CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)

[Copy link]
Post time 21-3-2007 02:47 PM | Show all posts
Artinya : Dan dirikanlah shalat, tunaikan zakat, dan rukulah bersama orang-orang yang ruku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2007 10:55 PM | Show all posts

Reply #921 sayangpakwahab's post

Sebab ko tak baca semua.  ko baca yang aku paste ajer tu.
tapi tu ibnu baz punya fatwa, kalau ko rasa hujah dia paling betul, ko pi la mesjid atau surau bila orang azan.  kalo tak dan ko rasa hujah dia tak betul, ko sembahyang jer kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 01:09 AM | Show all posts
inilah yang dikatakan taksub kepada satu satu pendapat sahaja.Majoriti
ulama lain tak pulak kata wajib.

Pak wahab pun selalu pergi berjemaah gak kat masjid.
Dana pakwahab kata berjemaah tu lebih afdal dari solat bersendirian.
Bukannya wajib.

Tapi kalau dah dikatakan
WAJIB maka sesiapa yang bersolat sendirian  kat rumah tu dah jadi HARAM
dan berdosa walaupun dia bersolat kat rumah.Boleh lah dikategorikan orang yang
solat bersendirian dikalangan orang yang berdosa dan fasiq.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by sayangpakwahab at 22-3-2007 01:09 AM
inilah yang dikatakan taksub kepada satu satu pendapat sahaja.Majoriti
ulama lain tak pulak kata wajib.

Pak wahab pun selalu pergi berjemaah gak kat masjid.
Dana pakwahab kata berjemaah tu  ...


betul tu....tak siapa nafikan solat jemaah itu banyak manfaatnya....malah digalakkan utk solat JEMAAH setiap waktupun...siapa lak yg kata klau tolak WAJIB SOLAT JEMAAH nih, org tu tak mahu SOLAT JEMAAH lak...

ishkkkk....kecelaruan minda telah berlaku nih.... tu ler sebb jgn taksub melulu...

iikut common sense ler, klau cam tuh, berapa ramai yg dah BERDOSA klau anggap SOLAT JEMAAH itu wajib?

Tapi kalau dah dikatakan
WAJIB maka sesiapa yang bersolat sendirian  kat rumah tu dah jadi HARAM
dan berdosa walaupun dia bersolat kat rumah.
Boleh lah dikategorikan orang yang
solat bersendirian dikalangan orang yang berdosa dan fasiq.


depa nih memang TAKSUB tapi tk perasan depa yg sebenarnya TAKSUB...
perkara khilafiyah cam nih pun, nak dijadikan perang dunia ketiga...sebb tk mau terima pendapat they all nih...

[ Last edited by  rainbows at 22-3-2007 10:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by sayangpakwahab at 22-3-2007 01:09 AM
inilah yang dikatakan taksub kepada satu satu pendapat sahaja.Majoriti
ulama lain tak pulak kata wajib.

Pak wahab pun selalu pergi berjemaah gak kat masjid.
Dana pakwahab kata berjemaah tu  ...



sebagaimana aku kata dalam post sebelum ni, kalau ko rasa bin baz tak betul, ikut le mana ko nak.  bila nak pergi ko pergi, bila tak nak pergi takyah pergi.  

tapi aku rasa, aku biasa dengaq ustad (yang shafi'iyah lagik) kata, kalau dengar azan dan tak pergi mesjid/surau, serupa tak dapat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by sayangpakwahab at 22-3-2007 01:09 AM
inilah yang dikatakan taksub kepada satu satu pendapat sahaja.Majoriti
ulama lain tak pulak kata wajib.

Pak wahab pun selalu pergi berjemaah gak kat masjid.
Dana pakwahab kata berjemaah tu lebih afdal dari solat bersendirian.
Bukannya wajib.

Tapi kalau dah dikatakan
WAJIB maka sesiapa yang bersolat sendirian  kat rumah tu dah jadi HARAM
dan berdosa walaupun dia bersolat kat rumah.Boleh lah dikategorikan orang yang
solat bersendirian dikalangan orang yang berdosa dan fasiq.


Setahu saya, majoriti ulamak tak cakap solat jemaah ini tidak wajib. Yang selalu saya dengar solat jemaah ini FARDHU iaitu fardhu kifayah bagi lelaki yang merdeka. Jadi kalau semua dalam qariah tu tak buat, HARAM dan semua BERDOSA!

Ingat rakan-rakanku sekalian! Solat jemaah tu AMAT AMAT penting terutama jika anda orang lelaki yang merdeka! Jangan lupa itu!!

[ Last edited by  always_typo at 22-3-2007 11:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2007 11:39 AM | Show all posts

Reply #926 always_typo's post

Kemuingkinan ada segolongan muslimin bila dengar nama Bin Baz terus tolak.  Tak payah kaji dulu apa yang dikatakan.

Cuba pakwahab rujuk hadith berikut.  Rainbow pun boleh tengok sama...

Dari Abdullah r.a. katanya:
Menurut pengamatan kami, tidak ada orang yang tertinggal solat berjemaah, kecuali orang munafiq yang jelas nifaknya, atau orang sakit yang apabila pergi solat harus dipapah oleh 2 orang ke tempat solat.  Sesunnguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan ajaran-ajaran agama (sunanal huda).  Di antara ajaran agama itu ialah solat berjemaah ke mesjid bila mendengar azan.
Hadith 612, Keutamaan solat berjemaah, jilid 2, sahih muslim

[ Last edited by  ibnur at 22-3-2007 11:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #926 always_typo's post

Saya amat bersetuju dengan saudara typo di situ.
perlu ditekankan disini bahawa memang solat berjemaah dituntut berdasarkan
hadis yang menyebutkan tentang gandaan pahala 27 kali ganda.
.
Tetapi masih
ada orang yang belum dapat membezakan perkara wajib dan fardu kifayah
dan fardu ain.Apo kono eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2007 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 16-3-2007 02:48 PM

apa masalahnyer depa nih malu sgt nak ngaku wahabi yer ?.....huhuhuhu...

tk per ler joe, memang depa nih dah taksub kat muhamad al wahabi tuh, tk leh buat apa2 lagi...

dlm kepala mereka, yg betul dan 100% boleh diikut adalah taimiyah, qayyim, muhd al wahabi, dan pengikut2 nyer...yg lain BIDAAH...


tumpang tanya...
betul ke ibnu taimiyah kata sedekah pahala bacaan boleh smpai pada org mati... ?

[ Last edited by  kyas at 22-3-2007 05:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by sayangpakwahab at 22-3-2007 02:09 PM
Saya amat bersetuju dengan saudara typo di situ.
perlu ditekankan disini bahawa memang solat berjemaah dituntut berdasarkan
hadis yang menyebutkan tentang gandaan pahala 27 kali ganda.
.
Tet ...



WAJIB solat jemaah adakah sama maksud dengan Fardhu Kifayah solat jemaah ???

kau org pukul rata ajer ker maksudnya?....

apa pasal ler benda2 khilafiah ini kau org nak bertekak juga ker?...

klau aku ler, ikut suka kau org  ler nak ikut pendapat yg mana satu, tp jgn sibuk guna perkara khilafiyah sebg ISU utk bidaah dan sesatkan sesama islam....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 12:52 PM | Show all posts
Alangkah baik kalau masing2 sudi menyampaikan apakah dalil2 yg dipegang oleh ulama2 tersebut hingga mereka berijtihad ttg wajib atau fardhu kifayahnya solat jemaah... bole jugak diambil rujukan dari kitab2 sunan atau pun buku fiqg sunnah Sayyid Sabiq..

wallahu'alam,..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 23-3-2007 12:52 PM
Alangkah baik kalau masing2 sudi menyampaikan apakah dalil2 yg dipegang oleh ulama2 tersebut hingga mereka berijtihad ttg wajib atau fardhu kifayahnya solat jemaah... bole jugak diambil rujukan d ...


Ini saya cut-paste dari http://www.muftiselangor.gov.my/ ... PembawaKemajuan.htm
Jelas ada tiga tuntutan berbeza dari ulamak2 mazhab feqah ASWJ (sepertimana juga yang berlaku di sini). Saya berpegang
kepada pendapat kedua dengan bertaqlid kepada pendapat asal Imam Syafie setakat mana yang saya mampu pelajari.

Tuntutan sembahyang berjemaah menurut ulama` fiqh .

Terdapat   beberapa perbezaan pendapat dikalangan ulama` fiqh berhubung hukum sembahyang fardhu secara  berjemaah iaitu :

1. Berjemaah pada sembahyang fardhu selain daripada sembahyang Jumaat adalah sunat muakkad ( sunat  yang di tuntut ) ke atas lelaki yang berakal  yang mampu menunaikannya. Tidak wajib ke atas                                   wanita, kanak-kanak, hamba, orang yang tidak berkeupayaan berjalan, orang sakit serta orang  tua. Ia dihukumkan sedemikian keranamerujuk kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

`Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak  dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran`.
Ini menunjukkan bahawa sembahyang secara berjemaah  adalah untuk menambah sempurnakan lagi sembahyang  fardhu yang diwajibkan. Keadaan yang sempurna adalah perkara yang melebihkan ganjaran (pahala),  bukan tuntutan yang dimestikan.
( Pendapat dari Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah;  Fiqh Islami Wa Adillatuh, 2/149, Al-Zuhaili,  serta sebahagian daripada ulama` Al-Syafiiyah; Al-Muhazzab, 1/93,Al-Nawawi dan Fiqh Islami                                   Wa Adillatuh, 2/149, Al-Zuhaili ).



2. Hukum berjemaah bagi sembahyang fardhu adalah fardhu kifayah ke atas lelaki yang merdeka dan bermukim bagi menonjolkan syiar berjemaah dengan mendirikannya di masjid setiap kampung atau                                   mukim. Tidak dituntut ke atas wanita seperti tuntutan ke atas lelaki.

( Pendapat yang asah dari mazhab Al-Syafiiyah; Al-Majmu` 4/184-186, Fiqh Islami Wa Adillatuh,2/150, Al-Zuhaili ).


3.  Hukum berjemaah bagi mendirikan sembahyang fardhu adalah wajib `ainiyy, iaitu wajib ke atas setiap mukallaf. Pendapat ini bersandarkan kepada ayat  Al-Quran mengenai sembahyang khauf, ayat Al-Quran mengenai perintah ruku` bersama orang yang ruku`  dan hadis dari Abu Hurairah mengenai Rasulullah  s.a.w. bersumpah untuk membakar rumah lelaki  yang tidak menunaikan sembahyang fardhu berjemaah.  Perintah wajib `ainiyy bagi sembahyang fardhu secara berjemaah diperkuatkan oleh perintah  syara` supaya sembahyang khauf ( sembahyang ketika berlaku peperangan - dalam keadaan takut ) dilakukan secara berjemaah. Tetapi berjemaah itu tidak diambil sebagai syarat sah sembahyang, seperti yang dinyatakan oleh Imam Ahmad.
( Pendapat Al-Hanbaliyah; Al-Mughni 2/130-131,  Ibnu Qudamah, Al-Majmu` , 4/283, Al-Nawawi,  Fiqh Islami Wa Adillatuh, 2/150-151, Al-Zuhaili  ).

[ Last edited by  always_typo at 23-3-2007 02:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 05:16 PM | Show all posts
Demikianlah kalau dikeluarkan satu sahaja dari fatwa-fatwa yang abu_syafiq post di page 36 dan 37 tu, menjadi panjang lebar thread ni.  Boleh jadi satu topik lain dalam satu thread.  Itu pun aku keluarkan satu perkara aje dari 72 perkara sebab yang tu dok atas sekali dalam page 37.  

yang dok gaduh pasal khilafiyah tu kenapa yer?  siapa yang bawak keluar mari sini?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 23-3-2007 05:16 PM
Demikianlah kalau dikeluarkan satu sahaja dari fatwa-fatwa yang abu_syafiq post di page 36 dan 37 tu, menjadi panjang lebar thread ni.  Boleh jadi satu topik lain dalam satu thread.  Itu pun aku  ...


itulah namanya forum internet noo ibnur! Niatlah bincang kerana Allah, banyak-banyak ingat Allah, baca bismillah dan beristighfar sebelum post, semoga diberi keberkatan, semoga bukan dosa yang dikutip di sini oleh semua kita.

Bincang-bincang pasal solat jemaah ni, saya harap semua kita di sini dianugerahkan kesempatan oleh Allah untuk bersolat jemaah hari ni dan hari-hari yang seterusnya.

Kalau ya, Alhamdulillah!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 23-3-2007 05:56 PM


itulah namanya forum internet noo ibnur! Niatlah bincang kerana Allah, banyak-banyak ingat Allah, baca bismillah dan beristighfar sebelum post, semoga diberi keberkatan, semoga bukan dosa yan ...



Memang betul, internet bagi kita peluang berforum dengan semua aliran pada bila-bila masa, tanpa sempadan dan tanpa kawalan.  Yang ada kawalan sendiri.

Berlainan kalau pegi kuliah-kuliah, ceramah, seminar yang selalunya orang dari satu aliran.  Ada pulak yang guna seminar untuk kutuk aliran lain.  sikit saja seminar atau forum yang bincang perbezaan aliran.  kalau ada pun, terdapat kawalan tertentu.  tak boleh nak cakap lebih-lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 22-3-2007 22:08



WAJIB solat jemaah adakah sama maksud dengan Fardhu Kifayah solat jemaah ???

kau org pukul rata ajer ker maksudnya?....

apa pasal ler benda2 khilafiah ini kau org nak bertekak juga ke ...


Yaa Ikhwah rohimany wa rahimakumullah,
Shalat wajib itu telah ijma' para ulama salaf bahwa hukumnya adalah WAJIB. Mana dalil? Inilah hujjahnya:

1. Perintah Allah dalam surat Al Baqarah: 43: "Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku' ".
Ibnu Katsir berkata menafsirkan ayat yang mulia ini: "Yakni hendaklah kalian bersama orang-orang beriman dalam berbagai perbuatan mereka yang terbaik, dan yang paling utama dan sempurna dari semua itu adalah shalat. Dan banyak para ulama yang menjadikan ayat ini sebagai dalil bagi diwajibkannya shalat berjamaah". (Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al Qurthubi, etc).

2. Allah bersaksi untuk keimanan orang yang pergi ke masjid untuk shalat berjamaah.
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada ALlah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada siapapun selain kepada ALlah, maka merekalah oran-orang yang diharapkan termasuk kepada golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." (At TAubah: 18)

3. Isyarat kepada wajibnya shalat berjamaah di masjid bisa dilihat bahwa perintah ini tidak hanya dilakukan dalam situasi AMAN saja, tapi juga dalam situasi yang tidak aman. Allah tetap memerintahkan kaum muslimin untuk shalat berjamaah sampai kepada situasi ketakutan, yaitu yang dikenal dengan shalat khauf. FirmanNya:
"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan shalat bersama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (shalat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan kedua yang belum shalat, lalu shalatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata." (An Nisa: 102).
NAAH...dalam situasi perang yang sewaktu-waktu kita bisa diserang ajee tetap kita diperintah shalat berjamaah, bagaimana kalau kita berada dalam keadaan aman sekarang ini?

4. Perintah Rasulullah untuk bersegera shalat berjamaah. Beliau bersabda: "siapa yang mendengar azan lalu tidak mendatanginya (untuk shalat berjamaah) maka tidak ada shalat baginya kecuali karena uzur. (Lihat shahihul jami').
Dan yaa ikhwah uzur disini adalah untuk orang yang sakit dan tidak kuat untuk pergi kemasjid. Atau dalam waktu hujan, karena untuk waktu hujan maka sunnahnya adalah shalat wajib dirumah. Itulah yang ada dalam hadith-hadith yang sah dari Nabi. Karena dalam sunnah, pada waktu hujan maka ada tambahan kata dalam azan itu, yaitu "Asshalatu fii buyutikum" atau "asshalatu fii rihalikum" . Ana yakin kalian pasti baru pertama kali mendengarnya taK?   Inilah ilmu, semakin digali maka semakin banyak yang kita tahu dan bisa kita amalkan. Tapi jika waktu hujan lalu bolehkah kita tetap kemasjid untuk shalat jamaah? BOLEH tapi itu tidak sesuai dengan sunnah, karena sunnahnya adalah shalat di rumah ketika hujan.

5. ABDULLAH bin MAS'UD berkata: "Siapa saja yang senang bertemu Allah kelak dalam keadaan muslim, maka hendaklah ia menaga shalat-shalat yang MEREKA DIPANGGIL untuk melakukannya. Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kalian beberapa jalan petunjuk. Dan sungguh sekiranya kalian shalat DIRUMAH sebagaimana orang YANG MENINGGALKAN (shalat berjamaah), niscaya kalian TELAH MENINGGALKAN SUNNAH Nabi kalian tentulah kalian akan SESAT!. Dan tidaklah seorang laki-laki brwudhu lalu menuju masjid diantrara masjid-masjid ini kecuali Allah menulis untuk setiap langkah nya yang ia langkahkan satu kebaikan untuknya dan meninggikannya satu derajat serta menghapuskan satu keburukannya. Dan sesungguhnya kita telah menyaksikan bahwa tidaklah meninggalkan SHALAT BERJAMAAH kecuali ORANG MUNAFIK yang nampak JELAS kemnafikannya. Dan sesungguhnya dahulu sampai terjadi ada seorang laki-laki yang dipapah oleh dua orang kemudian ia diberdirikan didalam shaf (agar bisa shalat berjamaah)." (HR. Muslim dan inilah pendapat imam Nawawi).
Dalam hadits ini terlihat jelas betapa tercelanya orang yang meniggalkan shalat berjamaah ketika azan berkumandang. Dan Ibnu Mas'ud memperingati kita akan kesesatan. Jika ada si "grave" beranikah dia tetap berkata "Apa-apa sesat, semuanya sesat dan masuk neraka!" Cubalah kalau berani!

6. Dalam riwayat lain disebutkan:"Sesungguhnya Rasulullah telah mengajarkan kepada kita jalan-jalan petunjuk. Dan diantara jalan-jalan petunjuk itu adalah shalat dimasjid yang dikumandangkan azan didalamnya".

7. Shalat berjamaah itu jauh lebih utama.
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda: "Shalat berjamaah itu lebih utama 25 derajat daripada shalat sendirian." (HR. Bukhari) Dan dalam riwayat lain disebutkan "Lebih utama 27 derajat" (dalam fathul bari).

8. Shalat jamaah itu lebih suci.
Rasulullah bersabda:"Shalat dua orang laki-laki dengan salah seorang dari mereka menjadi imam adalah lebih suci disisi Allah daripada shalat empat orang secara sendiri-sendiri. Shalat empat orang dengan salah seorang menjadi imam adalah lebih suci disisi Allah daripada salatnya 8 orang secara sendiri-sendiri. Shalat 8 orang dengan salah seorang dari mereka menjadi imam lebih suci disisi Allah daripada shalat seratus orang sendiri-sendiri" (shaihul jami').

9. Shalat berjamaah menjaga diri dari SETAN.
Rasulullah bersabda:"Tidaklah tiga orang berada disuatu desa atau dusun dan mereka tidak mendirikan shalat berjamaah kecuali mereka telah dikuasai oleh setan. KArena itu hendaklah kalian senantiasa berjamaah. Seungguh serigala itu hanya makan hewan piaraan yang jauh dari gerombolan kawan-kawannya." (Shahihul jami').

10. Meninggalkan shalat berjamaah adalah salah satu tanda orang munafik.
Rasulullah bersabda: "Tak ada shalat yang lebih berat menurut orang-orang munafik melebihi beratnya shalat subuh dan isya'. Dan seandainya mereka mengetahui pahala pada keduanya, niscaya mereka akan datang berjamaah meskipun dengan merangkak..." (Muttafaqun alaih).
Maka dari itu ikhwah -rahimany wa rahimakumullah -, jika kita meninggalkan shalat berjamaah maka kita telah memasuki salah satu pintu kemunafikan dan jika kita tetap dalam keadaan seperti itu maka kita akan menjadi benar-benar seperti orang munafik nantinya. Dan hadith ini tidak hanya shalat subuh dan isya, tapi jika semakin berat munafiknya maka dia akan meninggalkan semua shalat berjamaah. INGATLAH itu dan jauhilah sifat ini!

11. Sebab diampuni dosa.
Rasulullah bersabda:"Siapa yang berwudhu untuk shalat dan ia menyempurnakan wudhunya, lalu berjalan (untuk menunaikan) shalat wajib dan ia shalat bersama manusia atau bersama jamaah atau didalam masjid, niscaya Allah mengampuni dosa-dosanya. " (HR. Muslim).

12. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah takjub pada shalat yang dilakukan secara berjamaah." (shaihul jami')

13. Rasulullah bersabda: "Ada 3 golongan manusia yang berada dibawah jaminan Allah; Laki-laki yang jeluar kemasjid diantara masjid-masjid Allah, laki-laki yang keluar untuk beperang dijalan Allah, dan laki-laki yang keluar untuk menunaikan haji" (shahihul jami')

14. Rasulullah bersabda:"Siapa yang melakukan shalat berjamaah selama 40 hari dan ia mendapatkan takbir pertama, niscaya dituliskan untuknya dua pembebasan; bebas (selamat) dari api neraka dan bebas dari sifat nifak" (shahihul jami')
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2007 10:26 AM | Show all posts
DAN MASIH BANYAK lagi keutamaan dan dalil mengapa shalat berjamaah itu diwajibkan, seperti:
- Mendapat shalawat dari Allah dan malaikat.
- Mendapatkan rumah di surga
- Menampakkan syiar Islam
- membiasakan disiplin dan menguasai diri
- Menampakkan kekuatan umat Islam dan membuat kesal orang kafir dan munafik.
- Memperbaiki penampilan dan jati diri.
- Bisa saling mengenal dan bersilaturahim sesama jamaah
- Berlomba-lomba taat kepada Allah.
- terjaganya kepribadian
- Adanya perasaan berdiri dalam suatu barisan jihad.
- Dan masih banyak lainnya .

DAN hadits yang sangat jelas akan haramnya shalat wajib dengan sendiri, ana bawakan penjelasan Al Muhaddith Al Allamah syaikh Al Albani rahimahullah, beliau menjelaskan: "Imam Bukhari dan lmam Muslim meriwayatkan hadits dari shahabat Abu Hurairah, Rasul Allah bersabda: "Aku memiliki kehendak untuk menyuruh seseorang menjadi imam shalat (di masjid), kemudian aku menyuruh beberapa lelaki untuk mengambil (mengumpulkan) kayu bakar dan aku keluar menuju ke rumah orang-orang yang tidak mengikuti shalat berjamaah di masjid. Maka, aku bakar rumahnya. Demi Zat yang jiwa Muhammad shalallahu 'alaihi wa sallam berada di tangan-Nya, andaikata orang-orang ku mengetahui bahwa di dalam masjid itu akan ditemukan dua benda yang sangat berharga pasti mereka akan
menyaksikannya pula."
[Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)]

Hadits ini merupakan ancaman dari Rasul Allah atas orang-orang yang suka menyelisihi terhadap kehadiran (untuk) shalat jamaah di masjid dengan cara membakar rumahnya."


Dan hadith: " "Artinya : Seutama-utama shalat seseorang itu dirumahnya kecuali shalat
fardhu".

Dan juga hadith: "Sungguh beberapa kaum benar-benar menghentikan (kebiasaannya) meninggalkan shalat berjamaah atau ALlah benar-benar akan mengunci mati hati mereka lalu mereka benar-benar termasuk orang-orang yang lalai." (Shahih sunan Ibnu majah)

NAAH...ikhwah..inilah hujjah yang jelas dan nyata tentang diwajibkannya shalat brjamaah. Dan memang ada perbedaan pendapat diantara ulama tentang wajibnya shalat berjamaah, seperti ibnul qayim -rahimahullah- yang tidak berkata wajib, tapi afdhal saja dan beliau berdalil dengan An Imran: 43. Tapi pendapat beliau telah dibantah (tentunya dengan cara yang paling baik ) dan dikoreksi karena begitu banyak hadith-hadith yang mengatakan sebaliknya. Shalat berjamaah adalah WAJIB dan inilah pendapat yang benar menurut jumhur ulama.

[ Last edited by  ikhwanindo at 24-3-2007 10:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 23-3-2007 13:42


Ini saya cut-paste dari http://www.muftiselangor.gov.my/ ... PembawaKemajuan.htm
Jelas ada tiga tuntutan berbeza dari ulamak2 mazhab feqah ASWJ (sepertimana ju ...


Memang ada perbedaan pendapat dikalangan ulama. Tapi itulah dimana kita dituntut untuk cerdas melihat kepada dalil yang ada dari para ulama. Dan jumhur ulama berpendapat tentang wajibnya sahlat berjamaah.   Lalu bagaimana ada orang yang berkata: "LALU bagaimana saudara-saudara kita itu yang tidak shalat berjamaah? Berarti mereka berdosa?".   Ketahuilah ikhwah, ini bukan dalil! Telah kita ketahui dengan dalil yang jelas bahwa shalat jamaah itu adalah WAJIB, maka kewajiban kitalah untuk mendakwahkan hal ini dan memberi tahu saudara-saudara kita yang belum mengetahui. Dan insha Allah, DOSA itu adalah bagi orang yang sudah mengetahui tapi tak mau mengerjakan. Karena dalam hadith itu disebutkan 3 golongan orang yang tidak terkena dosa, yaitu orang yang belum tahu, lupa, atau tidur. Allahu a'lam bisshawab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by yangkhadijah at 27-2-2007 03:31 PM
Mazhab Wahabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan dan pendapat mereka seratus peratus sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad-abad yang awal.


Originally posted by pipi at 27-2-2007 04:41 PM
Rujuk di laman PUM.
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1950



Dah rujuk, tapi banyak versi pulak kat sana...  

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=3238
Wahabi, Salafi, Syafe'i, Hanbali, Syi'i atau apa sahaja asalkan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah FANATISME dan EKSTREMISME yang melanda siapa pun mereka samada Salafi, Wahabi, Syafe'i atau apa pun. Apa salahnya kita menghormati pandangan Salafi jika ia sesuai dengan al-Quran dan Sunnah dan apa pula salahnya mereka menghormati pula pandangan Syafe'i asalkan ia dari pemahaman terhadap al-Quran dan Sunnah.



http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1226
  Orang-orang biasa menuduh "wahabi" kepada setiap orang yang melanggar tradisi, kepercayaan dan bid'ah mereka, sekalipun kepercayaan-kepercayaan mereka itu rusak, bertentangan dengan Al-Quranul Karim dan hadits-hadits shahih. Mereka menentang dakwah kepada tauhid dan enggan berdoa (memohon) hanya kepada Allah semata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:00 AM | Show all posts
aku suka statement ni:

"Kenapa umat Islam masing BANGANG nak menegakkan benang basah masing-masing atas perkara khilafiah yang sampai kiamat tidak akan habis dibahaskan. Terimalah PERBEZAAN kerana tiada siapa yang berhak mengatakan dia faham benar akan nas ZANNI dan kaedah fiqhiyah dan usul fiqh yang pelbagai kecuali pemahaman yang tidak berdasarkan ilmu dan menongkah arus ulamak muktabar. Hormatilah pandangan orang jika ia berdasarkan nas yang sahih dan hormati pula orang yang berpegang kepada nas lain yang ditanggapi pula secara berbeza."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.083608 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list