CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: GIVE JOY, GET JOY

 Close [Copy link]
Post time 16-2-2025 05:34 AM | Show all posts
“Yesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself.” /Rumi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 05:34 AM | Show all posts
Don’t cry because it’s over. Smile because it happened.” /Dr. Seuss/
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 05:35 AM | Show all posts
“Dream big and dare to fail.” /Norman Vaughan/
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 07:39 AM | Show all posts
Nikah di Janda Baik, Siti Saleha kini isteri pereka fesyen

SITI SLAEHA kini kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton.


PETALING JAYA – Memilih pusat peranginan di Janda Baik, Pahang sebagai lokasi pernikahan, pelakon Siti Saleha kini sah menjadi isteri pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz pukul 9 pagi tadi.
Detik bersejarah pasangan terbabit dikongsikan penata rambut yang menyempurnakan persiapan raja sehari itu menerusi perkongsian dalam laman sosial.
Menerusi hantaran tersebut, Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 35, duduk dipelamin sambil menadahkan tangan berdoa mengaminkan akad nikah.
Dalam perkongsian sebuah portal berita gaya hidup pula, sebelum itu kelihatan aktres terbabit yang mengenakan busana serba putih diiringi bapanya, Mohd. Baharum Abdul Rahman, ke dewan pernikahan.
Pernikahan Saleha dan Joshua yang sudah tiga bulan memgikat pertunangan itu disempurnakan bapa mempelai perempuan.
Hanya dihadiri saudara-mara serta kenalan terdekat, rombongan pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, dibalas tujuh daripada pihak Saleha.
Difahamkan, selepas akad nikah jamuan bakal menyusul di lokasi sama sekitar tengah hari ini sebelum majlis resepsi diadakan di kampung halaman Joshua di Melaka.
Menurut sumber terdekat, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu dengan suaminya sepakat memilih tema majlis perkahwinan Jawa.
Pada November 2024, aktres yang mesra disapa Sally mendedahkan sudah bertunang dengan lelaki berdarah kacukan itu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.
Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar, namun perkahwinan tersebut berakhir pada 2021 selepas empat tahun bersama.
Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2025/02/15/nikah-di-janda-baik-siti-saleha-kini-isteri-pereka-fesyen/





Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 07:43 AM | Show all posts
Kerajaan teliti perundangan lebih ketat bagi dana politik - Azam Baki


[size=14.399999618530273px]Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - BERNAMA

[size=14.399999618530273px]

SEREMBAN: Kerajaan sedang meneliti keperluan merangka perundangan lebih ketat bagi memastikan ketelusan dalam pembiayaan politik serta mengelak risiko penyalahgunaan dana.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
"Justeru penggubal undang-undang memainkan peranan penting dalam memastikan dasar lebih ketat dapat dilaksanakan bagi mengawal dana politik secara lebih telus dan berintegriti," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, SPRM mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan bertemakan Komitmen Bersama: Memperkasa Dasar Governans, Integriti dan Antirasuah.
Ia sebahagian daripada Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 bersama penggubal undang-undang DUN.
Tambah Azam, bagi memastikan pentadbiran bersih dan efektif, SPRM menekankan keperluan pematuhan kod etika oleh ahli politik serta tindakan proaktif dalam membendung ketirisan dana awam dan konflik kepentingan.
Menurutnya, langkah itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan serta memastikan kesejahteraan negara terpelihara.
Mengulas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) diumumkan Selasa lalu, beliau berkata kedudukan dan skor CPI negara masih pada kedudukan sama dengan tahun sebelumnya. menunjukkan banyak lagi usaha perlu dilaksanakan serta memerlukan komitmen semua pihak.
"Prestasi CPI Malaysia tahun ini satu cabaran kepada SPRM untuk melipatgandakan usaha dan komitmen mencapai tangga ke-25 dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan reformasi dalam tadbir urus dan undang-undang dengan objektif khusus iaitu memudahkan rakyat.
Selain itu, katanya, usaha SPRM menjalankan siasatan juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pentadbiran lebih telus dan bebas daripada amalan rasuah.
"Justeru, kerjasama erat antara kepimpinan negeri dan masyarakat diperlukan bagi memperkukuh agenda antirasuah demi kepentingan negara," katanya.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1361693/kerajaan-teliti-perundangan-lebih-ketat-bagi-dana-politik-azam-baki


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 07:49 AM | Show all posts
Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah rekod kes dadah tertinggi


Saifuddin Nasution menyempurnakan Peluncuran Kalendar Hari Antidadah 2025, hari ini. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN

PADANG SERAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bimbang dengan trend penyalahgunaan dadah yang meningkat ketara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata seramai 192,857 individu terbabit penyalahgunaan dadah tahun lalu berbanding 145,526 pada 2023 dan 137,176 (2022).
Lebih membimbangkan, beliau berkata, golongan terbabit yang mencatat peratusan tertinggi ialah individu dalam julat umur 15 hingga 39 tahun dengan kira-kira 61 peratus.
"Data ini dikumpulkan oleh empat pihak, iaitu polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan dan pusat pemulihan swasta.
"Negeri tertinggi mencatat penyalahgunaan ini ialah Kelantan, diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah. Keempat-empatnya adalah negeri berhampiran sempadan antarabangsa yang mudah menjadi laluan penyeludupan, serta majoriti penduduk Melayu-Muslim. Namun, analisis dibuat berasaskan data, bukan faktor kaum.
"Pendang, Kedah, pula menjadi daerah yang mencatatkan kes tertinggi, diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Peluncuran Kalendar Hari Antidadah 2025 pada Program AADK Bersama Masyarakat, di Kolej Tingkatan Enam Kulim di sini, hari ini.
Dari segi statistik jenis dadah terbabit pada tahun lalu pula, Saifuddin Nasution berkata, ATS (Amphetamine Type Stimulant) terdiri daripada methamphetamine atau syabu dikesan menjadi pilihan, selain ekstasi, dengan meningkat 34.4 peratus atau 103,990 kes berbanding tahun sebelumnya.
Selain dadah sintetik, beliau berkata, trend penyalahgunaan dadah konvensional turut membimbangkan, iaitu ganja yang meningkat 7,121 kes atau 63.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Melihat kepada masalah yang serius ini, maka polis, AADK atau pemimpin politik dan pemimpin masyarakat termasuk di sekolah, perlu ada titik temu yang membolehkan kita bekerjasama.
"Perkara lain boleh ada perbezaan, namun perlu ikut terbabit dalam hal ini supaya kita dapat mencari jalan mengatasinya," katanya.
Saifuddin Nasution berkata, tindakan kawalan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan, khususnya Sungai Golok, sentiasa ditingkatkan termasuk dengan menempatkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq.
"Kita juga memperketatkan kawalan di pintu sempadan dari Padang Besar, Perlis, sampai ke Bukit Kayu Hitam.
"Namun pada masa sama, kalau kempen kesedaran tidak berjalan, tidak boleh juga kerana kita memerlukan tindakan kolektif untuk menghadapinya," katanya.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1361695/kelantan-terengganu-perlis-kedah-rekod-kes-dadah-tertinggi


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2025 07:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 15-2-2025 09:25 PM
Mana menghilangnya forumer @Mamanoni?

Tak tau Mod..
Memula kita ingat nak take a break je
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke sudah tak menjengah ke mari kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 16-2-2025 08:00 AM
hi nona

Wohooo Momod Tari
Kan menjadi Legend hari ini!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:05 AM | Show all posts

hi tari

selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana anda lakukan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu hari 3 ribu pinats kah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sat lagi kita nak kuar sat…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 08:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:14 AM | Show all posts
yangsemb replied at 16-2-2025 08:05 AM
Wohooo Momod Tari
Kan menjadi Legend hari ini!

Insyaallah
terinspirasi dari nini
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:15 AM | Show all posts

pagi ni nona cadang nk sarap apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:17 AM | Show all posts
yangsemb replied at 16-2-2025 12:04 AM
Sampai ke sudah tak menjengah ke mari kan

Oh...
Ingatkan beliau ada tinggalkan pesanan kepada sesiapa di sini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.106366 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list