CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 28-10-2010 10:38 PM | Show all posts
Suka tengok gambar ni...
Zaman Tok nenek kita pergi Haji naik kapal..berbulan bulan..


l
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 11:04 PM | Show all posts
Salam...

Counting my days- 9days to go, InsyaAllah. Malam ini berkesempatan ke TH, KJ- cuba jengo ...
mbebbel Post at 28-10-2010 22:29


Salam mbebbel, akak pun mengambil kesempatan di sini mendoakan agar mbebbel dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan dianugerahi haji mabrur.

Kalau 7 Nov rasa rasa sama ngan sepupu suami akak pergi jam 0700 pagi tak silap, tapi akak tak dapat hantar dia kat Kelana Jaya sebab akak nak balik kampung lagi pun dah jumpa masa dia buat kenduri last week.  Nama dia Hasnah, pergi ngan suami dan anak lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 28-10-2010 23:49

Salam Semua

Masih kenal saya lagi ke? Lama tak jengah sini siang hari bukan kesibukan sikit tapi kesibukan banyak. Ada waktu nak jenguk jenguk sekejap pun malam itu pun kalau tak terlena depan tv he he.

Sekarang tengah mood haji, rindunya suasana masa masa mengerjakan haji dahulu, nak merasa lagi tapi turn 2017 (7 tahun lagi kena menunggu hu hu).

Maktab kami di Mina



Pengalaman saya pada hari kedua di Mina mengalami sakit perut cirit birit. Bukan saya seorang tapi ramai jemaah sampai kan ubat tidak mencukupi. Masa tu petugas klinik cuma nak bagi paracetamol sebab ubat terhad tapi saya kata nak jumpa doktor yang merawat, saya nak cucuk jugak kalau tidak saya tak boleh jalan, alhamdulillah lepas cucuk & tidur dapat saya melontar jamrah pada malam tersebut.

Pengalaman beratur panjang di tandas, kelakar pun ada, nak nangis pun ada. Kelakar sebab masuk tandas ni, lepas keluar beratur kat tandas lain pulak he he. Kelakar jugak sebab separuh bilik tandas di conquer of jemaah wanita, sampaikan jemaah lelaki kata kitaorang tak payah guna tandas ke? Nak nangis sebab tak tahan sangat (cirit birit mana boleh tahan he he) tapi kena redo beratur ikut turn.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:54 PM | Show all posts
border=0 />

Berbuka puasa suatu hari di basement
Rosputih Post at 28-10-2010 10:01


Salam Kak Ros

Masa musim haji saya ada jugak solat kat basement sebab tak dapat tempat kat dalam masjid tapi kat basement ini panas sedikit. Time nak subuh saja jenguk kat basement, nampak ramainya jemaah yang tidur dengan anak2 kecil kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:55 PM | Show all posts
Rindunya nak lalui terowong muassim

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:58 PM | Show all posts
Rindunya nak berjalan walaupun jauh untuk Melontar Jamrah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2010 12:03 AM | Show all posts
Walaupun padat berhimpit tapi masih ada ruang untuk kami bertiga tawaf ketika itu

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 07:56 AM | Show all posts
salam perkenalan buat kak frapamocha....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 08:02 AM | Show all posts
Salam mbebbel... kami doalan selamat pergi, dipermudahkan segala urusan dan pulang dengan haji yang mabrur. Manafaatkan segala waktu yang ada dengan ibadah dan istighfar, zikir, selawat, tasbih, etc tak lekang di bibir. Kena banyak bersabar dan kurangkan membebel bila kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:32 AM | Show all posts
Reply 943# aily

Cantiknya khemah maktab kak aily. Saya dulu maktab 95... jauh lagi sikit. Macam2 gelagat manusia kita boleh nampak masa kat Mina.

Mina seronok, macam pergi camping. Jemaah padat macam tin sadin. Tidur telentang je nak pusing pun tak boleh. Suasana sejuk sangat, macam peti ais. Mujur saya bawak sleeping bag. Walaupun keadaan tidak selesa dan makanan kurang enak jika dibandingkan dengan di Mekah. Bila kita terima seadanya dan tidak merungut, yang tak selesa dan kurang enak itu akan jadi selasa dan enak.


Di Mina solat berjemaah dalam khemah beramai2... boleh berkenalan dengan jemaah lain dan eratkan silaturrohim... nak pergi tandas pun suatu adventure juga... kena beratur sambi lihat gelagat org... paling tak dapat lupa... jemaah muslimat thailand... dengan selambanya pergi ke tandas muslimin... boleh pergi amek maggi bila2 masa je dari store makanan. Jadi kita selalu buat kenduri maggi... makan maggi ramai2 dalam khemah. Pernah dulu masa kita tengah kenduri maggi... krew RTM amek video... tak tahulah keluar tv ke tak. Kalau boring, boleh keluar tengok orang berjual kat tepi jalan. Pendek kata macam2 aktiviti boleh kita buat masa kat Mina... terpulang kepada kita untuk jadikannya suatu kenangan manis.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:35 AM | Show all posts
Melalui terowong...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:37 AM | Show all posts
lepas tu keluar terowong kena jalan lagi... sambil takbir raya sepanjang jalan... keadaan agak berabuk... penting kita pakai topeng...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:39 AM | Show all posts
Dah sampai jamrah dah... alih2 je orang tak ramai... mana perginya yang ramai2 tadi?

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:48 AM | Show all posts
Jauh betul perjalanan dari jamrah ke khemah... walau jauh... tapi tak terasa jauhnya...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:51 AM | Show all posts
Selapas lontaran pertama... kalau nak ke Mekah untuk tawaf & saie haji pun boleh jugak. Nak jalan pun boleh, 7km je. Boleh naik van atau lori pun boleh jugak...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:57 AM | Show all posts
Selasai melontar dah boleh balik ke khemah dah... pergi selepas solat subuh sejuk je...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 09:00 AM | Show all posts
Matahari pun baru je nak terbit masa tu... cantik betul suasana masa tu...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 09:06 AM | Show all posts
Inilah sajian kami di Mina... Alhamdulillah ke atas rezeki yang Allah berikan. Kalau nak kasi selera lagi, bawaklah sambal belacan packet maggi... memang sedap. Cuma sambal tu kat Malaysia tak ada jual, kena mintak kat caterer kat Mekah nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 09:13 AM | Show all posts
Beruntung bakal2 haji sekarang... dah boleh tinggal di apartment. Tak perlu nak beratur nak guna tandas. Perjalan ke jamrah dekat pula tu. Kalau nak ke Mekah boleh naik monorel.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:16 AM | Show all posts
Reply  aily

Cantiknya khemah maktab kak aily. Saya dulu maktab 95... jauh lagi sikit. Macam2 gel ...
ustaz Post at 29-10-2010 08:32


Salam Ustaz

Seronok kan mengimbau kenangan mengerjakan Haji. Perasaan mengerjakan Haji & Umrah sangat berbeza. Maktab akak dekat dengan terowong Muassim, Ustaz punya ke atas lagi. Dari Maktab ke Melontar Jamrah pergibalik lebih kurang 5.8km. Maktab belah Ustaz ramai Jemaah Thailand tapi belah kami berdepan dengan Jemaah Indonesia.

Ustaz, Maktab kami dijamu Indomie. Buah-buahan macam anggur, apple terutama limau banyak pak arab sedekah. Pernah akak & suami lepas je melontar jamrah ada lori bagi limau satu beg plastik besar jenuh kami berdua memikul hingga ke Maktab hu hu.

Kat Mina time tu memang sejuk sangat, akak pula tidur berhimpit tepi pintu masuk (satu petak 13 orang kepala kaki bertembung he he) angin sejuk jangan cerita lah terasa hingga ketulang. Balik pada Mina, sore throat serta dapat batuk yang kering.

Satu pengalaman yang menyeronokkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.398072 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list