CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: A DEAD END IS JUST A GOOD PLACE TO TURN AROUND

 Close [Copy link]
Post time 22-2-2025 04:56 PM | Show all posts
masuk check in

thanks tashu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2025 04:57 PM | Show all posts
Majlis bertandang Siti Saleha dan suami meriah, mempelai pilih tema Jawa




Siti Saleha tampil jelita dengan busana pengantin Jawa sentuhan suaminya sendiri pada majlis bertandang di Melaka. Foto HM Online


MELAKA: Bertemakan perkahwinan Jawa, majlis resepsi pelakon popular, Siti Saleha, 35, dan suaminya, pereka fesyen, Joshua Fitton, 38, meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 tetamu di sebuah premis acara di Bemban di sini, hari ini.
Pada majlis bertandang sebelah pengantin lelaki itu, Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum, tampil jelita dengan busana pengantin Jawa sentuhan suami sendiri.
Ketika dihubungi, Siti Saleha berkata, dia dan suaminya bersyukur majlis resepsi secara besar-besaran di negeri kelahiran ibu mentuanya itu lancar seperti dirancang.
"Alhamdulillah, majlis resepsi yang dirancang di sebelah pihak suami lancar dan dipermudahkan segala-galanya.

"Kami pilih majlis resepsi perkahwinan Jawa kerana suami berdarah jawa di sebelah ibunya.
"Majlis juga berlangsung secara besar-besaran dengan kehadiran ramai tetamu kerana suami anak sulung dan keluarganya sangat teruja melihatnya berkahwin," katanya kepada Harian Metro.
Majlis resepsi juga dimulakan dengan pengantin bersanding di pelamin dan membabitkan acara pencak silat.
Selain barisan selebriti yang hadir seperti Dynas Mokhtar, Alicia Amin dan bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Siti Saleha sah bergelar isteri kepada Joshua dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Bentong, Pahang pada 15 Februari lalu. Pada majlis pernikahan secara tertutup itu, Siti Saleha dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Baharum Abd Rahman.
Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan manakala jumlah mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran dirahsiakan




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1364395/majlis-bertandang-siti-saleha-dan-suami-meriah-mempelai-pilih-tema






Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 04:58 PM | Show all posts
sallywho kalau pakai guni pun lawa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 04:59 PM | Show all posts
Balu Abam Bocey, Hidayah rancang kahwin kekasih tahun depan




Hidayah dan kekasihnya, Amsyar Salim memang ada perancangan untuk bernikah, tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini.



KUALA LUMPUR: Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 33, dan kekasihnya, Amsyar Salim memang ada perancangan untuk bernikah, tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini.
Siti Norhidayah atau Hidayah ketika dihubungi berkata, mereka juga masih dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi lagi.
"Saya dan si dia dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin," katanya kepada Harian Metro.
Hidayah berkata, buat masa ini, dia mahu memberi fokus kepada perniagaan produk kecantikan dulu.

"Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat saya dan anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Semoga anda semua terus menyokong produk kecantikan saya," katanya.
Terdahulu, Hidayah pernah memberi bayangan hatinya sudah dimiliki seorang jejaka selepas beberapa tahun bergelar balu.
Namun, video dimuat naik secara terbuka oleh pengguna akaun TikTok iaitu Amsyar yang berkongsi beberapa momen keluar bersama dan meletakkan emoji tanda bahagia di platform TikTok seolah-olah merungkai segala-galanya.
Sementara itu, perkongsian Amsyar bersama Hidayah di TikTok turut mencuri perhatian netizen yang rata-rata menitipkan pesanan supaya dia menjaga dan menyayangi Hidayah serta anaknya, Syed Uthman Hamzah, 4, dengan penuh keikhlasan.
Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017. Bagaimanapun, Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.







https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1364152/balu-abam-bocey-hidayah-rancang-kahwin-kekasih-tahun-depan


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:00 PM | Show all posts
Zahnita belum sedia bertudung


Zahnita mendakwa masih dalam proses pembelajaran sambil mencari gaya bertudung yang sesuai dengan dirinya. Foto Ihsan Zahnita Wilson




BANGI: Model dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson belum sedia mengubah penampilan dengan berhijab biarpun sering tampil dengan imej sebegitu dalam beberapa sesi fotografi.
Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, mendakwa masih dalam proses pembelajaran sambil mencari gaya bertudung yang sesuai dengan dirinya.
"Saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya... Doakan saya," katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan Zahnita sebagai duta kempen Aidilfitri 2025 produk NR Cosmetics di sini, baru-baru ini.
Spekulasi Zahnita berhijrah timbul selepas aktres berdarah kacukan New Zealand-Melayu itu turut dilihat sering menutup rambut dalam hantaran di Instagram (IG).



Sementara itu, Zahnita memberitahu dia sedia berdamai dengan suami, Ahmad Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47.
Bagaimanapun, Zahnita yang juga pelakon drama Kuliah Cinta, menjelaskan pendirian itu bukan bermakna dia ingin kembali ke pangkuan Ahmad Zackery, sebaliknya, langkah itu diambil demi kepentingan anak-anak.
"Kes perceraian kami akan disebut pada 28 Februari ini di Kuantan. Saya sudah bersedia jika kes itu dipanjangkan. Hendak buat macam mana, bukan?
"Harapan saya, biarlah dia lepaskan saya dengan cara baik. Tidak perlu gaduh-gaduh... Saya tak mahu kecoh-kecoh," katanya.
Pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang. Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan Zahnita mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Bagaimanapun, Abdul Zackery mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya itu.
Bulan lalu, media melaporkan Abdul Zackery mendakwa dia yang menjadi mangsa keganasan isteri. Malah, Abdul Zackery mendakwa, Zahnita meminta cerai setiap tahun sepanjang 20 tahun berkahwin.
Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata,iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4.





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1364322/zahnita-belum-sedia-bertudung









Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:02 PM | Show all posts
Angan-angan jadi kenyataan




Anna menyangkal dakwaan kian ‘demand’ selepas mencipta nama di negara seberang. - NSTP/Eizari Shamsudin


KUALA LUMPUR: Sedang perlahan-lahan membina nama di Indonesia, pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Anna Jobling, 25, tidak menjadikan populariti sebagai alasan menaikkan bayaran.
Membuat penampilan menerusi filem seram, Lembayung arahan Baim Wong di negara seberang, Anna menyangkal dakwaan kian demand.
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling ini berkata, bayaran lakonannya tetap sama.
"Saya tak pernah jadikan alasan berjaya melangkah ke Indonesia sebagai tiket naikkan upah lakonan. Bayaran tetap sama, tidak sedikit pun naik, perbezaannya mungkin pada pandangan penonton.

"Bagi saya, cara kerja pun tetap sama, cuma mungkin hasil kerja sedikit berbeza," katanya yang ditemui pada majlis Kempen Raya Tomei Raya Keepsakes Written In Gold, di ibu negara, kelmarin.
Berkongsi lanjut perkembangan kerjaya seni di negara jiran, duta barang kemas Tomei itu, berkata dia baru sahaja pulang dari Jogjakarta selepas menjalani penggambaran filem di bawah arahan Baim Wong.
Namun, apa istimewanya, Anna berkata, dia dapat berkongsi layar bersama bintang terkenal Indonesia, Christine Hakim dan Luna Maya.


Anna berkata, dia mulanya berdebar ketika diberitahu bakal menjayakan babak bersama Luna.
"Luna nama besar, sedangkan siapalah saya. Itu membuatkan timbul rasa takut, tapi bila bertemu, Luna sangat baik dan mesra. Bintang terkenal Indonesia ini turut mengajak saya makan tengah hari bersama.
"Christine Hakim juga sangat baik dan merendah diri. Sifatnya sangat keibuan dan melayan saya seperti anak. Layanan baik mereka membuatkan kami mudah serasi dan rasa seperti satu keluarga walaupun pembabitan saya tidak banyak," katanya.
Bintang yang mencipta fenomena menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu, berkata dia seperti bermimpi kerana tidak menyangka memperoleh peluang bekerjasama dengan nama besar di Indonesia.
"Saya bangga dengan pencapaian ini. Selama ini, saya hanya mampu berangan, tapi kini 'angan-angan' jadi kenyataan.
"Saya tak kisah jika ada tak berpuas hati dengan apa yang saya kecapi. Apa yang penting, produksi puas hati dengan hasil kerja saya. Bila tenaga kerja produksi puji hasil kerja, itu sudah cukup menggembirakan saya," katanya.





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1364251/angan-angan-jadi-kenyataan







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2025 05:04 PM | Show all posts
Sherry Alhadad puji Sissy kendali AJL 39




Sherry berduet dengan Ain Edruce dalam single sempena Aidilfitri berjudul Balik Kampung... Gosip Raya. Foto NSTP Saifullizan Tamadi


KUALA LUMPUR: Sherry Alhadad memuji cara penyampaian Sissy Imann ketika mengendalikan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 bersama Nazrudin Rahman, minggu lalu.
Sherry berkata, Sissy tampak bersahaja dan yakin biarpun julung kali mengacarakan acara anugerah berprestij terbitan TV3 itu.
"Saya sangat gembira dan teruja apabila Sissy diumumkan pengacara AJL 39 bersama Naz. Sebagai adik saya ketika dia menjadi peserta program Big Stage, saya nampak perkembangan Sissy dalam bidang nyanyian.
"Sissy tidak kosong. Dia ada ilmu dan ijazah sarjana dalam bidang muzik. Sissy memberi banyak input kepada penonton sesuai dengan pengetahuan dimiliki.

"Saya tonton AJL 39 di rumah dan saya nampak Sissy sangat 'classy', anggun, tenang dan sangat bersahaja," katanya ditemui pada majlis pelancaran single Aidilfitri berjudul Balik Kampung... Gosip Raya di pusat beli-belah AEON Style di sini, kelmarin.
Single terbitan Sony Music Entertainment Malaysia itu menyaksikan Sherry berduet dengan rakan pengacara, pelakon dan pelawak, Ain Edruce.
Sherry yang pernah mengacarakan AJL mengalu-alukan keputusan TV3 memberi peluang kepada pengacara baharu seperti Sissy untuk mengendalikan AJL.
"Seperti yang selalu saya katakan kepada rakan pengacara lain, kita kenalah beri peluang. Kalau orang lain tidak beri peluang kepada kita, kita pun tidak akan berada pada kedudukan hari ini.
"Apabila kita diberi peluang, barulah kita pergi ke langkah seterusnya, iaitu mencari ilmu untuk memantapkan lagi corak penyampaian mereka," kata pengacara musim kesebelas Gegar Vaganza (GV11) ini.
Mengulas komen segelintir mendakwa gaya penyampaian Sissy dan Naz agak membosankan kerana tiada elemen jenaka, pemenang trofi Artis Komedi Popular dan Pengacara TV Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 berkata, setiap pengacaa ada 'tanda dagang' sendiri.
"Dalam hal ini, terpulang kepada cita rasa masing-masing. Perkara seperti ini (elemen jenaka) datang secara semula jadi. Kalau ikutkan, saya pun tidak boleh jadi pengacara majlis rasmi.
"Saya juga belajar teknik dan mekanisme pengacaraan terlebih dahulu sebelum tampilkan identiti ketika mengacarakan sesebuah program.
"Teknik pengacaraan sama sahaja. Apa yang membezakan setiap pengacara adalah gaya serta corak penyampaian yang menjadi 'tanda dagang' mereka.
"Apa yang penting, kita janganlah nilai seseorang sebelum lihat hasil kerjanya," katanya.





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1364379/sherry-alhadad-puji-sissy-kendali-ajl-39








Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:49 PM | Show all posts
Hai isteriku... Atiq Azman kini suami kepada pramugari




Berita hari bahagia Atiq dan isterinya itu dikongsi dalam hantaran video TikTok yang memaparkan pasangan pengantin menggayakan busana tradisional rona putih. Foto IG Atiq Azman


KUALA LUMPUR: Pelakon Atiq Azman, 25, bernikah dengan gadis pilihan hati yang juga pramugari dikenali Alia Natasha pada majlis di Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi.
Terdahulu, berita hari bahagia Atiq dan isterinya itu dikongsi dalam hantaran video TikTok yang memaparkan pasangan pengantin menggayakan busana tradisional rona putih.
Meninjau perkongsian beberapa foto majlis pernikahan dalam akaun Instagram (IG) milik Atiq, dia menulis coretan kapsyen istimewa buat Alia.
"Perkahwinan yang hebat bukanlah apabila pasangan sempurna bersatu, tetapi, apabila mereka belajar menikmati perbezaan pasangan... Hai isteriku," luahnya ringkas.

Alia juga meletakkan kapsyen istimewa buat suami yang menggambarkan dirinya bersyukur dipertemukan jodoh 'pandang pertama' dengan pelakon drama Nur 2 berkenaan.
"Saat pertama kali saya lihat awak, hati terus berbisik. 'that's the one' (inilah gerangannya). Kini, saya adalah isteri kepada Atiq.
"Doakan kami semoga dipanjangkan umur dan rezeki. Ini adalah permulaan hidup kami sebagai pasangan suami isteri," katanya.
Pada majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah itu, pasangan pengantin diraikan ibu bapa, ahli keluarga dan kenalan rapat mereka
Difahamkan, Alia menerima mas kahwin RM200 daripada Atiq sebelum mereka duduk di pelamin untuk acara menyarungkan cincin.
Atiq dan Alia mengikat pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu. Dalam tempoh empat bulan, mereka membuat keputusan melangkah ke alam rumah tangga.
Rata-rata warga maya yang mengikuti pasangan pengantin baharu ini mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu dan mendoakan kebahagiaan kekal hingga ke Jannah.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1364442/hai-isteriku-atiq-azman-kini-suami-kepada-pramugari


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2025 05:54 PM | Show all posts
wth
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:54 PM | Show all posts
forum
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:54 PM | Show all posts
server error
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:54 PM | Show all posts
404
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:54 PM | Show all posts
weekend pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 06:01 PM | Show all posts
Farah bengkak mata menangis bercerai kali ketiga




Farah bersama bekas suami, Raja Iskandar masih kekal bersahabat baik dan menguruskan restoran bersama. - NSTP/Aziah Azmee


KUALA LUMPUR: Penyanyi Farah Asyikin mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, dua tahun lalu.
Meskipun sudah berpisah, namun Farah atau nama sebenarnya, Farah Asyikin Zulkifli, 45, masih kekal bersahabat baik dan menjalankan perniagaan restoran bersama bekas suami.
"Kami sudah dua tahun bercerai, tetapi masih kekal baik. Tidak mudah sebenarnya, tapi salah seorang kena kuat.
"Orang sekeliling yang rapat hairan bagaimana kami boleh kekal bersahabat. Secara kebetulan, kami buka perniagaan restoran ketika masih berumah tangga.

"Takkanlah saya nak bermula dari kosong balik dan buka perniagaan sendiri. Lagipun, saya bukanlah seorang yang suka nak membenci, bergaduh atau konflik. Jadi teruskan sahajalah," katanya pada sidang media memperkenalkan Humble Ramadan Buffet Restoran 17 Hills, di sini, semalam.
Mengulas tindakannya merahsiakan perceraian, penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Kembali Lagi Di Sisimu itu menegaskan kisah peribadi tidak sepatutnya dikongsikan.
"Bagi saya, tak penting nak kongsikan kisah perceraian kepada khalayak. Saya tak pernah nak berahsia, kalau orang tanya, saya akan jawab.
"Tapi untuk buka cerita, tidaklah. Nanti timbul fitnah pada masa akan datang," katanya.
Pernah tiga kali gagal dalam rumah tangga, pemenang tempat ketiga Malaysian Idol musim pertama itu menyifatkan ia adalah ujian untuknya.
"Dahulu memang saya anggap gagal dalam berumah tangga, tapi ada pihak memperbetulkan saya bukannya gagal, tetapi ia adalah ujian.
"Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Ada orang belajar bersungguh-sungguh, tapi keputusannya tetap tidak memuaskan. Mungkin ujian itulah yang Allah sudah tetapkan.
"Sama juga dengan apa yang saya lalui. Siapa nak kahwin dan kemudiannya, bercerai. Kami berkahwin selama tujuh tahun dan terima ketentuan hubungan tak kekal hingga hujung usia," jelasnya.


Dalam pada itu, Farah berkongsi berdepan kemurungan ketika awal perceraian.
"Saya sampai tahap tak nak jumpa orang sebab saya tak tahu nak cakap apa jika ada yang bertanya soal perceraian.
"Saya pakai niqab semata-mata nak sorok wajah dan mata bengkak akibat banyak menangis. Selepas setahun barulah saya mampu nak berdepan dengan masyarakat," jelasnya.
Pemenang trofi Artis Wanita Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008 itu mengakui sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga, namun terpaksa akur kepada kehendak takdir.
Ditanya apakah pintu hatinya masih terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga, Farah berkata, dia bersedia jika itu yang ditentukan Tuhan.
"Saya tak pernah serik untuk kembali berkahwin. Cuma tak mahu terburu-buru.
"Saya dan bekas suami tak pernah membenci, namun untuk kembali rujuk, itu susah sikit sebab sudah wujud jurang," katanya.
Farah dan Raja Iskandar mendirikan rumah tangga pada Januari 2017 dan bercerai pada 2023. Ini adalah perkahwinan kali ketiga Farah dan kedua buat Raja Iskandar.
Perkahwinan kali pertama Farah dengan doktor bedah, Dr Fariz Yahya pada Mei 2007 tidak bertahan lama apabila bercerai setahun kemudian.
Kemudiannya, Farah pernah berkahwin dengan Zaahier Stanley pada Februari 2013, namun bercerai tiga tahun kemudian secara tebus talak.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ebrahim Owais, 11.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1363952/farah-bengkak-mata-menangis-bercerai-kali-ketiga







Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 06:03 PM | Show all posts
Ellie tak terima permohonan maaf Imran Bard, sanggup berjumpa ibunya




Ellie (kanan) tidak akan menerima permohonan maaf daripada Imran sendiri, menuntut permohonan maaf daripada ibu bapanya. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: "Saya tak nampak keikhlasan langsung dalam video itu. Macam mana saya nak terima permohonan maafnya? Lebih baik saya jumpa ibu bapanya."
Ini kata pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengenai video permohonan maaf pempengaruh, Imran Bard mengenai dua hantarannya di TikTok dengan kandungan didakwa memfitnah Ellie.
Dalam kandungan video itu, Imran berlakon seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlarang.
Ellie berkata, dia tidak akan menerima permohonan maaf daripada Imran sendiri. Apatah lagi selepas melihat sendiri video permohonan maaf pempengaruh itu yang dimuat naik semalam.

Semalam, Ellie mengadakan sidang media menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran.
Imran kemudian tampil memberi respon dan memberitahu ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf.
"Tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty nak mak bapak Imran minta maaf. Saya tak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu.
"Saya bukan 'mention' (sebut) nama makcik je, saya 'mention' nama makcik lain juga, Fauziah Nawi, semua artis-artis veteran yang ada yang saya 'adore' (meminati), saya masukkan je lah dalam 'content' (kandungan)." katanya dalam video yang dimuat naik.
Imran mendakwa kandungan video itu tidak sensitif kerana dia hanya berlakon menjadi juri dan Ellie kononnya peserta program realiti itu.
"Lepas tu sampai nak melibatkan mak bapa saya. Maaflah, mak saya dalam wad, dia tengah masuk air.
"Jadi, dia tak dapat nak minta maaf sebab banyak wayar. Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf makcik," katanya.
Ellie berkata, dia terbuka untuk menziarah melawat ibu Imran yang dikatakan sedang dirawat di hospital atas dasar simpati sebagai seorang yang bergelar ibu.
Katanya, wajar untuk dia bertemu ibu Imran untuk bercakap sendiri dengannya mengenai kontroversi yang dicetuskan anaknya itu.
"Saya sedia dan terbuka untuk melawat ibunya di hospital mana atau negeri mana pun ditempatkan. Macam saya cakap, saya mahu ambil peluang untuk bercakap dengannya sendiri mengenai perkara itu agar dia berlapang dada.
"Saya pelik bila ada yang cakap kenapa saya nak 'serang' ibu bapanya. Saya cuma bertegas dengan pendirian untuk menuntut permohonan maaf atas tindakan anaknya yang mengaibkan saya.
"Saya pun seorang ibu. Ibu tunggal lagi. Saya ada empati dan sewajarnya baik untuk menziarah ibunya yang sakit," katanya.
Selain itu, Ellie juga hairan apabila pengikut Imran semakin rancak mengecamnya di media sosial selepas dia mengadakan sidang media semalam.
"Rancak saya dimaki hamun dengan pelbagai tohmahan yang sudah sampai tahap buli siber. Orang cakap saya patut 'chill' padahal pempengaruh itu sendiri mengakui memetik nama saya dalam kandungan dibuatnya di TikTok itu.
"Cuba bayangkan kalau ibu bapa kamu diperkatakan begitu? Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksud. Lebih teruk, hantaran itu sudah mencecah lebih dua juta tontonan," katanya.





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1364065/ellie-tak-terima-permohonan-maaf-imran-bard-sanggup-berjumpa


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-2-2025 03:17 PM
Ada satu masak iols slalu masak ni.. sbb terpengaruh dgn grinti.. dia dok habaq masa jaman dia sem ...

Sedap pun sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nona84 replied at 22-2-2025 04:26 PM
selamat petang

Petang nona
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 22-2-2025 04:55 PM
selamat petang

Petang nuki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 22-2-2025 04:56 PM
masuk check in

thanks tashu

Sama2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nona84 replied at 22-2-2025 05:54 PM
forum

Pehal porem arini?
Tadi nk edit post pun xleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.126237 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list