|
|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
|
Nahas bas terburuk negara
2010/12/20
KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.
Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.
Berikut kemalangan bas yang berlaku tahun ini, tidak termasuk nahas pagi tadi.
16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.
14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.
11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.
4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.
29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.
10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.
2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.
27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.
17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.
20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.
4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya setelah 3 hari baru aku khatam......ngeri sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 920# zaharul_asriq94
huhu~~ tq...
dats my niece... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
syed...
ada satu kes pembunuhan isteri yg ice rase syed lom masukkan...
kes kat negeri sembilan... si somi (kontraktor) bunuh n bakar si isteri kat ladang kelapa sawit... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 924# ice98
ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
yang tu tahuu
rasa dah banyak kali dok diceritakan semula...
jap, kat sini pung ada rasanya
kat thread lain pung ada gak...
my pren - si polis
office in charge |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lupa kat thread mana...
tapi kat facebook ada dok citer ngan kawan2
nangessss |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
a'ah igt.. ini mak tiri dia lar.... sian budak tu.. 14 thn la kalau tk igt.. tk igt budak ni dah ...
want2bhappy Post at 29-11-2010 15:59 
ha'ah aku baru nak suh Syd cari psl kes nih sebab sedih sangat2...polis yang bertugas siasat kes ni
menangis tengok mayat budak tu, ishhh mmg terkesan sampai ke ari ni, aku nak marah anak pun tak
jadik sbb selalu teringat kes yg sadis sangat nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya polisni la yg bantu budak nikan... Jiran dia pun ckp mak tiri budak ni mental... ya allah budak 3 thn tu.... sedihnya baca... meroyan kut... masa tu mak tiri dia muda lagi 29 tahun asanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya polisni la yg bantu budak nikan... Jiran dia pun ckp mak tiri budak ni mental... ya allah bu ...
want2bhappy Post at 23-12-2010 11:45 
tu la mental la tu sebab sanggup buat anak sendiri camtu, siap dicampak kat dinding, dipijak2 lagi....astaghfirullah halazim....
tak dapat dibayangkan keadaan anak tu cemana...... ..... xtau cemana pengakhiran kisah ni sebab mak tiri dia tu mmg
kena tangkap kan sebab budak tu citer perkara sebenar, cuma hukuman je xtau cemana.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 927# helena_dzam
Rayu anak tiri mengaku
Oleh Meor Riduwan Ahmad
SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan anak tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian adiknya (mangsa).
Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak bersalah.
Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.
Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai dimasukkan ke pusat kebajikan.
“Emak cakap, ‘Long (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung,” katanya.
Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya menendang dan memukul adiknya sehingga mangsa mengerang kesakitan dan muntah tidak berhenti-henti selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya kepada bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut kepada tertuduh.
Salina, 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang pada 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.
Dia diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail.
Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik lain hasil perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.
SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004, jam 5.30 petang?
SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan ibu) yang sulung bermain sambil buat kereta mainan di tepi rumah. Ketika itu saya dengar emak pukul adik Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian, saya masuk ke rumah dan tengok emak tendang adik Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan marah.
SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?
SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang. Mula-mula dia menangis tapi selepas itu senyap. Saya tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik Syakir depan saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali dia tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti sekuat mana emak tendang tapi dari muka dia nampak sekuat hati.
SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?
SP4: Dia terus senyap.
SALIM: Apa kamu buat?
SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada saya sambil kata: ‘Kau basuh berak anak sial ni’. Emak baling kena tangan dan saya cuba sambut tapi tak berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab apa-apa dan terus angkat adik bawa ke bilik air di sebelah rumah. Selepas basuh berak adik Syakir, saya masuk semula ke rumah.
SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah dia menangis?
SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke bilik air, dia mengerang sakit. Saya tak tanya dia sakit di mana, tapi nampak tangannya pegang perut. Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat keadaan dia okey saja dan sambung buat kereta mainan.
SALIM: Seterusnya?
SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan emak terus masuk ke rumah dan keluar semula lima minit kemudian. Emak tanya saya, ‘Along...apa pasal Syakir? Saya cakap ‘mana Along tahu’ dan tanya mengapa. Emak kata, ‘jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan muntah’. Saya lap muntahnya dan dia terus muntah banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu kira-kira jam 6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap kali muntah saya akan lap.
SALIM: Apa tindakan emak?
SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir ke klinik. Pada 6 April 2004 saya lari dari rumah sebab tidak tahan semua urusan adik Syakir saya kena buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak diberitahu langsung.
Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh menguruskan Syakir, dia melarikan diri ke rumah abang angkatnya dikenali ‘Abang Talib’ pada 6 April 2004 hingga 2 petang 7 April 2004.
Katanya, ketika balik ke rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan membawa tiga bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya kerana melarikan diri dan membiarkan Syakir.
“Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan badan biru. Emak suruh saya jaga adik di hospital. Saya cakap bukan salah saya mengapa kena bertanggungjawab,” katanya sambil memberitahu dia kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali Abang Mat di lombong Speed Boat.
Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina Abdullah berkata ketika bertugas di bahagian pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang lelaki bernama Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laporan kematian anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai akibat ditendang dan dipukul dengan penyangkut baju oleh abangnya berusia 14 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Syd at 23-12-2010 20:24
Reply 930# Syd
berita terdahulu
ARKIB : 01/05/2004
Ibu didakwa bunuh anak
KUALA LUMPUR 30 April - Seorang suri rumah hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini atas tuduhan membunuh anak kandungnya sendiri yang berumur tiga tahun.
Salina Abdul Shukor, 26, didakwa membunuh Syakir Abd Aziz antara kira-kira pukul 5.30 petang 4 April hingga kira-kira pukul 5 petang 7 April lalu di rumahnya di kawasan setinggan Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa hukuman mati mandatori.
Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Cif Inspektor Senthivell Naidu telah memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin, lalu majistret Juanita Mohd Salleh membenarkan permohonan itu dan menetapkan 21 Jun ini sebagai tarikh sebutan.
Suami Salina, Abdul Aziz Abd Rahman, 43, seorang pemandu teksi dan beberapa ahli keluarga tertuduh turut berada di sini semasa Salina yang berbaju kurung, dihadapkan ke mahkamah.
Pada 7 Mac lalu, Syakir Abd Aziz ditemui mati dalam keadaan terbaring di atas katil rumah mereka oleh bapanya, yang baru pulang kerja pada pukul 6.30 petang.
Sebelum ini, Syakir dikatakan meninggal dunia selepas ditendang di perut oleh abang sulung tirinya yang berusia 14 tahun, semasa Salina ketika itu dikatakan keluar ke kedai.
Ekoran kejadian, Abdul Aziz telah membawa anak lelaki hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya itu ke Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya dan beliau terus ditahan untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun siasatan yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Asisten Supritendan Omar Hassan memperoleh cukup bukti untuk mendakwa Salina yang ditangkap pada 21 April lepas untuk membantu siasatan.
Tertuduh kemudiannya dihantar ke Penjara Kajang. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 931# Syd
ARKIB : 11/07/2007
Ibu dera anak dipenjara lapan tahun tiga bulanOleh Norazlita Mohd. Sies
SHAH ALAM 10 Julai – Seorang ibu dihukum penjara lapan tahun tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan melakukan penderaan fizikal terhadap anak kandungnya berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia.
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim ketika menjatuhkan hukuman terhadap Salina Abdul Shukor turut memerintahkan supaya ibu kepada empat orang anak yang masih kecil itu berkelakuan baik dengan bon tanpa cagaran sebanyak RM2,000 selama dua tahun.
Ia hanya akan berkuatkuasa selepas dia dibebaskan.
Salina, 28, ketika ditangkap sedang hamil dan melahirkan anak bongsunya di dalam Penjara Wanita Kajang, sebelum ini telah dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dituduh membunuh Syakir Abd Aziz, tiga tahun lalu.
Pada 6 Julai lalu, Hakim Zaharah bagaimanapun memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Salina di bawah tuduhan membunuh.
Selepas meneliti dan menimbang fakta serta keterangan yang dikemukakan, Hakim Zaharah pada tarikh yang sama, sebaliknya mendapati pendakwaan berjaya mengasaskan prima facie kes mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurut pertuduhan pindaan, Salina sebagai orang yang memelihara Syakir didakwa menganiaya kanak-kanak itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Salina mengaku melakukan kesalahan itu antara pukul 5.30 petang, 4 April 2004 dan pukul 5 petang, 7 April 2004, di rumah 172 - A3, Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau bon berkelakuan baik selama dua tahun, jika disabitkan kesalahan.
Peguam Hazlan Abd. Hamid ketika menyampaikan rayuan supaya hukuman diringankan memberitahu mahkamah bahawa Salina telah insaf dan menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan jenayah pada masa depan.
Bertekad untuk menjalani hidup baru selepas dibebaskan kelak, Salina juga menurut Hazlan, berjanji akan mendidik anak- anaknya dengan baik.
“Salina sebenarnya tabah mengharungi keperitan hidup yang susah. Tetapi dia tidak menyedari bahawa tindakannya itu tidak boleh diterima akal dan melampau,” kata Hazlan.
Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib bagaimanapun memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap Salina kerana sebagai seorang ibu, dia sepatutnya melindungi nyawa anaknya.
“Mangsa meninggal dunia setelah mengalami 29 jenis kecederaan pada badannya selain patah kedua-dua belah pahanya,” kata Salim.
Beliau menambah, Salina juga pada mulanya telah meletakkan kesalahan tersebut kepada anak tirinya. Mujurlah, katanya, pihak polis menjalankan siasatan lanjut, jika tidak nescaya, anak tirinya yang tidak berdosa menerima hukuman.
Salina yang berbaju kurung hijau dan bertudung, dilihat hanya menundukkan wajahnya sepanjang prosiding tersebut. Sesekali dia kelihatan mengesat air mata.
Hakim Zaharah ketika membacakan penghakiman berkata: “Mangsa telah meninggal akibat mengalami penderaan yang teruk.
Memanglah ajal maut di tangan Allah. Tetapi jika dapat bertindak awal kemungkinan tidak berakhir seperti ini.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 924# ice98
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=487257&highlight=%2Bbalai%2Bberhantu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 930# Syd
lamanya arwah adik syakir menderita sakit .... patah kedua belah peha luaka2 lain lagi ... sakitnya .... kita yg luka sikit pon dh mengeluh kesakitan ... anak luka sikit pon dah kecoh satu rumah cari minyak gamat ..cari plaster ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 934# ea208964
itu lah tanda yang dok kat umah tu mental-mental belakang
emak sendiri - mental
bapak sendiri - BONGOK mcm taik~\!
budak umoq 14 tahun - ketakutan (pasti dalam hati, mmg menderita kasihan dengan adik semua)
jiran - camtulah, dah mati baru dok citer. selagi tak mati, takde laa nak bukak mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply ea208964
itu lah tanda yang dok kat umah tu mental-mental belakang
emak sendiri - ment ...
Syd Post at 24-12-2010 06:14 
Memang sumer mental belaka, kesian budak kecik tu jadi mangsa....menangis lak aku pepagi ni
bila Syd bukak balik citer nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply helena_dzam
Rayu anak tiri mengaku
Oleh Meor Riduwan Ahmad
SHAH ALAM: Seorang suri ...
Syd Post at 23-12-2010 20:18 
Thanks Syd tepek citer nih, tak sampai hati nak baca hingga habis, airmata dah menitik2 ni....
terbayang anak yg sebaya ngan arwah adik Syakir ni......sedihnya...... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 937# helena_dzam
:cry:
teladan tuk kita... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sanggup nak baca camner dia bunuh anak dia... huhu dia tak kejer eh.. 2004 .. 2012 la dia dibebeaskan eh? laki dia dah kahwin lain ke apa... apa la masalah dia nih... kadang muda sgt kahwin pun leh jadi mcm ni... laki dia ni tak ambik tahu pasal anak2 ke.. semua letak kat bahu dia? boleh jadi jugak bila stress lepas kat anak2... 3 thn tak tahu apa2 tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 933# Syd
thanks syd...
ice tau pon kes tu sbb mak angkat ice citer... katenye si laki die tuduh binik die curang...
die susun elok2 plan bunuh bini die...tp die tak kemas elok2 bila abih bakar...
bile anak die tanya mane mak pergi, die ckp mak lari pegi luar negara ikut jantan lain...
pastu die diam...
org kg heran ngan kawasan bakar tu ada tulang, tu yg dorg repot polis...
polis dtg siasat die, die kate tu tulang babi mati lam kebun tu...
forensik check tu tulang manusia...
polis tanya psl bini die, die kata bini die ntah pegi ikut jantan lain ke luar negara... check kat imegresen ada rekod pulak...
siasat punya siasat kedai tayar terpakai yg ada kat kuala pilah, ada rekod org beli lam qty yg banyak.... tu la yg kantoi...
camtu la lebih kurang citernya... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|