|
mana sambungnya nieeeeeeeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
sama lah ngn aku..
set...
seroncilok Post at 11-11-2009 10:48
aku pun sama! |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi....please... |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
adoii...sketnye. Ingatkan bila naik cuti nih byk lah entry. Neway. aku rasalah nazrin teman fifi kat spital |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik saja Pak Samad memberhentikan kereta di depan Hospital Pantai, Hani meluru keluar. Matanya basah. Dunia Hani terus gelap sebaik menerima panggilan Dr Mirzan, Dia terus menyarung selipar Jepun di luar pintu dan mencari Pak Samad untuk membawanya ke sini. Tak sempat menukar pakaian yang masih ada sisa tepung. Nasib menyebelahi Hani. Kebetulan Pak Samad tidak ada tugasan membawa pelancong di Rumah Tok Ali bersiar siar.
“ Ya Allah, selamatkanlah Nazrin. Lindungilah dia. Panjangkanlah umurnya”. Doa tak putus putus di titip sepanjang perjalanan. Baru aku sedar betapa aku menyayanginya. Nazrin terlalu baik selama ini. Bagilah aku peluang untuk melayari hidup bersama Nazrin. Menyesal sungguh bila teringatkan aksi jual mahal dan tarik tali yang di tonjolkan selama ini. Padan muka aku. Kenapalah aku tak reti nak hargainya. Kenapa aku tak betah mengucapkan yang aku sayang padanya? Bodoh betul seorang perempuan yang bernama Hani.
Meja resepsi menjadi sasarannya. Dalam kekalutan dia terlupa bertanya nombor bilik Nazrin.
“Hani! Cepatnya sampai” Tiba tiba suara Dr Mirzan mencecah telinga. Hani berpaling. Dr Mirzan memegang cawan kertas Starbucks.
“ Mana Nazrin sekarang? Macam mana dia? Di mana bilik dia?” Tercungap cungap Hani .
“ Sabar ya, Hani. Nazrin di bilik 35 A. Jom ikut saya.” Mereka berjalan menuju lif. Wajah Hani di telitinya. Sayang juga dia kat Nazrin rupanya. Kesian budak ni. Macam manalah reaksinya kalau dia tahu yang Nazrin……
Hati Hani meronta untuk bertanya apa yang terjadi. Namun mulutnya terkunci. Tak mampu berkata kata, bimbang airmatanya merembes. Segala kekuatan dalaman di kumpulkan untuk menahan tangis. Masih ada perasaan malu dengan orang di sekeliling. Apatah lagi depan pensyarahnya.
“ Tadi Fifi kena simbah asid dekat Bangsar Utama. Tak jauh dari ofis Persada Construction. Masa tu, Nazrin tengah tunggu nak lunch dengan dia di Restoran Rasyid. Bila ambulans lambat sampai, Nazrin bawa Fifi ke sini dengan keretanya. Masa itulah dia kemalangan” jelas Dr Mirzan. Dia dapat membaca soalan di benak hati Hani.
Hani cuba mencerna satu persatu apa yang di sampaikan oleh Dr Mirzan. Fifi di simbah asid? Kenapa Fifi berada dekat Persada Construction? Dia cari aku kah?
“ Macam mana dengan Fifi? Siapa yang simbah asid kat dia?”
“ Er… tak tahulah. Polis tengah siasat.”
Pintu lif terbuka. Hani membontoti Dr Mirzan. Di luar bilik 35, kedengaran sayup sayup bacaan Surah Yasin. Jantungnya hampir berhenti berdenyut.Ya Allah, janganlah kau ambil Nazrin. Pintu bilik di tolak keras. Airmatanya sudah tidak mampu di bendung. Jiwanya rasa nak luruh.
“ Nazrin! Jangan tinggalkan I” esak Hani sambil menerpa masuk. Dua pasang mata menjurus padanya. Mata Hani beralih pada pesakit yang terbaring tanpa berkutik. Tubuh Hani terus kaku.Ya Allah, Ya Tuhanku! |
|
|
|
|
|
|
|
“ Psst…Hani, katil sebelah” kata Dr Mirzan separa berbisik. Tirai yang mengasingkan kedua katil di tarik sedikit.
Mangkuk cap Arcopal! Hani mengetap bibir dengan geram. Nazrin tersengih memandangnya. Sebelah tangannya berbalut. Plaster lebar terlekat di dahinya. Wajahnya pucat sedikit dan ada kesan kesan luka di muka.
“ Jahat! Suka buli orang” dengus Hani sambil menangis dalam tawa, tertawa dalam tangisan. Leganya tak terkata. Syukur pada Allah! Bahu Nazrin di tampar sebelum menekup muka dengan kedua belah tangan. Maluuuu…. Malu semalu malu nyaaaaaa. Bestnya kalau jadi kura kura, boleh sorok kepala dalam cengkerang.
“ Ssshhh!” tegur Nazrin. “ Ada surah Yasin kat dalam laci. Baca untuk makcik kat sebelah tu. Dia sakit buah pinggang.” Bibirnya menahan tawa. Hani… Hani… sayang juga kau kat aku.
“ I kena balik dulu. Hani, jaga Nazrin baik baik. Sorry ya, ni semua idea dia” ujar Dr Mirzan sambil mengangkat bahu. Mereka berpamitan sebelum Dr Mirzan meninggalkan bilik. Hani terus ke bilik air untuk berwuduk. Jelingan maut sempat di hadiahkan pada Nazrin.
Selesai Hani membaca Yasin, beberapa jururawat tampil untuk membawa pesakit di katil sebelah ke ICU. Keadaannya makin kritikal. Tinggallah Hani dengan Nazrin berdua. Rasa malu bertandang lagi. Aaahhhh… Hani bangun dan memandang ke luar tingkap. Seolah ada sesuatu yang menarik padahal cuma kawasan letak kereta menjadi sajian mata.
“ Hani, duduklah sini. Tak nak cakap dengan I kah?”
Hani kembali ke sisi Nazrin. Taubat tak nak jual mahal macam dulu. Dah serik.
“ You nak apa apa? Nak makan? Minum? I boleh belikan.” Pelawa Hani.
Nazrin menggeleng. “ I tak boleh makan lagi. Tapi ada drip, jadi tak lapar. Tapi I nak satu benda saja.”
“ You nak apa?”
“ I nak you…” Jelingan nakal Nazrin berlegar di tubuh Hani
“ Cehhh! Sakit pun ada hati nak gatal?” getus Hani.
“….. naikkan sikit katil. You ingat I nak apa? Otak kuningnya budak ni. ” sambung Nazrin dengan tawa. Mukanya berkerut bila cubitan Hani hinggap di lengan.
“ Sorry…. Sorry. Kenapa? Sakit? Nak I panggil nurse?” tanya Hani penuh resah. Takkan kena cubit muka dah berkerut seribu.
“ Tak … tak payah. You janganlah brutal sangat dengan I. Dahi I kena 7 stitches tadi. Tangan I pula kena 12 stitches. Masa nak hantar Fifi ke sini , ada Mat Rempit yang melanggar kereta I langsung melayang dan terhempap atas kereta. Windscreen depan pecah. Itu yang I kena luka kat tangan dengan kepala. Kedua lutut I lebam teruk. Nasib baik tak retak. Kesian kan I? “ Nazrin menagih simpati. Bila lagi nak bermanja? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 11-11-2009 19:00
Hani menekan remote yang mengerakkan katil. Hospital swasta begini cukup canggih. Berhati hati dia membantu Nazrin ke posisi duduk. Nasib baik dulu aku pernah masuk Persatuan Bulan Sabit Merah. Taklah canggung nak layan pesakit.
“ Kesian you. You nak tolong Fifi tapi alih alih you yang kena. Macam mana dengan Fifi? Macam mana dengan Mat Rempit yang langgar you?” tanya Hani sambil membetulkan selimut Nazrin. Terlebih sexy pula cik abang ni dengan baju hospital yang cuma sampai paras lutut.
“ Mat Rempit tu patah kaki. Sorrylah , I tak boleh nak kesian kat dia. Dia bawa motor macam hantu. Tak tengok kiri kanan. Fifi… I tak tahu macam mana dia sekarang. Tapi memang teruk. Muka dia dah tak boleh cam lagi. Azlin dengan Shauki kata dia kat ICU. Doktor kata chance of survival 50:50. Hidung dan kerongkong dia kena asid sampai susah bernafas.”
“ Kesiannya. Siapalah yang kejam sangat tu? Seteruk teruk dia pun, takkanlah buat sampai macam tu” Hani mengeluh.
“ Looks like she has got more enemies than we know. Raziman ada datang sebelum Hani sampai. Dia cerita yang polis soal siasat dia tadi . Besok I punya turn pula.”
Hani termangu. Takkan Nazrin seorang saspek? Silap haribulan aku pun kena.
“ Hani, you jangan risau, okay? Its just routine. Kalau kita tak bersalah apa nak takut? Senyumlah sikit, sayang.” Nazrin mengenggam jari Hani. Erat. Terasa macam aliran elektrik mengalir, membuatkan alunan jantungnya makin rancak. Hani mengangguk. Senyuman manis di hadiahkan pada Nazrin. Mata mereka bertaut, mengucap bahasa cinta.
“ You sayang I ?” soal Nazrin
“ Sayang” Kali ni aku tak cover cover dah.
“ Jom kahwin.”
“ Okay.” Perlahan jawapan Hani. Matanya di tunduk.
“ Tapi bukan sekarang”
“ Kenapa?” Mata Hani meluas. Alamak, rakus nya aku.
“ Tunggu luka I sembuh dulu. Sekarang I tak hensem. ”
Tawa mereka bersatu.
“ Ehemm....Assalamualaikum” Terdengar suara Puan Nuraishah di pintu. Jari jemari yang bertaut pantas di leraikan. Fuhhh! Nasib baik Auntie Ecah bagi warning, desis Hani sambil menjarakkan kerusinya dari katil Nazrin
Nadia, Puan Nuraishah dan Haji Ariff terus masuk. Hani bangun dan bersalaman dengan Puan Nuraishah. Kerisauan terpancar dari matanya. Ibu manalah yang tak bimbang.
‘ Papa baru sampai dari Jakarta. Itu yang tak dapat datang lagi awal.” Terang Haji Ariff sambil melabuh duduk di kerusi yang di kosongkan oleh Hani.
“ Kak Hani!I miss you.” jerit Nadia. Hani terus di peluk. Sudah berbulan mereka tak bersua. Gadis remaja itu sudah makin besar, sama tinggi dengan Hani sekarang.
“ Yaya ni teruk. Buat tak reti jer kat abang. Siapa yang sakit? Abang atau Kak Hani? ” cemuh Nazrin.
“ Abang nampak macam sihat je. Dah dapat ubat baaiik punyeeer. Ini mesti Kak Hani yang jadi doktor” usik Nadia sambil mengenyit mata. Muka Hani terus merona. Adehh… buat malu aku jer depan mak bapak Nazrin.
“ Hani pergi ke surau dulu, ya” Waktu Maghrib sudah hampir ke penghujung. Lagipun dia ingin memberi privasi untuk mereka sekeluarga sekaligus meloloskan diri dari usikan Nadia yang membuatnya senak perut. |
|
|
|
|
|
|
|
klakar sgt kt part hani salah katil... |
|
|
|
|
|
|
|
best2...nk lagiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
ha ha ha lawak tul si hani nie..... kalut sangat sampai tersalah katil...... good job smiley....nak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..suka nye aku baca!.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh honey bunny... fufufufuuuu.. nak lagiiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoyaiiii...hani..hani... kalutsungguh sampai tersalah katil tu. Malunyaaaa.
Mesti muka dia merah menahan malu.
Bestnya...bahagia jiwa raga. |
|
|
|
|
|
|
|
...best...suka...
kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
so sweeeeeeettttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai... Hani.... baru nak mengaku.... kalu Nazrin tak eksiden... lambat le nak luahkan sisi hati...
jawapan dah ada .... agak2 dpt tak Nazrin nak bawa hani gi US.. tu honeymoon skali...
next.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada hikmah disebalik kemalangan tu...
suka... suka... suka... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|