|
|
[Tempatan]
KELATE SEMAKIN PARAH : Penduduk Manek urai terpaksa panjat bukit untuk selamat.
[Copy link]
|
|
|
darkcloud posted on 25-12-2014 01:56 PM 
Orang rasa orang pantai timur yg sepatutnya tinggal dalam rumah skyscrapers mcm apartment dan kondom ...
org pantai timur ade byk tanah... takde makna nak dok kondo....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 25-12-2014 01:21 PM 
Dah ada yang minta derma nak sewa helikopter lak, helikopter tentera pun xleh masuk lagikan yg org a ...
idea bdk2 tak byr2 ptptn la nih..... gomen lmbt katanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Taknak duduk rumah skyscrapers.. sila hadap ler banjir every year.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 25-12-2014 01:57 PM 
org pantai timur ade byk tanah... takde makna nak dok kondo....
dok dalam kondo, pastu bela lembu dalam kondo
(ayat radio buruk)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok berita tadi Sultan Perak titahkn buat solat hajat esok
dan minta SEMUA bentuk hiburan sempena
tahun baru DIBATALKAN......... wow tahniah 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 posted on 25-12-2014 02:01 PM 
dok dalam kondo, pastu bela lembu dalam kondo
(ayat radio buruk)
letak sutun bini 3 tu skali...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian pak polis dan tentera.. anak bini diorg pun sempat tak di selamatkan.. jgn ler harap sgt diorg tolong.. diorg pun manusia biasa jugak.. sian kerajaan persekutuan pulak yg di persalahkan setelah diberi BRIM dan pembangunan ECER... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
darkcloud posted on 25-12-2014 02:01 PM 
Taknak duduk rumah skyscrapers.. sila hadap ler banjir every year..
sbb tu rumah zamn dulu tinggi tiang tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 25-12-2014 11:22 AM
Anggaplah ini bala yg menimpa kpd penduduk Kelantan. Apa yg kita perlu buat ialah berikan bantuan se ...
i xrs pemimpin pas kelantan kecoh pun psl hudud ni..cm tv yg bakar line..saja dok ungkit yg lim kit siang x terima pas klu apply hudud..so,siapa yg nak up ni..tv xpepasal gi cari lim kit siang..kwn2 aku yg dlm unit amal xhenti2 buat keje..xdgr pun psl hudud..semua dok ckp kesian kesian..ni politik okeh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Changa posted on 25-12-2014 05:31 AM 
abang2 askar kekar dah sampai heret boat sis @sayang_mulut
#huntonglahhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Air mula masuki laluan Pengkalan Chepa
SAPINAH AB GHANI
25 Disember 2014

Keadaan paras air di Jalan Tok Guru berhadapan Pasar Raya Bilion Mart Tanjung Chat sekitar jam 11.30 pagi ini.
KOTA BHARU - Paras air Sungai Kelantan yang semakin meningkat sejak semalam kini telah melimpahi bandar Kota Bharu dan sedang memasuki laluan ke Pengkalan Chepa.
Tinjauan Sinar Harian di Jalan Tok Guru sekitar jam 10 pagi tadi mendapati air sudah dapat di laluan berkenaan, dan difahamkan laluan menghubungkan bandar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa itu ditutup sejak 9.30 pagi tadi.
Orang ramai, Zalman Ibrahim, 38, berkata,dia dalam perjalanan ke Jalan Sri Cemerlang terpaksa berpatah balik berikutan penutupan laluan tersebut.
"Paras air d laluan hadapan Pasaraya Billion Mart juga semakin naik, mungkin akan terus naik selepas ini, jadi saya memilih untuk berpatah balik bimbang sekiranya air terus naik dan saya terkandas di situ," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Sementara itu, Penyelia Jabatan Pasaraya Bilion Mart, Mohd Kori Mohd Daud berkata, air mula melimpahi perkarangan pasar raya itu kira-kira jam 11 pagi.
Menurutnya, ketika tiba di premis berkenaan sekitar 10 pagi, air belum sampai ke pasar raya berkenaan, namun difahamkan memenuhi kedai makan bertentangan sejak jam 5 pagi.
"Air naik begitu cepat, kami sepatutnya menutup operasi hari ini berikutan kenaikan paras air,namun disebabkan permintaan dari para pelanggan, aktiviti perniagaan dilakukan namun untuk separuh hari sahaja," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 25-12-2014 12:46 PM 
hikmahnya kejadian mcm ni.... semua jd sama je tak kira sapa.... makan apa yg ade.....
hikmahnya banjir ini, dua2 highlighted thread utk banjir dibukak dan dimenten dgn rajinnya oleh dua forumer yg selalu cari pasal, sorang sebab suka menghencap, sorang sebab suka meroyan...musim banjir ni jadi insan berguna menyalur maklumat, berhenti seketika dari menghencam dan meroyan
Last edited by hzln on 25-12-2014 02:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pgkln chepa dh naik air...harap2 airport tu tk naik lagilah...kalo idak, abisssss |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bantuan tak sampai, terpaksa masak guna air sungai
FATHIN ATHIRAH HASLI
25 Disember 2014

Pasukan bantuan menghantar bekalan makanan untuk kegunaan mangsa dari Kampung Keroh yang terjejas akibat limpahan air Sungai Nal dekat Kuala Krai hari ini.- Foto Bernama Pasukan bantuan menghantar bekalan makanan untuk kegunaan mangsa dari Kampung Keroh yang terjejas akibat limpahan air Sungai Nal dekat Kuala Krai hari ini.- Foto Bernama
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – Paras air semakin meningkat, manakala bantuan yang dinanti pula tidak kunjung tiba berikutan cuaca buruk melanda daerah Kuala Krai, Kelantan.
Terkandas di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan, rata-rata mangsa banjir di Sungai Durian, Kuala Krai mengakui semakin resah dan bimbang terhadap keselamatan diri masing-masing.
Seorang mangsa banjir, Sumariya Ibrahim, 35, berkata, dia terpaksa menggunakan air sungai yang keruh untuk memasak makanan yang ada untuk keluarga dan mangsa banjir yang lain.
“Pada hari pertama, kami hanya diberikan beras, air mineral sekotak untuk satu keluarga, biskut kering dan empat tin sardin. Kesemua mangsa banjir terpaksa mencatu makanan, bekalan air bersih sudah tiada! Kami terpaksa berjimat cermat kerana bekalan makanan semakin kurang.
“Saya terpaksa gunakan air sungai yang keruh mengalir untuk menyediakan makanan untuk keluarga. Kami tiada pilihan lain lagi. Keadaan di sini menghimpit kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Menceritakan pengalamannya menempuh tragedi ini, dia yang merupakan tenaga pengajar di Tadika Kemas Mengkebang, Kuala Krai menyifatkan fenomena banjir kali ini merupakan bencana terburuk pernah dialami.
“Sebelum ini saya pernah berhadapan dengan situasi seperti ini, namun sejak 10 tahun lalu, inilah banjir paling buruk pernah dialami oleh saya dan penduduk lain.Kami berlindung di sini (pusat pemindahan) sejak hari pertama rumah kami ditenggelami air. Kini sudah tiga hari saya bersama suami dan anak-anak berada di sini.
“Saya tinggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang, hanya anak-anak dan suami bersama saya. Kami mengharung air setinggi paras pinggang bersama enam anak-anak kami dalam keadaan gelap, hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya,” rintihnya.
Difahamkan, lebih kurang 500 mangsa banjir termasuk bayi, kanak-kanak dan warga tua mendapat perlindungan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kampung Tok Bok, Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
“Kesihatan segelintir mangsa banjir di sini mulai terjejas. Bekalan ubat pula sudah tiada. Kami cuba hubungi talian kecemasan namun talian selalu sibuk lebih-lebih lagi dengan keadaan seperti ini.
“Hujan sudah mula berhenti, tetapi paras air terus meningkat. Setiap jam kami dapati paras air meningkat sehingga dua inci,” jelasnya lagi.
Sehingga kini, mereka masih menunggu pelbagai bantuan khususnya makanan, minuman dan bekalan ubat-ubatan daripada pihak berkuasa.
ARTIKEL BERKAITAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
'Tolong kami, air makin tinggi'
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Disember 2014

Keadaan air di Sungai Kelantan bagaikan lautan, semalam Keadaan air di Sungai Kelantan bagaikan lautan, semalam
KOTA BHARU - “Tolonglah kami, kami terperangkap dan air semakin tinggi dalam rumah, tiada bantuan dan kami menuju ke bukit berhampiran untuk menyelamatkan diri.”
Itu rayuan seorang mangsa banjir yang menghubungi wartawan Sinar Harian apabila rumah mereka di Manek Urai, Kuala Krai, dilimpahi arus deras banjir.
Wanita yang dikenali sebagai Wan Amina memohon bantuan Sinar Harian untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana keadaan sekitar kampung mereka lumpuh sepenuhnya tanpa mendapat bantuan sebarang pihak.
“Kami sangat takut, anak kecil menangis, ada orang tua yang sakit, tolonglah kami supaya dapat keluar dari sini," katanya sambil menangis teresak-esak.
Keadaan genting itu adalah sebahagian daripada kisah banjir melanda hulu Kelantan, yang dianggap terburuk dalam sejarah negeri ini.
Hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama di negeri ini, malah kenaikan paras air yang mendadak di beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu bagaikan mengimbau kembali pengalaman bencana alam yang sama pernah berlaku pada 1962.
Walaupun dalam kawalan, pihak berkuasa mengakui beberapa lokasi di daerah ini, mangsa tidak dapat dipindahkan berikutan arus deras yang membahayakan anggota penyelamat.
Malah, beberapa helikopter bantuan makanan tidak dapat mendarat, ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu.
Bandar Kuala Krai juga hampir lumpuh sepenuhnya apabila banjir memenuhi bandar itu termasuk beberapa pejabat kerajaan.
Pintu masuk ke Kelantan juga turut terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, air melimpah di Sungai Durian, sementara Simpang Pulai-Cameron Hinglands ditutup kerana tanah runtuh. Selain itu pintu masuk dari arah utara juga lumpuh berikutan tanah runtuh banjaran
Titiwangsa di laluan lebuh raya Timur-Barat.
Sementara itu di Kota Bharu, setakat jam 7 petang, air dari hulu Kelantan mula melimpah, malah pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) telah memindahkan beberapa pesakit ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Berdasarkan laporan portal e.banjir kerajaan negeri, sehingga jam 6 petang semalam, sebanyak 126 pusat pemindahan banjir dibuka iaitu pertambahan 30 pusat pemindahan melibatkan 26,749 mangsa banjir daripada 8,101 keluarga yang dipindahkan berbanding kelmarin, hanya 21,600 mangsa.
Jajahan Pasir Mas masih lagi mencatatkan jumlah keluarga dipindah paling ramai iaitu 2,294 keluarga melibatkan 21 pusat pemindahan untuk menempatkan 6,641 mangsa .
Manakala jajahan Gua Musang pula sebanyak 18 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan 7,285 mangsa daripada 1,880 keluarga dan ditempatkan di tiga daerah utama iaitu Galas, Chiku serta Bertam.
Selain itu, beberapa jalan utama beberapa jajahan di sini turut terjejas kesan daripada limpahan air sungai yang mula memasuki bandar dan kawasan perumahan.
Jajahan Machang catatkan angka paling tinggi apabila tujuh jalan utama kini ditutup kepada semua kenderaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali kurang kan sikit nonton porno wahai penduduk pantai timur....  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 02:19 PM 
Air mula masuki laluan Pengkalan Chepa
SAPINAH AB GHANI
25 Disember 2014
billion mart tu memang duk kawasan rendah sikit....so logiklah air mengalir ke kawasan tu dulu...jgn limpah sampai jalan besar dah lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|