CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adbrutals

SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)

[Copy link]
Post time 2-7-2008 09:10 AM | Show all posts

Pemain Selangor terkilan

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 09:51 AM | Show all posts

Prestasi Selangor makin teruk

Oleh ABD. HAFIZ AHMAD


--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR - Kerapuhan benteng sejak perlawanan Liga Super yang lalu terus menjadi badi kepada Gergasi Merah dan dilihat agak merosot dalam kancah pergelutan Piala Malaysia selepas dibelasah Kelantan 5-2 dalam perlawanan Kumpulan A bola sepak di Kota Bharu, kelmarin.

Kepincangan barisan belakang Selangor itu juga dilihat semakin lemah selepas menghadiahkan gol kedua Kijang angkara jaringan sendiri benteng pinjaman KL PLUS, Nazrulerwan Makmor pada minit ke-37.

Dengan cuma 13 pemain membarisi kesebelasan utama dan bangku simpanan, tidak banyak yang mampu dielakkan anak buah Dollah Salleh ini kecuali menanggung kekalahan kedua selepas dibenam Negeri Sembilan 3-0 di Shah Alam, Jumaat lalu.

Ramai tonggak Selangor tercedera iaitu Nasriq Baharom, Akmal Rizal Rakhli, P. Gunalan, Razman Roslan, Fadzli Shaari dan Ghani Rahman sementara Amri Yahyah dan R. Surendren masing-masing menjalani penggantungan kerana dibuang padang menentang Negeri Sembilan.

Mengakui kekurangan itu turut menjejaskan sedikit prestasi pasukan, pengurus Selangor, Zakaria Ab. Rahim bagaimanapun berkata, ada pemain yang telah mendapat peluang diturunkan pula tidak memberikan kesungguhan seperti yang diharapkan.

"Saya akui kami kekurangan pemain dan mengambil keputusan nekad dengan membawa mereka yang kurang cergas tetapi ia bukanlah satu-satunya alasan kami kalah dan tidak dinafikan Selangor tidak cukup bagus menentang Kelantan.

"Turki yang kurang pemain pun akibat penggantungan dan kecederaan masih mampu menyaingi Jerman habis-habisan sebelum kalah 3-2 dalam separuh akhir Euro 2008.

Semangat melawan seperti itu yang sepatutnya dicontohi dan dimiliki pemain Selangor.

"Sebenarnya jika kesungguhan mereka dan kerjasama sepasukan diberikan, mungkin keputusannya berbeza dan tidak akan seteruk (di Stadium Sultan Muhammad IV) ini," katanya yang berharap pasukan kembali bangkit dan pulih apabila menanti Melaka di Shah Alam, esok.

Dua tonggak import, Frank Seator dan Evan Chisulo menunjukkan peningkatan dengan sumbangan dua gol manakala penyerang gantian, S. Sritharan menurut Zakaria, mulai serasi dengan suasana perlawanan ketika diturunkan lebih setengah jam terakhir.

Merah Kuning, juara terbanyak 32 kali Piala Malaysia kini menduduki tempat keempat dalam Kumpulan A di belakang Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu sambil mengumpul empat mata selepas menewaskan Sarawak 3-1 dan seri 1-1 di Kuala Terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:55 AM | Show all posts

Penyokong setia skuad Gergasi Merah tertipu?

SEDAR atau tidak, penyokong setia bola sepak Selangor yang tetap membanjiri stadium pada setiap minggu sebenarnya telah 'ditipu' pemain mereka sendiri, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Ini terbukti apabila pemain-pemain berstatus bintang dan pemain kebangsaan itu didapati sengaja beraksi di bawah kemampuan pada beberapa perlawanan kebelakangan ini sebagai menunjukkan 'kuasa pemain' dimiliki oleh mereka.

Demikian jelas Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad yang mendedahkan punca sebenar yang menyaksikan Selangor dibelasah 3-0 oleh Negeri Sembilan Jumaat lalu dan dibelasah Kelantan 5-2 kelmarin.

"Persembahan tidak bermaya pasukan Selangor sejak tewas pada perlawanan akhir Piala FA dua minggu lalu memang menimbulkan keraguan dan tanda tanya peminat. Kepenatan sahaja tidak boleh dijadikan alasan sehingga menjejaskan corak permainan mereka.

"Saya sendiri mendapat maklumat daripada individu-individu tertentu dalam pasukan. Memang benar, pemain-pemain sengaja buat kalah kerana mereka tidak suka dengan perubahan yang telah dan bakal dirancang oleh pengurusan baru," katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru tegas Amir, andai benar terbukti ada unsur-unsur untuk menjatuhkan pasukan, sebagai wakil peminat Selangor dia menggesa pengurus pasukan yang baru, Zakaria Ab. Rahim mengambil langkah drastik termasuk merehatkan pegawai dan pemain yang terlibat tanpa ragu-ragu.

"Biarlah hanya pemain yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh bermain mengharumkan nama negeri sahaja yang beraksi, biarpun mentah dan tidak mempunyai nama.

"Mana tahu, 'kelaparan' pemain-pemain muda ini untuk beraksi mungkin boleh membawa cabaran lebih bermakna bagi pasukan dalam mengharungi baki perlawanan Piala Malaysia berbanding mengharap pemain bintang yang jelas tidak bernafsu untuk menyarung jersi Selangor lagi," ujarnya.

Tambahnya,, pemain di bangku simpanan dan skuad Piala Presiden Selangor sebenarnya dibarisi mereka yang berbakat tetapi tidak diberi peluang beraksi seperti bekas penjaga gol bawah 19 kebangsaan, Nuraizat Aziz, Azri Alwan Nordin, Lukhman Noor Hakim, Fazilidin Khalid dan S. Sritharan.

"Pemain-pemain bintang dan pegawai pasukan yang mempunyai agenda peribadi dan tersendiri ini wajar disingkirkan.

"Usah takut, kami sentiasa menyokong sebarang tindakan pengurusan demi kebaikan pasukan. Singkirkan saja mereka yang sengaja menjatuhkan maruah Red Giants," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:07 AM | Show all posts

Kem Merah Kuning mula bercakaran

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

SELEPAS dua kekalahan besar berturut-turut kepada Negeri Sembilan dan Kelantan dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia, kem Selangor kini 'bergoncang' apabila berlaku pertelingkahan antara seorang pemain senior dan pengurus pasukan.

Insiden itu tercetus di bilik persalinan selepas kekalahan 5-2 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru Isnin lalu.

揚emain senior itu hanya mempertahankan rakan sepasukan lain, selepas Zakaria menuduh pemain sengaja tidak memberikan aksi terbaik sehingga menyebabkan kami tewas ketika berdepan Kelantan.

揨akaria tidak seharusnya terus membuat tuduhan seperti itu, sebaliknya sebagai pengurus dia harus memahami masalah yang dihadapi pemain selain daripada memberi motivasi kepada pemain.

揝etiap pemain sentiasa cuba memberi aksi terbaik, tetapi kata-kata yang diucapnya seperti selepas kekalahan kepada Kelantan menyebabkan segelintir pemain tersinggung,
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 12:19 AM | Show all posts
weh....sapa tengok gol sapiee masa lawan pilihan singapura..............

c. ronaldo, kaka mahupun pirlo tak leh buat camtu.....

lawa giler beb!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 04:36 AM | Show all posts
steady la ~~

menang 2 - 1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2008 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 9-7-2008 12:19 AM
weh....sapa tengok gol sapiee masa lawan pilihan singapura..............

c. ronaldo, kaka mahupun pirlo tak leh buat camtu.....

lawa giler beb!


aku tgk dlm BU3 gak. cari dlm youtube xde pun. kalau sesape jumpa bg link kat cni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by skycrew at 13-7-2008 04:36 AM
steady la ~~

menang 2 - 1


pasni lwn kelantan, melaka n terengganu. Dpt 5mata pun dh lyk QF kot.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2008 07:41 AM | Show all posts
hoittt bergaduh ngan fans lagi ker..   hebak hebak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2008 08:39 AM | Show all posts
aku dengar brite pg tadi...
N.Sembilan kena potong 3 mata masa lwn selangor...
tak best lahh cam tuhh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by adbrutals at 15-7-2008 08:39 AM
aku dengar brite pg tadi...
N.Sembilan kena potong 3 mata masa lwn selangor...
tak best lahh cam tuhh...


pehal lak kes nya tu......?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by chikli at 15-7-2008 11:31 AM


pehal lak kes nya tu......?



n.sembilan tak turunkan pemain 21thn masa kat s.alam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 06:23 PM | Show all posts
BERIKUTAN keputusan jawatankuasa pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memotong tiga mata daripada Negeri Sembilan akibat menukar seorang pemain Bawah 21 dengan seorang pemain import ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada 27 Jun lalu, kedudukan Kumpulan A Piala Malaysia telah dipinda.



  Peraturan FAM menetapkan seorang pemain Bawah 21 tahun mesti diturunkan sepanjang tempoh permainan 90 minit.



  Dengan keputusan itu, Selangor diberi tiga mata.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 06:24 PM | Show all posts
steadyyyyyyyyyyyyyy selangor
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 07:17 PM | Show all posts
best best best
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 07:19 PM | Show all posts
No        Team        P        W        D        L        F        A        GD        Pts
1        Selangor        7        5        1        1        19        12        7        16
2        Kelantan        8        4        2        2        15        11        4        14
3        Terengganu        7        4        1        2        10        7        3        13
4        N.Sembilan        8        3        1        4        8        12        -4        10
5        Sarawak        8        3        0        5        15        17        -2        9
6        Melaka        8        1        1        6        11        19        -8        4


RANKING BARU SELEPAS KES N9
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2008 10:09 PM | Show all posts
Latest:

Selangor 4 - 1 Kelantan

[ Last edited by  skycrew at 15-7-2008 11:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 12:26 AM | Show all posts
SELANGOR mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Kelantan 4-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu begitu bermakna sebagai hadiah ulangtahun ke-14 Stadium Shah Alam yang jatuh pada tanggal 16 Julai, selepas ia dirasmikan pada tahun 1994.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi rembatan kencang Indra Putra Mahayuddin yang gagal ditampan kemas penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail.

Empat minit kemudian, Indra sekali lagi melebarkan kedudukan 2-0 apabila sepakan percumanya terus menerjah jaring tanpa sempat dicapai Shahrizan.

Selangor terus garang apabila kapten, Shukor Adan menjaringkan gol ketiga selepas berjaya menanduk masuk sepakan penjuru Elie Aiboy pada minit ke-40.

Babak kedua bermula, Selangor mengendurkan asakan setelah mendahului 3-0 tetapi Elie masih bernafsu apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-74 menerusi satu rembatan deras dari luar kotak penalti.

Pada masa kecederaan, Kelantan akhirnya memperolehi gol saguhati menerusi sepakan lambung Zairul Fitri Ishak yang terus menerjah jaring tatkala penjaga gol Selangor, Suffian Abdul Rahman agak terkeluar dari posisinya.

Berbaki dua perlawanan, Selangor di tangga teratas kumpulan dengan 19 mata dan telah menjamin dua kedudukan teratas untuk ke suku akhir secara automatik kerana hanya Terengganu yang boleh memintas mereka dengan mata maksimum 22 mata.

Manakala dua lagi pasukan, Kelantan dan Negeri Sembilan hanya mampu mencapai mata maksimum masing-masing 17 mata dan 16 mata selepas beraksi kesemua perlawanan mereka nanti, selain Sarawak dan Melaka yang sudah terkeluar daripada saingan ke suku akhir.

Jumaat ini, Selangor akan melayan kunjungan Terengganu di Stadium Shah Alam sebelum melengkapkan jadual perlawanan bagi Kumpulan A menentang Melaka di Stadium Hang Jebat pada 2 Ogos depan.

Aksi suku akhir Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 5 Ogos (Selasa) dan 9 Ogos (Sabtu).
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 09:48 AM | Show all posts
dah kena tiau ngan fans, baru nak form lak shukor ngna indra nih........
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 09:50 AM | Show all posts

NASIONAL Polis panggil Indra, Shukor

Oleh Hussain Said
[email protected]




GAMBAR (kiri): Indra Putra dan Shukor.


Keterangan dua pemain bola sepak Selangor diambil siasatan kes gaduh

SEREMBAN: Polis akan memanggil dua pemain bola sepak Selangor, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin untuk direkodkan keterangan berhubung dakwaan terbabit dalam insiden pergaduhan dengan seorang penyokong pasukan itu di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 28 tahun yang mendakwa dipukul kedua-dua pemain itu kira-kira jam 11 malam sejurus tamat saingan Piala Malaysia antara Selangor bertemu Negeri Sembilan.

"Mangsa yang juga seorang eksekutif jualan dari Shah Alam, Selangor mendakwa ditumbuk di kepala dan telinga. Akibat kejadian itu mangsa mendakwa terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS)," katanya di sini, semalam.

Saiful Azly berkata, pihaknya akan melakukan siasatan kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Kita perlu mendapat kebenaran daripada Pegawai Pendakwa Raya terlebih dulu untuk melakukan siasatan kerana kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sebaik menerimanya kita akan memanggil kedua-dua pemain itu," katanya.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca selepas mangsa melakukan provokasi terhadap kedua-dua pemain itu yang kemudian dikatakan bertindak balas tetapi apa juga alasan, tindakan mereka adalah satu kesalahan, sekali gus tidak menggambarkan sikap pemain profesional.

Malah, insiden pergaduhan itu bukan kali pertama membabitkan pemain Selangor kerana pada musim 2006, dua pemain Merah Kuning, K Sanbagamaran dan Fairuz Montana Zainal Abidin cuba menyerang penyokong selepas dilempar kata-kata kesat tetapi berjaya dihalang pegawai keselamatan bertugas.

April tahun lalu, seorang penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap jurulatih skuad itu, Hatem Souissi dari Tunisia kerana mendakwa dipijak di dada hingga lebam sejurus tamat perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan menentang Perlis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.112563 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list