CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de?erci

[MERGED] Guru yang Bermasalah - Update: Moral Guru Makin Membimbangkan

[Copy link]
Post time 10-4-2009 10:03 PM | Show all posts

Balas #920 emiliahani\ catat

mampu ke ko nak ajar cikgu2 tu ... diorang kan skang kebanyakannya "terlebey ajar"
silap2 kang ko pulak yg "diajar"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 10:29 PM | Show all posts
Datin bergelut pertahan murid

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat



AMPANG: Disebabkan mahu menyelamatkan anak muridnya, seorang guru bergelar Datin sanggup mempertaruhkan nyawa bergelut dan bertarung dengan kera jantan liar yang tiba-tiba memasuki tadikanya, semalam.

Dalam kejadian itu, tangan guru berusia lingkungan 40-an berkenaan luka digigit kera berkenaan ketika mangsa dikatakan cuba menghalau haiwan liar itu yang menceroboh kawasan tadikanya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahmat Ponani yang dihubungi semalam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi berhampiran tadika di Taman TAR, berhampiran hutan simpan.

Menurutnya, seekor kera liar dikatakan bertindak ganas selepas berkelahi dengan seekor lagi kera jinak yang dipercayai terlepas dari sangkar rumah pemiliknya.



揔eadaan bertukar menjadi cemas apabila seekor daripada haiwan liar yang mengamuk itu mula menghampiri kawasan tadika yang ketika itu dipenuhi dengan puluhan murid.

揔ebanyakan murid terkejut apabila melihat haiwan liar berkenaan bergaduh hingga masuk ke dalam tadika,� katanya.

Menurutnya, dalam kekecohan itu, seorang murid cedera di tangan akibat digigit kera berkenaan.

揋uru wanita terbabit yang bimbang keadaan mangsa memberanikan diri menyelamatkan kanak-kanak itu dengan cuba menghalau kera berkenaan.

揃agaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut, kera yang mengamuk itu menggigit tangannya hingga berdarah.

揔era berkenaan bagaimanapun melepaskan gigitan pada tangan mangsa sebelum kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri,� katanya.

Beliau berkata, akibat kecederaan itu, kedua-dua mangsa dihantar ke hospital mendapatkan rawatan lanjut dan menerima beberapa jahitan serta suntikan khas untuk mengelak jangkitan kuman.

揂nggota Perhilitan yang menerima panggilan bergegas ke tadika itu kerana bimbang kera itu terus mengganas dan menyerang kanak-kanak lain,� katanya.

Anggota Perhilitan terpaksa menembak seekor daripada kera jantan itu.

揝atu tembakan dilepaskan membuatkan kera terbabit rebah, manakala seekor lagi berjaya ditangkap dan dijangka dilepaskan di kawasan hutan simpan untuk mengelakkannya mengamuk,� katanya.

Katanya, punca utama haiwan itu dikatakan mengamuk kerana kelaparan berikutan tindakan orang ramai tidak memberikan makanan.

揔ebiasaannya, pengunjung luar yang datang memberikan makanan seperti roti pada kumpulan kera liar berkeliaran di kawasan itu. Mungkin kerana kurangnya kunjungan orang luar menyebabkan kurang bekalan makanan pada kawanan haiwan itu.

揝aya ingin menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan terbabit agar tidak memberi makan pada kumpulan haiwan berkenaan sebagai satu usaha untuk mengurangkan populasi serta cara menghalau ke kawasan lain,� katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:41 PM | Show all posts

Balas #922 t@t\ catat

ni la satu contoh kesan dari pengajaran cikgu2...
kalau cikgu2 ade mengajar supaya tak bagi makan kepada hidupan liar... esp long tail monkey
kat tepi2 hutan tu ... gerenti xde kejadian ni berlaku .. what goes around comes around..
jangan kate aku buat cite... aku pena nampak seorang cikgu bawak roti gardinear ... baling dari dalam kete sambil dier ngan anak2nyer nengok kera2 tu makan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 05:51 AM | Show all posts

Balas #923 sibel\ catat

asal mengajar je cikgu ke?? mak bapak x ngajar? kaum keluarga x ngajar? kawan sebaya x ngajar? en. sibel x ngajar?
sempit jg pemikiran..
mn tau yg bawa roti gardinear tu cikgu??? ada dia pakai nametag besar2 ke??? mmg x bt cite TP menuduh x kn tempat...
bkn semua cikgu tu sm, mmg la ada yg nakal2 tp yg tinggi komitmennya RAMAI...
klu x caye, gi la pendalaman, tengok ckit susah payah cikgu ngajar murid2, mak bapak mmg buta huruf, cm cikgu la yg bakal merubah anak2 dorg...
org ln x kn tau susah payah jd cikgu klu dia x jd cikgu...
jgn nk fikir cikgu bermasalah, tapi fikirkan masalah2 cikgu.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 12:55 PM | Show all posts

Reply #924 mayida77's post

aik.. sejak bila kalau nak tau cikgu ke tak ... tu kene pakai nametag besar2 ...
alangkah tidak berakal pertanyaan itu...
cuma nk bg tau la .. cikgu boleh consider as publik figure ... once orang dah jumpa skali .. jumpa kat mana2 pun kenal ...

dan kalau mak pak ngajar sekali .. cikgu keje ape plak? jual insuran, tupperware dan kain???
kalau cikgu2 bermasalah tak mampu nak menyelesaikan masalah sendiri .. camna nak jadi cikgu?
camna nak mengajar orang supaya settle masalah kalau masalah sendiri tak boley settle?
jadi cikgu sbb orang dalam ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 09:01 PM | Show all posts

Balas #925 sibel\ catat

suka ati kau la...
esok lusa anak2 kau ngajar sendiri la...
cikgu2 ni bukan kau boleh harap kn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #926 mayida77's post

tak semua cikgu2 ni boleh diharap mengajar ..
yg pasti aku akan hantar anak2 aku sama ade pegi international school/sekolah swasta
atau sekolah2 yang mana kurang cikgu2 melayuuuuu
sekolah cine for instance ...
tak nafi ada cikgu2 yg bagus di luar sana yg bekerja dengan kerajaan di sekolah2 bantuan penuh kerajaan
tetapi hakikatnya dari jumlah keseluruhan guru2 di dalam sesebuah sekolah ..
hanya 1% sahaja yg benar2 ada semangat nak mengajar
berbakat dan tahu apa yang diperlukan untuk membentuk pelajar yang mampu menyahut dan berdepan dengan cabaran di luar pagar sekolah...
tak pecaya??? pecaya laaa!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 06:31 PM | Show all posts
saya pun guru bermasalah jugak...bermasalah pembelajaran...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 11:25 PM | Show all posts

Reply #927 sibel's post

kalau da mampu hantar je la p international school tu..kalau da x percaya ngan pendidikan arus perdana x yah la nak kutuk2..sblm ko jd bijak pandai..dulu cikgu jugak yg ajar ko..dari x tau abc..sampai tahu membaca..bila da pandai..amboi cikgu habis d kutuknya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 07:52 PM | Show all posts

Reply #929 hannani's_mom's post

mungkin dia nk meyalahkan cikgu sbb tk dpt jadikan dia seperti mana yg dia nak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 07:57 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 2-4-2009 18:20
beh tu ... keje aku yg 100X lg baik dari cikgu skang ni .. nak suruh sape ganti? x ramai yg layak ni

tade sape2 tau ke si sibel ni keje pe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 12-4-2009 10:57
tak semua cikgu2 ni boleh diharap mengajar ..
yg pasti aku akan hantar anak2 aku sama ade pegi international school/sekolah swasta
atau sekolah2 yang mana kurang cikgu2 melayuuuuu
sekolah c ...



sekolah aku ramai cikgu cina (of coursela sbb sekolah cina )
try hantar anak ko kat cni tgk caner... hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 09:27 PM | Show all posts

Balas #932 fiyass\ catat

aku cadangkan dia simpan je anak dia kt umah...
xyahla guna khidmat sape2 utk sampaikan ilmu tuk ank dia..
biar dia wat sendiri je...
skolah kerajaan ke..swasta ke..international ke...melayu ke...cina ke...india ke...
kalo dh nama mngajar...kena panggey cikgu...
so kalo namanya cikgu...ikut kepala dia tu....xbleh pakai kn...
so xyahla....jgnla libatkan ank2 & keturunan dia ngan cikgu...xbagusla...xyah...xyah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:41 AM | Show all posts

Guru dan masalah moral....

Sedih baca paper hari ni pasal kes guru yang menyuruh pelajar lakukan aksi melampau...
IM rasa kalaulah IM jmpa malaun nih...mau IM sembelih dia...buat rosak anak-anak jerrr....
Kat skolah korang ada tak cekgu2 yang mmpuyai masalah?

Tak kisah arrr....sama ada masalah moral ataupun sikap.

Kat skolah IM dulu, tak ramai cekgu lelaki. Masalahnya bila dorang tak ramai, maka banyaklah mata-mata memandang perilaku cekgu2 nih...Masalah cekgu laki skolah IM, ada yang suka dok kat stor sukan...bukan takat duduk jerrr....tapi tidor skali. Bubudak dibaginya bola sebijik, 'nah, main kau kat padang....jangan gaduh tau...'
Pastu sorang lagi, ustaz, suka keluar gi bekfes kat restoran berdekatan. IM assume mesti waktu tu dia free kot...
Kendian, ada sorang laks, ejen insurans.....hmmm...katanya ada jugak sesekali dia mencilok kuar kejap.....ntah arrr...IM takder bukti.

Apa patut kita buat???....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:50 AM | Show all posts
tepek la newspaper tu...tak sempat nak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by intan_mahsuri at 17-6-2009 23:41
Sedih baca paper hari ni pasal kes guru yang menyuruh pelajar lakukan aksi melampau...
IM rasa kalaulah IM jmpa malaun nih...mau IM sembelih dia...buat rosak anak-anak jerrr....
Kat skolah kora ...


sama la IM sekolah aku dalam 14 cikgu laki dari 60 orang cikgu, satu pun tak bleh pakai sangat. ada yang bleh pakai skit2
tapi ada yang tak berguna langsung. datang sekolah sekadar meramaikan cikgu je. semak mata aku. pelik la depa ni tak
malu ke prestasi tak de bleh dibanggakan..kalo aku, malunye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2009 11:57 AM | Show all posts
Cikgu perempuan lagi teruk la, tahu gosip sahaja..kerja tak tau buat...sikit-sikit dah menangis dalam kelas..malu betul...macam dulu saya ada seorang cikgu perempuan, menangis dalam kelas kita sebab dia tak pandai mengajar...jadi, kalau nak dibandingkan cikgu perempuan lagi teruk....ada yang pandai merosakkan rumah taangga orang pulak sampai mengandung sebelum kahwin pun ada....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 04:45 PM | Show all posts

Balas #4 kianho06\ catat

kalo kes terpencil camni xyahla wat generalization...
kalo stress...salahke nanges?cuma mgkin kalo keja yg xberdepan ngan org..
nanges xde org nmpak...
pasal kaco umahtangga org plak....tu xrelated lgsung ngan kerja...
tu perangai...kalo perangai buruk...jadi doktor pon leh wat perangai buruk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 12:51 AM | Show all posts
apapun cikgu cuma manusia biasa yg dilatih di maktab2  utk berkerja di sekolah, korang ni letak high expectation sgt pun xguna gak sbb nature of work guru mmg mcm ni,xkan sume ada yg perfect, bidang apa pun sama.hentam2 cikgu lain, tp diri kita pun bukan bagus sangat, baik tumpukan pada anak2 murid yg memerlukan kita sbg bimbingan dpd sibuk dok cari kesalahan orang.mslah slah laku guru biarla pihak pentadbir yang lebih berkuasa utk menentukan hukuman dan tindakkan sewajarnya.kita?buatlah kerja yg diamanahkan,tuhan nampak setiap amalan umatnya~amin~
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 12:24 PM | Show all posts
939# terrace

betul...xyah cbuk nk hentam orang....keje apapun buat je sedaya mungkin..
salah silap kt mana2...perbetulkan...to err is human anyway....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075551 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list