CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 5-8-2010 11:23 AM | Show all posts
Tepat pukul 5.00,  kereta Alphard Datuk Jalil tiba di pekarangan AEON Tebrau City. Mereka berlima di ketuai pemandu pelancongnya Jazlan terus keluar.

“ Kat sini semua ada. Nak shopping banyak choice. Lepas shopping, kita boleh makan pastu tengok wayang. Tapi kalau korang nak pergi Danga Bay pun okay juga”

Izlyn mencuit lengan kemeja Adham. Tadi dalam kereta dia berharap dapat duduk sebelah Adham tapi Jazlan yang bertubuh gempal sudah mengecop tempat duduk paling belakang untuk dia dan Adham. Terpaksalah Izlyn duduk sebelah Najlah.

“ Encik Adham, saya tak cukup duit. Saya tak sangka kita kena duduk sini semalam. Macam mana nak beli baju?” suaranya muram. Adham mengeluarkan wallet.

“ Nah, saya bagi pinjam RM300. Kalau pergi outstation dapat allowance. Nanti  awak boleh bayar balik”

“ Terimakasih Encik Adham. Encik Adham baik sangat. Macam manalah saya nak balas budi baik Encik Adham” Bersinar sinar wajah Izlyn. Dia melipat wang dengan cermat dan memasukkannya dalam dompet.

Shahrul yang menyeringai dari tadi berbisik ke telinga Adham” Dia teringin nak balas dengan body kot”

“ Cheh! Jaga sikit mulut kau” dengus Adham membuat Shahrul ketawa.

“ Apa Shahrul kata? Cakaplah” Izlyn memandang dengan mata membulat

“ Jangan busy body. Men’s talk” balas Shahrul

“ Mengumpat lah tu” celah Najlah. Dia boleh meneka apa yang di bisikkan. Aku pun geram tapi sabar sajalah. Dalam kereta tadi dia cuba berbual dengan Izlyn tapi gadis itu membisu. Sedikit pun tak nak layan aku. Agaknya dalam dunia Izlyn cuma dia dan Adham saja  makhluk yang ada.

“ Korang cepatlah pergi beli baju. Kejap lagi orang ramai . Hari Jumaat lepas ofis saja penuhlah tempat ni” kata Jazlan.

“ Encik Adham tolong saya pilih baju ya?” pinta Izlyn.

“ Dia mana tahu pilih pakaian perempuan . Adik beradik dia semua lelaki. Baju isteri dia pun dia tak pernah belikan.” Najlah mengenyit mata pada Adham. “ Biar akak tolong Izlyn”

“ Okay, settle. Kita pergi Jusco dulu. Izlyn ikut Najlah pergi Ladies Department. Aku dengan Shahrul pergi tempat lelaki” kata Adham tanpa mempedulikan muka Izlyn yang masam mencuka.  Nanti dia suruh aku pilih panty dan bra … eeee… suey sepuluh tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2010 11:25 AM | Show all posts
“ Yang mana lagi cantik?” tanya Izlyn sambil mengacu dua t shirt lengan panjang berlainan warna ke tubuhnya.

“Saya tengok dua dua pun sama saja..Tanyalah Najlah. Orang perempuan punya mata lain sikit..” balas Adham dengan bosan. Semua nak tanya pendapat aku.  Cuma pakaian dalam saja dia pandai cari sendiri. Semua orang dah beli pakaian kecuali dia yang masih terhegeh hegeh membuat keputusan.

Najlah yang sedang membelek sehelai seluar khaki mengangkat mukanya.

“ Yang warna pic lagi sesuai untuk Izlyn. Colour dia sweet. Tapi cuba lah dua dua.” cadang Najlah.

Adham menangkap mata Najlah dan menjeling pada jam tangan. Waktu untuk mereka cabut sudah makin dekat. Jazlan dan Shahrul juga sedang berlegar di dalam kedai pakaian Giordano.  Macam  nak merompak kedai pula aku ni. Tapi dia perlu berhati hati agar rancangan mereka berjaya.

“ Ala…Encik Adham cakaplah yang mana Encik Adham suka “ rengek Izlyn, tidak puas hati.

“ Kamu ingat aku pondan kah? Dua dua pun aku tak suka, aku tak pakai baju perempuan”  Adham mendengus.

Adham ni pun , tak sayang mulut. Najlah berpaling dari situ bila tawanya hampir terburai.

“ Kenapa Kak Najlah tak pergi lagi ke rumah emak saudara dia. Kata kena tolong kenduri kahwin?”  tanya Izlyn pada Adham. Kenapa Najlah mesti ikut? Menyibuk saja. Sepatutnya aku seorang saja bunga di antara kumbang kumbang. Sebab ada Kak Najlah, Adham tak nak layan aku..

“ Entah. Sekejap lagi lah agaknya” Adham menebar pandang pada pengunjung Aeon Tebrau City yang lalu lalang. Makin lama makin ramai membanjiri shopping mall yang terbesar di JB. Sudah hampir dua jam mereka di situ. Mula mula ke Jusco, kemudian ke MNG, Padini dan entah berapa kedai lagi mereka terpaksa tawaf untuk mencari pakaian untuk Izlyn. Adham terpaksa melayan kerenah Izlyn demi Datuk Badri. Sudah dua kali Datuk Badri menelefon untuk bertanya khabar sekaligus menekankan sekali lagi yang dia harus menjaga Izlyn. Risau betul orang tua itu bila mendengar yang penerbangan balik ke KL di batalkan. Ini cuma JB lah Datuk, bukannya London. Tak adanya orang nak kidnap si Izlyn bertuah ni pun.

“ Dah mengantuk?” tanya Izlyn bila Adham menguap. “ Saya pun mengantuk. Tapi saya takut lah nak tidur seorang dalam bilik hotel. Saya tak biasa. Aircond dia sejuk sangat. Nanti Encik Adham boleh tolong saya tutupkan aircond tak?”

Adham tidak mempedulikan soalannya. “ Izlyn, kamu nak beli atau tidak baju tu. Cepatlah. Kita nak pergi makan lepas ini. Kami semua dah lapar.” Minah ni sengaja nak lama lama di sini dengan aku. Macamlah aku tak tahu taktiknya.

“ Saya cuba dulu, ya. Nanti Encik Adham cakap yang mana satu lagi cantik, okay?. Encik Adham jangan pergi mana mana tau.” Pesan Izlyn sambil menuju ke bilik persalinan.

Alhamdulillah. Akhirnya! Adham terus mencari Najlah. “ Let’s go”.
“ Driver  tunggu kat main entrance. Aku call dia sekarang. Kau ambil lif kat sebelah kiri sana. Have a safe trip.” Jazlan bersalaman dengan mereka.

“ Thanks a lot Jazlan. You pandai pandailah  jawab kat Izlyn. Kalau dia tanya, kata aku ada family emergency ke.. whatever lah.  Shahrul aku amanahkan kau jaga Izlyn. Kalau ada apa masaalah , jangan cari aku. Kau call Datuk Badri terus.” Adham menggengam tangan Najlah dan menuju ke lif. Yes! Merdeka!

……………………………………………………………………

NOTA KAKI> SORRY KALAU BERTERABUR , TAK SEMPAT NAK EDIT SBB TAKUT KAT KORANG YG DAH NAK :@ SMILEY... HE HE HE
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:26 AM | Show all posts
...bila pula LALA ngan YEM nak lari dr perempuan tue...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:28 AM | Show all posts
yess..yessss....padan muka  izlyn tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:32 AM | Show all posts
i plak yg nerves kt sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 11:40 AM | Show all posts
Saya dah baca semua cerita smiley....sejak dari teratak lagi...
TAPI MEMANG x ada HOT HOT HOT ; ...
qimi08 Post at 5-8-2010 10:13


smiley mmg tak pandai buat cerita HOT HOT HOT waima HOT yg 18 SX atau HOT yg membuat org nangis & benci
sbb tu smiley respek betul penulis yg boleh buat cerita yg hot, tragis, mendebarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-8-2010 11:43 AM | Show all posts
arjunn

ko perangat lagi rumah YEM ngan LALA  biar kasi HOTTTTT

caman kasi BLING kasi HOT rumah ...
wwannurr Post at 4-8-2010 14:31


er... takut lah nak HOTTT kan
nanti kena kunci plak
tp sememangnya smiley tak pandai pun nak buat adegan HOTTTTT... tak cukup ilham kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:49 AM | Show all posts
tak sabr nk tngu n3......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 11:54 AM | Show all posts
t.q smiley.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:57 AM | Show all posts
thanks smiley

aduii lagi tak sabar dbuatnye nak tngu next n3 camne kalutnye izlyn gedik bila tau adham dah takde
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:57 AM | Show all posts
smiley mmg tak pandai buat cerita HOT HOT HOT waima HOT yg 18 SX atau HOT yg membuat org nangis  ...
sang_arjuna Post at 5-8-2010 11:40

Itu adalah bakat masing2 yg ALLAH anugerahkan...
Setiap org ada kelebihan tersendiri..
Yang pasti cerita smiley dalam "kancong" berdebar-debar.. panic
masih ada selingan kelakar secara spontan.....
blh pula kita ketawa dlm2 waktu kecemasan or darurat
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:58 AM | Show all posts
smmiiiillleeeyyyy

suka sangat sangat dengan plan diorg tu
rasa puas baca n3 ni
tp kalau lg byk n3 lg suka hehehehehe
memang n3 smiley berbaloi2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:59 AM | Show all posts
smiley...takpela takde yg HOT HOT HOT pun...dah cukup menarik dah pun...buat kita semua tertunggu2 sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 12:01 PM | Show all posts
Itu adalah bakat masing2 yg ALLAH anugerahkan...
Setiap org ada kelebihan tersendiri..
Yang past ...
qimi08 Post at 5-8-2010 11:57



    betoi tu kak qimi
tp saya suka smiley dengan stail camni jer
cukup buat hati kita berdebar-debar dan ketawa lebih2
i like it
very2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 12:02 PM | Show all posts
slmat tgh ari sume...

smileeyyy  suka baca n3 kali nie...
boleh lak dia org main lari2 dari izlyn...tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 12:05 PM | Show all posts
berjaya gak yem escape dari izlyn yg gedik tu...
padan muka izlyn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 12:05 PM | Show all posts
pdn muka pompuan tue...
akhirnya berjaya pun LALA ngan YEM...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 12:11 PM | Show all posts
Apa jadi pada izlyn...hu hu hu takut dia report kat dato basri
Dlm jahat izlyn tu...akak kesian juga takut org lain ambil kesempatan atas
sikap "desparate" izlyn tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 12:18 PM | Show all posts
yes..... bebas dah yem dari tahanan si psyco izlynnn
juna sambung lagi please..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 12:30 PM | Show all posts
smiley mmg tak pandai buat cerita HOT HOT HOT waima HOT yg 18 SX atau HOT yg membuat org nangis  ...
sang_arjuna Post at 5-8-2010 11:40


x semestinya yg HOT tu jadi very HOT dan x semestinya yg COLD tu so COLD...terletak pada citarasa masing2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.094703 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list