|
Uzir nak psiko Fuyah la tuhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
aduhh...best gilerr...ingat da 3 page x bce msti n3 byk gilerr...ghupenye pminat2 setia uzir ngan fuyah yg byk kumen2..hahax~ |
|
|
|
|
|
|
|
uzir buat cam tu supaya fuyah pujuk...
dia nak tengok b'gaimana gelabahnya fuyah..
dalam hati sure gelak sakan tu..
cuma depan fuyah aja control garang...
... tunggu n3 seterusnya; atau terus ke finale ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak smbg nie..., yer betul aku pun rasa jwp fuyah tetep uzir....
cepat2 la smbg....tak sabar nak tau....,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
n3 n3 n3....... uzir dan fuyah |
|
|
|
|
|
|
|
tak sbarnye nk tgu new n3..... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti juna plak nk test kita semua sabar ker tak dengan kelambatan sambungan seterus nyer errr jangan mara ye smiley
cepat lah uzir buat plan bagus punya bair sampai fuyah terharu uhuk uhuk kegembiraan |
|
|
|
|
|
|
|
Nafas Uzir terhenti seketika. Beberapa kepala turut berpusing 90 darjah dari paksi leher. Hadirin majlis makan malam itu yang kebanyakkannya lelaki mula mencuci mata.
Fauziah melangkah perlahan ke foyer Ballroom II, Mandarin Oriental. Jalan kena berhati hati, tak pernah aku pakai kasut stiletto 3 inci. Tapi best juga, merasalah jadi tinggi. Taklah aku asyik dok pandang dagu orang je bila bercakap.
" Cik dari company mana? Can I have your business card? " tanya gadis manis berbaju kebaya di meja pendaftaran.
" Tapis Engineering. " balas Fauziah sambil mengorek tas tangan. Kad nama nya di serahkan. Gadis tadi memangkah namanya dari guest list lalu mempelawanya masuk.
" Hi Fauziah. Baru sampai?" Rifdi tiba tiba berada di depannya. Walauwei, hensem siot mamat ni. Terubat seketika hati aku yang walang. Tapi boleh jamu mata jer, jangan lebih lebih.
" A'ah. Er... boss I dah sampai ke?" Fauziah mengilas pandang ke sekeliling. Mak aihh.. banyak nya buaya tersengih sengih. Berbaloi aku dress up malam ni. Blaus Thai silk turquoise bermanik di leher yang di padankan dengan skirt labuh warna hitam membuatnya nampak lebih dewasa dan anggun. Terimakasih pada Alia dan Kak Liza, fashion consultant tak berbayar. Mudah mudahan ada yang sudi offer aku kerja. Lagi cepat aku blah dari Tapis lagi bagus. Hati Fauziah mula menggelegak bila teringat gelagat Uzir. Nasib baik aku belum bagi jawapan. Entah entah aku salah tafsir mimpi yang aku dapat selepas solat istikharah.... kena buat lagi lah malam ini.
" Uzir dah lama sampai. He came straight from the office. Itu dia" Rifdi menuding jari ke arah Uzir yang sedang berbual dengan seorang wanita bertudung. Fauziah memandang dengan hati sebu wanita itu melepas tawa besar dan bertepuk tampar dengan Uzir. Uzir pun apa kurangnya. Tersengih sampai tak cukup pipi.
" Hello, apa khabar? " tegur seorang lelaki dalam linkungan 40an berbadan gempal. Matanya berlari dari atas ke bawah membuat Fauziah tak selesa. Ingat aku ni GRO kelab dangdut kah, pandang macam tu.
" Fauziah dari Tapis Engineering" Rifdi memperkenalkan mereka. " Datuk Jazri, CEO Bio Cendana. Excuse me, I kena pergi sambut VIP. See you later " Rifdi terus berlalu pergi meninggalkan mereka.
" Company I pengeluar produk herba yang terbesar di Malaysia. Tentu Cik Fauziah pernah tengok produk saya di farmasi, kan? Kacip Fatimah, Tongkat Ali dalam bentuk kapsul memang laris betul. Mujarab tau produk I." Pakcik Boroi itu tersengih gatal sambil meraup dagu. Fauziah terkebil kebil, takut nak senyum nanti dia ingat aku sama gatai. Bukan aku tak pernah dengar tentang Datuk Jazri ni, dia pernah di gossip dengan artis janda meletup. Fauziah memerah otak bagaimana hendak melarikan diri.
" Ha.. Fauziah. There you are. Lama I tunggu " Uzir mencelah dengan tiba tiba. Dia mengangguk ke arah Datuk Jazri. Player tua ni pun nak masuk jarum? " Jom ikut I. I nak you jumpa somebody"
Lega nya, desis Fauziah sambil memaniskan muka. Aku kena professional walaupun hati aku berkecai. Dia menapak sepantas yang mampu mengikut Uzir tanpa menoleh kebelakang hingga sampai ke meja di tengah dewan.
" Duduklah, ni meja kita." Dengan gaya gentlemannya, Uzir menarik kerusi untuk Fauziah seraya memperkenalkan nya pada tetamu lain di meja sama. Rata rata reaksi tetamu lelaki lebih kurang serupa macam Datuk Jazri. Tersengih sengih macam kerang busuk sambil meniliknya dari hujung rambut ke hujung kaki. Mereka ni datang nak cari peluang perniagaan atau nak cari gundik? Sabar jerlah.... aku desperate nak cari kerja baru. Dia berbual bual kosong sebentar dengan tetamu wanita di sebelahnya, Puan Sharifah Sakinah dari MATRADE sebelum acara di mulakan.
President & CEO CIMB memberi ucapan alu aluan di ikuti ucapan Menteri Kewangan. Semua hadirin menumpukan perhatian kecuali Fauziah yang masih di landa resah. Ada apa dengan Uzir? Di ofis bohlayan aku, kejap tadi sikit punya baik. Pening kepala memikirkan segala yang berlaku. Kalau Pak Menteri nyanyi lagu tema Akademi Fantasia pun dia tak sedar.
" Tutup mulut tu. And pay attention." bisik Uzir di telinga Fauziah. Fauziah segera mengetap rapat bibirnya. Malunya akuuu! Tengok tu , boss tekun mencatit nota dari ucapan tetamu kehormat. Patutlah dia jadi CEO dan aku.... aku bakal tanam anggur. Sedih, sedih. Fauziah menjeling ke arah Uzir. Uzir menghulurkan kertas padanya dengan muka serius. Apa ni? Fauziah memincing mata di dalam dewan yang malap.
Make sure you jangan layan crocs kat sini. Very dangerous. Nanti kena telan hidup hidup
Fauziah menekup mulut menahan tawa. Nak mati boss aku ni! Main passing passing nota macam budak sekolah. Pengsan aku kalau orang lain nampak. Hadoi.... tapi kenapa dia sibuk nak suruh aku berjaga jaga? Siapalah aku?
" Balik nanti I hantar, okay" Uzir bersuara perlahan. " I ada benda nak cakap, jangan nak lari"
Ha? Apa maksud Uzir? Perasaannya berbolak balik. Tiba tiba rasa panik. Uzir masih nak kawin dengan aku kah? Atau dia nak bagi tahu yang dia tarik balik lamarannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka berdua duduk di tangga berhadapan KLCC mengadap kolam yang tenang tak beriak. Pancutan air tidak menari nari seperti biasa. Pengurusan KLCC nak jimat kos agaknya. Lagipun bukan hujung minggu, pengunjung cuma beberapa kerat saja.
Kasut tingginya dilucutkan. Lenguh kaki sebab nak tinggi punya pasal. Fauziah mendakap lututnya yang di tarik merapati badan. Angin malam yang berpuput lembut mula menusuk ke tulang.
" Sejuk?" tanya Uzir. Tanpa menunggu jawapan dia menanggalkan kot lalu meletaknya di bahu Fauziah.
" Eh...tak payah. I tak sejuk." protes Fauziah. " Ambil balik lah." Kot biru gelap di kembalikan pada Uzir. Pandangannya di lempar jauh ke arah taman sekeliling mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia. Apahal Uzir ni? Tadi tak sabar sabar ajak aku balik. Tak sempat pun aku nak mengayat mana mana CEO untuk dapatkan kerja baru.
Uzir berdehem " Kenapa I tengok you macam tak selesa? Ada problem?"
APA? Aku ada problem? Memang aku ada problem. You are my biggest problem, gerutunya dalam senyap.
" Boss, I tak jadi pergi US. Kesian kat Abah. Tapi sekarang Kak Suria dah ambil tempat I. Boleh tak you tolong recommend I kat mana mana kawan you? Kalau tak kerja , macam mana I nak bantu Abah dengan Mak. Kerja apa apa pun I tak kisah tapi kalau boleh...."
" Sekarang ni susah nak cari kerja. You pun faham, kan?" jawab Uzir. Kasi torture sikit sama dia macam mana dia torture perasaan aku. Fauziah memuncungkan mulut.
" Tak apalah kalau macam tu. I balik kampung tanam jagung. Boss, apa kita buat kat sini? I kena balik awal kalau tak my housemate bising"
" You tahu kenapa kita kat sini. Jangan nak berdalih. I tunggu you punya jawapan. You kata nak bagi I jawapan dalam masa 3 hari tapi you mungkir janji. Kalau you tak sudi kahwin dengan I pun, at least bagi tahu. Jangan buat I macam tunggul." Suara Uzir tegang. Muka Fauziah mula merona. Aiseyman.... aku silap kira kah?
" Ermm... bukan hari ni hari ketiga kah?" Fauziah menggaru kepala " Mana saya mungkir janji? Sekarang baru pukul 10, ada masa lagi... he he!" Tawa nervous menyusul.
"Jangan nak loyar buruk. So, apa jawapan you?" Mata Uzir menusuk bebola mata Fauziah
" Tadi kat ofis, you marah je. I ingat you dah tukar fikiran, dah tak nak kahwin dengan I " Tekaknya rasa tersekat. Mata pula dah bergenang. Mukanya di tunduk.
Uzir mengeluh... budak ni! Ingat aku ajak kahwin main main? Patutlah muka Fauziah monyok saja hari ini. Uzir melembutkan suaranya.
" Memang I marah pagi tadi tapi sebab masaalah my father. Nanti I cerita. Tapi tak ada kena mengena dengan you. Sorry kalau you terasa. Sekarang I nak your answer. Cakap cepat, kalau tak I baling kasut you dalam kolam. " desak Uzir
Airliur di telan. Sepi memenuhi ruang antara mereka sejenak. Inilah saatnya. Bismillahirohmanirohim
" Nak." kata Fauziah separuh berbisik dengan anggukan kecil. Maluuuu makk.
Yahooo... jerit Uzir dalam hati. Kalau ikut hati nak melompat lompat buat breakdance kat depan KLCC ni walaupun hakikatnya aku tak reti breakdance. Syukur Alhamdulillah. Hajat aku telah termakbul. Tidak akan aku persiakan anugerah ini.
" Nak apa?" usik Uzir. Muka Fauziah makin merah, nampak jelas dalam cahaya malam yang samar.Eee.. pakcik ni lebih lebih pula, getus Fauziah
" Nak balik rumah" jawab Fauziah selamba lalu bangun.
" Fauziah! I humban you masuk dalam kolam!" gertak Uzir sambil menarik lengannya hingga Fauziah terduduk kembali. Kali ini lebih dekat dengan Uzir. Alamak, lalat pun susah nak lalu di antara aku dengan Uzir. Jantungnya mula bergendang. Rambut yang terjurai di sisip ke belakang telinga, jarinya tersentuh pipi Uzir. Cepat tangannya di jatuhkan ke riba.
" Sakitlah you tarik tangan tadi" kata Fauziah mengurut lengannya, cuba meredakan kekalutan.
" Padan muka, naughty lagi. Baik you cakap, nak apa?" gertak Uzir. Tawa di tahan melihat Fauziah terkulat kulat.
" Nak , nak... nak kahwin lah" teragak agak Fauziah menjawab. Jahatlah Uzir ni! Kuat buli!
" Dengan siapa?"
" Dengan Prince William, kalau tak Prince Harry pun boleh. Oww...janganlah cubit." Fauziah mengusap pipinya. Belum kahwin dah kena dera. Cisss! " Dengan awaklah" Suaranya antara dengar dan tidak.
" Betul ni?" Uzir menggengam tangannya " You betul betul ikhlas, bukan sebab kena cubit atau takut kena humban dalam kolam?"
Fauziah mengangguk. Mata mereka berpautan sejenak sebelum Fauziah melarikan pandangan dari tenungan Uzir yang menikam. Dadanya berselirat dengan perasaan halus yang indah. Pukulan jantungnya kencang tapi jiwanya tenang. Inikah perasaan cinta yang tulus suci? Ya Allah, kabulkanlah permintaan aku. Aku ingin menjadi isteri yang solehah kepada lelaki ini
" I love you" bisik Uzir
Ahh, indahnya dunia ! HOYEEE..HOYEE.. Mak, Abah, Fuyah nak kahwin! |
|
|
|
|
|
|
|
suka..suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe....bestnyer.....cepatler sambung banyak2 lagi....kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyerr.....tersengih aku sorang2 kat depan pc nie...
ada sambungan lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
hoyee....hoyee..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|