CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 25-2-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lg yer TT..x puas kakzue baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 05:17 PM | Show all posts
x cukup nape sikit sangat n3 nya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 25-2-2015 08:39 AM
Berat untuk membiarkan Jie pergi. Zulkarnain mengambil keputusan menemani Jie sahaja didalam kereta  ...

Dable post.

dable POSt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 06:48 PM | Show all posts

da ammend da.. cari gila kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 06:55 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-2-2015 08:49 PM

" Ray.." Jie segera menepuk pipi Rayyan untuk membangunkannya. Usahanya berhasil apabila melihat suaminya mula membuka mata pelahan lahan. Rayyan tampak bingung.

" Kenapa dengan I sayang?" Kepala rasa berat. Rayyan cuba bangun namun tidak berdaya. Dia baring semula di atas katil.

Jie cuma geleng. " I tak tahu ! Tiba tiba saja you pengsan.." Walau hubungan mereka bermasalah Jie tetap risaukan suaminya. " You nak I bawa pergi jumpa doktor ke?" Wajah Rayyan ditenung namun lelaki itu hanya menggeleng.

" Bagi I rest kejap .." Rayyan mahu ambil kesempatan ini supaya Jie menemaninya. Jie cuma membiarkan. Bangkit mahu keluar dari bilik untuk memberi ruang suaminya berehat.

"Sayang teman I please .." Jie ditarik supaya berada disisi. Rindu.

"You tidurlah .. I teman you.." Jie mengalah. Mengambil tempat semula disebelah Rayyan.

" Thanks !" Mata dipejamkan. Rayyan terlena semula. Jari jemari Jie masih digenggam erat.


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 07:08 PM | Show all posts
sapa yg dajalkan rayyan... mcm ada org yg gunakan ilmu hitam saja ni TT...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rayyan mati kot nnti kena santau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 07:41 PM | Show all posts
elia201 replied at 25-2-2015 10:55 AM
" Ray.." Jie segera menepuk pipi Rayyan untuk membangunkannya. Usahanya berhasil apabila melihat sua ...

Yang ni aku kabo dlm komen aku abe syg, cantik tapi kosong.

Jie, aku akui . Jie cantik tapi dia takde ilmu berubat or firasat like tahu suaminya disihir(well, klo watak dlm.cter ni disihir)

Kbye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2015 08:20 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-2-2015 10:57 AM

Rayyan kekok berhadapan dengan Faridah. Walau sudah lama mengahwini Jie namun ini kali pertama Rayyan bersua muka dengan ibu tiri Jie. Rasa serba salah kerana tidak pernah  kenal mesra dengan wanita itu. Malah sewaktu mereka berkahwin, Faridah juga tidak dapat hadirkan diri kerana punya urusan lain.

Baru Rayyan tahu selama ini Jie gemar 'melarikan diri' ke rumah isteri kedua Dato' Hanafi supaya tidak dijejaki. Rasanya Khalid pun tidak begitu kenal rapat dengan Faridah.

" Ray sarapanlah dulu sebelum balik. " Pantas Faridah mempelawa  anak muda dihadapannya. " Jie dah hidangkan semua." Walau tak pernah bertemu, Rayyan masih suami anak tirinya. Tetap akan dilayan baik seperti tetamu.

"Jie mana Aunty?" Sedari bangun dari tidur Rayyan melihat isterinya tiada. Puas sudah mencari.

" Jie dekat luar. Nanti Ibu panggilkan.." Belum sempat Rayyan menahan Faridah sudah mula melangkah pergi untuk memanggil Jie.

"You dah ok ke?" Teguran Jie mematikan langkah Faridah. Mata memandang Rayyan yang masih lesu.

"Jie dengan Ray borak lah. Ibu ke depan kejap." Sengaja Faridah membiarkan pasangan suami isteri itu berdua. Memberi ruang mereka berbincang.

" You nak balik terus ke you nak makan dulu ?" Jie terus saja menyoal. Tak mahu Rayyan berlama lama lagi disini.

"Kalau I cakap I nak you ! Boleh?" Rayyan senyum menyakat. Terlupa sebentar pertelingkahan antara mereka.

Jie hanya menjeling , malas layan. " Then I prefer you balik terus !" Kaki menghala ke pintu. Tombol dipulas lalu dibiarkan terbuka luas. " Drive carefully Ray !"  Sedih namun Jie pasrah.

Sejak peristiwa semalam Jie sedar Tengku Safiah tak mungkin akan memaafkannya seumur hidup dan perkahwinan mereka juga tidak dapat diselamatkan lagi.

Rayyan sebak. " Sampai hati you, kan? You kejam sayang ! You cuma fikir hati you yang sakit saja ! Selfish ! Pernah tak you fikirkan I? I pun sedih sayang ! Bukan you seorang !" Sungguh dirinya juga pilu dengan segala yang terjadi.

" Of course lah you sedih. Sebab youlah punca semua ini !" Jie menjawab sinis. " You bunuh anak I !" Emosinya mula tidak stabil. " I benci you Ray ! I benci!" Tanpa diundang air mata jatuh lagi.

Rayyan kaget. Isterinya didekati. "Bukan anak you seorang sayang ! Anak I jugak !" Tubuh langsing itu diraih dalam pelukan. " I minta maaf sayang ! Maafkan I ! I tak ada niat nak sakiti you !" Berharap sangat Jie sudi memberi kemaafan.

" Itu bukan anak Ray ! Mama tahu itu bukan !" Tengku Safiah muncul di muka pintu. Khalid yang memberitahu Rayyan bermalam disini. Itu pun setelah puas dipaksa barulah anaknya itu membuka mulut. Tak rela Jie dan Rayyan berbaik semula. Maka, sanggup Tengku Safiah memandu ke sini untuk memastikan anak sulungnya pulang ke rumah.

" Mama tolonglah jangan bersangka buruk dengan isteri Ray !" Rayyan tak sanggup mendengar penghinaan terhadap Jie lagi.

" Ray.. Perempuan ini dah pukul Mama tapi Ray masih  tak nampak keburukan dia ?!" Tengku Safiah tak sangka Rayyan sebuta ini.  "Ini Mama Ray,  Mama yang lahirkan Ray !" Tangisan mula kedengaran. " Mama nak Ray ceraikan dia !!"

Biarlah menjadi punca keruntuhan rumah tangga anak sendiri Tengku Safiah sanggup ! Hati hanya akan puas setelah berjaya menyingkirkan Jie dari hidup anaknya.

"No Mama ! Ray takkan ceraikan isteri Ray !" Rayyan bersuara tegas.

Jari jemari  isterinya digenggam . "I nak you ikut I sayang !" Jie pantas menolak.

Rayyan tak peduli. Terus saja menyeret isterinya supaya menurut ." I said you ikut I, you kena ikut I ! You masih isteri I sayang !"

Berpaling ke arah Tengku Safiah. " Ray takkan balik selagi Mama tak berbaik dengan isteri Ray !!" Rayyan nekad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:15 PM

"Ray , Jie tak sihat ! Lepaskan dia !" Faridah terpaksa masuk campur. Suara pertengkaran antara Rayyan dan Mamanya sangat jelas kedengaran dari halaman rumah. Risaukan Jie mengatasi segala. Amanah dari Dato' Hanafi supaya menjaga Jie sebaiknya.  Malah , Zulkarnain juga berpesan supaya tidak membiarkan Jie disakiti lagi. Keadaan anak tirinya sangat rapuh ! Biarlah menjadi rahsia mereka. Rayyan terutamanya tak boleh tahu ! Apatah lagi dengan kehadiran Tengku Safiah disini.

" Apa maksud Aunty Jie tak sihat ?" Rayyan tak faham. Pada pandangan mata kasarnya Jie tampak sihat.

Faridah kehilangan kata kata. Kelu.

" Mama rasa Mama tahu !" Tengku Safiah menyampuk. "Isteri Ray ini dah gila meroyan sebab keguguran !  Psiko ! Elok Ray ceraikan dia sebelum dia jadi beban pada Ray." Yakin tekaannya benar.

"You memang melampau Saf !" Faridah bengang. Bukan baru sehari dua Faridah kenal dengan Tengku Safiah. Masak benar dengan perangai wanita itu. "Apa salah anak I dekat you sampai macam itu sekali you benci dia?!"

"Anak you ni... Jari menghala ke arah Jie... kurang ajar ! Biadab ! You tau tak Ida anak you tampar pipi I semalam? Dia langsung tak respect I sebagai mertua !" Sempat Jie dijeling penuh benci.

Faridah tersentak. " Ibu tak pernah ajar anak ibu jadi biadab ! Kenapa Jie buat macam itu?!" Kesal dengan pelakuan anak tirinya.

"Jiha tak sengaja Ibu ! Dia cuma tak boleh kawal diri. Aunty yang provok dulu."Zulkarnain tak mahu Jie diasak lagi. Wanita itu masih belum kuat untuk berdepan sebarang tekanan. Hajat untuk melawat Jie namun tak sangka keriuhan ini yang menyambut kedatangannya.

"Aunty kesian dengan kamu !" Tengku Safiah bersuara sinis. Pandangan mata dihala tepat ke arah Zulkarnain. " Apa kamu dapat bela perempuan ini ?! Najiha ini tak sebaik yang kamu sangka ! Bayangkan dia masih isteri Ray tapi keluar berduaan dengan kamu ! Perempuan baik takkan buat macam tu !"

Zulkarnain tahu wanita dihadapannya bijak bermain kata kata. " Terpulang Aunty nak cakap apa saja.. Zul tak kisah !" Zulkarnain berpaling ke arah Rayyan.

" Better you bawa Mama you balik. And one more thing, ikutlah cakap Mama you. Ceraikan isteri you! Mama you puas, Najiha pun tak sakit hati lagi.." Walau baru dua kali bersua muka, Zulkarnain tahu Tengku Safiah memang membenci Jie.

"Ceraikan isteri I supaya you boleh kahwin dengan dia?" Rayyan senyum sinis. "I think we should talk. Man to man ! Shall we?" Rasa lebih baik mereka berbincang berdua.

"Ok fine !" Zulkarnain terus saja setuju. Memang ada benda yang ingin dibincangkan dengan Rayyan.

"Mama balik dulu. Ray ada benda nak settle. Kita jumpa dekat rumah." Usai berkata begitu Rayyan terus keluar. Zulkarnain hanya menurut langkahnya.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2015 11:38 PM

"You sedar tak you bermain dengan api?" Rayyan tak faham dengan lelaki dihadapannya. Sudah jelas Jie itu isterinya tetapi Zulkarnain tetap saja menjalin hubungan dengan Jie. "Seronok ke dapat runtuhkan rumahtangga orang lain ?" Soalan itu akhirnya terluah.

"You yang rosakkan rumah tangga you sendiri Rayyan !" Zulkarnain senyum sinis. " Jangan salahkan orang lain !"  Sememangnya Rayyan adalah punca segala kekusutan ini.

Rayyan hanya menghela nafas panjang. " I tahu silap I!" Serentak peristiwa malang itu bermain di minda. "Tapi you orang ketiga dalam perkahwinan kami ! You tak sepatutnya ambil kesempatan untuk buat keadaan bertambah teruk ! I masih cintakan dia !" Namun bagi Rayyan, lelaki dihadapannya ini tetap menangguk di air keruh. Mendekati isterinya semasa krisis melanda perkahwinan mereka.

" Berapa you nak supaya you lepaskan Najiha ? I sanggup bayar !" Sudah lama berfikir bertemu empat mata dengan Rayyan untuk membuat tawaran ini.

"What?!" Rayyan tersentak. Terkejut dengan 'urus niaga'yang ditawarkan Zulkarnain. " You fikir I materialistik ? You simpan saja duit you ! I tak berminat !" Tak sangka lelaki itu menganggap dirinya sanggup ' menjual' isteri yang dicintai. "I takkan ceraikan Jie ! My decision is final !" Tegas sekali nada suaranya.

" Just say it Rayyan ! How about 500k?" Zulkarnain memulakan 'sebut harga'. Masih lagi tidak putus asa.

Rayyan geleng. "No !" Cintanya tak mungkin dijual beli.

" Then 1 million ?" Zulkarnain cuba memancing lagi. Duit sememangnya bukan masalah. Yang penting Rayyan menceraikan Najiha.

Kesabaran Rayyan makin tipis. " You boleh offer I sampai 1 billion tapi I takkan ceraikan isteri I !" Mata Zulkarnain ditentang. "Cuba bayangkan you ditempat I. Ada lelaki lain sibuk kejar isteri you sehingga sanggup 'beli' dengan duit semata mata nak miliki isteri you. Apa perasaan you?" Rayyan mahu Zulkarnain berfikir waras. Tindakan lelaki itu agak keterlaluan.

Zulkarnain senyum. " Kalau Najiha isteri I , I akan pastikan I buat yang terbaik supaya tak ada lelaki lain boleh rebut dia dari I ! I takkan buat mistake macam you !"

" I belajar dari kesilapan ! I takkan putus asa pujuk isteri I dan I yakin Jie akan maafkan I ! Tolong lupakan hajat you untuk berkahwin dengan dia sebab I takkan ceraikan dia !" Rayyan sekali lagi menegaskan pendiriannya.

"You akan ceraikan Najiha !" Zulkarnain merenung tepat ke mata Rayyan.

" For your information, I dah 'tidur' dengan isteri you  !  'Body' Najiha memang best !  Tak macam orang dah kahwin langsung ! I makin jatuh cinta !" Senyum kemudiannya untuk menambahkan sakit hati Rayyan.

"You memang dayus kalau you masih simpan dia sebagai isteri you !" Usai berkata begitu Zulkarnain terus berlalu. Puas hati ! Yakin hajat bakal tercapai tak lama lagi.

Rayyan masih terpaku. Sukar untuk terima hakikat Jie sanggup mengkhianati cinta dan kasih sayangnya.


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 07:07 AM | Show all posts
Esmiria replied at 24-2-2015 09:20 PM
Asal aku hrp jie jdi gay after dua jantan hancurkn htinya?



adik, hati dihancurkan lelaki x bermakna kita lupakan Allah dan sebagai umatNya ... jadi gay ke lesbo ke apa ke bukan takdir kita sebagai org Islam... unless kalo u bukan org islam fitrah dan naluri nak jadi gay sentiasa jadi impian u, by all means
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 08:31 AM | Show all posts
thanks tt for the n3...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 08:52 AM | Show all posts
nampak sangat si zulkarnain ni ada agenda tersendiri yg jie sendiri tak mengetahuinya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Jie x keguguran ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:41 AM | Show all posts
RAYYAN jgn cepat terpedaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 01:04 PM | Show all posts
I rasa mengandung...tu..psl rayyan mabuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:59 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-2-2015 04:35 PM

Panggilan dari Tan Sri Isa membawa kepada pertemuan mereka disini. Rayyan tak pasti kenapa. Papa beriya mengajak berjumpa. Ada perkara penting yang ingin dibicarakan. Tak mahu Tengku Safiah ada bersama.

"Ray dah lama sampai ke?" Tan Sri Isa menggamit anaknya. Rayyan hanya angguk.

"Ada apa Papa ajak jumpa ni?" Rayyan terus saja bertanyakan soalan yang bermain diminda sedari tadi. Bau makanan membuatkan tekak rasa mual. Cuba bertahan namun gagal. Segala yang dimakan sebelum berjumpa Tan Sri Isa terhambur keluar. Mata Rayyan berair . Kepala pusing.

Tan Sri Isa kaget melihat anaknya. Pantas memanggil pelayan restoran untuk membersihkan segala muntah Rayyan.

"Ray ok ke tak ini ? " Hati mula berdetik sesuatu. Pasti andaian yang bermain difikirannya sejak semalam ada kebenaran. Tan Sri Isa merenung Rayyan bersimpati.

Rayyan geleng. "Entah Pa ! Ray tiba tiba allergic dengan bau certain food. Trigger tekak Ray jadi mual and end up muntah." Kepala yang mula memberat di picit. "Jumpa doktor pun tak tahu sakit apa." Penyudahnya Rayyan malas peduli. Tambah pula sakitnya datang dan pergi.

Tan Sri Isa teringat sesuatu. " Ray yakin ke Najiha miscariage ?" Tak sabar menanti jawapan anaknya.

"Betullah ! Kenapa Papa tanya?" Rayyan menyoal naif. Ini bukan kali pertama soalan ini ditanyakan kepadanya. Malah pembantu rumahnya juga pernah menyuruh memeriksa jika benar Jie keguguran. Rayyan yakin isterinya tidak berbohong. Mustahil Jie tidak memberitahu Rayyan jika masih mengandungkan anaknya.

Tan Sri Isa menghela nafas panjang. " Papa nak Ray buat something... Kalau Ray masih sayangkan Najiha, ikut cakap Papa !" Harapan Tan Sri Isa agar Rayyan setuju menurut kata katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 06:16 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-2-2015 10:15 PM

Ada kejutan yang dirancang untuk Jie. Zulkarnain sengaja mengajak Jie menemaninya ke rumah anak yatim ini. Disini tempat uminya selalu menghabiskan masa membuat kerja amal membantu menjaga anak yang sudah tiada beribu maupun berbapa. Ini detik terbaik untuk memperkenalkan Jie kepada uminya.

" Kenapa you bawa I ke sini ?" Jie pelik dengan Zulkarnain. Macam mana Zulkarnain tahu tempat ini?  Tasik dan bangku panjang direnung.  Persoalan timbul di hati.

" I nak bawa you jumpa some one special ! Sama penting dengan you dalam hidup I." Zulkarnain sengaja membiarkan Jie tertanya tanya. Mahu membuktikan hasratnya untuk menyunting Jie sebagai suri hidup bukan mainan !




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:20 PM

"Mommy !!" Tasha berlari mendapatkan Jie. Seronok bukan kepalang kerana melihat kelibat Mommy yang sudah lama tidak menjenguk muka. Jie pantas mendepa tangan lantas mendukung tubuh kecil itu. Pipi gebu Tasha dicium sepuas hati. Rindukan anak angkatnya.

"Daddy mana Mommy?" Petah bibir comel itu menyoal. Serentak itu Jie terkenangkan Zack. Sudah lama tidak bersua adik iparnya.

Zulkarnain mencuit pipi anak kecil dalam pelukan Jie. "Daddy tak ada ... Tapi Papa ada.. Come sayang !" Tangan dihulurkan. Tasha senyum suka. Beralih ke dukungan Zulkarnain. Walau terkejut kerana anak itu memanggil Jie sebagai Mommy namun riak wajahnya selamba. Tak pasti hubungan antara Jie dan si comel itu.

"Ini Tasha.. Anak angkat I.." Jie menerangkan tanpa diminta. Zulkarnain angguk. Faham. Terhibur melayan keletah Tasha.

" Najiha !" Suara itu memang tak asing lagi pada pendengaran Jie. Mungkinkah dia...

"You.."Jie tak sangka bertemu Zack disini. "You seorang saja ke? Zeeta mana ?" Mata melilau mencari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.205582 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list