CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

Pelajar mati ditembak Polis:Dewan Negara bahas-post 1535# pg 62

  [Copy link]
Post time 28-4-2010 11:51 AM | Show all posts
Remaja mati ditembak: BN, Pakatan ‘bersaing’ di Shah Alam

Norsiah (kanan) menunjukkan gambar Aminulrasyid, anaknya yang mati ditembak. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR, 28 April — Dua hari selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi menjadi tumpuan media di Selangor.

Bagaimanapun kali ini bukan kerana kempen pilihan raya kecil tetapi memperlihatkan sokongan kepada keluarga seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis di Seksyen 11, Shah Alam awal pagi kelmarin.

Semalam, kerajaan pusat mengumumkan satu panel khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

“Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus.

“Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu,” katanya di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Aminulrasyid Amzah, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu.

Keluarga itu turut dilawati Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang memberi jaminan beliau akan membangkitkan isu kematian remaja itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini bagi meminta supaya polis menjalankan siasatan kes itu secara adil.

Beliau berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sendiri telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat.

Noh berkata Umno negeri sedia membantu termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan.

Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong pula berkata insiden itu menimbulkan persoalan sama ada polis telah bertindak dengan cukup munasabah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.

Kata beliau, persoalan itu timbul apabila ada insiden membabitkan wanita dan golongan remaja menjadi sasaran tembakan polis atas nama mahu mempertahankan diri mereka daripada penjenayah.

“Oleh itu perlu ada kajian semula segera berhubung peraturan dan prosedur berhubung penggunaan senjata oleh polis,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Ibu remaja tersebut, Norsiah Mohamad, 60, ditemani oleh peguam-peguam Pakatan Rakyat untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam petang semalam, menggesa agar satu siasatan bebas dilakukan oleh Bukit Aman.

Gesaan itu disokong oleh Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Penerangan PKR Latifah Koya.

Dalam laporannya, Norsiah melahirkan kekecewaan kerana anaknya dilabel sebagai penjenayah.

Peguam N. Surendran dan Latifah dilantik oleh keluarga mangsa.

Bagimanapun Norsiah dibawa keluar oleh seorang yang mendakwa sebagai ahli keluarganya sebaik sahaja laporan polis dibuat.

Surendran memberitahu The Malaysian Insider bahawa keluarga berkenaan berhadapan dengan tekanan agar menggunakan peguam-peguam Umno.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 11:54 AM | Show all posts
reply to mak ayam selma :

Apa pemahaman engkau tentang penjenayah?Kategori jenayah apa yg membole ...
serafina Post at 28-4-2010 11:43


statement ko ni ditujukan kepada kak salmah jakun kan?sbb ko tak tulis kepad siape ni,,,tapi aku rase kak salmah paham ni utk die,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:54 AM | Show all posts
kejadian ni betul2 menjadi iktibar pd semua pihak.....byk hikmah yg Allah nk tunjukkan disebaliknya sebenarnya......

kpd pihak org awam ( terutamanya pd ibubapa dan anak2 )

- jgn benarkan anak2 memandu/ menunggang tanpa lesen
- jgn izinkan anak2 bwh umar keluar rumah mlm2/pagi2 buta...kecuali kecemasan
- jgn langgar undang2 lalulintas
- jgn engkar arahan polis

pd pihak polis

- jgn sembrono/membabi buta lepaskan tembakan
- banyakkan latihan menembak
- pasang cctv/alat rakaman pd MPV spy ada bukti
- tingkatkan professionalisme/khidmat selari dgn kenaikan gaji

kpd kerajaan

- jgn kedekut bajet utk mempertingkatkan lagi kemudahan/gadget utk polis
- jgn cuba menutup kesalahan polis

listnya mungkin byk lagi......tp mmg kes ni bagi pengajaran sgt pd semua org...

pd aku sendiri, anak kecik lagi la kan tp aku akan larang laki aku lepak2 sampai 2-3 pagi kt kedai mamak atau pun gerai pakcik mat juai mee sup dpn umah aku ni lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:55 AM | Show all posts
reply to mak ayam selma :

Apa pemahaman engkau tentang penjenayah?Kategori jenayah apa yg membole ...
serafina Post at 28-4-2010 11:43


org yg langgar mercedes tak brenti, then langgar lampu merah.. gesel motosikal lain...
tak berenti bila polis suruh berenti dan memandu tanpa lesen adalah penjenayah....
si penjenayag remaja itu bukan buat 1 kesalahan ...tapi at least 3 lagi kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:55 AM | Show all posts
kebanyakkan orang kat malaysia ni memang ada simpan sebilah parang/ senjata dlm kereta
digunakan un ...
the0ne Post at 26-4-2010 10:56 PM


ko pon simpan ke?
bukan tak boleh ke simpan barang2 tajam macam parang tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:56 AM | Show all posts
Remaja mati ditembak: BN, Pakatan ‘bersaing’ di Shah Alam

Norsiah (kanan) menunjukkan gambar Am ...
ifanonline Post at 28-4-2010 11:51
uncle budak ni kan dari umno..aku rasa dia org akan lebih sincere dari pkr yang cuma nak raih populariti....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 11:57 AM | Show all posts
So kalau suspek boleh tembak mati terus lah?
serafina Post at 28-4-2010 11:47


tenguk keadaan, kalau terdesak dibolehkan... tapi pepaham jer la diwaktu genting kekadang susah nak fikir secara rational samada diri sendiri safe ke tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:58 AM | Show all posts
Reply 891# olaklempit

asyik ulang2 benda yg sama........kalau jadi pd anak ko mcmn? kalau jadi pd anak sedara ko mcmn? kalau jd pd adik-beradik ko mcmn?

tolong laaaa........bangun dari tidur mimpimu itu..........

anak buah aku kena kena gantung sekolah 2 minggu.............semua lelaki..........sorg sbb fly........sorg sbb pukul budak.......sorg lg sbb hisap rokok.......baru je minggu lepas kena tangkap................

2 minggu diorg x pegi masuk kelas..........2 minggu pembelajaran tertinggal..............patut kah aku marah pd pihak sekolah krn dgn menggantung persekolahan mrk selama 2 minggu menyebabkan mrk tertinggal pelajaran?

ini adalah akibat lantaran kenakalan mrk.............setiap org ada kes/bencana masing2.............x perlu lh ulang2 ckp psl "kalau jadi pd anak ko mcmn? kalau jadi pd anak sedara ko mcmn? kalau jd pd adik-beradik ko mcmn?"...............

apabila ko tulis mcm nie, itu lh menunjukkan sifat semulajadi org2 melayu.......iaitu penyakit hasad dengki............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 11:59 AM | Show all posts
huissh baru aku tau kat malaysia neh dalm kete byk bawak segala tok nenek parang,kapak  takut aku de ...
alesandra Post at 28-4-2010 11:47


hnaya org2 felda dan flat pprt bawak segala mak nenek senjata dlm kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:59 AM | Show all posts
uncle budak ni kan dari umno..aku rasa dia org akan lebih sincere dari pkr yang cuma nak raih popul ...
geolimarkisa Post at 28-4-2010 11:56


sekian,terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:00 PM | Show all posts
planted evidence - polis assumed budak 15thn ni nak rompak 7-11 kat shah alam.sbb tu kene ada parang ...
meshni Post at 28-4-2010 11:36



    so ada parang apa masalahnya? parang tu menunjukkan dia penjenayah ker? parang berguna kalau nak kopek durian...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:00 PM | Show all posts
nonie5 :: hahaha..apsal kau bengang sangat aku marah ni?
so...kalau disyaki sebagai suspek penjenayah..?
boleh la tembak terus kasi mampus?
whateverrr


Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.

"Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya"


**alahai ayat tipical polis2...  
jangan la bagi ayat bohong..nak muntah aku...
konon ade parang? terus syak penjenayah?
wekkkkk
pembohong la sangattttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:02 PM | Show all posts
kalau kat utube - police chase overseas...

pihak polis akan cuba menamatkan adengan kejar mengejar secepat mungkin supaya tidak membahayakan nyawa org lain (pemandu/penunggang/pejalan kaki/dll) walau apa cara skalipun..

tembakan dilepaskan kalau line clear utk mengelakkan drpd terkena pada org lain.

tembakan yg menyebabkan kematian tu sebelum or selepas polis tembak tayar?

note: MP5 effective/deadly range (clear shot) = 100m
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:03 PM | Show all posts
kejadian ni betul2 menjadi iktibar pd semua pihak.....byk hikmah yg Allah nk tunjukkan disebaliknya  ...
melia_star Post at 28-4-2010 11:54



Teman ada mu2 tetapi anak anak tidak pernah di benarkan naik mu2. (sentuh bley)
Kalau nak bawak keter........ambik lesen dulu.
Kalau ada lesen mu2, sorry............still a no no.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:03 PM | Show all posts
Reply  olaklempit

asyik ulang2 benda yg sama........kalau jadi pd anak ko mcmn? kalau jadi pd an ...
ismauzair Post at 28-4-2010 11:58

coba budak penjenayah itu langgar anak diorang sampai mampus time tgh lari kena kejar tuh...
agak2 dia nak menggelupor back up penjenayah remaja melayu islam itu jugak ker??
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:05 PM | Show all posts
Bdk umur 15thn..d main reason dia tak berenti polis thn sbb panic..dia kena tembak betul2 di simpang nak masuk ke rumah dia..nak kata tembak tayar tp tersasar tak logik sbb peluru betul2 kena tepat di belakang kepala..there were no such thing as parang ke pisau ke apa dlm kereta..
Kesian family dia..budak tu keluar mlm tanpa pengetahuan mak dia sbb nak tgk bola kat kedai mamak..kesalahan dia sbb memandu tanpa lesen dan tak berhenti bila polis tahan,maybe panik dan takut..tp tak sepatutnya dia ditembak smpi mati..he was a nice  boy..feel so sad for him n his family..


maka taatlah pada ibu bapa,
kalau tak taat dan buat tanpa restu,
jangan salahkan orang lain if anything happen,..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 12:05 PM | Show all posts
Banyak jugak versi berita yang aku baca..ada yang kata ditembak mati wktu pursuit, ada yang kata dah ...
FMKiller Post at 28-4-2010 11:48



    Kau tgk tak gambar mcmana keadaan kereta tu terjunam dlm parit?logik ke dia tgh mengundur dan kemudian ditembak,sempat lg nak tukar gear 1(kalau manual) utk gerak ke hadapan dan menjunam dlm parit?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:06 PM | Show all posts
coba budak penjenayah itu langgar anak diorang sampai mampus time tgh lari kena kejar tuh...
agak ...
Selma_Jeskova Post at 28-4-2010 12:03



citernya tentu akan jadi lain pulak...........tp lain mcmn tu aku x tau........mcm2 boleh jadi........
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:08 PM | Show all posts
org yg langgar mercedes tak brenti, then langgar lampu merah.. gesel motosikal lain...
tak bere ...
Selma_Jeskova Post at 28-4-2010 11:55



    So boleh jatuh hukuman tembak smpi mati la?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:10 PM | Show all posts
So boleh jatuh hukuman tembak smpi mati la?
serafina Post at 28-4-2010 12:08


yes,,,,di haruskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055064 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list