CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 1-2-2015 07:25 PM | Show all posts
“Bagus. Bagus. He...He...He..” Kepala makhluk itu terangguk-angguk. “Ternyata kau menepati jangkaanku. Walaupun...” Dia senyum menyeringai lagi. “Tidaklah sehebat yang aku bayangkan. He...He...He...”

Hati Zamzam semakin membara. Kelakuan makhluk itu benar-benar mencabar. Jika diikutkan rasa, mahu saja makhluk itu dicincang lumat agar hilang terus gelak tawa yang menjengkelkan itu. Namun tenaganya masih belum pulih. Kudratnya hanya tinggal separuh. Jika dia menyerang membuta tuli, sudah pasti nyawanya melayang di tangan makhluk itu.

“Zamzam.” Zuhril memanggil. Tidak lagi tercungap-cungap seperti tadi.

“Jika berterusan begini, mati kita di sini.” Bersama nafas turun-naik, Zamzam berkata. Zuhril terangguk mengiyakan. Sambil-sambil itu, matanya memerhatikan lagi makhluk itu yang tersenyum bersahaja memandang mereka.

“Apa sebenarnya makhluk itu? Sukar benar untuk mengalahkannya.” Zuhril merengus.

“Aku rasa, kita perlu menyerangnya bersama-sama.” Ujar Zamzam. Nafasnya telah kembali tenang. Zuhril mengangguk. Dia bersiap-siaga. Zamzam juga sama.

“He..He...He. He... He...He...” Ketawa Sang Makhluk semakin galak melihat dua bersaudara itu. Zamzam dan Zuhril berpandangan seketika sebelum kembali memandang ke depan.

“Bagus sekali. Sudah lama tubuh badanku ini tidak digunakan.” Tuturnya. Jari-jemarinya dikembangkan sehingga berdetap-detap bunyinya. Kepalanya juga digerakkan kiri dan kanan.

“He...He...He...” Makhluk itu ketawa lagi sebelum secara tiba-tiba, riak wajahnya bertukar garang.

“Sebelum kalian mati...” Matanya menyorot wajah dua bersaudara itu dengan tajam. “Ingatlah nama ini dalam benak kalian.”

“Nama. Aku. GORA.”

“Zamzam. Jaga-jaga...” Zuhril memberi amaran. Zamzam telah bersiap-sedia dengan pedangnya.

Gora meluru laju ke depan. Kali ini, dia akan menyerang dua bersaudara itu dengan lebih hebat lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 08:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 11:25 AM
“Bagus. Bagus. He...He...He..” Kepala makhluk itu terangguk-angguk. “Ternyata kau menepati jangka ...

serum.aku terbayang makluk itu. Ada rupa mcm gondorowo tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 06:41 PM
He...He...He...

Tak boleh tengok gambor tu....

Aku tepek gambor beast dlm citer beauty n the beast versi manusia tu laaa... tapi aku rasa mahkluk ko ni beast versi kuntilanak kot. Mengilai tak abih2 kuntilanak dengar pon lari!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 04:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 07:25 PM
“Bagus. Bagus. He...He...He..” Kepala makhluk itu terangguk-angguk. “Ternyata kau menepati jangka ...

GORA

ada serupa ini ka



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:57 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 07:25 PM
“Bagus. Bagus. He...He...He..” Kepala makhluk itu terangguk-angguk. “Ternyata kau menepati jangka ...

Hahaha..aku baru je tengok citer 'Once Upon A Time'..

Scene Snow White sedang menitiskan cecair lilin sambil menyebut...gora...gora...gora..

aku terus tergelak bila teringat makhluk GORA ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 08:30 AM | Show all posts
Esmiria replied at 1-2-2015 08:14 PM
serum.aku terbayang makluk itu. Ada rupa mcm gondorowo tak?

Gondorowo ada ghupa singa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2015 08:33 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-2-2015 11:08 AM
Aku tepek gambor beast dlm citer beauty n the beast versi manusia tu laaa... tapi aku rasa mahkluk ...

Baru dapat tengok. Haaa...lebih kurang gitulah.

Kuntilanak mengilai. Gora mengilai-ilai manja aje gitu. He...He...He...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 08:34 AM | Show all posts

Errr....ini dah hodoh sangat.

Macam Alien dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2015 08:36 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-2-2015 11:57 PM
Hahaha..aku baru je tengok citer 'Once Upon A Time'..

Scene Snow White sedang menitiskan cecair ...

Eh? He...He...He...

Ekceli, nak letak nama Majin - sempena makhluk Majin-Bu.

Tapi macam manja sangatlah pulak nama Majin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 08:37 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 3-2-2015 08:51 AM

BAB 30

Firus yang jatuh terlentang tadi mula membuka mata secara perlahan-lahan. Terpisat-pisat dia bangkit lalu duduk berlunjur. Tangan kiri menekan dada. Sakit. Terasa sedikit sukar untuk bernafas akibat dihentam oleh makhluk aneh itu tadi.

Panjang lagi nyawaku rupanya. Firus mengurut dada. Terasa sesal mengulit jiwa kerana bersikap tamak haloba. Jika tidak kerana upah yang lumayan, tak mungkin dia mahu mengikut anak-anak pembesar itu ke sini. Kini, terasa upah yang diberi itu tidak berbaloi andai nyawanya melayang.

Nafas dihela panjang.

Nanti.

Firus mengerah otaknya supaya berfikir. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jika dinilai dari hentaman yang dilakukan oleh makhluk aneh itu tadi, dia sepatutnya sudah mati. Jika tidak pun, pasti cedera parah. Namun kecederaan yang dialami itu tidak seteruk mana. Seolah-olah makhluk aneh itu hanya berpura-pura sahaja. Bukan benar-benar mahu berlawan.

Bunyi suara tidak jauh dari tempat dia duduk mengganggu fikiran. Firus membuang pandang ke arah itu. Kelihatan anak-anak pembesar itu menyerang makhluk aneh sehabis daya. Makhluk aneh itu terpaksa mengeluarkan lebih kudrat untuk menewaskan dua bersaudara. Walaupun dua lawan satu, perlawanan itu tampak seimbang.

Makhluk apa itu? Firus tidak mampu berhenti berfikir tentang itu. Untuk membantu dua beradik itu menentang makhluk itu, Firus tidak yakin dengan diri sendiri. Kependekarannya tidaklah setara mana. Silap-silap, dia pula yang hilang nyawa.

“Arrrggghh....” Jeritan makhluk itu menggamit perhatian Firus sekali lagi. Makhluk itu telah jatuh tersungkur dihentam Zamzam. Namun sempat bangkit sebelum diserang lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 08:50 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 3-2-2015 08:52 AM

“He...He...He...” Gora menyapu-nyapu wajahnya dengan tapak tangan, membuang pasir dan tanah yang melekat akibat jatuh tersungkur tadi.

“Aku suka sekali. He...He...He...” Gora ketawa menyeringai. Zamzam dan Zuhril yang tercungap-cungap menghela nafas berpandangan sesama sendiri seketika.

“He...He...He. Bila bergabung, kalian berdua hebat juga.” Tutur Gora. “Jangan diputuskan persaudaraan kalian. Kelak nanti, kalian kerugian.”

“Apa maksudmu, wahai Gora?” Zuhril bertanya.

“He...He...He. He..He...He...” Gora tidak menjawab. Hanya tawanya semakin galak.

"Bukankah kamu mahu membunuh kami?" Soal Zuhril lagi. Gora hanya tergeleng-geleng.

"Makhluk aneh yang gila." Zuhril sudah tidak dapat menahan rasa amarahnya. Terasa mereka hanya dipermainkan oleh Gora.

“Sudah puas kamu bergelak ketawa, makhluk aneh?” Zamzam bersuara. Tawa Gora terhenti.

“Jika sudah. Marilah. Biar aku habisi nyawamu.”

“He...He...He.”

“Kita serang dia habis-habisan kali ini.” Zamzam berkata pada Zuhril. Zuhril mengangguk beberapa kali.

“He...He...He...” Gora merenung tajam. Penumbuknya digenggam.

“Cukuplah Gora. Berhenti setakat ini sahaja.”

Suatu suara lantang menegur. Terus, semua mata mengarah ke empunya suara. Milik seorang lelaki. Wajahnya mempunyai parut panjang. Merintang dari kening kiri sehingga ke dagu kanan. Di sebelahnya, ada gadis yang cukup dikenali.

“Esmira.” Zuhril berbisik perlahan. Pandangan mata bergilir antara Esmira dan lelaki disebelahnya.

“He...He...He. Kaaaaaaiiiiiiiiii....” Gora senyum menyeringai buat kesekian kali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 09:24 AM | Show all posts
Edited by Esmiria at 3-2-2015 01:25 AM
Nicki_Meow replied at 3-2-2015 12:50 AM
“He...He...He...” Gora menyapu-nyapu wajahnya dengan tapak tangan, membuang pasir dan tanah yang m ...


Wahhhh..aku telah melihat makhluk itewwwwwww. Hoho.

Aku rindu qi dan. dua puteri.mna diorang?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 11:37 PM | Show all posts
Awak kat mana?..Yuhuuuuuuuu...awak kat mana Qi????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 11:32 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-2-2015 11:37 PM
Awak kat mana?..Yuhuuuuuuuu...awak kat mana Qi????

Rajinnya kasi up ini benang....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 11:34 PM | Show all posts
“Sudahlah Gora. Usah bermain lagi.” Suara itu datangnya dari lelaki yang dipanggil Kai. Kini dia semakin hampir. Di sebelahnya, ada Esmira.

“He...He...He...” Gora kekal dengan gelak tawanya. “Kau muncul terlalu awal, Kai. Tenagaku masih belum digunakan sepenuhnya.”

“Mereka bukan lawanmu, Gora. Kau pun tahu...” Jawab Kai.

“He...He...He...” Kepala Gora tergeleng-geleng. Bibirnya tersengih-sengih. Matanya terkejip-kejip beberapa kali.

“Aku masih belum puas lagi.” Sambil berkata, Gora memandang Zamzam dan Zuhril yang masih kekal bersiaga dengan pedang masing-masing.  “Tapi, tak mengapalah. Sekurang-kurangnya, aku dapat menggerakkan otot-ototku setelah sekian lama tidak digunakan.” Sengihnya berganda.

Zamzam dan Zuhril hanya saling berpandangan.

“Baiklah. Cukup setakat ini saja. Aku harap, aku akan bertemu lagi dengan kalian berdua.” Usai berkata begitu, Gora melompat tinggi.

“Hah!” Gora mendarat betul-betul dihadapan Firus yang masih duduk berlunjur. Terkedu dan terkebil-kebil pemuda itu dibuatnya. Gora mencangkung. Mukanya hanya sejengkal dari Firus.

“Errr...errr...” Firus menelan air liur. Bertentangan mata dengan makhluk aneh sehampir ini telah membuatkan dia benar gerun. Bimbang sekiranya makhluk aneh itu menyerang lagi.

“Kau...” Gora merenung Firus tajam. Firus menahan nafas.

“He...He...He...” Gora ketawa. Kemudian, dia terus bangun dan berlalu pergi. Firus segera menarik nafas lega.

Jahanam. Firus menyumpah dalam hati kerana makhluk itu mempermainkannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 12:26 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 8-2-2015 11:00 PM

Pandangan Zamzam dan Zuhril kini jatuh pada lelaki berparut itu. Rambutnya mencecah bahu.  Pada perkiraan mereka, Kai tidak jauh beza usianya dengan bapa mereka, Zaffar. Jika tidak pun, mungkin tua beberapa tahun saja. Walaupun begitu, Kai itu masih kelihatan tegap dan gagah. Hanya parut pada mukanya yang membuatkan lelaki itu kelihatan sedikit menggerunkan.  

Persoalan timbul dalam benak Zamzam dan Zuhril. Kai adalah salah seorang daripada tiga pengikut Raja Zulkhan yang paling setia dan paling perkasa. Dan...mereka ini digelar Harimau Keramat. Sanggup bermati-matian untuk mempertahankan Raja Zulkhan dan keluarganya dengan apa cara sekalipun. Selain Kai, dua lagi pengikut setia Raja Zulkhan adalah Judasi dan Nafarel.   

Menurut cerita yang pernah mereka dengar, Kai dan Nafarel telah terbunuh ketika perang saudara dahulu. Judasi pula, sedikit misteri. Judasi dikatakan ghaib begitu saja. Ada juga yang mengatakan, Judasi turut terbunuh  dalam peperangan. Tak kurang juga yang mengatakan Judasi telah mengkhianati Raja Zulkhan lalu melarikan diri setelah kekalahan Raja Zulkhan.

Nampaknya, cerita-cerita yang mereka dengar itu tidak benar sahih. Kerana, jika perkara itu benar, siapa pula lelaki yang berdiri dihadapan mereka ini?

“Benarkah lelaki itu adalah Panglima Kai? Atau hanya kebetulan, nama saja yang sama?” Zuhril berkata, lebih kepada berbisik. Tiada jawapan yang di terima dari Zamzam kerana seperti Zuhril juga, Zamzam ketika ini turut memikirkan perkara yang sama.

"Kalian berdua, tidak apa-apa?" Suara Esmira telah mengganggu segala perkara yang berada dalam fikiran Zamzam dan Zuhril. Mata mereka mengarah pula pada gadis itu.

"Kami tak apa-apa." Jawab Zuhril walau hakikatnya, terasa sendi-sendinya sengal dan sakit setelah bertarung dengan makhluk aneh itu tadi. Kemudian, Zuhril mengendurkan tubuh-badannya. Dia agak yakin, Esmira mahupun lelaki di sebelahnya itu tak akan menyerang. Matanya mencuri pandang ke arah Kai. Riak wajah lelaki itu begitu bersahaja.

"Gora hanya bermain-main dengan kalian. Dia tidak berniat untuk membunuh atau mencederakan kalian." Ujar Kai.

Zamzam merengus walaupun tidak berkata apa-apa. Hatinya masih panas. Walaupun diakui, Gora itu sukar ditewaskan namun kerana terlalu jengkel dengan tingkah-laku Gora tadi, Zamzam telah bertekad untuk berlawan habis-habisan.

"Gora tidak sukakan orang asing." Kai berkata lagi. Kali ini, suaranya mendatar.

"Maaf, izinkan aku bertanya." Zuhril mencelah. Matanya memandang ke arah Kai.

"Apa yang kau mahu tanyakan?" Soal Kai. Zuhril menarik nafas seketika sebelum bersuara lagi.

"Benarkah tuan ini, Panglima Kai?"

Kening Kai terangkat sedikit. Panggilan Panglima dari pemuda yang berkata itu membuatkan hatinya berdetak sedikit. Panglima. Sudah sekian lama gelaran itu tidak digunakan.

"Jika benar, mengapa?" Soal Kai pula.

"Tiada apa-apa. Hanya inginkan kepastian kerana dari cerita yang aku dengar, Panglima Kai sudah terbunuh lama dulu."

Mata Kai terus menyorot Zuhril dengan tajam.

"Maaf." Mohon Zuhril dengan segera setelah menyedari dia terlanjur kata.

Suasana menjadi hening seketika. Mereka hanya saling berpandangan antara satu sama lain.

"Esmira." Panggil Kai.

"Iya?"

"Apa benar yang Rouman mempercayai mereka ini?"

"Rantai kayu itu buktinya." Jawab Esmira.

"Hhhhmmm..." Kai terangguk-angguk. Sekali lagi, matanya memandang ke arah Zamzam dan Zuhril. Membuat penghakiman sendiri dalam hati.

"Baiklah, jika itu keputusan Rouman..." Lama terdiam, Kai bersuara. Zuhril memandang Esmira, sepertinya meminta penjelasan.

"Aku sudah menyampaikan hasrat kalian pada Kai." Tutur Esmira, sekaligus memberi penjelasan.

"Jadi, Panglima Kai bersetuju untuk membantu kami?" Zuhril menyoal, teruja.

"Itu bergantung..." Balas Kai.

"Kepada apa?"

"Sejauh mana kalian mampu meyakinkan aku."

Zuhril memandang Esmira, seperti mahu meminta penjelasan sekali lagi. Esmira angkat bahu.

"Panglima...kami..." Zuhril cuba berkata namun segera Kai memotong kata-katanya.

"Hari sudah jauh petang. Kalian perlu bermalam di sini."

"Bermalam di sini?" Zuhril memandang Zamzam, meminta pendapat.

"Iya, bermalamlah di Desa Maiya ini. Kau mahu tahu tentang perihal anak Raja Zulkhan itu bukan?"

"Benar." Zuhril mengangguk perlahan. Kai tersenyum sedikit.

"Mari ke rumahku." Kai berkata. Tanpa menunggu persetujuan dari Zuhril mahupun Zamzam, dia terus meninggalkan tempat itu. Zuhril memandang Zamzam yang kelihatan was-was.

"Kita tiada pilihan bukan?" Soal Zuhril. Zamzam merengus, tidak menjawab. Zuhril turut menghembus nafas kasar. Dia juga sangsi namun, pilihan yang dia ada hanya dua. Pulang ke Amariya dengan tangan kosong lalu dimurkai Zaffar atau meneruskan pencarian mereka dengan memperjudikan nyawa?

"Kita sudah pun sampai sejauh ini." Zuhril berkata setelah berfikir lagi beberapa ketika. Zamzam kekal mendiamkan diri. Buntu mahu membuat keputusan. Amat sukar sekali untuk mempercayai sesiapa di tempat ini, lebih-lebih lagi setelah diserang oleh Gora.

"Marilah." Zuhril menyarungkan pedangnya kembali. Memandang seketika ke arah Zamzam sebelum melangkah pergi.

Tiada pilihan lagi buat Zamzam. Dia menuruti jua jejak Zuhril walaupun hati terasa berat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 07:41 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-2-2015 12:26 AM
Pandangan Zamzam dan Zuhril kini jatuh pada lelaki berparut itu. Rambutnya mencecah bahu.  Pada perk ...

Gora tu kiranya makhluk peliharaan Panglima Kai kan? Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 10:06 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 7-2-2015 04:26 PM
Pandangan Zamzam dan Zuhril kini jatuh pada lelaki berparut itu. Rambutnya mencecah bahu.  Pada perk ...

Aku rindu dua puteri dan qi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 10:07 AM | Show all posts
Edited by Esmiria at 8-2-2015 02:20 AM
Nicki_Meow replied at 7-2-2015 04:26 PM
Pandangan Zamzam dan Zuhril kini jatuh pada lelaki berparut itu. Rambutnya mencecah bahu.  Pada perk ...


Internet buat hal.tu dable ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 01:06 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 9-2-2015 08:41 AM

Malam masih muda. Zuhril melabuh duduk pada tangga serambi di luar rumah yang dihuni oleh Kai. Menurut Kai, dia tinggal berseorangan, sebatang kara. Ibu bapanya telah lama tiada dan Kai tidak pernah berkahwin dan berkeluarga. Zuhril kemudiannya membuang pandang ke sekitar kawasan rumah yang dihuni oleh Panglima Kai itu. Untuk kesekian kali, dirinya bagai terpukau bila berada di Desa Maiya ini. Tidak tahu apa yang menarik minatnya. Sedangkan tempat ini biasa-biasa saja. Di Amariya, ada kawasan yang jauh lebih indah namun entah mengapa, pada Desa Maiya ini, hatinya terpersona.

Kuda miliknya, Zamzam dan tunggangan Firus dibiarkan lepas bebas namun masih berada dalam kawasan sekitar. Hendak ditambat, Kai melarang. Kai menyuruh mereka membiarkan saja kuda-kuda itu bebas. Pada awalnya, dia agak sangsi dengan suruhan Kai itu namun dia tidak mampu untuk berkata tidak. Kini dia yakin, Kai tidak berniat jahat ataupun mahu mencederakan mereka.

Pada waktu malam begini, barulah dia sedar bahawa adanya penghuni lain di Desa Maiya ini. Lampu-lampu pelita menghiasi beberapa buah rumah tidak jauh dari rumah Panglima Kai. Jauh berbeza keadaannya ketika waktu siang tadi di mana tak seorang pun kelibat penduduk Desa Maiya yang dapat dia lihat kecuali Kai, Esmira, Mak Inang dan makhluk aneh bernama Gora.

Di sebuah rumah, tidak jauh dari rumah yang dihuni Kai ini, Zuhril ternampak kelibat dua orang yang dia kenali. Esmira dan Mak Inang. Kelihatan Esmira sedang menyuap makanan pada Mak Inang. Sabar sekali kelihatan gadis itu melayan Mak Inang. Entah siapa orang tua itu pada Esmira, Zuhril kurang pasti. Satu lagi teka-teki yang berada dalam kepalanya ketika ini adalah kaitan Mak Inang dengan anak Raja Zulkhan itu. Mak Inang sepertinya sangat bersedih dengan kehilangan anak Raja Zulkhan.

Siapa Mak Inang dan Esmira? Bagaimana Panglima Kai masih hidup? Mengapa mereka tampak berlembut tatkala nama Rouman disebut-sebut? Persoalan demi persoalan mengganggu fikiran Zuhril. Namun jawapan, masih belum dapat ditemui. Tidak selagi Panglima Kai itu masih belum mahu membuka cerita.

"Aku akan membantu kalian, jika kalian mampu meyakinkan aku."
Kata-kata Kai pula bermain-main dalam mindanya. Apa pula maksud Kai itu? Berkerut kening Zuhril memikirkannya.

Secara tiba-tiba, bahunya ditepuk. Seraya Zuhril berpaling. Lelaki berparut itu tersenyum nipis memandangnya. Zamzam pula, sudah duduk di serambi. Riak wajahnya serius namun tidaklah tegang. Mungkin Zamzam juga akhirnya sependapat. Kai itu tidak akan mengapa-apakan mereka..

"Mana Firus?" Soal Zuhril pada Zamzam.

"Katanya, dadanya sakit akibat dipukul si Gora tadi. Dan dia juga nampak terlalu keletihan. Lalu aku biarkan saja dia tidur."  Jawab Zamzam. Zuhril angguk. Sedikit pelik dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Zamzam pada Firus. Dia ingin bertanya lanjut namun akhirnya memadamkan saja niat itu.

"Gora memang tak suka dengan orang asing. Selalunya, mereka yang tersesat atau sengaja masuk ke kawasan ini, pasti akan dihalau Gora." Terang Kai. Zuhril mengalih duduk, kini dia berhadapan dengan Kai dan Zamzam.

"Makhluk apa Gora itu?" Berhati-hati, Zuhril bertanya.

"Sama seperti kita juga." Kai menjawab, bersahaja.

"Tapi...wajahnya..."

"Dia memang dilahirkan begitu. Kerana cacat, dia ditinggalkan oleh bapanya. Hanya ibunya sahaja yang tinggal menjaga Gora. Malangnya, ibunya mati ketika Gora baru meningkat remaja. Kerana kasihan, aku jaga dia." Jelas Kai. Zuhril mengangguk manakala Zamzam tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Cukup tentang Gora." Suara Kai bertukar tegas. "Sekarang, terangkan padaku. Apa tujuan kalian mahu menjejak anak Raja Zulkhan itu?"

Zamzam dan Zuhril berpandangan. Apa tujuan menjejak anak Raja Zulkhan? Mereka tiada jawapan yang pasti. Itu semua atas suruhan Zaffar dan sebagai anak, mereka patuh menurut.

"Kalian tidak punya jawapan?" Suara Kai bertukar nada. Agak tinggi. Tajam matanya memerhatikan dua bersaudara itu.

"Begini...panglima..." Agak lama terdiam, Zuhril bersuara. "Raja Zulkhan masih punya pengikut. Dan para pengikut Raja Zulkhan itu percaya bahawa waris sebenar perlu bangkit menuntut takhta."

Kata-kata Zuhril membuatkan kening Kai terangkat. Lama dia merenung wajah pemuda dihadapannya itu. Zuhril menelan air liur sambil menanti bicara seterusnya dari Kai. Perkara yang diberitahu pada Kai tadi hanyalah rekaannya sahaja. Kelebihannya berkata-kata digunakan sepenuhnya untuk memujuk Panglima Kai itu supaya bercerita. Hakikatnya, dia tidak tahu, masih adakah pengikut Raja Zulkhan di Amariya. Hakikatnya, dia ke mari atas arahan Zaffar tanpa mengetahui tujuan Zaffar yang sebenar.

"Errr....panglima..." Zuhril terasa jantungnya berdegup laju. Walaupun Kai tidak kelihatan berbahaya ketika ini, namun dia perlu berhati-hati. Bimbang Kai akan bertindak diluar dugaan.

"Baiklah. Aku akan bercerita." Kai bersuara setelah terdiam lama. Zuhril menarik nafas lega. Zamzam memandang, teruja.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065769 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list