CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arduka_kencana

★ALL ABOUT INSURANCE★

[Copy link]
Post time 28-2-2012 04:55 PM | Show all posts
Alhamdulillah web www.prubsn.my telah kembali utk rujukan alternatif berkaitan Takaful dan insuran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 03:12 PM | Show all posts
baru ni agen rhb essential cover 20 offer aku ambik insurans dia...aku tak tau sangat psl2 insurans2 ...
samax Post at 26-2-2012 15:35



    Anda kena tahu bayar RM78 sebulan untuk 10 tahun...apa yang dia cover Protection / Medical Card / Saving ?
    Bagi saya yang penting lepas 10 Tahun, dia auto renwal ker?? Perkara tu yang paling penting, bcos company insurance lain bila anda dah ada penyakit, diaorang tak akan terima application anda selepas tu. Conclusion ambik insuran before ada penyakit ?
Harap ini dpt membantu ..atau otai lain leh tolong jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 07:29 PM | Show all posts


‎"Ramai pesara habis membelanjakan wang simpanan yg bertahun itu dlm masa 3 tahun. Bayangkan SIMPANAN yg rata2 kira2 RM 300k bg pekerja biasa dan RM 500k bg golongan eksekutif dan jutaan ringgit utk eksekutif kanan LESAP begitu pantas sekali. Tabungan 1 juta juga mungkin tidak mengcukupi bg pesara"

Tips :
Membuat perancangan sejak mula bekerja dan bukannya ketika menjelang 2 atau 3 tahun sebelum persaraan. Penting kerana liabiliti seperti kenderaan, perumahan dan pembiayaan jangka masa panjang dpt dilangsaikan sebelum tahun persaraan.

Langkah lain yg perlu diambil oleh seseorang ialah membuat pelaburan yg bersifat utk jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang

Menyertai Takaful iaitu sistem perlindungan, bg meringankan bebanan bg sebarang kemungkinan musibah dan mudarat yg dihidapi oleh seseorang itu.

Do something before it is too late
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 02:39 PM | Show all posts
Duit ni kalau tak pandai mengurus...satu hari satu juta leh abis...
So cara nak menguruskan kewangan yang bagus adalah:
a) Kurangkan atau jangan pakai langsung kredit kad.
b) Jangan berhutang untuk menda yang tak perlu atau tak penting langsung.
c) Buatlah simpanan walaupun skit.

Simpanan yang bagus adalah insuran Prubsn 3In1 Personal Saving....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 09:33 PM | Show all posts
Duit ni kalau tak pandai mengurus...satu hari satu juta leh abis...
So cara nak menguruskan kewanga ...
bard211 Post at 3-3-2012 14:39


setuju.. simpanan secara x sengaje...sambil menyimpan dapat RM500, 000 rawatan medical card..
ditimpa musibah sakit, x perlu risau pasal saving yg ade dlm PruBSN ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 08:23 AM | Show all posts
kalau tak mula menyimpan hari ini....bila lagi nak mula kan.....
tak kisah kalau kita mula dari skit...insyallah lama2 akan jadi bukit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2012 04:59 PM | Show all posts
bercerita dgn client lebih effetif kalau kita ada pengalaman claim sendiri insuran/takaful ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 05:58 PM | Show all posts
bole jelaskan tk psl pru flexi med tu,produk baru kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 06:41 PM | Show all posts
Yes baru tak barula... Dah lama gak...

Ada 0 deduction or min 300 tu... Skrg  + clinical..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 08:55 AM | Show all posts
ibm632 posted on 27-10-2011 03:42 PM
Mencari yg Halal adalah Fardu

yups setuju..tapi mcm dalam kes i...amik great estern drpd umur 19
dgr byk pertikaian halal haram dr segi insuran nie
tapi sebab mmg baik dgn agent dan puas hati dgn servis agent...so mcm payah nak bukak mulut terminate
cuma niatkan harap2 rezeki tue halallah
then terjebak baru ni dgn alliance(simpanan) gak
duk terpikir nak tanya nie islamik ker tak??tapi konpem kalau tanya wlpun tak compliance
gara2 nak kita beli mesti jawab islamik gak
tapi agent tue sedara sendiri...umur pun baru setahun jagung
amik gaklah sebab kesian...aish...pas nie mmg takmo amik dah..cukuplah 2 yang ader nie
tapi sgt puas hati sebab ada medical card dr umur muda...tak rugi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 10:48 AM | Show all posts
ctsueraya posted on 24-9-2012 08:55 AM
yups setuju..tapi mcm dalam kes i...amik great estern drpd umur 19
dgr byk pertikaian halal haram ...

Ct ... kalau Ct rasa selesa dgn ejen tu .. why not Ct suruh ejen GE Ct propose plan Takaful GE pada Ct ... itu lah salah satu cara Ct boleh dptkan produk halal

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 04:06 PM | Show all posts
ryn80 posted on 18-9-2012 05:58 PM
bole jelaskan tk psl pru flexi med tu,produk baru kan?

peserta boleh memilih harga Room and Board, dan annual limit medikal kad.. Yang best skali.. zero (0) deduction atau 300 deduktible. Tiada Ko-Insurans....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 05:51 PM | Show all posts
dee_dee posted on 21-10-2011 09:43 PM
allianz insurance ok ke tak ? dd da amik dekat 6-7 bulan mcm nk terminate amik prudential.. cuz tak  ...

Allianz medical kalau dah amik, masa nak guna kat spital jgn upgrade bilik
Kalu upgrade, kene penalti bil 20% co payment
Yg ni ejen nya jarang inform
So sy ejen prudential yg tolong inform kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 11:41 AM | Show all posts

kali ni client nak claim insuran sbb kene patuk ular senduk pulakkkk..adusss

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 01:25 PM | Show all posts
Infor untuk wanita:
dianggarkan satu daripada 19 wanita Malaysia menghidap penyakit barah payu dara yang mana, lebih 45 peratus daripada pesakit berkenaan meninggal dunia selepas beberapa tahun. Setiap hari pula lebih 95 kes baru pesakit barah dilaporkan di Malaysia dan barah payu dara serta pangkal rahim mencatatkan peratusan paling tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 03:23 PM | Show all posts
lame x lepak2 cni.. sibuk memanjang... 2 hari lps client masuk wad n masih dlm wad.. harap2 dpt bantu ape yg t'mampu.... amin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 11:45 AM | Show all posts

just nak share...

Customer ader call, dier nak buat Lesik Operation.. insurans cover ker? Insurans Pru BSN Takaful tak cover. Saya kira mana2 insurans pun tak cover. Ini kerana ia dikira sebagai kosmetik surgery. Sudah dinyatakan dalam general dan medical card exclusion.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:53 AM | Show all posts
Pesanan kepada ejen2 PruBSN ... sila declare dengan betul contdition client anda ... jangan nanti client ada penyakit tapi tak declare ... susah anda dikemudian nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 12:32 PM | Show all posts
ibm632 posted on 5-10-2012 11:53 AM
Pesanan kepada ejen2 PruBSN ... sila declare dengan betul contdition client anda ... jangan nanti cl ...

Ada satu soklan utk semua ejen insuran...

apa benarkah penyakit yg dihidapi Kamal Affendi penganalisis jenayah tu "penyakit saraf Arteriovenous Malformation(AVM)" tidak dilindungi insuran..?? Kenapa..?? dan apa penyakit kritikal lain yg tidak dilindungi tetapi sering tidak diterangkan oleh wakil / ejen insuran....

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:54 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 12-10-2012 12:32 PM
Ada satu soklan utk semua ejen insuran...

apa benarkah penyakit yg dihidapi Kamal Affendi penga ...

Ya benar insurance tak cover penyakit AVM. Ini kerana penyakit ini adalah konginental illness. Kalau Pru BSN Takaful ader mention PENGECUALIAN ini. Setiap insurance polisi ader PENGECUALIAN DIER. Untuk PENGECUALIAN PRU BSN TAKAFUL AS FOLLOWS:- (moga exclusion nie memberi manfatt untuk client semua especially pru bsn clients)

1. MEDICAL CARD EXCLUSIONS

PruBSN Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan  secara langsung  atau tidak  langsung, keseluruhannya  atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1.  Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2.  Penyakit spesifik  yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.
a.   Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.   Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d.   Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e.   Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3.  Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4.  Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5.  Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6.  Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7.  Apa-apa rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8.  Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit  nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. Caj-caj  yang tidak  Berpatutan  dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

2. KEMATIAN
Jika kematian disebabkan bunuh diri pada tahun pertama sijil, tiada perlindungan takaful akan dibayar, tetapi nilai baki di dalam life protection account  dan investment uniat account akan dibayar.

3.Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
-Percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.

-Mengambil bahagian dalam penerbangan udara termasuk penerjunan berpayung dan penerjunan udara selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang membawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.

4. Penyakit Kritikal
Penyakit disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh AIDS atau sebarang jangkitan HIV, kecuali bila AIDS adalah "Full Blown" atau disebabkan pemindahan darah.

5. Manfaat PenghospitalanTiada manfaat akan dibayar jika kemasukkan ke hospital disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu kejadian berikut:

-Pemeriksaan dan perundingan perubatan yang rutin.

-Pembedahan kosmetik atau plastik, penjagaan dan rawatan pergigian, pendermaan organ dan tisu, pertukaran jantina dan pembedahan untuk kajian atau  eksperimen  atau sebarang  prosedur  pilihan selain daripada  kecederaan, pembedahan atau  penyakit yang  disebabkan oleh kemalangan.

-Rawatan atau prosedur berkaitan kehamilan atau kelahiran anak dan komplikasi-komplikasinya.

-Ujian atau rawatan berkaitan dengan ketidaksuburan, pencegahan kehamilan, pemandulan, kecacatan kelahiran, ketidaknormalan kongenital, penyakit keturunan, berkhatan atau sebarang pengguguran kandungan yang dilakukan atas sebab psikologi atau sosial, dan akibat-akibat daripada sebarang prosedur tersebut.

-Rawatan penyakit mental  dan  gangguan  psikiatri,  kecederaan akibat  perbuatan  sendiri  semasa  siuman atau  tidak siuman,  percubaan membunuh diri, penyalahgunaan alkohol, penagihan dan penyalahgunaan dadah.

-Sebarang rawatan atau ujian berkaitan dengan AIDS atau kewujudan jangkitan Virus Human Immuno-deficiency (HIV ) dan semua penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual.

-Kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh sukan profesional, sebarang jenis  perlumbaan, penyelaman skuba, penerjunan  lelabah, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang, di atas kapal terbang komersial berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi secara berjadual mengikut laluan biasa, atau sebarang aktiviti atau sukan merbahaya (termasuk geluncur angin, menaiki belon  panas, penerjunan  payung terjun dan  penerjunan udara), kecuali yang  kami persetujui melalui pengendorsan tertentu.

-Sebarang kecederaan  atau penyakit  yang  disebabkan oleh  peperangan,  penaklukan,  tindakan  keganasan  musuh  asing  ( sama  ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, kebangkitan, kuasa tentera atau perebutan kuasa, mengambil bahagian secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

-Sebarang pelanggaran, atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang penahanan.

-Sebarang penyakit atau keadaan sedia ada yang mana nasihat atau rawatan perubatan telah diterima atau disyorkan oleh doktor, pakar Perubatan atau pakar bedah  dalam tempoh 2 tahun  sebelum kami manfaat ini  berkuatkuasa atau yang mana  tidak diberitahu di  dalam permohonan anda untuk manfaat tersebut.

6. Kemalangan
-Peperangan, penaklukan, tindakan keganasan musuh luar (sama  ada perang diisytiharkan atau tidak), perang saudara,  pemberontakan, revolusi, kebangkitan  kuasa, ketenteraan  atau  rampasan  kuasa,  pengambilan bahagian secara  langsung  dalam rusuhan,  mogok  atau kekacauan awam.

-Mana-mana pelanggaran atau cubaan melanggar undang-undang atau menentang penahanan. Cubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa  siuman atau tidak siuman.

-Kehamilan, kehamilan sekarang dan sebelumnya (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan dan apa juga pembedahan atau prosedur bukan pembedahan ke atas sistem peranakan wanita ketika pembedahan untuk kelahiran), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

-Ketidaksempurnaan fizikal atau mental atau keuzuran, yang sedia ada.

-Penglibatan dalam aktiviti sukan profesional, penyelaman skuba, sebarang jenis perlumbaan, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang, di atas kapal terbang komersial berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi secara berjadual mengikut laluan biasa, atau sebarang aktiviti atau sukan merbahaya (termasuk penerjunan lelabah, geluncur angin, menaiki belon panas, penerjunan payung terjun dan penerjunan udara) , melainkan kami memberi persetujuan melalui endorsan khas.

-Mengambil dadah atau narkotik selain daripada yang ditetapkan oleh doktor atau pakar perubatan. Kemabukan alkohol atau dadah.

-Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan.

Harap infor nie memberi manfaat buat semua.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.903352 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list