CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 2-3-2015 08:41 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-3-2015 07:47 PM
Too complicated their stories...

berbelit kan?..

ala zam...relax la..

nanti lagi berbelit nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2015 09:01 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 2-3-2015 09:03 PM

AYLANINS semakin laju melangkah ke tempat letak kereta di luar. Rasa berbunga di hati tadi sudah  bertukar jadi sembilu, duri! Tak sangka, Hani seperti tidak malu mendedahkan kisah pahit itu semata-mata hendak menuntut supaya Malik bertanggungjawab. Dia buka pintu kereta. Matanya sempat melirik pada Muzafar yang mengejarnya tadi. Malik?? Entah...sudah jelas di situ, Malik seperti serba salah. Pintu kereta dibuka.

"Ayla! Tunggu!" Muzafar sempat menahan pintu kereta dari ditutup.

"Kau nak apa Muz?" Aylanins bersuara sebak. Wajahnya dipalingkan dari lelaki itu.

"Ayla..Hani..dia tak maksudkan macam tu. Aku minta maaf bagi pihak dia..dia hanya ikut perasaan saja. Sebenarnya dia benci Malik dan dia nak Malik terima balasan setimpal, itu saja." Beria Muzafar menjelaskan apa yang berlaku.

"Benci? Huh..aku rasa tak Muz. Hani memang cintakan Malik dan dia begitu bersungguh beri amaran pada aku. Untuk pengetahuan kau, aku syak dia mawar hitam. Dia hanya berselindung di sebalik nama seorang pegawai polis yang disegani. Aku bukan nak tempelak dia tapi kau pun tahu kan?" Aylanins tarik pintu keretanya dan mula hidupkan enjin. Kereta dipecut keluar dari kawasan itu.

Muzafar hanya melihat Aylanins pergi dengan perasaan kecewa. Bukan gadis itu seorang saja yang kecewa, malah tiga hati turut sama merasa perasaan yang sama. Lemah dia melangkah kembali ke restoran tadi. Sebaik dia berpusing, kelihatan Malik berlari ke arahnya. Hani pula hanya berdiri di belakang di muka pintu bangunan KL Sentral itu. Fikirannya mula berserabut. Malik seperti tidak beria pertahankan Aylanins dalam soal ini. Seolah mengikut saja kata Hani. Apakah Malik sebenarnya juga sudah merosakkan Hani seperti kawan Malik yang lain? Dan dari pengakuan Hani sebentar tadi, dia sedar kini, rupanya selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan sedangkan dia sanggup mengambil Hani sebagai isteri yang sah walaupun dia tahu gadis itu sudah tidak suci lagi. Namun, semuanya sudah berkecai. Hani ternyata terlalu keras hatinya untuk menerima cinta darinya.

"Muz, mana Ayla?" Malik tercungap-cungap merapati Muzafar di situ.

"Dia dah pergi.." Muzafar malas hendak melayan Malik. Dia pandang Hani yang sudah tersenyum sinis di muka pintu kaca itu.

"Ya Allah.." Malik meraup muka. Dia segera menahan sebuah teksi dan mengarahkan pemandu teksi itu menuju ke rumah Aylanins. Gadis itu perlu dipujuk. Dia tidak mahu Aylanins salahfaham nanti. Dia tiada rasa apa-apa pada Hani.


HANI senyum puas. Dia pasti Malik akan tunaikan permintaannya nanti. Lelaki itu harus bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku dulu. Muzafar yang sedang berjalan menuju ke arahnya tidak dihiraukan. Dia terus saja menghala ke tempat parkir dan meninggalkan KL Sentral dan Muzafar sendirian di situ. Walau apa pun terjadi, dia akan pastikan Malik akan menjadi miliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:02 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 08:39 PM
aku pun tak tahu wadehel...

yg pasti Ayla kuciwa....

Dong wori.. here i kambing to sep the deyyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 09:21 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-3-2015 09:02 PM
Dong wori.. here i kambing to sep the deyyyy

ko nak pujuk Ayla jadi bini no 2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 08:41 PM
berbelit kan?..

ala zam...relax la..

Aarghh... Makin pening kepalaku... Apa ni Ipo... Stress sungguh dgn konflik depa ni... Sambung cepat2 @Ipo...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu la mawar hitam tak bunuh Malik sbb mawar hitam ada hati kat Malik dan kompom Hani lah si Mawar Hitam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2015 09:43 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 2-3-2015 09:46 PM

BAB 39



LINDA pandang wajah kakaknya yang sudah berubah tona. Senyuman di bibir kak Hani seperti satu senyuman yang amat puas. Dia merapati kak Hani yang sedang bersandar malas di sofa sambil membelek suratkhabar. Segala perwatakan kakaknya diperhatikan sejak sebulan yang lalu. Dia harus tahu apa sebenarnya yang sudah terjadi pada kak Hani. Ubat yang diambil dari atas meja solek dalam bilik Kak Hani dulu sudahpun diketahui untuk apa.

"Kak..kan mak pesan, akak tak boleh keluar seorang diri. Kes mawar hitam tu kan masih dalam siasatan." Linda cuba berdiplomasi dalam berbicara. Dia tahu baran kak Hani akan lebih teruk jika kak Hani naik angin. Pernah dia melihat kakaknya tengking begitu saja seorang pegawai lelaki bawahannya di depan khalayak ramai semasa di balai polis dulu.

"Jadi, Linda pun tuduh akak lah?" Hani mencebik.

"Bukan macam tu kak..tapi kan akak dah jadi suspek utama. Takkan akak tak nak buktikan yang akak tak bersalah?" Linda masih lagi bersuara lembut. Sekarang ini seolah dia berbicara dengan seorang pesakitnya.

"Alah, polis pun tak ada bukti yang akak ni mawar hitam. Akak cabar dia orang tu! Akak bukan tak tahu macam mana pihak polis menyiasat. Akak ni dah jadi ASP Hani! Tuan Muaz pun dah nak pencen dan iktiraf kerja akak. Apa lagi yang dia orang nak tuduh akak?" Hani semakin geram. Benar, sejak dia digantung kerja dulu, hati dan perasaannya sudah dirasakan berserabut tahap tak boleh dirungkaikan lagi.

"Kak..Linda faham maksud akak. Tapi akak kenalah juga faham mengapa polis gantung kerja akak. Kan mangsa mawar hitam tu adalah lelaki yang pernah merosakkan akak dulu?"

Hani diam. Sebut saja soal itu, hatinya kembali mendidih. Memang patut pun mereka itu menerima balasan sedemikian rupa. Malik..ya Malik, lelaki itu pula sanggup berlagak baik dan alim depan Aylanins sedangkan sebelum ini lelaki itulah juga yang cuba merosakkannya!

"Akak tak pernah bunuh dia orang. Apa yang akak inginkan adalah akak nak dia orang tu terima balasan melalui undang-undang, bukan mati di tangan mawar hitam tu! Huh..sekarang ni, akak rasa berterima kasih pada mawar hitam kerana menolong akak membalas dendam pada lelaki keparat tu semua!" Hani mengetap bibir dengan kuat. Matanya sudah bulat dan merah. Tangan digenggam kuat.

Linda diam. Kata-kata kak Hani tadi turut membuatkan dia buntu. Memang rumit kes ini. Kalau bukan kak Hani, habis siapa yang sanggup membunuh dengan tanpa rasa belas kasihan?? Takkan Muzafar??

"Kak..ni..mana akak dapat ubat ni?" Akhirnya Linda tunjuk beberapa pil kepada Hani. Pil yang diambil dari bilik Hani dulu.

"Eh, ni ubat tidur akak!" Hani cuba mengambil pil itu dari tangan Linda tapi Linda cepat saja mengelak.

"Ubat tidur?? Akak jangan nak bohong kak! Saya bakal doktor! Saya tahu ini ubat apa!" Linda pula mula geram.

Hani diam. Dia bingkas bangun menuju ke bilik. Linda pula segera mengekori kakaknya sehingga ke bilik. Hani sudah henyakkan tubuhnya di atas katil.

"Kak, akak makan ubat ni sebulan sekali kan??" Linda masih berkeras bertanyakan hal itu. Dia ingin kepastian dari kak Hani sendiri.

"Kenapa?"

"Kenapa akak cakap? Akak tahu tak ubat ni ubat apa??" Linda tunjuk ubat itu di depan muka Hani.

Hani diam. Dia malas nak jawab. Baginya kalau sudah tahu jawapannya kenapa bertanya lagi? Bodoh namanya!

"Sejak bila akak ambil ubat ni?" Linda mula mengasak soalan.

"Itu bukan urusan Linda. Sekarang beri akak ubat tu!" Hani cepat saja merampas ubat itu dari tangan Linda semula.

"Akak!! Akak tahu tak itu ubat penenang? Ubat untuk orang sakit jiwa!!" Linda sudah tidak dapat menahan sebak. Nadanya yang agak tinggi tadi sudah berlagu bersama air mata.

"Ah! Sudahlah! Linda apa tahu? Linda tak pernah rasa apa yang akak rasa selama ini! Akak menderita seorang diri. Akak terseksa selama sepuluh tahun! Sepuluh tahun Linda!" Jerit Hani. Kini segalanya dihamburkan pada Linda.

"Linda tahu tak..akak mengandung. Akak tak tahu nak buat apa. Akak jadi keliru, bingung, sakit hati.." Hani sudah mula teresak-esak.

Linda tergamam di sebelah kakaknya. Sungguh, kelu lidahnya mendengar pengakuan kakak tersayang. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan ke pipi.

"Akak tak nak nama mak tercemar. Akak tak nak orang kampung tuduh mak macam-macam. Habis SPM, akak ajak mak dan Linda pindah ke KL. Duduk rumah sewa dan akak sambung belajar di univerisiti. Malam akak kerja, nak tanggung Linda dan mak. " Hani semakin teresak-esak. Kali ini dia akan luahkan segalanya!

Linda masih diam dan tunduk. Hanya air mata saja yang mengalir deras ke pipi.

"Akak makan macam-macam supaya kandungan tu gugur. Akak terseksa Linda. Akak terpaksa gugurkan anak itu kerana akak tak sanggup terima cemuhan nanti, terutama  mak kita. Akak terlantar di hospital sebulan sebab keguguran. Darah banyak keluar dan masa tu akak beri alasan pada mak, yang akak ada projek kampus yang tidak benarkan pelajar balik ke rumah. Keluar hospital, akak tumpang rumah kawan akak sampai akak berasa benar-benar sihat." Hani menyambung bicara. Air mata masih laju menitis. Mengingatkan kembali semua itu, hatinya kembali pedih, sakit.

"Kak..maafkan Linda kak.." Linda merangkul erat tubuh kakaknya dengan linangan air mata.

"Apa??"

Serentak Linda dan Hani menoleh. Pucat lesi muka mereka berdua.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama2 aku yang sakit jiwa nak tunggu penghujung citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2015 10:16 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-3-2015 10:02 PM
Lama2 aku yang sakit jiwa nak tunggu penghujung citer

ala...ko pergi baca citer lain dulu..
nak tunggu citer aku ni tamat..sampai ke sudah tak tamat2
baik ko bersidai kat umah Qi ke, Mar ke..kan..kan..kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 10:16 PM
ala...ko pergi baca citer lain dulu..
nak tunggu citer aku ni tamat..sampai ke sudah tak tamat2:l ...

Qi tu aku tanak kaco.. kang terpengsan kat situ nayaaaa..
Mar tu kasik chance kat agus nk manja2 ngan dia dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 11:28 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-3-2015 10:29 PM
Qi tu aku tanak kaco.. kang terpengsan kat situ nayaaaa..
Mar tu kasik chance kat agus nk m ...

oh Mar nak manja2 ngan agus boleh pulak..

Arisha nak manja2 ngan Conan ..tak boleh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 11:35 PM | Show all posts
Linda leraikan pelukannya. Dia pandang kak Hani yang sudah tunduk. Titis jernih yang mengalir disapu cepat-cepat. Kali ini sudah terasa bahang bakal memenuhi bilik itu. Muka ibu sudah berlainan riak. Kelu lidah. Entah bila ibu mereka sudah tercongok di muka pintu. Mungkin ibu sudah dengar semuanya tadi.

"Hani! Beritahu mak, apa sebenarnya yang dah berlaku?" Puan Zawiah yang masih berdiri di muka pintu segera bertanya.

"Mak..biarlah kak Hani berehat dulu mak.." Linda bingkas bangun dan merapati ibunya yang sudah menyinga.

Puan Zawiah tepis tangan Linda dan meluru dia ke katil. Tangan Hani ditarik kasar sehingga terbangun gadis itu dari duduknya di situ. Hani ditanya lagi bertubi-tubi.

"Mak..kak Hani.."

"Kamu diam!!" Tengking Puan Zawiah pada Linda. "Sampai hati kamu Hani! Mak tak pernah ajar anak mak buat maksiat macam tu! Kau nak jadi apa hah??"

Hani diamkan saja. Dia biarkan saja ibu memukul tubuhnya. Hanya air mata yang menitis ketika ini. Untuk apa dia pertahankan lagi, segalanya sudah ibu tahu dan semua itu pun sudah berlalu sepuluh tahun dulu. Terasa pedih paha dan betis bila dipukul ibu. Dia sudah lali dengan semua itu. Air mata yang mengalir bukan kerana sakit dipukul tetapi kerana tidak sanggup melihat ibu dihina. Biarlah ibu melepaskan geramnya pada tubuhnya.

"Mak! Cukup mak! Kak Hani tak bersalah!" Linda cuba tenangkan ibunya yang sudah kerasukan memukul kak Hani.

"Kenapa Hani? Kenapa..." Akhirnya Puan Zawiah terduduk di lantai. Pipinya sudah basah dengan air mata.

"Mak..maafkan Hani mak. Hani yang tak pandai jaga diri. Maafkan Hani mak..." Hani mendakap erat tubuh tua ibunya dengan tangisan makin kuat.

Linda terdiam. Dia turut duduk di sisi ibu dan kak Hani. Tubuh keduanya dirangkul erat. Menangis bersama. Kini barulah dia sedar betapa kak Hani menderita selama ini dan ibu, ya, dia tidak salahkan ibu jika ibu mengamuk sebegitu rupa. Hati ibu mana yang tidak hancur bila mendapat tahu yang anak gadisnya sudah ditebuk tupai. Tambah hancur luluh bila baru kini ibu tahu semua itu.

"Mak..Hani tak nak orang kampung cemuh mak. Hina mak..." Hani menutur lirih.

"Hani...siapa buat semua ni? Beritahu mak.." Wajah Hani dipegang lembut, mata menatap tepat ke anak mata Hani yang bening.

"Me..mereka dah mati mak. Mati dibunuh.." Linda pula mencelah.

"A..apa?" Terkejut Puan Zawiah mendengar kata-kata Linda. "Jadi..sebab tu Hani digantung kerja?"

Hani mengangguk lemah. "Maafkan Hani mak..."

Puan Zawiah meraup muka dan beristighfar berkali-kali. Dunia sudah terasa gelap. Wajah Hani dipandang penuh sayu. Wajah anak gadis yang dididik dan dibelai dari kecil itu kini sudah tidak sempurna. Entah siapa yang sudi memperisterikan Hani nanti. "Jadi..sebab tu ke Hani putuskan pertunangan dengan Muzafar?"

Hani diam. Ibu tak perlu tahu sebab musababnya. Bimbang ibu akan bertanya lebih banyak soalan tentang Malik nanti.

"Muzafar tu baik Hani. Hani dah jadi macam ni, siapa yang nak ambik Hani jadi isteri? Cakap dengan mak??" Puan Zawiah menyeka air mata. Kesal dengan sikap Hani yang langsung tidak hiraukan Muzafar yang begitu beria ingin mengambilnya sebagai isteri.

Hani masih diam.

"Atau...Muzafar tahu ke yang Hani dah tak suci lagi?" Puan Zawiah sekali lagi pegang kedua pipi Hani sehingga terdongak wajah anak gadisnya ketika ini.

"Ya mak..dia dah tahu.." Linda sekali lagi mencelah. Dia tahu kak Hani tak akan buka mulut bercerita hal itu pada mak.

"Ya Allah...habis tu kenapa Hani tolak Muzafar??" Geram sungguh Puan Zawiah pada Hani kali ini.

Hani diam membisu. Dalam hatinya hanya ada Malik dan dia berharap sangat Malik sudi mengahwininya. Malik harus bertanggungjawab! Bukan Muzafar!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 04:20 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 05:38 PM
MAKANAN yang sudah tiba di meja hanya dipandang saja. Dari tadi mereka berempat diam tanpa bicara. A ...

MAKANAN yang sudah tiba di meja hanya dipandang saja. Dari tadi mereka berempat diam tanpa bicara. Aylanins yang lapar dari tadi terpaksa mulakan dulu. Ah, peduli apa! Perutnya dari tadi sudah minta diisi. Ayam panggang madu diambil dari pinggan besar  dan dimasukkan ke dalam pinggan nasinya.




Aku tak peduli. Kuciwa ke... patah hati ke... putus kasih ke... ah tak kisahlah...
yang penting, ayam itu aku bedallllll dulu






lambat ambil kang.... nanti melepas aku nak makan drumstick kesukaanku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 07:34 AM | Show all posts
aylanins replied at 3-3-2015 04:20 AM
MAKANAN yang sudah tiba di meja hanya dipandang saja. Dari tadi mereka berempat diam tanpa bicara. ...

tapi betul tau...
ada orang, kalau  kecewa, dengan makanlah dia boleh rasa bahagia, lupakan semua rasa kecewa tu....

tapi aku, kalau kecewa...tak lalu makan.....makan hati ada la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 07:50 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 3-3-2015 08:44 AM

"Hani...dah la. Cukuplah apa yang Hani dah lalui tu. Terimalah Muzafar semula ya nak. Cukuplah.." Pujuk Puan Zawiah lagi, kali ini nadanya sudah kendur. Dia faham sangat dengan Hani yang mudah mengalah dan terima teguran. Tidak seperti Linda, yang lebih banyak memberontak dan keras kepala. Sekurang-kurangnya Hani boleh bertolak ansur.

"Perkara yang dah berlalu tu..biarlah berlalu. Bina hidup baru. Hanya satu mak harap dari Hani, jangan diikutkan sangat kata hati. Syaitan akan lebih banyak menguasai hati kita kalau kita ikut kata hati. Mak juga harap, kematian lelaki yang meragut kesucian Hani dulu tu, bukan Hani yang lakukan. Bukan Hani yang jadi pembunuh. Jangan ditambah lagi dosa.Cukuplah dosa Hani gugurkan kandungan tu dulu. Cukuplah.." Tubuh Hani dirangkul ke dalam dakapannya. Air mata masih berlinang. Terasa tersedu-sedu Hani menangis dalam pelukannya.

"Mak..Hani tak bunuh mereka mak. Bukan Hani...." Hani masih teresak-esak di bahu ibunya.

"Sudahlah..mak percaya.." Rambut ikal Hani dielus lembut.

Linda hanya melihat ibu dan Hani saling berpelukan. Nampak benar ibu sayangkan kak Hani. Sejak kecil lagi, kak Hanilah yang lebih banyak mendapat perhatian. Perlahan Linda melangkah keluar dari bilik itu dan dia berkurung dalam biliknya. Seribu satu rasa sudah bertindan-tindan dalam hatinya ketika ini. Kasihan pada kak Hani, sebak dengan ibu dan kadang-kadangkala, cemburu dengan kak Hani yang sering mendapat belaian ibu. Jarang ibu memeluknya begitu seperti apa yang  dilihat tadi. Linda pula menangis sendiri di dalam biliknya. Dia menapak ke meja solek.

"Ah..untuk apa aku bersedih macam ni?" Linda pandang wajahnya di cermin. Dia tidak perlu cemburukan kak Hani. Apa yang penting sekarang ini, dia harus pertahankan kak Hani dari dituduh sebagai pembunuh walau dengan apa cara sekali pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 08:40 AM | Show all posts
KETIKA INI, Aylanins masih berkurung dalam bilik. Apa yang berlaku di restoran tadi, cukup membuat hatinya merasa tidak menentu. Hani begitu beria ingin memiliki Malik dengan alasan Malik telah merosakkannya dan harus bertanggungjawab. Kenapa baru sekarang Hani ingin berbuat begitu? Kenapa ketika dia sudah menjadi tunangan Malik? Kenapa bukan dulu lagi Hani cari Malik dan bersemuka dengan lelaki itu? Ah, kalau 'kenapa' yang selalu ada dalam benak, tak akan ada jawapannya. Itu sebabnya Allah  beri ujian untuk hambaNya supaya redha dan terima ketentuanNya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian itu. Mungkin dia akan mendapat lelaki yang lebih baik dari itu? Ibu selalu berpesan supaya bersangka baik dan jangan sesekali merasa Allah tidak sayangkan diri lagi kerana tiada ketenangan hati nanti jika selalu ada sifat mazmumah dalam diri.
Aylanins bingkas bangun. Air mata disapu perlahan. Belum sempat dia ke bilik air, telefon bimbitnya berdering. Nama yang terpapar di skrin itu sudah tidak menarik minatnya lagi untuk menjawab. Tuala dicapai dari palang katil dan dia segera berlalu ke bilik air. Maghrib sudah lama masuk waktunya. Aylanins segera menunaikan solat maghrib, berzikir dan muhasabah diri. Tenang...ya kini dia merasa tenang. Segala kekusutan tadi sudah terasa terbang dibawa angin. Ingin saja dia jadi seperti dandelion yang ringan dan terbang ke mana saja mengikut deruan angin.

"Ayla.."

Ayla yang masih dalam bertelekung menoleh ke arah pintu. Ibu sudah tersenyum di situ. "Ada apa mak?"

"Malik datang.."

"Apa? Dia nak apa mak?" Aylanins bingkas bangun, sejadah dilipat dan dengan masih bertelekung, dia merapati ibunya di muka pintu.

"La..kesian dia datang dari jauh. Mungkin dia nak bincang hal nikah la tu. Dia ada kat ruang tamu tu.."

Aylanins menghela nafas lemah. Dia tahu Malik datang ke situ kerana  nak memujuknya. Tadi, langsung lelaki itu tidak mengejarnya, apa lagi memujuk. Sekarang ini pula, sibuk datang ke rumah. Telekung dibuka dan Aylanins mengenakan tudung pula. Kemeja lengan panjang dan sarung batik yang dipakai ditatap sebentar. Ok, semuanya elok dan tak ada yang pelik. Dia mengatur langkah ke ruang tamu. Terhenti langkah Aylanins sebaik tiba di ruang tamu. Malik sedang menunaikan solat di penjuru ruang tamu itu. Mungkin tadi Malik terus saja datang ke sini tanpa solat maghrib dahulu. Perlahan Aylanins duduk di sofa dan memerhati Malik yang sudah ke rakaat terakhir. Terkesima melihat ketenangan wajah dan kejernihan wajah lelaki itu yang begitu khusyuk berdoa usai salam terakhir diberi. Ah..terasa semakin bergetar hatinya ketika. Hilang semua rasa kecewa dan sebak yang dirasa tadi.

"Eh..awak dah ada. Maaf..saya tumpang solat kejap." Malik yang sudah selesai solatnya, lipat sejadah dan disangkut di penyidai sejadah yang disediakan di situ. Dia mengatur langkah dan duduk di sofa berhadapan dengan Aylanins. Gadis itu dilihat masih memandangnya tidak berkelip.

"Err..Ayla..Ayla.." Malik memanggil nama Aylanins beberapa kali.

"Ayla sayang...ada yang tak kena ke?" Malik cuba bergurau, sambil memetik jari. Jauh berkhayal nampaknya gadis itu.

"Hah? Err..aa...awak nak makan?" Aylanins sudah menggelabah.

Malik senyum. Baru sudah melantak, tanya lagi dia ni. "Awak ada masak ke?"

Perbualan mereka terhenti dengan ibu Aylanins keluar dari ruang dapur membawa sepinggan kuih dan minuman. Hidangan itu dinikmati sebentar. Ibu Aylanins pula ke dapur semula memberi peluang kepada Malik dan Aylanins untuk berbincang di situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2015 08:53 AM | Show all posts
adeh..letih nak habiskan citer nih..

nak relax jap boleh...tension pun ada kat lab ni..


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai malik.. sempat ke melantak tadi??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 09:31 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 08:40 PM
adeh..lagu nih dah kemaruk skarang ni..

dlm kuciwa..sempat lagi Ayla dengar dangdut sakitnya tu ...

Aku tak suka lagu ni!

Tapi semalam, masa aku lunch, ada sorang mamat pakai lagu ni buat ringtone. Warganegara tak dapat dipastikan

Dan sampai sekarang, lagu ni stuck dalam kepala aku, tak boleh hilang. Benccciiiiiii



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 09:32 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-3-2015 09:14 AM
Hai malik.. sempat ke melantak tadi??

tak sempat la agaknya..kesian malik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.085880 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list