CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 3-3-2015 09:32 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-3-2015 09:31 AM
Aku tak suka lagu ni!

Tapi semalam, masa aku lunch, ada sorang mamat pakai lagu ni buat ...

aku pun tak suka..tpi macam kena je dengan kerja aku
so layan je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 09:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 3-3-2015 09:32 AM
aku pun tak suka..tpi macam kena je dengan kerja aku
so layan je la...

Ni versi comel sket....



Versi spongebob



Versi flashmob pengguin



Versi boleh layanlah jugak kot



Versi menambah dosa




Jangan marah hah. Aku sedang tensen. Sakitnya ku disinik. Tengok muka boss akuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 09:44 AM | Show all posts

mak aih...comelnya...yang empat pompuan tu..seksinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 10:25 AM | Show all posts
Suasana senyap. Malik menghirup milo panas yang dibancuh bakal ibu mertuanya tadi. Matanya melekat pada Aylanins yang tunduk dari tadi. Merona merah wajah gadis itu. Mungkin gadis itu sudah merenungnya tidak berkelip tadi yang membuatkannya begitu. Dia mengukir senyum. Tenang melihat wajah kesayangannya kali ini. Dari riak Aylanins tadi, kini dia yakin yang gadis itu juga ada rasa yang sama sebagaimana yang dia rasa selama ini.

"Ayla..saya minta maaf pasal tadi. Saya tak sangka Hani cakap macam tu." Malik mulakan bicara memecah keheningan malam itu. Hanya bunyi cengkerik bersahutan di luar sana.

Aylanins masih diam dan tunduk. Dia juga tidak tahu apa yang harus dijawab. Kadangkala terfikir juga di benaknya yang Hani berhak menuntut semua itu dari Malik. Malik cinta pertama Hani. Malik satu sekolah dengan Hani. Malik pernah kenal Hani. Malik...ah..segalanya tentang Malik, Hani tahu. Sedang dia? Belum masuk enam bulan perkenalannya dengan lelaki itu.

"Ayla...saya faham kalau awak diam macam tu. Percayalah..memang saya bersalah pada Hani tapi saya tak pernah rosakkan dia. Mungkin masa tu saya terikut-ikut rentak kawan yang lain , tahu nak berseronok saja. Yalah..masa muda remaja, jiwa pun lebih kepada seronok saja." Malik yang entah ke berapa kali menjelaskan apa yang berlaku.

"Saya tak salahkan awak. Saya percayakan awak tapi kalau awak rasa Hani lebih berhak, saya tak boleh halang awak. Mungkin juga awak patut bertanggungjawab pada Hani..." Tutur Aylanins, sebak nadanya.

"Ayla...." Malik menatap wajah bujur Aylanins yang sudah menunduk. "Tak sampai dua minggu lagi tarikh nikah kita. Ikut hati, saya nak cepatkan lagi tarikh tu."

"Awak ada hati ke pada Hani?" Aylanins akhirnya bersuara. Dia masih lagi tunduk. Hati dan jantungnya berdegup kencang ketika ini. Pelik pula, tadi masa di restoran, rasa itu macam biasa saja, agaknya dia lebih nampak ayam panggang madu kut..

"Sayang...saya tak pernah ada rasa cinta pada dia. Jujur saya katakan, awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Tak pernah saya rasa macam ni sebelum ni. Saya percaya itu semua sudah ketentuan Allah." Malik bersungguh meluahkan apa yang dirasa pada gadis itu.

Erk! Sayang? Aylanins makin tunduk.

"Syukur pada Allah kerana saya kenal Ayla..jadikan saya seorang lelaki yang tahu erti cinta. Erti cinta yang sebenar..." Malik menyambung lagi bicaranya.

"Awak ikhlas?"

"Kalau saya jawab ikhlas, awak percaya ke? Bukan boleh nampak pun." Malik senyum.

"Yalah saya tahu.." Aylanins mencebik.

"Ikhlas ni satu perkara yang sukar ditentukan oleh mata kasar. Ianya ada dalam hati dan tiada siapa yang boleh baca apa yang ada dalam hati, hanya diri sendir dan Allah saja yang tahu. Sama juga dalam perkara ibadah, beruntunglah sesiapa yang ikhlas keranaNya."

Aylanins mula mendongak. Senyuman di bibir Malik ketika ini sudah terasa menusuk jantung. Cepat-cepat dia tunduk semula. Lega, bila terasa ibu sudah mula menapak ke ruang tamu. Tidaklah dia asyik menggelabah saja berdua di situ. Ah, kau kenapa ni Ayla?

"Hmm..maksu Malik apa khabar?" Tanya ibu Aylanins yang sudah mula melabuhkan punggung sebelah anak daranya.

"Alhamdulillah makcik. Sihat . Mereka kirim salam."Balas Malik dengan senyuman.

"Oh..alhamdulillah. Majlis nikah tu nanti, makcik ingat nak buat sederhana saja. Ambik mana yang wajib saja. Lagipun, Ayla ni tak banyak cuti. Oh ya, lepas nikah nanti, makcik ingat nak suruh Ayla berhenti kerja. Biar dia tinggal di Terengganu. Tak adalah sorang ke hulu. Sorang ke hilir."

Malik semakin senyum. Lega mendengar kata-kata ibu Aylanins tadi. Matanya melirik pada Aylanins yang sudah memandang ibunya. Ada sedikit rasa tidak puas hati dapat dilihat pada wajah gadis itu.

"Mak..kan Ayla.."

"Dah! Berhenti kerja dan ikut suami. Jangan risau mak kat sini."

Aylanins diam. Nampaknya ibu memang benar-benar inginkannya berhenti kerja dan mengikut suami ke Terengganu. Malik pula mula minta diri dan pulang ke hotel semula. Lega bila semuanya kembali tenang. Pulangnya ke Terengganu nanti dengan hati yang tenang dan akan kembali semula ke Kuala Lumpur tiga hari dari tarikh nikah. Mereka akan berkampung di rumah saudara sebelah arwah ibunya di Gombak nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 11:29 AM | Show all posts
BAB 40



SEMINGGU berlalu. Hari ini Aylanins akan mula bercuti. Segala kerja perlu disiapkan secepat mungkin sebelum jam lima petang nanti. Dia perlu selesaikan laporan kes rompakan yang diuruskannya sejak dua minggu lalu.  Dia perlu membantu ibu menyiapkan apa yang patut. Risau dengan keadaan ibu yang tidak berapa sihat sejak akhir-akhir. Mungkin banyak kerja yang perlu difikirkan. Dia sendiri pun tidak cukup masa sebenarnya. Terpaksa berkejar ke sana ke mari. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya. Kursus perkahwinan, ujian HIV, barang hantaran, borang nikah, jemputan, semuanya sudah selesai. Tinggal ijabkabul saja lagi.

"Senyum sorang-sorang ni..ada apa-apa ke?"

Aylanins yang leka menyiapkan laporan mula mendongak. Bos mudanya sudah tersenyum di depan, tidak sedar bila Ana Dahlia masuk ke biliknya. Segera dia bangun dan beri tabik hormat.

"Tak ada apa la..puan." Aylanins masih berdiri.

"Seminggu lagi awak nak nikah kan?"

Aylanins mengangguk.

"Tahniah! Nanti saya datang tapi saya bawa sekali anak dan suami nanti." Balas Ana Dahlia sebelum melangkah keluar dari bilik Aylanins.

"Err..puan! Macam mana dengan kes mawar hitam tu?"

Ana Dahlia berpaling semula. Langkahnya terhenti. "Hmm...rumit. Petang nanti, kami akan soalsiasat Hani dan satu lagi..awak jangan bimbang, Malik bukan suspek dalam kes ni."

Aylanins hanya memandang bos mudanya berlalu pergi. Dia duduk semula di kerusi dan menyambung kerja. Hani, petang nanti, gadis itu akan disoalsiasat. Rasanya sudah tiga kali termasuk hari ini, Hani sudah disoal oleh polis. Segalanya diserahkan pada pasukan menyiasat. Dia tidak boleh campur tangan. Apa yang diharapkan, Hani bukan mawar hitam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 12:00 PM | Show all posts
LINDA yang masih berada di hospital mula merasa risau. Tidak senang dibuatnya bila dapat tahu kakaknya akan dipanggil untuk soalsiasat sekali lagi. Apa yang pasti sekarang ini, tentu pasukan penyiasat akan kaitkan dengan mangsa dan kisah silam kak Hani. Dia perlu jumpa Dr. Izani untuk membantunya dalam hal itu. Dia berhak tahu tentang kes itu, lebih-lebih lagi selepas Dr. Izani sudah memberi keterangan pada pihak polis dulu.

Langkahnya diatur laju ke bilik Dr. Izani selepas selesai menjalankan tugas 'ward round' tadi. Dia perlu berbincang dengan Dr. Izani. Doktor pakar itu tentu lebih arif tentang sejarah perubatan kak Hani selama ini. Pintu diketuk sebaik tiba di muka pintu. Senyum melihat doktor itu menyuruhnya masuk, seolah doktor itu sudah tahu tujuannya ke situ.

"Ada apa Dr.Linda?"

"Err..macam ni doktor. Saya nak tahu kes kakak saya. Doktor tentu tahu kan, apa yang berlaku sebenarnya pada kakak saya? Kalau mengikut kajian doktor selama doktor merawat kakak saya, ada kemungkinan ke yang kakak saya tu jadi pembunuh...err..maksud saya masa dia jadi orang lain, bukan dirinya?" Linda terpaksa bertanyakan hal itu.

"Hmm..kenapa awak tanya macam tu? Is it because of my statement to the police?" Dr. Izani sudah berkerut keningnya.

"Sort of..if you dont mind, boleh saya tahu maklumat apa yang doktor beri pada pihak polis? Ada tak pihak polis soal tentang kecenderungan seseorang yang ada split personality untuk melakukan pembunuhan?"

"Hmm...ikutkan perkara ni sulit but since that you are her sister, saya rasa patut beritahu awak hal ini. " Dr. Izani bingkas bangun dan menapak ke kabinet fail sebelum kembali semula ke mejanya bersama satu fail di tangan.

Linda menunggu penuh sabar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Ayla mcm x der luck dlm percintaan... Dapat rasa yg Ayla or Malik akn koma angkara mawar hitam..


memandai jerk aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 12:19 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 3-3-2015 12:01 PM
Kenapa Ayla mcm x der luck dlm percintaan... Dapat rasa yg Ayla or Malik akn koma angkara mawar hita ...

atau Conan akan jadi hero nak selamatkan Ayla, sampai terbaring kat sepital
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2015 01:01 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 3-3-2015 12:01 PM
Kenapa Ayla mcm x der luck dlm percintaan... Dapat rasa yg Ayla or Malik akn koma angkara mawar hita ...

kesian Ayla...
conan dah nikah ngan Arisha

malik plak..hani nak rampas..

...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 01:01 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-3-2015 12:19 PM
atau Conan akan jadi hero nak selamatkan Ayla, sampai terbaring kat sepital

weh ko ni..Arisha tu nak letak mana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:23 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-3-2015 01:01 PM
weh ko ni..Arisha tu nak letak mana?

arisha di sebelah kananku
ayla di sebelah kiriku

seiring dan sejalannnnn... seindah bunga di tamannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:36 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-3-2015 01:23 PM
arisha di sebelah kananku
ayla di sebelah kiriku

Chait! Puik!

Sorang pun takdan nak handle, lagi berangan mau tambah lagi sorang....dasarrrr...



Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:47 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-3-2015 01:36 PM
Chait! Puik!

Sorang pun takdan nak handle, lagi berangan mau tambah lagi sorang....dasarrrr...  ...

ko jeles ke??
eh nenek seripah tu single tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 02:09 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-3-2015 01:47 PM
ko jeles ke??
eh nenek seripah tu single tau

Nek seripah?   Hoooooo...tak bleh...tak bleh. Menakutkan.

Lagipun, sanggupkah kau memanggil aku Atuk walhal kita lebih kurang baya?





Tapi....jap!




Nek seripah kayakan?




Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 02:34 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-3-2015 02:09 PM
Nek seripah?   Hoooooo...tak bleh...tak bleh. Menakutkan.  

Lagipun, sanggupkah kau mem ...

ex gepren ko jadi cucu menantu ko

seripah kawen ngan nik.. jadi apo anak2 nanti?
nicki ngan nenek seripah ada anak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 02:44 PM | Show all posts
adeh...awat nk nikah ngan pompuan dah menopos??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 02:46 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 3-3-2015 02:47 PM
cmf_conan replied at 3-3-2015 02:34 PM
ex gepren ko jadi cucu menantu ko

seripah kawen ngan nik.. jadi apo anak2 nanti? :swea ...

Soalan tambahan,  mampu ke Nek Seripah beranak lagi?


Tak payah anak ler. Senang sikit kaut reta tujuh keturunan tu....

Dendam tak habis pasai Nek Seripah kahwinkan cucu dia dengan Conan. Nicki pun kawen dgn Nek Seripah nak balas dendam <<<< Plot cerita terbaru Ipo.

Siap kau perempuan tua!


Pepandai jek aku. Cerita sendiri tak siap-siap


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 03:49 PM | Show all posts
"Dari pemerhatian saya, Hani dapat penyakit ni hasil dari tekanan yang amat serius. Stress dan kecewa yang dipendam bertahun-tahun. Keadaan itu menyebabkan dia seperti sentiasa murung dan apa yang lebih bahaya, dia akan bertindak di luar kawalan bila dia mula ingat kejadian pahit yang pernah dialaminya dulu. Penyakit ni sering dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil tetapi dalam kes Hani, dia boleh beruba situasi. Dalam keadaan tertentu dia akan bersikap biasa, seperti orang normal. Tiada apa-apa berlaku tetapi setiap kali dia bermimpi atau kejadian pahit itu mula menghantui dia, dia akan mudah menjadi orang lain. Di sinilah bermulanya split personality. Menjawab soalan awak tadi, keadaan ini bergantung kepada sejauh mana pesakit itu mengawal keadaan. Jika dia berterusan mengingati kejadian pahit itu, dia akan menjadi pendendam yang boleh sampai bertindak jauh mungkin bunuh diri atau dia sendiri menjadi pembunuh." Panjang lebar Dr. Izani memberi penjelasan.

"Jadi..maksud doktor, dia akan menjadi ganas?" Linda sudah tergamam.

"Mungkin juga tapi itu kalau perasaan dendam dan kecewanya menguasai pemikirannya. Selalunya orang macam ini akan sentiasa bermimpi dan diikuti tindakan selepas itu. "

"Bagaimana saya nak tahu yang dia bertukar jadi orang lain? Selama saya perhatikan dia, kakak saya biasa saja. Tak ada yang pelik atau dia dirasuk. Kerjanya sebagai polis pun tidak terjejas. Biasalah kalau dia menjalani latihan berat dan marahkan orang lain tapi setakat itu saja." Linda pula memberi pendapatnya.

"Sukar untuk kenal orang sebegini kerana dia akan berubah tiba-tiba dan tanpa disedari orang lain. Dalam kes Hani, dia bijak mengawal keadaan. Mungkin sebab itu dia lulus ujian untuk menjadi seorang pegawai polis. Sikap dan perwatakannya tidak menjurus ke arah seorang yang tidak waras akal fikirannya. Dia bijak mengawal minda dan dengan itu dia dilihat sebagai orang normal."

Linda bingung. "Jadi..dalam kes ni, polis pun tak ada bukti kukuh menuduh kakak saya sebagai pembunuh kan?"

"Ya...kalau berdasarkan sejarah perubatan ni, polis tak boleh tuduh macam tu saja. Lainlah kalau ada saksi kejadian masa pembunuhan itu berlaku. Setakat yang saya tahu, masih tiada saksi pembunuhan. Saya hanya beri keterangan dari segi perubatan saja. Itu terpulang pada pihak polis untuk menilai dan mencari bukti. Tapi pada pendapat saya, tak mungkin Hani membunuh. Dia hanya mengalami trauma yang kronik. Itu saja. Dia tidak pernah tertinggal sebarang ubat yang saya suruh makan. Bermakna dia masih dalam kawalan. Keadaan split personality itu akan berlaku bila dia sudah lama tidak mengambil ubat, otaknya akan dikuasai oleh orang lain, maksud saya..bukan dirinya dan masa itulah dia boleh bertukar jadi orang lain. Setakat ini, dia masih mengambil ubat itu mengikut jadual."

Linda semakin bingung. Sungguh dia merasa semua itu seperti dalam mimpi. Kak Hani sakit jiwa kah?? "Adakah kakak saya ada potensi untuk menjadi gila?"

"Tidak..selagi dia mengambil ubat mengikut jadual tapi dia tidak  harus bergantung pada ubat, dia harus ada semangat untuk pulih. Jangan biarkan dia sendirian." Dr. Izani pandang Linda yang sudah berubah riak.

"Doktor rasa...logikkah jika kakak saya dituduh sebagai pembunuh? Adakah perasaan dendam dia tu akan membuatkan dia mengalami trauma dan tekanan dan seterusnya boleh ke peringkat membunuh?"

Dr. Izani diam sejenak. Pertanyaan Linda tadi  sukar untuknya memberi jawapan kerana perlakuan orang yang mengalami split personality ini , dia tidak akan sedar apa yang berlaku selepas apa yang dia buat, tak kira sama ada perkara itu baik atau pun buruk.

"Mungkin juga..tetapi  pihak polis tidak boleh menahannya sebagai pesalah,  sekiranya Hani disahkan sebagai sakit jiwa. Jika disahkan demikian, dia tak akan masuk penjara sebaliknya dia akan dimasukkan ke wad pesakit jiwa dan dirawat di situ." Agak perlahan Dr. Izani menutur kali ini.

"Terima kasih doktor.." Linda mula minta diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 08:56 PM | Show all posts
PETANG ITU, usai habis ward round, Linda mula meneliti semua jenis ubat yang diberikan Dr. Izani kepada Kak Hani. Dia perlu tahu semua itu agar senang baginya nanti untuk merawat sendiri kak Hani. Kak Hani tidak boleh dibiarkan sendirian, tambah lagi dalam keadaan sekarang ini. Kak Hani perlukan lebih perhatian dan itu bermakna, apa juga permintaan kakaknya perlu dipenuhi selagi ia tidak memudaratkan.

Bergegas Linda ke tempat parkir kereta. Dia perlu segera pulang ke rumah. Hari ini kak Hani dipanggil untuk sesi soalsiasat. Terkilan juga kerana tidak dapat menemani kak Hani di balai, kebetulan pula dia sibuk dengan tugas di wad dan segala laporan kesihatan pesakit untuk diserahkan kepada pensyarah untuk menilai. Berada di tahun akhir pengajian sungguh memenatkan. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Terasa otaknya tidak mampu menampung semuanya.

"Linda!!" Amir berlari pantas ke arah Linda yang sudah menapak ke kereta.

"Ada apa?"

"Dah nak balik ke?" Amir masih tercungap-cungap hasil berlari mengejar Linda tadi.

"Ya, kenapa?"

"Aku nak beritahu sikit..pasal kakak kau, Hani."

"Kenapa dengan dia?" Linda sudah merasa tidak sedap hati. Sekarang ini apa jua yang berkaitan dengan kak Hani, sudah terasa seperti satu tamparan hebat buatnya dan keluarga. Terus saja merasa berdebar.

"Hani..dia ugut Aylanins. Malik yang beritahu aku.." Amir masih menahan mengah. Riak Linda sudah berubah.

"Maksud kau?"

"Dia ugut nak bunuh Aylanins kalau Aylanins masih nak teruskan bernikah dengan Malik."

Linda terdiam. Pelik pula mendengar kata-kata Amir tadi. Bagaimana pula Kak Hani mengugut Aylanins sedangkan Kak Hani sendiri benci pada Malik. Takkan kak Hani cemburukan Aylanins? "Mana Malik tahu semua tu? Kau percaya Malik tu?" Sinis Linda menutur kali ini.

"Malik terima surat ugut tu..kalau dia teruskan nikah, Aylanins akak mati. Siapa lagi kalau bukan Hani? Aku sejak dulu dah syak yang Hani tu mawar hitam!" Amir turut tersenyum sinis.

"Amir! Kau jangan celupar sangat! Polis pun masih belum tahu lagi siapa mawar hitam, yang kau sibuk nak tuduh kakak aku tu kenapa?" Linda sudah naik angin. Mahu ditamparnya mulut celupar lelaki itu. Terasa cintanya pada Amir sudah semakin pudar. Sejak Amir menagih kasih Nayla dulu lagi. Entah kenapa Amir ingin kembali padanya, terima cintanya.

"Aku dapat tahu..polis pun sudah dapat kesan cap jari pada tubuh mangsa dulu. Pakar forensik sudah mengenal pasti kesan cap jari tu. Aku bukan mereka cerita Linda. Ada bukti kukuh. Hani harus berhati-hati."

"Aku tak faham dengan kau ni Amir. Kau menyebelahi siapa sekarang ni? Kau balas cinta aku tapi masa yang sama kau hentam kakak aku. Apa kau ada agenda lain yang aku tak tahu?" Linda mula merasa sangsi dengan sikap Amir.

"Aku ikhlas terima kau tapi apa yang aku beritahu ni adalah untuk kebaikan kau juga. Hani tu, dia perlu pertahankan diri jika benar dia tidak bersalah. Berat hukumannya nanti." Balas Amir semula. Linda seolah menyindirnya. Menyesal pula membalas cinta gadis itu dan pada masa yang sama, Linda seperti tidak percaya padanya.

"Sudahlah Amir. Aku nak balik.." Linda buka pintu kereta tapi ditahan oleh Amir. "Kau nak apa lagi?"


"Trust me! Aku nampak apa yang Hani buat dulu.." Akhirnya Amir bongkarkan rahsia yang disimpan selama ini.


"Hah??? Apa maksud kau??" Terbeliak Linda mendengar pengakuan Amir.


"Ikut aku..aku akan ceritakan semuanya pada kau.." Amir segera tarik tangan Linda menuju ke keretanya dan kereta dipecut keluar dari kawasan hospital. Mereka menuju ke satu tempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 09:30 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 3-3-2015 09:47 PM

BAB 41



AMIR lega. Rahsia yang disimpan selama ini terbongkar juga akhirnya. Dia sengaja tidak mahu mendedahkan perkara itu kepada Linda atau sesiapa juga memandangkan dulu dia juga pernah menjadi 'werewolf' yang tidak pernah dimintanya. Tidak sangka, mangsa yang dibunuhnya dulu sudah digunakan oleh mawar hitam untuk mengelirukan pihak polis. Ketika itu, dia masih di sisi mayat ketika kejadian itu berlaku. Memang dia tidak ingat apa-apa bila dia membunuh mangsa tapi dia tersedar dalam keadaan lemah dan badan penuh darah, ketika itu dia terduduk lemah di perdu pokok tidak jauh dari mayat mangsa dan ketika itulah dia ternampak seseorang meletakkan sekuntum mawar hitam di sisi mangsa. Walaupun dia masih dalam keadaan lemah dan tiada tenaga, matanya masih belum rabun lagi untuk mengecam susuk tubuh yang mendekati mayat itu.

"Mir..kau menung apa? Jauh mengelamun?" Alir tepuk bahu Amir yang nyata sudah berkhayal di situ.

"Oh abang..dari mana ni?"

"Abang baru balik dari jumpa Hanna dan Ipo. Nicki mana? Tak nampak pun batang hidung?" Alif menjenguk sekitar ruang tamu rumah.

"Entah la..bukan abang tak tahu, dia kan sekarang ni sedang membina cinta dengan doktor manis tu." Amir sengih.

"Oh ya..lupa pulak." Alif tepuk dahi.

"Hmm..abang macam mana? Abang dah luahkan isi hati abang tu pada Nayla?"Usik Amir, walaupun jauh di sudut hatinya, dia kecewa melepaskan Nayla dan terima Linda.

"Entahlah..abang je yang ada perasaan tu. Nayla tak pernah ada rasa yang sama untuk abang. Nayla pun ada beritahu abang yang dia pasrah dengan pilihan nenek dia nanti. Dia terpaksa mengalah..." Alif sandar di sofa, kepalanya turut diletakkan di sofa dengan keadaan mendongak ke siling.

"Abang..kalau abang suka Nayla tu, abang kena usaha bang. Berdepan dengan nenek Nayla tu. Sanggup ke abang nak tengok Nayla bersama orang lain?" Amir cuba beri semangat pada abangnya walaupun  hatinya sendiri terluka. Biarlah, sekurang-kurangnya abangnya bahagia. Abang sudah banyak berkorban untuknya dulu.

"Entahla Amir..tapi bila Amir kata macam ni, abang rasa abang nak cuba." Alif mengukir senyum.

"Macam nilah abang Amir yang kacak! Macho! Gentleman!!"

Alif hanya senyum nipis. Berbakul pujian Amir padanya.

"Hmm..Conan macam mana? Bahagia ke dia dengan adik kembar Nayla?" Soalan lain pula ditanya Amir pada abangnya. Dia pun tidak sangka kehidupan mereka semua sudah seperti keluarga 69. Arisha kekasih hati Nicki, terpaksa bernikah dengan Conan. Aylanins pula terima Malik, lelaki yang cuba merosakkan Hani dulu. Muzafar pula cintakan Hani tapi ditolak Hani mentah-mentah dan dia sendiri turut terpalit sama dengan semua itu. Pening!

"Entahlah..abang terserempak dengan dia orang kat pasaraya semalam, bukan main mesra lagi abang tengok." Alif sengih.

"Baguslah macam tu..terimalah ketentuan dari Nya. Life must goes on." Amir turut senyum.

"Kau macam mana? Linda ok ke?" Alif bertanyakan hal Linda pula. Dia tahu, gadis itu dulu tergila-gilakan Amir.

"Dia baik..tapi sekarang ni nampak macam..dia tu nak jauhkan diri saja. Entahlah.." Amir pula menghela nafas panjang.

"Jodoh tu Allah yang tentukan. Kita hanya perlu berusaha dan berdoa."

"Ha..tu pun Nicki dah balik." Amir pandang ke arah pintu rumah yang terbuka.

Nicki menapak masuk setelah kasut diletakkan di rak kasut dan dia turut melabuhkan punggung di sofa, join Amir dan Alif di situ. Dia pandang keduanya yang tersengih-sengih memandangnya sejak dia masuk ke situ lagi. "Apa hal korang ni?"

"Tak ada...kau ni sejak dapat awek baru, dah tak ingat kat kita orang ek? Setahu aku, sejak kau balik ke sini, kau tak pernah jumpa Conan, kenapa? Korang dah bergaduh ek?" Alif mengusik.

"Tak adalah bergaduh...aku cuma tak sanggup lihat Arisha je. Kalau aku pandang muka Conan, aku teringat Arisha. Biarlah aku rawat dulu luka aku ni..biar betul-betul sembuh dulu.." Nicki menutur lemah.

"Aik! Takkan berdarah parah lagi? Yang kau keluar dating dengan doktor muka Jpop tu apa?" Amir pula mengusik.

Pantas Nicki menoleh ke arah Amir. Jpop?? Istilah apa pulak dia orang ni! "Alah..aku berkawan je tapi aku segan la. Esok, dia nak juga aku pergi ke rumah orang tuanya di Damasara. Aku segan la.." Nicki tunduk sambil memutarkan kunci kereta di hujung jari telunjuk kanannya.

"Apa nak segannya? Itu maknanya, dia serius la tu. Elok la tu, Arisha pun dah nikah. Kau nak tunggu apa lagi?" Alif pula mencelah. Dia geleng.

"Hmm..oklah..aku pergi esok. Oh ya, aku tak jadi la kerja kat Kuantan. Aku dah dapat kerja kat sini juga. Rasa payah pulak nak cari rumah sewa kat sana.." Nicki mula beritahu Alif, bermakna dia akan menetap bersama Amir dan Alif di unit kondo itu.

"Alasan! Rumah sewa payah nak cari konon! Cakap jelah kau sayang nak tinggalkan doktor tu kan?" Amir mengusik lagi. Dia sudah melihat riak Nicki yang tersenyum-sengih.

"Sudahlah..aku nak mandi. Korang ni tak reti nak solat ke? Waktu dah nak habis ni!" Nicki bingkas dari duduknya dan terus saja ke bilik.

Amir dan Alif ketawa mengekek.

Nicki masuk ke dalam bilik. Dia meraup muka. Gila! Semuanya terasa sudah kucar kacir. Hatinya sudah bercelaru. Tambah lagi bila hendak menunggu esok. Berdebar-debar. Tersenyum sendiri Nicki di dalam biliknya bila memikirkan hal itu. Terasa dia pula seperti perempuan yang hendak dikenalkan dengan keluarga bakal mertua.

"Hei! Kau kan lelaki! Biar poyo sikit!" Kata hati Nicki, tersenyum lagi. Dia capai tuala dan mula menapak ke bilik air. Malam esok, dia diundang makan malam bersama keluarga Dr. Harlina.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.067239 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list