Hati lara bagai terpenjara
Tidur malam asyik terjaga
Resah gelisah berputus asa
Kita ucapkan selamat menjamu selera
Bergembira ria bersama keluarga
Semoga hidup ceria sentiasa
putik kelapa menjadi muda
putik kelapa menjadi kemirau
sudah kemirau menjadi kotai
hati luka pura tiada
rasa pedih buat tak hirau
ibarat kaca jatuh ke lantai
ambil galah jolok kedondong
galah pendek buluh sumpitan
buluh tersisip tali jerami
bukan salah ibu mengandung
sudah takdir sudah suratan
sudah nasib jadi begini