CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 26-2-2015 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:20 PM

"Daddy !" Jari kecil itu menunjuk ke arah Zack. Zulkarnain mendekati Jie dan seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Anak Daddy !" Zack mengambil Tasha dari dukungan Zulkarnain. Memang dari tadi puas sudah Zack berjalan mencari anak kecil itu."Rindu Daddy tak?" Rambut lebat Tasha diusap. Terserlah kasih sayang walau tiada pertalian darah.

"Rindu !" Pipi Zack dicium. Pandangan si cilik beralih ke Jie. " Mommy !"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 07:07 PM | Show all posts
@elia201... apakah rahsia besar yg Tan Sri sembunyikan berkenaan jie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:21 PM

Cont..

"Ada apa sayang ?" Jie mendekati Tasha.

"Tasha nak makan ais krim dengan Mommy Daddy. Dah lama Daddy dengan Mommy tak datang jumpa Tasha.." Anak kecil itu monyok. Merajuk barangkali.

"Tasha dengan Daddy pergi dulu. Nanti Mommy datang ok?" Jie serba salah meninggalkan Zulkarnain sendirian. Tambahan pula Jie tak mahu timbul salah faham jika Zeeta ternampak mereka.

"You tak nak join I dengan anak ke?" Sebetulnya Zack juga berharap Jie bersetuju menyertai mereka. Rindu untuk menatap wajah yang pernah dicintai.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 01:17 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-5-2015 04:47 AM

"Zaf !!" Laungan itu bukan saja membuatkan Jie tersentak malah Zack juga. Tak sangka Mama boleh berada disini. Mengerti akan perselisihan antara Tengku Safiah dan Jie, Zack berharap tiada kekecohan berlaku.

" Kenapa Mama ?" Zack menyoal tenang. Tasha dalam pelukannya mula ketakutan melihat wajah bengis Tengku Safiah.

" Zaf memang tak belajar dari kesilapan ke ha ?!" Tengku Safiah menghampiri mereka. " Pernah tak Zaf fikir  perasaan Zeeta kalau nampak Zaf dengan perempuan miang ini ?! Sebab dialah rumahtangga Zaf goyah , tau tak?!" Hati mendidih marah melihat Zack dan Jie yang nampak mesra berbual dari tadi. Tengku Safiah tak suka anak bongsunya bertegur sapa dengan Jie. " Mama nak Zaf masuk sekarang !!" Kuasa veto sebagai Mama digunakan untuk memastikan Zack mengikut telunjuknya.

Zack masih lagi tidak berganjak. " Zaf akan masuk kejap lagi. Mama masuk dulu. Nanti Zaf jumpa Mama." Bukan niat Zack untuk menyanggah arahan Mama namun baginya tiada yang salah berbual dengan Jie. Wanita itu masih kakak iparnya !

"Zaf pun dah nak jadi Ray, diperbodohkan perempuan ini ke?!" Hati Tengku Safiah makin panas. Sudahlah Rayyan menentangnya kerana Jie sekarang Zack pula enggan menurut kata katanya.

" Apa yang kamu dah guna gunakan Ray dengan Zaf ?!" Serangan beralih ke arah Jie. "Kamu memang perempuan tak guna !" Kata kata makian terhambur dari bibir.

" Mama !! " Nada suara Zack mula tidak terkawal.  Mama tak seharusnya berkata begitu.

" Najiha tak buat salah apa apa pun !" Pada pandangan Zack,  Jie tidak bersalah. "Kenapa Mama asyik pandang serong dekat dia?" Sungguh Zack tak faham kenapa Tengku Safiah seperti membenci Jie. Apa dosa Jie? Entahlah.. Hanya Mama sahaja punya jawapan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 05:39 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 3-6-2015 01:32 AM

Tengku Safiah kelu. Zack semakin biadab mempersoalkan tindakannya . Semuanya gara gara Najiha ! Spontan wanita itu dirapati. Jie cuba ditolak namun sempat ditahan Zack. Pegangan terhadap Tasha dilepaskan. Tasha menangis disisi Zack melihat Mommy dikasari.

Zulkarnain segera masuk campur. Tengku Safiah keterlaluan ! Melihat Jie dikasari, Zulkarnain tiada pilhan.

"Aunty !!" Zulkarnain makin hilang sabar. Niat asal tak mahu masuk campur kerana Zulkarnain sendiri tidak tahu punca pertikaman lidah lelaki muda itu dengan Tengku Safiah.

Setakat yang didengar wanita anggun itu tidak suka Jie dan anak muda itu berbual mesra.

"Zul masih respect Aunty sebagai orang lebih tua ! Tapi kalau Aunty ada niat nak sakiti Jiha , Zul tak boleh diam diri. Zul boleh charge Aunty cuba cederakan Jiha !! Ingat itu Aunty !!"  Amaran keras terpaksa diberikan.

Zack baru sedar kehadiran lelaki yang sedang bertekak dengan Mama.

Pada hematnya lelaki ini salah seorang sukarelawan disini tapi tak sangka pula ada kaitan dengan Jie. Malah sanggup mempertahankan Jie yang dikasari Mama.

"You ok tak Najiha?" Zack risau. Wajah kakak iparnya kelihatan pucat.

Jie hanya mengangguk. Syukur tiada kecederaan pada diri. Cuma sedih dengan layanan buruk Tengku Safiah yang tidak pernah puas menyakitinya

"Kita balik Jiha !" Hajat untuk membawa Jie bertemu Umi hari ini dibatalkan. Mungkin lain kali saja memandangkan Tengku Safiah ada disini.

Zulkarnain lega. Kebimbangan mula beransur hilang. "Thanks sebab selamatkan dia." Wajah Zack direnung sekilas. Tiada respon.

Pandangan tajam Tengku Safiah tak di ambil peduli oleh Zulkarnain. "By the way you nasihatkan Mama you jangan lakukan sesuka hati dia ! Najiha bukan anak patung ! I takkan teragak agak ambil tindakan undang undang terhadap Mama you kalau Najiha disakiti lagi!" Sempat  kemarahan diluah ke Zack.

Zack tidak mengendahkan kata kata Zulkarnain. Fokus masih terhadap Jie. "I teman you sampai ke kereta. You drive, kan?" Kalau saja Tengku Safiah tiada disini, Zack rela menawarkan bantuan menemani wanita itu pulang. Simpati dengan Jie yang selalu menjadi mangsa Mama !

Jie senyum. " It's ok ! Zul yang bawa I ke sini."  Setelah yakin keadaannya stabil, Jie mula berdiri tegak. I balik dulu !"

Tasha dipeluk. "Next time Mommy bawa Tasha jalan jalan." Air mata si comel dikesat. "Tasha jangan nakal nakal ok." Jie sempat berpesan sebelum berlalu. Anak kecil itu angguk. Wajah sedih memikirkan Mommy yang ingin pulang.

Tengku Safiah puas melihat Jie dan Zulkarnain berlalu pergi.

Walau tak menduga lelaki muda tadi berani mengancamnya demi mempertahankan Jie namun Tengku Safiah tidak peduli !

Asal saja Zack tidak dibiarkan berhubungan dengan Najiha.

Takut anak bongsunya hanyut dengan kenangan Najiha semula sehingga mengabaikan Zeeta menantu kesayangan Tengku Safiah.

"Dah ! Zaf masuk ! Anak Zaf ada didalam ! Danish ! Bukan dia !" Tengku Safiah bersuara mengarah. Jari telunjuk dihala ke arah Tasha. Benci mendengar kanak kanak itu memanggil Zack sebagai Daddy malah turut menggelar Jie, Mommy.

Zack hanya mampu terpaku. Tak menduga Mamanya boleh bercakap begitu didepan anak sekecil Tasha ! Sayu mula terasa. Memahami perasaan si kecil yang dahagakan kasih sayang ibu dan ayah kerana dirinya jua begitu dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 11:28 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-2-2015 11:34 PM

Zulkarnain sengaja mengajak Jie menghabiskan masa di pantai berdua. Maklum dengan sikap Jie yang gemarkan keindahan alam semulajadi. Cuaca redup. Sesuai untuk bersantai. Jie selamba berjalan berkaki ayam di atas pasir pantai. Kadang kaki dibiarkan terbenam. Sandal yang dipakai Jie dipegang oleh Zulkarnain.

Senyuman mekar dibibir. Rambut ikalnya terbuai mengikut alunan angin. Wajah dipaling ke arah Zulkarnain. "I'm happy now ! Thanks Zul !" Mata mereka bertentangan.

Segera jari jemari runcing itu diraih dalam genggaman. "I sanggup buat apa saja asal you gembira...Kalau boleh I nak you senyum selalu bila dengan I.. You are my everything! Trust me !" Sukar untuk diluahkan dengan kata kata. Pertemuan semula mereka membuahkan bibit cinta dalam hati Zulkarnain.

"Sweetnya you hari ini... Terlebih makan gula ek?" Jie sengaja mengusik.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2015 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:25 PM

" I tak main main !"Riak wajah berubah. Zulkarnain tidak berjenaka."Kalau untuk you I memang tak kisah buat apa saja ! You cakap saja nak apa ,I akan cuba penuhi kalau I mampu. I cuma nak bahagiakan you , Jiha.." Memang itu yang diinginkan. Melihat Jie gembira selalu.

Jie gelak. Yakin Zulkarnain bercanda. " Kalau I bukan isteri orang mungkin I cair dengan you !" Masih lagi tertawa. Tiada niat disebalik kata. Lebih kepada gurauan.

"You akan jadi isteri I !" Riak wajah tetap serius. "I akan pastikan Rayyan ceraikan you ! No matter what !" Zulkarnain tekad. Tak kisah meruntuhkan rumah tangga Jie asalkan hasratnya untuk mendapatkan wanita itu tercapai.

" Please Zul.. Stop talking nonsense !" Jie mula rasa tidak selesa. Walau tahu perkahwinannya dan Rayyan bakal berakhir namun Jie tidak suka Zulkarnain menganggap dirinya akan menerima lelaki itu sebagai suami. Masih terlalu awal.

"Atau you masih berharap untuk hidup dengan Rayyan?" Wajah cantik itu ditenung. "Berpijak dibumi nyata Jiha ! Mama Rayyan benci you ! I tak rasa Mama Rayyan akan  terima you  ! Malah Mama dia akan cuba untuk pisahkan you dengan Rayyan. Sanggup you hidup dimaki hamun macam tadi?" Zulkarnain cuma mahu Jie sedar cinta sahaja belum tentu menjamin kebahagiaan. Restu orang tua itu penting !

" I tau tu Zul ! Memang dari awal Tengku Safiah tak restu I dengan Rayyan." Jie sedar dirinya bukan menantu pilihan seperti Zeeta. Wajah yang tadi ceria berubah muram.

"Kalau you tahu you kena pastikan Rayyan ceraikan you ! You harus putuskan hubungan dengan semua yang berkaitan Tengku Safiah. Sebab selagi you masih isteri Rayyan selagi itulah Tengku Safiah akan membayangi hidup you !" Zulkarnain berharap Jie akan termakan kata katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:26 PM | Show all posts
elia201 replied at 28-2-2015 06:47 PM
" I tak main main !"Riak wajah berubah. Zulkarnain tidak berjenaka."Kalau untuk you I memang tak kis ...

mcm2 jie ni kena. tapi untung, ada je jantan sanggup tolong and tawar cinta. Orang cantik katakan.....

asal aku cemburu watak jie ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 1-3-2015 02:26 PM
mcm2 jie ni kena. tapi untung, ada je jantan sanggup tolong and tawar cinta. Orang cantik katakan. ...

As a man memang akan prefer perempuan cantik tp trust me kecantikan x kekal pun.. mcm Jie.. watak die mungkin cantik dan digilai ramai tp bahagia ke dia? I create watak Najiha ini as beauty with pain.. means kecantikan dia buat diri dia dibenci
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 04:34 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 06:43 AM
As a man memang akan prefer perempuan cantik tp trust me kecantikan x kekal pun.. mcm Jie.. watak  ...

Betul. Tapi jie masih bertuah. Dia diuji begini. Ujian gini sikit saja.

Hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 05:19 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 02:47 AM
" I tak main main !"Riak wajah berubah. Zulkarnain tidak berjenaka."Kalau untuk you I memang tak kis ...
"You akan jadi isteri I !" Riak wajah tetap serius. "I akan pastikan Rayyan ceraikan you ! No matter what !" Zulkarnain tekad. Tak kisah meruntuhkan rumah tangga Jie asalkan hasratnya untuk mendapatkan gadis itu tercapai.
'Gadis' adalah untuk perempuan yang belum bernikah. Yang sudah dan pernah bernikah, tak lagi dipanggil 'Gadis'.

Sekadar berkongsi. Harap tak marah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 05:19 PM
'Gadis' adalah untuk perempuan yang belum bernikah. Yang sudah dan pernah bernikah, tak lagi dipan ...

Nak panggil apa ek?

Thanks x pernah tahu.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 05:52 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 05:50 PM
Nak panggil apa ek?

Thanks x pernah tahu.. haha

selalunya kita guna wanita atau perempuan tapi wanita lebih sopan dan manis
prempuan bunyi kasar sikit..
atau pun guna saja nama

sekadar menjawab soklan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:02 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 05:52 PM
selalunya kita guna wanita atau perempuan tapi wanita lebih sopan dan manis
prempuan bunyi kasar  ...

Tambah sikit lagi.

Perempuan digunakan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Remaja perempuan pun boleh rasanya.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:07 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 06:02 PM
Tambah sikit lagi.

Perempuan digunakan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

kanak-kanak bawah 12 tahun??..bukan panggil budak meh??

kan perempuan tu utk orang dewasa..konfius jap...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:12 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-3-2015 06:13 PM
Ipo replied at 1-3-2015 06:07 PM
kanak-kanak bawah 12 tahun??..bukan panggil budak meh??

kan perempuan tu utk orang dewasa..ko ...

Samalah tu. Budak atau secara formalnya kita panggil kanak-kanak perempuan. Bukan kanak-kanak wanita ataupun kanak-kanak gadis....

Wanita untuk yg dewasa. Gadis untuk yg anak dara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 06:21 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 09:50 AM
Nak panggil apa ek?

Thanks x pernah tahu.. haha

satu lgi.klo watak tu remaja perempuan, ko guna remaji.

hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 1-3-2015 02:43 PM
As a man memang akan prefer perempuan cantik tp trust me kecantikan x kekal pun.. mcm Jie.. watak  ...

Betul sangat tu TT... Kecantikan... Kekayaan... Tak menjamin kebahagiaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 05:52 PM
selalunya kita guna wanita atau perempuan tapi wanita lebih sopan dan manis
prempuan bunyi kasar  ...

Ok..thanks for the info... still learning.. haha... sebab biasa orang pggl perempuan yang hot chick ni gadis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 06:02 PM
Tambah sikit lagi.

Perempuan digunakan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Oh it depends on age jugak ek? Sgtlah saya x tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.325476 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list