CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: t@t

All About Proton Inspira

  [Copy link]
Post time 19-10-2010 10:23 PM | Show all posts
aku tak tahu samada kete inspira ni boleh jadi hot selling car atau tidak, harga agak mahal namun be ...
botolair Post at 19-10-2010 10:10



    ni bergantung.. samada ah beng tu mudah teruja bau jepun... atau teruja bau malaysia

kalau ah beng japs wannabe mesti la amik inspira... tapi ah beng yg tak kisah.. persona R pon OK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 12:27 PM | Show all posts


rega diluar kemampuan kebanyakan ahbeng.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 06:22 AM | Show all posts
Pengedar kereta PROTON kecewa kenyataan Bung
Oleh Suhana Roslan dan Muhamad Fairoz Azizan
[email protected]
2010/10/22
Ahli parlimen didakwa tak faham industri automotif negara

KUALA LUMPUR: Beberapa pengedar kereta Proton Edar melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang menggesa Proton Holdings Berhad (PROTON) menutup operasi syarikatnya sekiranya ia terus mencatatkan kerugian.

Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA), Armin Baniaz Pahamin, berkata kenyataan Bung Moktar adalah tidak bersesuaian sekali gus menunjukkan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional itu tidak memahami konsep industri automotif negara.

Beliau berkata, pengenalan Proton Inspira adalah produk baru model kereta yang dikeluarkan bagi mewujudkan persaingan di pasaran negara pembuatan kereta seperti Korea Selatan dan Jepun.

“Usaha sama antara PROTON dan Mitsubishi adalah kerjasama biasa di kalangan pengusaha kereta antarabangsa, malah kereta Mitsubishi Lancer bukan model lama sebaliknya sudah tiga tahun terjual di serata dunia sejak diperkenalkan pada 2007.

“Proton Inspira turut menyediakan peluang kepada pemilik kereta keluarannya yang berkeinginan untuk menukar ganti kereta mereka daripada model lama seperti Waja, Persona dan Gen2,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Bung Moktar kelmarin mendesak kerajaan menutup operasi PROTON kerana beranggapan syarikat automotif tempatan itu tidak berkembang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Bercakap ketika membahaskan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Rakyat, Bung Moktar mendakwa, langkah PROTON mengeluarkan Inspira tidak membawa sebarang perubahan kepada syarikat terbabit atau memperkasakan pengeluaran kereta nasional yang disifatkan menggunakan teknologi dan reka bentuk sama dengan Mitsubishi Lancer.

Armin Baniaz berkata, kenyataan Bung Mokhtar itu adalah tidak wajar dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen sekali gus boleh menjatuhkan reputasi PROTON sebagai syarikat pengeluar kereta tempatan.

Katanya, beliau berharap supaya Bung Moktar tidak mengulangi kesalahan itu kerana ia bukan saja menjejaskan nama baik dan jenama PROTON, malah menjatuhkan moral lebih 60,000 tenaga kerja di syarikat berkenaan.

Moden sedan terbaru, Proton Inspira akan dilancarkan November ini menawarkan harga permulaan RM79,888 seunit dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan  
putih.


************bang peyno....sila komen.....Bung Moktar tertekan ker pengedar / salesman proton yg tertekan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 06:47 AM | Show all posts
Reply 923# mycos79

Pandangan pagi....belum breakfast, so jgn percaya sangat

Dlm kes Inspira, dari segi persepsi (tangapan), bebanan yg lebih adalah kepada Proton. Sama ada Inspira ini menjadi model yg sgt berjaya kepada proton, atau sebaliknya, iaitu satu model yg gagal, kedua2nya akan beri persepsi tak baik terhadap proton sebagai pengeluar kereta. Kalu sgt berjaya berbanding dgn beberapa model2  terdahulu yg dikeluarkan oleh proton tanpa sebarang `kerjasama' dgn Mitsubishi, maka akan memberi indikasi yang Proton memang tak boleh mengeluarkan model yg berjaya tanpa pertolongan mentornya walaupun telah puluhan tahun terbabit dlm industri automotif. Ini secara tak langsung, in the long term, mungkin akan menyebabkan pembeli hanya akan memberi sambutan kepada model re-badge proton dengan persepsi ia bagus dari model keluaran proton secara solo. Secara tak langsung, ini akan memberi negatif impak kepada model2 keluaran proton secara solo pada masa depan, dan menjejaskan perkembangan masa depan proton sendiri. Dalam kes ini, Mitsubishi akan dapat mileage yg lebih berbanding Proton. Sekiranya, Inspira jadi model yang gagal, kesannya lebih parah lagi tapi dalam kes ini nama Mitsubishi tak terjejas coz persepsi org ramai lebih kepada kualiti binaaan Inspira atau Proton secara umumnya.

maaflah merapu pepagi ni...coz bila terkenang bung mokhtar...teringat si putih gebu lemak berkrim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 08:47 AM | Show all posts
biler nak ader kat show room niehh erkk.. asik tengok gambo jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 09:48 AM | Show all posts
bulan seblas................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2010 09:49 AM | Show all posts
rega diluar kemampuan kebanyakan ahbeng.....
cmf_rambutan Post at 20-10-2010 12:27


Klaau kat Langkawi baik beli Lancer terus
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 22-10-2010 14:21
Klaau kat Langkawi baik beli Lancer terus
penyo. Post at 22-10-2010 10:49 AM

Jom pakat study pasal harga ni

Harga lancer GT kat Langkawi rm70k (secara kasar). - rega ni tentunya telah mengambil kira kos seunit kereta plus kos pengangkutan plus profit margin penjual (yg free kat langkawai import tax,cukai jualan masih kena bayar rasanya)

Harga lancer GT di semenanjung rm120k (secara kasar) - rega ni setelah mengambil kira
semua di atas tapi plus tax (import duti). Jadi import duti dia dlm rm50k.

Harga Inspira rm95k - kalau betul katanya the first 300 unit dpt cbu unit - nota: for the cbu unit proton kena bayar tax - plus proton tukar bumper depan belakang, sistem gantungan, etc- ini tambahan kepada kos. Dengan andaian proton mahu kekalkan profit margin yg sama spt pengimport di langkawai dan juga lancer, harga sepatutnya dikenakan adalah lebih tinggi dari lancer GT. Nak kata proton dapat jual dgn harga yg lebih rendah disebabkan economic of scale, anggaran jualan bulanannya hanya 1.6k unit. Jadi, hanya ada beberapa alasan sahaja yg membolehkan proton meletakkan harga Inspira lebih rendah dari lancer GT.

1. Proton sanggup kurangkan profit marginnya atau menjual Inspira pada harga subsidi kepada pembeli. Proton is business organisation dan bukannya jabatan kebajikan masyarakat, jadi peletakan harga yg lebih rendah dari kos adalah lebih kepada strategi perniagaan

2. Harga yang dikenakan adalah introduction price, maksudnya kalau sambutan menggalakkan, harga baru yg lebih tinggi akan diperkenalkan

3.  Proton bawak masuk cbu unit, lepas tu tukar bumper depanbelakang, suspension, etc. Dgn demikian, cukuplah peratusan local contents yg membolehkan Inspira cbu dapat perlepasan dari duti import.Kalu andaian ini betul, dan kos proton tambah local contents, katakan rm5k, maka dengan demikian, proton dah buat extra profit sebanyak rm20k seunit (extra profit ya...coz harga di Langkawi dah termasuk profit margin - mencekik darah ke tak, itu isu lain - business is business). Sekiranya kesnya sebegini, ada kemungkinan harga pada masadepan akan dikurangkan sekiranya sambutan kurang menggalakkan.

semuanya andaian berlaka, tiada yg benar selain andaian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 11:41 AM | Show all posts
Reply  mycos79

Pandangan pagi....belum breakfast, so jgn percaya sangat

Dlm kes Inspira, d ...
zzcbr Post at 22-10-2010 06:47


bernas...betul....bang zek punya pendapat....memang susah nak kata bab win-win situation nie
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:43 AM | Show all posts
Reply 928# zzcbr

no.2 tu tak sedap dibaca tu........mungkinkah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 12:32 PM | Show all posts
kat luar memang la kereta proton ni murah...malah murah dr harga pasaran kat sini...kalau jual mahal ...
myra316 Post at 14-12-2009 13:36


ya,betul=)
kawanku cerita kat sy org luar negara beli keta proton utk remaja saja
krn mereka sering langgar~alamak~keta proton diproduce utk langgar~
tak hairanlah~harganya murah~inilah market proton di luar negara ni~kesian
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 22-10-2010 14:21
Reply  zzcbr

no.2 tu tak sedap dibaca tu........mungkinkah....
mycos79 Post at 22-10-2010 12:43 PM


ada no. 3 ~ Proton bawak masuk cbu unit, lepas tu tukar bumper depan belakang, suspension, etc. Dgn demikian, cukuplah peratusan local contents yg membolehkan Inspira cbu dapat perlepasan dari duti import. Kalu andaian ini betul, dan kos proton tambah local contents, katakan rm5k, maka dengan demikian, proton dah buat extra profit sebanyak rm20k seunit (extra profit ya...coz harga di Langkawi dah termasuk profit margin). Sekiranya kesnya sebegini, ada kemungkinan harga pada masa depan akan dikurangkan sekiranya sambutan kurang menggalakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:17 PM | Show all posts
ada no. 3 ~ Proton bawak masuk cbu unit, lepas tu tukar bumper depan belakang, suspension, etc.  ...
zzcbr Post at 22-10-2010 13:04



    dah lama sembang ngan abe zek nih.... tp tak tau lagi.. abe zek nih dlm industri maner ek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:37 PM | Show all posts
dah lama sembang ngan abe zek nih.... tp tak tau lagi.. abe zek nih dlm industri maner ek. ...
cmf_rambutan Post at 22-10-2010 14:17


Abe zek didlm industri makanan segera...aku pernah menjalankan usahasama perniagaan karipap segera secara kecil-kecilan dgn dia dulu....seblm bisnes kami dicantas oleh bisnes karipap segera anis.....

Kalo tak caya tanye zek....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:44 PM | Show all posts
Reply  mycos79

Pandangan pagi....belum breakfast, so jgn percaya sangat

Dlm kes Inspira, d ...
zzcbr Post at 22-10-2010 06:47


itulah, isu proton ni banyak telah di bincang dan di debat sekian lama. Proton sebagai sebuah syarikat Malaysia, mempunyai beberapa masalah:

1. Tiada economic of scale di Malaysia
2. Marketing and sales service yg lemah
3. Ramai org melayu yg menjadi vendor proton, tahu2 sajalah perangai org melayu ni, bab service memang fail.
4. Harga kereta proton di luar negara adalah lebih murah, berbanding di dalam negara sendiri...misteri nusantara, adakah rakyat yg menampung kereta proton di luar negara?
5. Ramai vendor melayu nak cepat kaya, jual keter mahal, kualiti tarak, harapkan semangat nasionalisme semata-mata...depa pikir nasionalisme dpt memberi makan minum kpd anak bini...siapa yg susah? kita juga yg susah.


dan lain-lain lagi, malas nak tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:49 PM | Show all posts
Abe zek didlm industri makanan segera...aku pernah menjalankan usahasama perniagaan karipap sege ...
tossee Post at 22-10-2010 14:37



    ceh selama nih aku ingat dia bisnes kopok losong.....  klu industri karipap memang tak sesuai laa.... klu losong tuh klu dlm 7 inci sebatang memang laku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 03:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 22-10-2010 21:50

Ada tak sesiapa dari sektor perkilangan automotive. Kalu ada, cuba tolong explain kat aku yg dari industri pembuatan kondom berperisa ciku ni




katakan aku dapat kontrak bekalkan part (bumper Inspira) dari proton..tentu byk perkara teknikal terlibat kan utk kuarkan bumper tu macam kena buat moulding, etc. Jumlah pesanan ialah 1600 unit sebulan...aku ulang 1600 unit bumper sebulan.....margin utk bumper ni sama (atau lebih kurang) seperti parts yg lain, tak tinggi pun, yang boleh buat untung pada pengilang, kalu volume yg dipesan adalah besar. Agak2 kalu aku ambik kontrak ni, berapa lama baru aku boleh break even (perlu dingat life cycle sesuatu model kete semakin pendek ~ hendak2 kalu macam Inspira ni, tak lama akan kuarlah facelift bumper). Aku takut lah, takut tak sempat nak break even,  

mengarut lagi...ni semua salah tosse..dok tepek gambo suzuki-san
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 03:35 PM | Show all posts
saja2 tanya sajalah.... sbb haku dlm industri perfileman nih tak pikir buat moulding semua nih.. terus ujibakat kat hotel sajerk... walaupon cetak rompak dan download tenet berleluasa tetap untung maaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 08:19 PM | Show all posts
Reply 931# faidz1809

Orang luar negara mana tu? mengarut je kawan hang tu... bleh pi sekeh kepala dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 01:14 AM | Show all posts
Reply  mycos79

Pandangan pagi....belum breakfast, so jgn percaya sangat

Dlm kes Inspira, d ...
zzcbr Post at 22-10-2010 06:47

moral of the story.. kalau jualan Inspira berjaya membuktikan bahawa org mesia mmg ramai ah beng japs wannabe... janji ada bau jepun... keta akan laku... so bermakna.. proton yg dulu hanya rebadge wira, saga dan jadi juara kampung... dan perodua yg sekarang rebadge daihatsu dan jadi juara kampung tak leh berbangga.. sebab org mesia beli kereta bukan sebab ia proton atau perodua.. tapi sebab ia ada bau bau jepun

hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.090594 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list