CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 9-11-2009 01:22 PM | Show all posts
bila nak sambung nie...huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 01:25 PM | Show all posts
nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 04:40 PM | Show all posts
huhuhu belum ada lagik ke ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2009 05:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 9-11-2009 18:00

Mata Hani tertancap pada pohon rambutan di belakang Rumah Tok Ali yang mula berputik. Seminggu lagi pasti buahnya ranum. Begitu juga pokok durian di belakang. Sudah mula berbuah. Kalau ada rezeki boleh lah merasa lempuk durian Acik Mah.

“ Termenung sakan nampak?” tegur Acik Mah. Tiada jawapan dari anak buahnya.

Bahu Hani di cuit. Baru ada reaksi. “ Opocot! Ishh… apalah Acik Mah ni! Nasib baik tak melayang pinggan ni.”  

Hani tersenyum sumbing. Aiseyman, caught in the act of mengelamun. Dia meneruskan tugas menyimpan pinggan mangkuk yang sudah di keringkan. Baru selesai kerja mengemas perkakas makan tengahari , dah  kena  buat persediaan untuk minum petang pula. Memang tak menang tangan bila ramai pengunjung. Semua kuat makan pula tu. Ada hikmah juga lah aku datang sini. Tak banyak masa terluang nak fikirkan pasal Fifi dan  strateginya untuk memisahkan aku dengan Nazrin.

“ Macam orang angau, Acik tengok. Rindu cik abang Nazrin kah?” usik Acik Mah sambil membilas tangan. Menu untuk minum petang di rujuknya. Bubur jagung  dan karipap. Nasib baik inti karipap sudah di siapkan awal awal. Adunan untuk kulit karipap sedang di uli oleh pembantu Acik Mah, Salmi.

“ Tak ada masa lah nak rindu merindu ni semua. Hani risau pasal kerja. Dah tiga hari Hani cuti. Sepatutnya intern macam Hani tak boleh cuti. Apa kata pegawai Hani nanti?” Jawapan coverline di lafaz. Keresahannya tak ada kena mengena dengan kerja. Tiada langsung khabar berita dari Nazrin. Semalam Nazrin kata nak jumpa dengan Fifi masa lunch hari ini. Takkan tak habis lagi? Sekarang dah pukul 4 petang. Apa perkembangannya dengan Fifi? Along dan Kak Ina pun tak cakap apa apa. Entah entah Fifi dan kembali normal dan cinta dia dengan Nazrin bertaut semula? Hisshhhh…. Mustahil. Jangan dengar bisikan iblis. Masakan orang tak betul macam Fifi boleh pulih dalam sehari dua. Bukan macam kereta rosak yang masuk bengkel. Tapi macam mana kalau Nazrin kena ubat guna guna? Apa apa pun tidak mustahil dengan Fifi.

“ Ya lah tu. Kejap kejap tengok henfon. Kalau tak tengok telefon, mengelamun sampai entah ke bintang mana. Hani tolong Salmi kelim karipap ada juga faedahnya. Acik nak masak bubur jagung. “

Alaa… Acik ni memanglah. Mata macam helang. Orang nak relaks sekejap pun tak boleh.

“ Yes boss” jawabnya lalu mengambil tempat duduk di depan Salmi. Ibu muda beranak tiga itu periang orangnya. Walaupun suaminya cuma pembantu am di Pejabat Daerah Ulu Langat tapi keluarga mereka bahagia. Semangatnya kuat untuk memberi yang terbaik pada anak anak nya. Lagipun kecekapannya di dapur tak dapat di pertikaikan. Ringan sikit beban kerja Acik Mah.

Hani memerhati cara Salmi mengelim karipap. Hasil tangannya halus dan sekata. Jari Hani terkial kial. Dah lama tak buat karipap pusing.Lebih senang beli saja di gerai. Cubaan pertama gagal.

“ Inti jangan banyak sangat.” Tegur Salmi

“ Kasar sangat lah Hani. Tak cantik”  kritik Acik Mah yang tiba tiba muncul di belakangnya.

“ Alaa… tak kisahlah. Bila masuk dalam mulut, rasa sama saja. Tetamu Mat salih bukannya tahu macam mana rupa karipap.”

“ Eh… mana boleh macam tu. Kalau hidang dalam pinggan, yang Salmi buat semua nampak cantik. Hani punya macam kerang busuk. Orang pun tak lalu nak makan. Lepas ni buat elok elok, halus halus. Yang tak cantik tu Hani makan sendiri nanti”

Hadoilah! Acik Mah ni…cerewet bebenor. Macam pegawai SIRIM.

Percubaan Hani seterusnya makin bagus.Selepas dua biji, kecekapannya meningkat. Cewah… dah jadi expertlah aku.

“ Ha… pandai pun. Macam itulah anak dara. Barulah boleh kahwin” Acik Mah mencelah.

“ Asyik cerita pasal kawin,  kawin. Apalah yang best sangat?” Hani mendesis.

“Mestilah best. Ada orang nak berkongsi suka duka dengan kita. Macam akak dengan suami akak dah kahwin 7 tahun. Tapi sampai sekarang macam pengantin baru. Asyik gelak dan bergurau. Bila dah ada anak lagilah seronok. Riuh rendah rumah jadinya. Sabar ajelah " Salmi tersengih.

Wah, macam best saja. Syok juga bergelar isteri, detik hati Hani. Tapi itu Kak Salmi dan suaminya. Lain orang, lain habuan dia. Bagaimana kalau Nazrin dengan aku tak secocok?

“ Macam mana Kak Salmi terbuka hati untuk kahwin dengan Abang Shahrul? Apa yang buat Kak Salmi pilih dia?” tanya Hani sambil tangannya rancak mengelim.

Panjang lebar cerita Salmi tentang suaminya. Nadanya bangga bila bercakap pasal Shahrul. Kejujurannya, cara dia mengambil hati, ilmu agama yang ada padanya.  Hani kusyuk mendengar celoteh Salmi.

“ Untung Kak Salmi. Hani rasa takut juga nak kahwin. Mana tahu kot kot tak sesuai. Kadang kadang bila Hani fikir balik, hidup single mingle macam Acik Mah lagi bagus. Nak buat apa apa, pergi mana mana pun senang. ” Hani merendahkan suara

“ Eh, jangan cakap macam itu. Fitrah manusia semua nak berpasangan. Tuhan dah tetapkan jodoh masing masing. ” Pantas Acik Mah mencelah. Risau kalau anak buahnya  ubah fikiran. Puan Nuraishah sudah teruja nak terima menantu. Apa lagi Tok Putih di kampung. Entah entah dah tempah kerbau untuk di tumbangkan.


Ringtone henfon Hani menghentikan perbualan mereka.

“ Assalamualaikum”

“ Hani, Dr Mirzan sini. “

“ Ada apa Dr? “  Kenapa pula dia cari aku? Nak bagi tahu yang aku  boleh balik kerja kah?

“ Nazrin er… Nazrin….”

Muka Hani terus pucat. Kalau di toreh , tak setitik pun darah mengalir. Jarinya mencengkam kuat henfon “Apa jadi kat Nazrin? Di mana dia?”

“ Nazrin di Pantai Hospital.”

“ Ya Allah!” Tubuh Hani lesu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 06:55 PM | Show all posts
wah ada smbgn...tq...
apasal plk nazrin kat hospital...
dia teman si fifi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 08:31 PM | Show all posts
sikitnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2009 09:02 PM | Show all posts
nazrin hntr fifi ke hosp ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 09:09 PM | Show all posts
smiley... skit la.. nk lagi{:2_67:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 11:11 PM | Show all posts
saspenyer...nazrin teman fifi ke???mintak2 jgnla apa2 yg buruk berlaku kt nazrin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 11:11 PM | Show all posts
suspenlah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 10:50 AM | Show all posts
thanks...
laaa...sapa yg sakit sebenarnya nie...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:24 AM | Show all posts
ntah2 Dr Mirzan nmpak Nazrin temankan Fifi kat hospital...
sbb tu Dr. Mirzan terkejut n call Hani nak bagitau... pasal Fifi kot....
harap2 Hani tak tersalah sangka lagi....
Arjuna cepat skit... makin busy le awak ye...
story dah masuk penulisan2u.... tal lama lagi pasti En. Muzri leh rekomen  publisher tuk
dibukukan... hope so... amin....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:18 PM | Show all posts
alaaaaa ciputnyer....suspen lak tu

jgn lupa update lagi yer
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 09:42 PM | Show all posts
em..nazrin antar fifi g pital
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 09:45 PM | Show all posts
new n3 lagi please...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 10:43 PM | Show all posts
alamak...sambung panjang lg...waaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2009 03:38 AM | Show all posts
Congrate Smi;ey sbb  Hani oh Hani dah ada di penulisan2u.
Harap2 karya2 Smiley dapat dibukukan. Semua citer best.
Jgn ler cinta Ajin beralih arah kpd Fifi dsbbkan simpati......cian Hani.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 08:53 AM | Show all posts
Kat sini aku ikuti cite hani oh hani ngan lara di hati, yg lain aku tak berminat nak baca, keep it up k:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 10:44 AM | Show all posts


tensionnnya...........................suspen......suspen........................
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 10:48 AM | Show all posts
Kat sini aku ikuti cite hani oh hani ngan lara di hati, yg lain aku tak berminat nak baca, keep it up k:pompom:
mirsha Post at 11-11-2009 08:53


sama lah ngn aku..
set...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.070032 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list