CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: famri7

[Tempatan] KELATE SEMAKIN PARAH : Penduduk Manek urai terpaksa panjat bukit untuk selamat.

 Close [Copy link]
Post time 25-12-2014 02:48 PM | Show all posts
ultra78 posted on 25-12-2014 02:27 PM

tak keluar plak perkataan BALA Allah swt ye....kalau Johor banjir dulu...mulut2 puaka tu semua lah kaitkan dgn bala..malah dikaitkan juga,,,anak seorang pemimpin UMNO dirogol dan dibunuh adalah bala dari Allah swt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 25-12-2014 02:24 PM
hikmahnya banjir ini, dua2 highlighted thread utk banjir dibukak dan dimenten dgn rajinnya oleh du ...

Mana taknya.set2 urban kokusen tu rupa2nya anak jati klate.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:51 PM | Show all posts
semalam punya cerita:

Thursday, December 25, 2014

Situation In Kuala Krai Hospital Critical. Armed Forces Do Something

I just received this sms. This is a series of smses from the Hospital in Kuala Krai, Kelantan. The situation is pretty critical at Kuala Krai.  Power and telephone lines are dead and patients lives at the Hospital are in danger. Here is the sms message:

[24/12 20:07]  adbh ab1: Air memang masih menaik.  Keluarga saya dah lari atas bukit.
Kami kat hospital masih bertahan..bot pon x boleh sampai bawa bantuan sbb arus laju sangat

[24/12 20:07] adbh ab1: Dengarnye army akan hantar bantuan melalui helikopter.  Kalau air x surut2..esok mungkin akan evacuate patient  dengan heli sbb bekalan oksigen pun x tahan lama

[24/12 20:09] adbh ab1: Bekalan elektrik dah putus satu bandar
Kami kat hospital guna generator...mungkin tahan 24-48 jam, jimat cermat
Talian telefon slow2 nak putus dah, landline TM dah x berfungsi
Maxis n digi x dapat line.  Celcom boleh lagi sikit2

[24/12 20:11] adbh ab1: Kalau tengok berita, mereka tak cerita sangat pun how bad things are over here.

They kept saying that situations are bad...tapi khabar berita tentang berapa teruk tu tak diberitahu pun.

Org sebarkan berita melalui whatsap dan facebook...it's like the nation doesnt really care.
Sibuk nak sambut tahun baru dengan artis?

[24/12 20:14] adbh ab1: My staffs are working round the clock.  Orang sama je tak henti henti kerja

Dapur gelap gelita...utk masak utk beratus2 org, kami cari lampu suluh dari wad, dari dewan bedah, dari ICU

Kat Manek Urai...beribu2 org berlindung kat sekolah yang hampir tenggelam, duduk atas bukit yang hampir tenggelam.

Sebuah heli bantuan pun x nampak.
[24/12 20:18] adbh ab1: Kami doktor bius duk fikir tentang patient ICU.  Bernafas dgn mesin
Kat KB, usm, semua dah penuh


Air pun dah makin naik kat KB...dia org tgh fikir nak pindahkan berpuluh2 patient yg bernafas dgn mesin kat sana, nak pindah ke mana.

[24/12 20:23] adbh ab1: Semalam ada pesakit meninggal, jasad dah hantar keluar dgn bot bomba, keluarganya masih terdampar kat hospital. Tak tahu nak gi mana.  

Hospital ni adalah tempat paling selamat di bandar kuala krai skrg.

Kami masih ok...masih boleh fikir tentang makan, ttg pakaian, ttg ubat.

Belum fikir tentang mati dan tenggelam, tapi kami dah telefon keluarga masing2....pesan-pesan...kirim salam.

Some of our mothers are crying, but we are not yet worried about us dying. No, not yet, but the water keeps rising.
Selagi masih ada talian celcom/wifi, I'll try to tell our stories here.

[24/12 20:24] adbh ab1: Doakan kami deh. Kami dan keluarga kami... some of us here, rumah2 dah lesap tenggelam, kenderaan dah tenggelam.

Allahu rab   Sedih

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/12/situation-in-kuala-krai-hospital.html
Last edited by hzln on 25-12-2014 02:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:52 PM | Show all posts
Banjir: Kota Bharu lumpuh
AZRAN FITRI RAHIM  |  25 Disember 2014 2:15 PM
  2  4 Google +0
KOTA BHARU 25 Dis. - Limpahan air Sungai Kelantan yang naik sejak semalam hampir memenuhi keseluruhan bandar ini menyebabkan aktiviti lumpuh.
Pejabat Utusan Malaysia Biro Kelantan turut terjejas dan operasi terpaksa dipindahkan ke lokasi lain.
Biarpun menghadapi kesukaran operasi akhbar ini tetap diteruskan seperti biasa bagi memberikan laporan terbaik kepada pembaca.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati air turut memenuhi Wisma Persekutuan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Jalan-jalan utama di bandar ini turut ditutup. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.IFaZWG3k.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:53 PM | Show all posts
Ya Allah swt ...selamatkn la mangsa2 banjir

walau dimana mereka berada

Aamiin.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:54 PM | Show all posts
Changa posted on 25-12-2014 01:25 PM
dengan sensitiviti tak boleh nak surut kan bah itu.
takat nak simbolik sensitiviti pelbagai baik  ...

sila jawab soalan saya,kalau family ko ada meninggal harini,adakah malam ni atau esok ko nk buat konsert? ataupon kawan2 ko tiba2 datang nak buat party.nak buat ke tak? ataupon rumah ko roboh arini,malam ni jiran ko buat konsert terlalak terlolong2.ko nak bising tak atau ko join skali?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2014 02:56 PM | Show all posts
Paras air sungai utama di Kuantan catat penurunan
25 Disember 2014 2:07 PM

KUANTAN 25 Dis. - Paras air Sungai Kuantan, Sungai Belat, Sungai Pandan dan beberapa lagi sungai utama di daerah ini semakin menurun
Bagaimanapun, laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah memaklumkan, tumpuan diberikan kepada kawasan sempadan Kuantan-Pekan di mana bermula pukul 4 pagi tadi paras air di Sungai Jarau, Sungai Lepar, Sungai Pahang Tua dan Sungai Soi meningkat berikutan aliran air dari hulu Sungai Pahang.
"Keadaan ini menyebabkan kawasan-kawasan rendah dan berhampiran sungai berpotensi untuk terjejas," jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.77nwifj9.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:57 PM | Show all posts
Lebih 90,000 mangsa banjir di lima negeri dipindahkan
25 Disember 2014 12:28 PM
  
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).

Di KELANTAN, jumlah mangsa terbaharu itu menyaksikan peningkatan 5,190 orang berbanding 27,153 mangsa malam tadi, menurut portal banjir kerajaan negeri.
Pertambahan mangsa berlaku di Tanah Merah dan Kota Baharu, dan ibu negeri Kelantan itu kini lumpuh akibat limpahan Sungai Kelantan sejak semalam.
Selain kedua-dua jajahan itu, mangsa banjir tersebut membabitkan tujuh lagi jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.
Sebanyak 15 lagi laluan ditutup pagi ini akibat banjir, menjadikan keseluruhan 37 laluan di Kelantan ditutup kepada lalu lintas berikutan banjir.

Di TERENGGANU, 28,991 mangsa daripada 6,975 keluarga kini berada di 124 pusat pemindahan setakat pagi ini, dengan Kemaman daerah paling teruk terjejas dengan 19,405 mangsa daripada 6,975 keluarga.
Sejumlah 5,022 mangsa di Dungun dipindahkan ke 33 pusat pemindahan, diikuti Kuala Terengganu (3,203/14 pusat), Hulu Terengganu (640/11 pusat), Besut (562/lapan pusat), Marang (115/dua pusat) dan Setiu (44/tiga pusat).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Pahang yang membabitkan lapan daerah bertambah 8,372 orang kepada 24,316 orang pagi ini berbanding 15,944 orang daripada 4,015 keluarga malam tadi. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.rV6EvX2d.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 02:58 PM | Show all posts
umah my mom yg da 20thn x sampai air banjir.. ptg ni (masa ni) air da sampai kat laman...

btabahlah semua...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:00 PM | Show all posts
Batalkan semua penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baru - Irmohizam


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk membatalkan semua penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baru sebagai tanda keprihatinan terhadap musibah dan bencana banjir besar yang melanda beberapa negeri di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu membatalkan semua sambutan tahun baru secara besar-besaran termasuk acara bunga api dan seumpamanya.

"Kerajaan perlu menggantikannya dengan acara berunsurkan keagamaan 'ritual dan doa' dalam bentuk pengisian kerohanian mengikut kepercayaan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

"Ini seterusnya menunjukkan tanda keprihatinan pemimpin dan kerajaan terhadap musibah dan bencana banjir besar yang saya anggap antara yang terburuk yang melanda beberapa buah negeri di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, kerajaan juga dicadangkan untuk menggantikan sambutan ambang tahun baru tersebut dengan pengisian yang merangkumi solat maghrib, bacaan Yasin dan doa selamat, solat isyak dan solat hajat berjemaah bagi yang beragama Islam.

"Manakala bagi penganut agama-agama yang lain, acara berunsurkan agama mengikut kepercayaan masing-masing boleh dilakukan di kuil dan tokong serta rumah ibadat masing-masing di seluruh negara.

"Kita sebagai rakyat harus bersatu padu, mesti disertakan rasa ukhwah atau rasa persaudaraan serta mengutamakan kesusahan rakyat secara keseluruhannya.

"Apatah lagi, antara intipati amalan perpaduan merangkumi sifat tolong-menolong dan berasa simpati atas kesusahan atau musibah yang menimpa orang lain," jelasnya.

Irmohizam turut meminta rakyat negara ini berdoa supaya cuaca bertambah baik dan semoga keluarga dan mangsa banjir diselamatkan.

"Doa kita agar semua dibawa ke tempat perlindungan serta diberi semua bantuan yang sepatutnya," ujarnya.

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk pada Khamis apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang dikatakan merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Kata Irmohizam lagi, walaupun cuaca dijangka baik pada awal tahun depan, namun Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan ada lagi episod
keempat iaitu bermula pada 28 sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my




Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:00 PM | Show all posts
pemandangan dari spital kuala krai


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:03 PM | Show all posts
Tan Sri Annuar Musa added 3 new photos.
27 mins ·




Sy post di fb bukan utk polimik tp utk share imfo dan dpt pertolongan...SAYA MASIH STUCK DGN BEKALAN YG TAK DPT DI GERAKKAN..tak cukup kemudahan..dah 4 jam di sini utk ke laloh...TUNGGU HELI..dr Rahman hospital k krai baru talipon minta tolong ..BEKALAN MAKANAN DAN DIESEL DI HKK BOLEH BERTAHAN SETAKAT PKL 4ptg..bekalan putus!!!!!...masih ramai lari ke bukit dll...SAYA IN CONTACT DGN DATO PA,DATO RAMZI DLL...also MKN DAN KPN DATO MAZLAN...ALL WORKING HARD DAN DI MEDAN...tapi ASSET DAN SUPPLY TAK CUKUP...APA PUN KAMI TERUS BERUSAHA DAN BERADA DI LAPANGAN SKRG..HARAP HELI DPT LAND AMBIK KAMI DI MACANG UTK KE MANEK URAI NOW!!!!!




Tan Sri Annuar Musa
3 hrs ·
Saya dgn barang dan bekalan TAPI TAK BOLEH SAMPAI KE SASARAN...mcm mana dgn mereka yg lari ke bukit bukit dan yg tetperangkap di sekolah sekolah...HARAP SAMPAI BEKALAN...byk imfo mengadu putus bekalan makanan dan lapar...PLS HELP PLS PLS!...putrajaya PLS HELP..bekalan tak sampai..ASET TENTERA DLL TAK CUKUP NI...MORE NGO DAN SWASTA PLS...KELANTAN NEED MORE HELP...URGENTLY...!! Last edited by siputsedut on 25-12-2014 03:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:03 PM | Show all posts
Mary_jane posted on 25-12-2014 03:00 PM
Batalkan semua penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baru - Irmohizam

betul jugak...sebelum ni kita dilanda cuaca panas tidak ada hujan dan kekurangan air sehingga hampir 9 bulan...kini kita dilempahi dgn air sampai cecah bumbung rumah, hujan hari2 spt mana berlaku diPantai Timur..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:06 PM | Show all posts
bantuan takleh nk reach kuala krai
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriously malaysia tak prepared utk bencana seperti ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:14 PM | Show all posts
siputsedut posted on 25-12-2014 03:06 PM
bantuan takleh nk reach kuala krai

anak sepupu last ari selasa call.. lepastu lost contact ada kat pusat pindahan kuala krai... abis camnalah... orang sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
La ni hujan turun kat shah alam juga. ....terbayang kesusahan kat pantai timur
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:18 PM | Show all posts
ultra78 posted on 25-12-2014 03:14 PM
Seriously malaysia tak prepared utk bencana seperti ini

mungkin disebabkan tidak selaras antara negeri dan pusat...masing2 bertindak sendiri...tak ada kepalanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:25 PM | Show all posts
Sedihnyaaa.. hiba hati ini... abang @famri7 tolong jaga diri baik2  ;'(
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:26 PM | Show all posts
siputsedut posted on 25-12-2014 03:03 PM
Tan Sri Annuar Musa added 3 new photos.
27 mins ·

mohon keizinan utk tepek menda ni di thread najib main golf, utk tatapan macai buta hati di sana

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.410051 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list