CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: topeng perak

University Islam Antarabangsa Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2006 08:23 PM | Show all posts
ho ho hoo....... so betul dan tepat la ini orga_zone berkenaan...........
siapakah aku? biarlah jadi insan misteri........ ahakss.........

ala, nanti kalu aku terjumpa ko masa konvo nanti, aku terus-terang ah........ mungkinkah berterus terang???

ader budak engin main camp tak??? atau ex-eng?

yang bakal masuk, da jumpa lecturer dah kenal, baru kita leh citer..... ramai budak matrik eng kan??
kalu dapat lecturer yang da lama best ah....... \lecturer baru aku tak kenal........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2006 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by mamantaro at 17-6-2006 01:39 AM
err... ada bdk ICT sinik???



err....kalo ex-ICT leh takk? hehe...meh la kadmatrik masuk sini..ada org nak kenalan ngan kita la....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 10:57 PM | Show all posts
Originally posted by azie_fariza at 17-6-2006 09:27 PM



err....kalo ex-ICT leh takk? hehe...meh la kadmatrik masuk sini..ada org nak kenalan ngan kita la....


ex ICT la lagi best..... wah ader kaum....graxier dgn azie_fariza batch mana???
saya 97shit
grad 03.... silap2 satu batch... hehehhe

[ Last edited by  mamantaro at 17-6-2006 10:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 11:13 PM | Show all posts
aku x grad laie....batch 06....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by graxier06 at 17-6-2006 11:13 PM
aku x grad laie....batch 06....


ooo... jr la...
gud lak2....
er.. bro adli ade lagik?? ke further?? doc farouq?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2006 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 16-6-2006 09:58 PM
BAru sampai page 13 ---- seronok betul baca cerita UIA. Lepas bola nanti sambung balik



Budak Farah tu comel ... kalau tak boleh sambung belajar apa dia nak buat ek?



huhu ~ ... nanti aku ngorat dia pasnieh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2006 08:34 PM | Show all posts


apehal kolej bilal jadik sarang bebudak taaruf week plak nehh ... tension sungguh aku! :jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 12:48 AM | Show all posts

Reply #927 topeng perak's post

pusing2 kot...sem 2 05/06 dh ali jd sarang.. sem 3 05/06 uthman n farouq plak jd sarang pas nie sem 2 06/07 mahallah aku plak jd sarang...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2006 02:48 AM | Show all posts


jgn kacau barang aku sudah ... aku kne balik awal skett pasal ader program skett
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 04:26 PM | Show all posts
arini kuar paper utusan & kosmo...
tengku amalin aishah puteri anak al-sultan kelantan memulakan tugas as majistret kat kota bharu...
diberitau jugak dia baru grad law bulan lepas & dia merupakan wanita pertama yg jadik majistret kat kelantan...

tahniahla, although pelantikan sebagai majistret tu aku rasa ada doubt sket...fresh grad macam dia tiba2 terus jadik majistret, aku ingat ni zaman 70'an & 80'an lagi...lagi satu, tak silap aku majistret pertama wanita kat kelantan bukan dia, tapi marina yusoff, tahun 70'an dulu...

*pasni tak nampak dahla DK 1 berkeliaran di sekeliling kampus....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 06:48 PM | Show all posts
:hmm::hmm::hmm: yang ni yg aku pelik ni...melin ni classmate aku, setau aku last time org2 AG chambers dtg wat interview pun sblm bln 2 ari tu...yg utk bdk2 grad skali ngan aku sem 2 ari tu lum lg... tu pun utk top20 of the batch je... dier ni... :hmm::hmm:  hmm...tak sambung ll.b(s) la ek...;):clap::devil:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 06:50 PM | Show all posts
jadi magistrate...???:jeling::jeling: ahem..ahem...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 09:53 PM | Show all posts

Reply #931 bizzybeez6440's post

pasal llbs tak sambung tu sah2la...
dia klasmet QH 3 dgn aku tahun lepas...alih2 dia dah jadi majistret....aku still ada 2 tahun lagi...camno tuh...

tapi teringat ustat nushi citer kat aku psl exam QH 3 dia...dia datang lambat ke cac..duduk2 je baca soklan dah termenung...ustat nushi lalu seblah dia, dia cakap kat ustat "ustak, susoh ni ustak...fail laaaa.." ustat nushi jawab, "eh, jange ghoyat lagu tu" :lol yg tak tahan ustat ni orang jawa bole layan gak tuan puteri kecek klate
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 20-6-2006 09:53 PM
pasal llbs tak sambung tu sah2la...
dia klasmet QH 3 dgn aku tahun lepas...alih2 dia dah jadi majistret....aku still ada 2 tahun lagi...camno tuh...

tapi teringat ustat nushi citer kat aku psl  ...


tuan puteri kita nih...tiap kali exam tiap kali tu ok bersungut takut failed, tapi tak pernah nyer failed...
ape2 lah... kalau btul jd magistrate wat la keje elok2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 03:42 AM | Show all posts
Originally posted by san_chai at 12-6-2006 02:26 PM


ala..akak x kisah pon ko nak panggil kite awak pun ok jer..a'ah amik dgn putri nemie..bes gilos..lawak dia pun bole layan la..x bosan sgt.kalau rasa dah grad nnt nak try jd legal advisor kat klinik/hospital pun ok gak what..


ooohh so putri nemie ni klaka.. ingatkan dia serius tapi mengajar senang faham.. rugi jer.. sem depan tak dapat ngan dia torts 2... dpt lec apa entah mcm foreigner jer.. hopefully dier best n lenient.. medical interesting gak.. tp mesti byk medical terms yg susah2 tak? kalau nak bincang pasal nak pilih elektif subjek nih kena jumpa sapa.. lec? counsellor?

islamic banking n takaful tu kalau tak ambik syariah takpe ker? mana tau nak kena reti arab ker.. hehe perbankan mcm best jer.. bila buat kenduri pisang nanti jgn lupa jemput hehe.. sy rasa saya mcm dah paham skit pasal elektif subjek nih..

haah bukit beruntung.. lawak tul.. time tu best larr.. ahahah
time register subjek tu kitorang among the last.. reg pun kat bilik lain sbb dah penuh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 03:48 AM | Show all posts
Originally posted by bizzybeez6440 at 14-6-2006 01:39 AM
so nice to see uia ader thread sendiri kat forum nih, slalu jenguk forum tapi tak perasan la plak...
to all my junior esp. yang amik law all the best okay...rajin2 la baca law report and exercise  ...


wahh.. best nya dah grad.. so lawyer la nih yerk? citer la skit pasal pengalaman buat chambering..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2006 04:02 AM | Show all posts

Reply #936 mystica's post

lum la...sambung LL.B(s) dulu...hurm...kena ngadap uia lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 09:55 AM | Show all posts
ehehee.. mengadap mengadap..!!

aku ngadap bulan 8 nih je.. x sabo dah nih.. yah yah!

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 10:26 AM | Show all posts
ramai bdk law kat sini ........
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 01:08 PM | Show all posts

ekeke...sakit jiwa tengok gambar tengku nih

Tengku Amalin mula tugas
Oleh Mona Ahmad


LAWATAN DIRAJA: Tengku Amalin A'ishah Putri (dua dari kiri) mengiringi Tuanku Ismail Petra dan Tengku
Anis melawat Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada hari pertama beliau bertugas sebagai majistret, semalam.

Anakanda Sultan Kelantan kendali kes pertama babitkan tuduhan memiliki dadah

KOTA BHARU: Anakanda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra, 22, memulakan tugas sebagai Majistret di Mahkamah Kota Bharu seawal jam 7.55 pagi semalam.

Beliau yang tiba di perkarangan mahkamah turut diiringi pengawal peribadi dan beberapa kakitangan istana.

Setibanya di mahkamah, beliau mengetip kad perakam waktu sebelum masuk melaporkan diri di pejabat Hakim Kanan Mahkamah Sesyen, Mohd Yazid Mustapha.

Tengku Amalin A'ishah Putri yang berkelulusan undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah majistret wanita pertama di negeri ini.

Kira-kira jam 9.30 pagi, Tengku Amalin A'ishah Puteri masuk ke dewan bicara Mahkamah Majistret memulakan tanggungjawabnya mengendali beberapa kes saman sivil, saman lalu lintas dan jenayah sambil dibantu Majistret Mohd Nazri Ismail.

Dalam kes pertama, beliau memerintahkan seorang buruh didenda RM2,500 atau tujuh bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah memiliki empat pil kuda.

Tertuduh, Mohd Saharikhan Mat Nor, 23, didakwa memiliki satu kotak rokok Gudang Garam berisi satu bungkusan kertas timah pembalut rokok berisi dua tiub penyedut minuman berjalur merah dan dua tiub penyedut minuman berjalur biru masing-masing mengandungi sebiji pil warna kemerahan disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 0.40 gram.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Perdana Superbowl Sdn Bhd, Tingkat 1, Kompleks Sukan Hotel Perdana, Jalan Bayam, di sini, jam 11.35 malam pada 9 Oktober tahun lalu.

Mohd Saharikhan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Tertuduh berasal dari Tumpat merayu supaya dikurangkan hukuman kerana beliau anak yatim.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Ridhwan Phang Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh kemudian membayar dendanya.

Dalam perkembangan lain, Sultan Kelantan dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut mencemar duli meluangkan masa kira-kira dua jam melawat kawasan Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Turut mengiringi pasangan diraja itu ialah Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Richard Malanjum dan Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman.

Terdahulu dalam taklimat yang dibacakan Ketua Pendaftar Mahkamah Malaysia, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, jumlah kes sivil yang didaftarkan sebelum 1999 di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Kelantan sudah diselesaikan sepenuhnya.

Bagi kes jenayah pula bagi kes yang didaftarkan di negeri ini sebelum 2003 hanya 27 kes yang belum selesai di Mahkamah Tinggi; 113 (Mahkamah Sesyen) dan 169 (Mahkamah Majistret).

Beliau berkata, bagi kes yang didaftar sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 679 kes sivil dan 116 kes jenayah masih belum diselesaikan masing-masing di Mahkamah Tinggi Kelantan.

Di Mahkamah Sesyen pula, katanya, dalam tempoh sama bagi kes sivil sebanyak 3,531 kes belum diselesaikan dan kes jenayah pula sebanyak 214 kes, manakala bagi Mahkamah Majistret di negeri ini pula hanya 149 kes sivil yang masih belum selesai dan 1,128 kes jenayah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.195218 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list