CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
 Author| Post time 22-3-2012 12:16 PM | Show all posts
“Terima kasih.” Jawab ku tanpa sedar membalas pelukan Haji Din.

“Terima kasih saja ke?” mata Haji Din terus terbuka luas bila terasa tangan aku memeluknya erat.

“Ermmm…errmmm…” aku ada ayat bila Haji Din masih menagih jawapan.

“Kali ni Aminah Amia tak boleh tidur balik. Boleh tak Aminah Amia bertanggungjawab atas permintaan saya ini?” suara Haji Din dah kembali romantic. Aku dah serba salah. Tadi sekali ku tolak dan takkan sekali ini juga berulang.

“Kalau tak boleh tak mengapalah.” Kata-kata Haji Din yang tidak mendesak membuat aku berfikir dua tiga kali. Rasa bersalah menghantui jiwa.

“Baiklah, Minah bertanggungjawab atas permintaan Haji Din.” Dalam malu aku bersuara.

“Terima kasih Aminah Amia isteri saya. Sesungguh saya memohon agar ALLAH sentiasa memberkati dan memelihara kesejahteraan bidadari saya ini.” Kali ini Haji Din yang berterima kasih dan aku tenggelam dalam kasih sayang Haji Din yang tidak berbelah bagi. Terasa kini hikmah dari kesakitan yang diberi DIA. Aku sudah menemui kebahagiaan yang dicari selama ini. Dari tadi senyuman terukir dibibir ku bila teringat doa Haji Din sebelum permintaannya ku penuhi. Senyuman masih terbias sehinggalah pagi itu aku dikejutkan dengan kehadiran orang yang tidak mahu ku temui buat masa ini ketika kami bersarapan. Haji Din sudah pun memberitahu Umi yang dia kena turun bersarapan dulu bersama ku kerana waktu seminarnya akan bermula pada sembilan pagi dan takut terlewat. Yang sebenarnya Haji Din ingin menghabiskan masa berduaan dengan aku. Umi bagaikan memahami kehendak anak sulung itu tidak membantah dan berjanji akan menyertai aku setelah mereka bersiap. Kelakar Haji Din. Layanannya first class. Sememangnya Haji Din mengetahui kekepincangan aku dalam bab-bab diluar rumah dan belum sepenuhnya aku memahami cara orang-orang berstatus ini berada dikalangan masyarakat. Iyalah, aku masih sedar dari mana datangnya asal usul ku.

“Lena tidur?” tanya Haji Din bila sarapan kami sampai.

“Lena!” jawab ku tanpa memandang Haji Din. Ada ke itu yang ditanya. Sengajalah tu.

“Ingat! Ikut Umi nanti jalan elok-elok. Jaga beg tu.” Haji Din dah mula membuka kitab pesanan.

“Iyerlah! Minah ingat.” Akur ku.

“Jangan berenggang dengan Umi dan adik-adik saya. Kalau ada apa-apa hal telefon saya cepat.” Haji Din masih berpesan.

“Tak! Minah akan ikut mana Umi pergi.” Janji ku.

“Telefon mana?” Sukarnya Haji Din hendak melepaskan aku agaknya. Sedangkan aku bersiar dengan keluarganya.

“Ini!” tunjuk ku. Telefon yang berwarna pink tu aku pegang ditangan kanan. Haji Din yang belikan dulu dan ditukarkan casing. Sengaja warna itu dipilih. Nak menunjukkan kelembutan seorang perempuan agaknya.

“Bagi saya.” Haji Din menadah tangannya. Habis diteliti isi kandungan dan keadaan telefon aku.

“Okey! Tekan nombor satu kalau nak call saya. Aminah Amia ingatkan?” masih gusar Haji Din hendak membiarkan aku berdikari. Nasib baik aku tak sambung belajar kalau tidak pasti setiap saat telefon aku pasti berbunyi. Aku dah tersenyum dan mengangguk.

“Bagus. Saya harap isteri saya Aminah Amia akan diperlihara keselamatannya sepanjang saya tiada dengan Aminah Amia.” Haji Din sempat menitipkan doa untuk aku. Sangat terharu dengan rasa tanggungjawab Haji Din dan ia menambahkan kasih sayang aku pada lelaki ini. Masih tergiang-giang kata-kata Haji Din malam tadi.

“Terima kasih Haji Din. Minah pun berharap agar Haji Din sentiasa dilindungi oleh NYA.” Aku pula mendoakan Haji Din. Apa salahnya, suami aku kan.

“Asalamualaikum bang. Boleh join?” tiba-tiba Badariah muncul bersama Kak Zaida. Aku termangu. Dari mana munculnya dua makhluk ALLAH ni? Takkan sanggup mengekori kami hingga kesini.

“Walaikumsalam. Ermmm…” jawab Haji Din lantas berpaling melihat kewujudan Badariah dan Kak Zaida. Raut wajah Haji Din tetap tenang dan sukar ditembak riaknya bila menyambut kedatangan mereka. Tiada pun rasa terperanjat dengan keadaan itu. Aku pula yang berkerut kening cuba memahami apa yang sedang berlaku.  Kemudian Haji Din terus  memandang aku. Renungannya bersatu dengan ku bagaikan memohon sesuatu yang aku sendiri tidak mengerti. Mungkin meminta pandangan ku pula atas hajat Badariah dan Kak Zaida itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2012 12:17 PM | Show all posts
“Alahhh…takkan kami kacau daun kot.” Tanpa rasa malu Badariah terus menarik kerusi disebelah Haji Din. Aku yang duduk bertentangan dengan Haji Din tidak dapat berbuat apa-apa dan bila Kak Zaida menarik kerusi disebelah ku dalam keadaan teragak-agak terasa telinga ku berdengung dan tidak mendengar suara sekeliling. Haji Din masih juga tenang dan pandangannya masih memacu kearah aku. Serba salah rasanya bila Haji Din tidak menghiraukan mereka. Tetapi untuk menyampuk perbualan Haji Din tidak sopan rasanya.  

“Kak Zaida pun berkursus kat sini. Jadi Bad sengaja ikut Kak Zaida supaya boleh join family abang.” Badariah becok bercerita bagaikan hal itu tidak menjadi kudis padanya. Kak Zaida hanya tersenyum. Baru aku teringat yang Haji Din pernah memberitahu yang Kak Zaida satu jabatan dengan Haji Din dahulu ketika mereka masih suami isteri. Dan sekarang ini Haji Din berpindah ke Kuala Lumpur dan pasti setiap kali ada urusan di Johor ini pasti Kak Zaida terlibat sama.

“Oh! Jadi semalamlah sampainya?” Haji Din bertanya dan pandangannya sesekali jatuh kearah Kak Zaida. Roti ditangan dikerat dua dan satunya dihulurkan pada aku. Terus aku menyambut dan serba salah hendak menyuap kedalam mulut ku kerana aku masih tidak mempelawa mereka bersarapan dengan kami. Biarlah Haji Din yang mendahulukan kerana lelaki itu adalah ketua dimeja ini. Lantaklah!

“Iyalah, sebab itulah Bad telefon abang tapi abang pulak dah tidur. Awal yeh abang tidur.” Sinis Badariah berkata sambil matanya tajam merenung aku.

“Biasalah, abang memang tidur awal kalau tak ada benda nak buat. Lagipun isteri abang Aminah Amia tak biasa berjaga sampai lewat malam.” Terang Haji Din sambil mengambil lagi roti yang bersapu jem dan menyerahkan pada aku. Terasa tubuh badan Kak Zaida yang disebelah aku mengejang. Sakit ke? Aku terus menyuap roti tersebut tanpa mengendahkan kata-kata Badariah yang sengaja hendak menghiris hati aku senipis-nipisnya.

“Dulu dengan Kak Zaida boleh pula abang berjaga malam. Boleh round-round lagi.” Sengaja Badariah ingin mencurah minyak ke dalam api. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Pesanan Haji Din sentiasa di ingatan aku agar sabar sentiasa dalam apa juga keadaan. Pelajaran itu akan aku ingat selalu.

“Itu dulu. Masa kan berubah apatah lagi orang Bad.” Selamba dan tenang Haji Din berkata tanpa menghiraukan siapa dihadapannya. Bijak Haji Din menangani keadaan dan aku pasti orang lain tidak akan setenang Haji Din. Iyalah dihadapannya kini bekas isteri dan isteri terbaru duduk bersama satu meja. Bukan Haji Din yang mengundang tetapi mereka yang mengundang kata-kata pedas dari Haji Din. Aku hanya membisu tanpa rasa mahu menyampuk.

“Iyalah, dapat gading tanduk dilupakan. Betul tak bang?” sindir Badariah lagi dan kata-kata tersebut membuat darah ku naik kemuka. Tak habis-habis nak menyakiti hati dan perasaan aku. Tenang Minah! Tenang!

“Dahulu abang memang tidak pernah melupakan tanduk yang sengaja tidak pernah mahu mengenal siapa tuan badannya sehinggalah gading yang masih lembut sanggup menjadikan abang tuan badannya walaupun gading itu tahu tuannya bukanlah sesempurna seperti kehendak tanduk. Tetapi abang akan mencuba untuk membuat gading itu tidak akan menyesal bertuankan badan abang.” Dalam kiasan Haji Din berkata tanpa seminit pandangannya beranjak dari wajah ku. Naik seganlah pulak. Lembut dan teratur kata-kata Haji Din. Ni mesti pelajaran baru. Aku yang tidak mengerti hanya tersenyum dengan renungan Haji Din. Dah masuk bab tanduk dan gadinglah pulak. Inilah ceritanya bila orang tua-tua berbahas.

“Abang jangan nak menyindir Zaida iya?” tiba-tiba Kak Zaida bangun. Aku pula terkejut dengan tindakannya itu. Mengapa Kak Zaida terasa? Bukankah Badariah dan Haji Din bercerita mengenai tanduk dan gading.

“Abang tidak pernah menyindir awak Zaida. Kenapa pula awak perlu melatah. Abang tidak pernah sebut pun nama awakkan?.” Haji Din masih lagi tenang dan aku hanya menundukkkan kepala bila melihat wajah Kak Zaida dah memerah bagaikan ada sengketa akan berlaku.

“Memang abang Din tak sebut tapi dari kata-kata abang Din macam ditujukan pada Zaida.” Rengus Kak Zaida.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:18 PM | Show all posts
“Betul tu bang! Abang dah lain sejak berkahwin baru ni.” Sokong Badariah.

“Huh! Abang tidak pernah berubah sejak sepuluh tahun lepas tetapi perjalanan hiduplah yang berubah bila kita meninggalkannya.” Sekali lagi Haji Din berkias. Aku dah mula tak faham. Itulah Minah! Haji Din offer sambung belajar, kau tak mahu dan sekarang kau tergaru-garu.

“Jom Bad! Menyesal akak duduk sini.” Kak Zaida terus mencapai beg tangannya.

“Tapi kak, Bad tak minum lagi. Air pun tak terusik.” Runggut Badariah. Kak Zaida terus berlalu meninggalkan kami.

“Sampai hati abang.” Sempat juga Badariah berkata dan terus mengikut langkah Kak Zaida.

“Ehhhh….tunggulah.” aku cuba menahan. Kasihan mereka. Nanti Umi mesti terasa bila melihat anak saudaranya dikasari begini.

“Biarkan sayang. Kita minum. Kejap lagi Umi mesti turun.” Haji Din menarik tangan ku bila melihat aku cuba melambai mereka supaya berpatah balik.

“Tapi Haji Dinnn….” Kata-kata aku mati disitu bila melihat renungan Haji Din sudah bertukar menjadi Tok Misai. Haji Din terus menyambung sarapannya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma dari rancak bercerita tadi suasana bertukar macam diserang garuda. Sunyi senyap.

Aku bimbang dengan keadaan Haji Din yang diam membisu sejak Kak Zaida dan Badariah meninggalkan meja kami. Masih tiada ucapan dan kata-kata yang keluar dari mulut Haji Din. Terkenangkan kisah lama agaknya. Alahhh..boringlah macam ini. Aku cuba menghabiskan masa sementara menunggu Umi dan Alang turun dengan memerhatikan orang ramai yang bergerak disana sini dengan urusan masing-masing. Ada yang bersama keluarga dan ada yang bersama kawan-kawan. Sesekali keluhan ku lepaskan bila kebisuaan masih menjadi tajuk keadaan. Ini yang aku lemah.

“Maafkan saya Aminah Amia.” Akhirnya Haji Din memecah kesunyian. Lelaki itu bangun dan beralih duduk disebelah ku. Aku hanya memandang penuh hairan. Demam ke suami ku ini?

“Kenapa pula Haji Din nak minta maaf?” aku pula yang pelik. Tiada ribut, tiada angin tiba-tiba minta maaf pula atau mungkin rasa bersalah atas keluhan aku agaknya.

“Saya hampir kalah dengan perasaan sendiri dan tidak menghiraukan isteri saya Aminah Amia yang setia duduk dihadapan saya dan menunggu sehingga perasaan saya reda. Maafkan saya sekali lagi.” Luah Haji Din dan menarik jari jemari ku kedalam genggaman tangan sasanya. Raut wajah Haji Din nampak murung benar.

“Minah tak kecil hati pun. Minah tahu Haji Din susah hati dan perlukan ketenangan. Oleh sebab itu Minah duduk diam-diam kat sini.” Jujur aku menjawab.

“Betul ni?” Haji Din terus bertanya. Mata Haji Din kembali bersinar.

“Betul!” aku mengiyakan.

“Habis tu kenapa mengeluh.” Duga Haji Din. Aku dah tersenyum bila kantoi lagi dengan Haji Din. Tak dapat lari jauh dah Haji Din dapat tangkap apa yang ada dalam hati aku.

“Minah boring sebab tak ada orang nak bercakap dengan Minah. Itu saja.” Aku cuba memujuk Haji Din dengan kelalaian aku tadi.

“Maafkan saya?” sekali lagi Haji Din menutur kata. Pantas aku meletakkan jari telunjuk ku dibibir Haji Din sambil mengelengkan kepala.

“Jangan cakap lagi. Nanti Minah tinggalkan Haji Din sorang-sorang kat sini.” Ugut ku dan pecah ketawa Haji Din.

“Berani ke Aminah Amia saya nak tinggalkan saya seorang disini?” sengaja Haji Din menduga.

“Tak berani.” Terus aku menjawab dan sekali lagi Haji Din ketawa bila melihat aku terkantoi sekali lagi. Opsss!!!

“Okey! Ini duit untuk Aminah Amia beli apa yang Aminah Amia hajatkan. Ingat jangan lalai.” Suara Haji Din kembali serius dan ditangan ku diletakkan beberapa note lima puluh. Banyaknya. Inilah pertama kali aku memegang duit yang banyak. Warna kelabu pula tu. Kaya kau Minah!!

“Minah tak mahulah. Tak ada apa yang Minah nak belikan. Semuanya Haji Din dah sediakan.” Aku menolak kembali pemberian Haji Din.

“Ermmm…Ambil untuk saya Aminah Amia.” Suara Haji Din yang bagai merayu mengugat perasaan aku. Serba salah jadinya. Aku bukan berkahwin dengan Haji Din kerana harta.

“Tapiii…” masih berat untuk aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:19 PM | Show all posts
“Aminah Amia sayang sayakan jadi ambil duit ini sebagai menunaikan permintaan saya dan memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang suami.” Haji Din dah merendahkan suaranya yang mendayu.

“Baiklah, Minah terima dengan ikhlas. Tapiii…” aku masih ragu-ragu.

“Tapi apa Aminah Amiaaa…” Haji Din dah mula merenung aku dengan mata helangnya.

“Minah nak beli apa?” aku mengaru kepala dan masih berfikir apa aku nak buat dengan duit ini.

“Belilah apa-apa yang boleh memberi kegembiraan pada Aminah Amia isteri saya ini.” Ajar Haji Din dan perlahan-lahan aku mengangguk. Beli sesuatu yang boleh buat aku gembira.

Itulah cogan kata yang harus aku pegang dan diajar oleh Haji Din.

“Baiklah!” akhirnya aku akur dan Haji Din masih mengenggam tangan ku sementara menunggu kedatangan Umi dan adik-adik Haji Din. Kejadian tadi mula kami lupakan. Biarlah ia mencuri sedikit kebahagian kami tetapi tidak mencacatkan. Haji Din tetap Haji Din dan Minah tetap Minah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 12:54 PM | Show all posts
Tension betul dgn 2 manusia yg x tahu malu tu :@

Mana2 haji din dan minah ada mesti 2 org tu ada.... memang muka china great wall betul lah:@
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 01:35 PM | Show all posts
best, suka cara hj Din melayan amina...macamtulaa sepatutnya suami2 layan isteri dan isteri
pun kenalah berhemah dan memahami....
tahniah penulis...

tak sabar n3 baru...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2012 01:41 PM | Show all posts
kak Adilla...
suka nyaaaaaaaaaaaa....   Jerit kuat2..
sweet couple... kak tq... rasa berbaloi2.. tunggu sebulan..
haji Din dah makin romantik sekarang...
tapi kenapa la si bad tu yg duk menyibuk sangat tu... benci sungguh... :@
akak nak lagi... heheheh... hope next n3 x kena tunggu sebulan lagi ye kak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 02:14 PM | Show all posts
huhuhu... best sya
best gilerrrrrr.....
tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 02:43 PM | Show all posts
thanks...coz, n3 yg panjang dan best...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 03:00 PM | Show all posts
sukanya....hehehe..kak sya tambah la lagi....hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 03:23 PM | Show all posts
show time...ready???
Adilla Post at 22-3-2012 11:55


fuyoo...macam ketapi panjang! kak sya.terbitkan jela jadi novel..gerenti best seller punye
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 03:32 PM | Show all posts
makacih dila...berubat rindu kat Hj Din n Minah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 03:35 PM | Show all posts
rindunya kat hj din n minah...
jgn la sembunyi lme2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 04:19 PM | Show all posts
Terima kasih Sya bagi pengubat rindu pada Haji din.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 05:09 PM | Show all posts
wah...merempit i baca
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 05:36 PM | Show all posts
waaaa bertuahnyee kalo dapat somi mcm haji din nie.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2012 05:56 PM | Show all posts
alamak!!! ramainya tergoda dgn Haji Din..... Insyallah ada orang seperti Haji Din di bumi ini cuma belum berjumpa je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 12:14 AM | Show all posts
oowwwhhh bestnye dapat baca panjang2... lain kali buat lah lagi macam ni ekkk... kalu dapat ari2 pun lagi ler bagus nye... hj. din ni skema sokmo... segala kata2 n kelakuan dia skema jah... nak nanges kaka disebabkan keskemaan hj. din nih...  jejaka paling bersopan santun  di abad ini... heheheeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 05:37 AM | Show all posts
bosan betul Badariah dgn Zaida tu...Haji Din nak hanimon pun nak kacau
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 10:21 PM | Show all posts
xabes ngan kacau daun...hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.093450 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list