiba di tempat parkir kenderaan. Dia bergerak ke tempat parkir motosikal manakala Zack menuju ke arah keretanya.
Punat kunci di tekan. Pintu kereta di buka. Zack masuk dan masuk dan menghidupkan enjin. Sementara menantikan enjin kereta panas, otaknya masih berfikir ligat.
Zack berpaling ke belakang. Sebuah kotak bersaiz sederhana dicapai dari tempat duduk belakang. Hadiah itu sepatutnya diberikan kepada Kate di KLIA hari ini tetapi dia sudah terlajak janji. Sekarang, dia tak pasti apa yang perlu dibuat dengan hadiah itu.
Zack meneliti jam tangan. Sudah pukul enam petang. Daftar masuk penerbangan antarabangsa adalah seawal tiga jam sebelum kapal terbang berlepas. Kalau dia ke KLIA sekarang pun, di tambah pula dengan jalan yang sesak, pasti dia tak akan sempat untuk berjumpa dengan Kate.
Zack mengeluh, kotak hadiah diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket kiri. Tak dapat ke KLIA pun tak apalah. Mungkin, dia boleh berbual sebentar dengan Kate sebelum Kate berlepas.
Kate mendiamkan diri. Hanya memerhatikan orang ramai ke sana ke mari di KLIA ini. Sebak dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Dia warganegara Malaysia. Separuh umurnya dihabiskan di sini manakala separuh lagi di luar negara. Kemudian, dia kembali semula ke Malaysia. Sudah tentu banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin akan hilang dari hidupnya. Bait-bait kenangan itu akan terus disimpan dalam memori.
Tapi, itu tak bermakna dia perlu terus berpaut pada kenangan, bukan?
Sebab itu, dia mengambil keputusan ini. Walaupun hati rasa berat, dia perlu melakukannya. Mungkin, bila bertukar angin nanti, sesuatu yang lebih baik akan muncul.
Nafas dihela perlahan. Kate melihat jam tangan. Sudah pukul 7:45 petang.
“Andy…where is Audrey?” Soal Kate kepada Andy di sebelahnya.
“Not sure. She is busy with her phone just now…” Jawab Andy.
“Yeah, I can see that.” Balas Kate. Awal setengah jam tadi, Audrey sibuk dengan telefon bimbit. Macam ahli perniagaan pula. Entah apa yang Audrey sibukkan sangat pada waktu-waktu begini.
“To whom she’s talking to?”
“No idea.” Andy menggelengkan kepala.
“I think, I should go now….”
“Yes, I think you should.” Andy melihat jam tangan. Kemudian, Andy bangun dari kerusi. Kepalanya terjengah-jengah mencari kelibat Audrey.
“Look…there she is.” Andy berkata. Audrey melangkah pantas ke arah mereka.
“Where have you been?’ Kate menyoal, sedikit kehairanan melihat tingkah Audrey.
“Sorry, got something urgent to deal with.” Jawab Audrey sambil melihat jam dan kemudian, memandang ke sekeliling terminal.
“What’s wrong with you?” Kate bertanya lagi.
“Nothing.” Jawab Audrey. Dia kemudiannya tersenyum memandang Kate. Lama kelamaan, senyuman itu bertukar menjadi sayu.
“Audrey…” Kate mengeluh. “You know I hate to see your face like that…”
“I know…I can’t help it.” Audrey mengigit bibir. “So…” Audrey melepas nafas berat. “Ready to go?”
Kate angguk dan tersenyum…tawar.
“Don’t forget what I’ve told you. It will be a long hours’ flight. If you feel pain or stiff at any part of your body, get help quickly. Try to move around as much as you can, okay?”
“Yes…Audrey. You’ve reminded me hundred times…” Balas Kate.
Mereka saling memandang.
“Gosh...Kate. I love you so much. Give me a hug…” Audrey mendepa tangan. Dia dan Kate saling berpelukan.
“I love you too, Audrey. Thanks for everything.” Balas Kate. Sehabis daya, air matanya cuba ditahan dari tumpah. Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 10:46 PM