CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 24-2-2015 10:16 AM | Show all posts
mampos ar jie jd lauk pasni...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2015 07:40 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 24-2-2015 08:14 PM

Jie mencapai gelas lalu disua ke mulut.  Sebaik saja minum, satu benda kecil  mengenai bibir. Jie tersentak. Segera isi gelas ditenung. Sebentuk cincin cantik kelihatan terapung. Pandangan dihala ke arah Zulkarnain. Hairan !

Namun lelaki dihadapannya hanya senyum lalu mencapai gelas dihadapan Jie. Cincin dikeluarkan. Jari jemari mencapai kedua belah tangan Jie. Nafas dihela pelahan.

" I tak tahu kenapa tapi I rasa happy jumpa you semula Jiha !" Keceriaan jelas terpancar diwajah Zulkarnain. "Bila you cakap I future husband you siang tadi I was like.. why not I become the real husband to you ? I tahu you masih isteri Rayyan tapi I harap you sudi jadi isteri I after Rayyan ceraikan you dan temani I seumur hidup I. I janji takkan sakiti hati you macam yang Rayyan buat pada you !" Mungkin tindakan Zulkarnain agak gila. Namun dia punya alasan berbuat begitu.

Jie meleraikan genggaman tangan Zulkarnain. " I tak rasa ini lawak lagi Zul ! Please stop it !" Tak mahu Zulkarnain menganggap dirinya terlalu lemah sehingga lelaki itu sanggup mengahwininya semata mata kerana simpati !

Zulkarnain yang sudah menduga reaksi Jie masih tenang. " I tak buat lawak Jiha ! I buat semua ini sebab I mula jatuh hati pada you ! Umur I bukan muda lagi nak main main hal macam ni ! Please trust me !" Mengharap agar Jie mempertimbangkan lamarannya.

" I masih isteri Rayyan, Zul !" Itulah kenyataannya. Jie tak mahu lelaki dihadapannya menyalah anggap perhubungan mereka. " Lagipun you boleh dapat girl lain yang cantik dan fresh bukan macam I ! You tak deserve I sebagai isteri !" Anggap saja alasan itu sebagai satu penolakan. Jie tak mahu memberi harapan palsu !
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:08 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-2-2015 11:40 AM
Jie mencapai gelas lalu disua ke mulut.  Sebaik saja minum, satu benda kecil  mengenai bibir. Jie te ...

Klo da cinta.tak peduli la org tu tak fresh ke tak. Yg penting, sekrng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:09 PM

"I tahu I boleh dapat yang lagi cantik dan fresh dari you.." Zulkarnain gelak. Tak mahu keadaan menjadi tegang. "Tapi I tak nak ! I nak you !" Entah bila dan bagaimana Zulkarnain terpikat dengan wanita dihadapannya. Tak kisahlah Jie janda atau masih suci. Itu bukan satu masalah pada Zulkarnain.

"Lelaki..." Jie senyum sinis. Faham dengan lidah lelaki yang gemar bermanis kata. Cukuplah pengalaman dengan Zack dan hidup bersama Rayyan. Cakap tak serupa bikin !

"You yakin ke parent you boleh terima I?" Jie sengaja menduga. " You sendiri tahu keadaan I macam mana.." Sayu nada suaranya. Perutnya di sentuh pelahan. Bayangan itu muncul lagi.

"Parent I tak kisah siapa pilihan I ! Kalau you tak percaya ikut I." Jie ditarik untuk bangun sekali mengikut langkahnya. Lebih senang jika Jie dibawa berjumpa terus ibu bapanya. Spontan tangan Jie yang sedang berada diperut disentuh.

"I tahu Jiha ! Mungkin you lupa I doktor you !" Zulkarnain senyum. "Bagi I satu saja peluang.. I akan buktikan I boleh jadi suami yang baik untuk you dan ayah kepada anak kita." Mata merenung penuh berharap ke arah Jie. Ketulusan jelas terpancar diwajah.

Jie masih lagi membisu seribu bahasa. Lidah kelu untuk bersuara.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
I don't trust this zulkarnain... Something fishy here...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:20 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-2-2015 12:43 PM
"I tahu I boleh dapat yang lagi cantik dan fresh dari you.." Zulkarnain gelak. Tak mahu keadaan menj ...

Asal aku hrp jie jdi gay after dua jantan hancurkn htinya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2015 09:21 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-2-2015 12:43 PM
"I tahu I boleh dapat yang lagi cantik dan fresh dari you.." Zulkarnain gelak. Tak mahu keadaan menj ...

Asal aku hrp jie jdi gay after dua jantan hancurkn htinya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 24-2-2015 09:21 PM
Asal aku hrp jie jdi gay after dua jantan hancurkn htinya?


Jie akan jadi something dat even worse than gay...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 10:20 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-2-2015 01:32 PM
Jie akan jadi something dat even worse than gay...

biseks mungkin? atau transgender? asexual..suka haiwan?
Pembunuh? Saiko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-2-2015 11:28 PM

"Padanlah kamu beriya tuntut fasakh dari Ray !  Konon sedih !! Rupanya kamu dah ada jantan lain ! Alasan ! Dasar perempuan murah !!" Air dalam gelas dicurah ke Jie. Mujur saja Zulkarnain sempat menghalang. Kemeja yang dipakainya basah terkena air.

"Aunty please.. Ini tempat awam." Zulkarnain tak pasti siapa gerangan wanita dihadapannya. Muncul tiba tiba dan memaki hamun Jie. Tak mahu berkasar walau hati marah membara.

"Saf, jangan buat pasal dekat sini.." Tan Sri Isa segera menarik isterinya ke sisi. Sudah lama perasan kehadiran menantunya dan lelaki muda itu di restoran sedari tadi.

Kebetulan Tengku Safiah mengajaknya makan malam disini. Sengaja ingin merasai suasana romantik.

"Saf dah warning Ray awal awal, dari mereka tunang lagi ! Perempuan ini memang perempuan miang ! Abang nampak sendiri kan ! Anak kita belum ceraikan dia, dia dah ber'dating' dengan jantan lain.." Tengku Safiah mengalirkan air mata. Sedih bila memikirkan Rayyan. Rayyan terlalu cintakan Jie sehingga tidak nampak keburukan isterinya. Kesal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 11:36 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-2-2015 03:24 PM
"Padanlah kamu beriya tuntut fasakh dari Ray !  Konon sedih !! Rupanya kamu dah ada jantan lain ! Al ...

bnda ni tkkn jdi if jie ikut guideline islm. perempuan ialah fitnah berat untuk lelaki. Sebb tu  god tak kasi girl boy kuar berdua.....

So jie, you deserve that.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 11:37 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-2-2015 03:24 PM
"Padanlah kamu beriya tuntut fasakh dari Ray !  Konon sedih !! Rupanya kamu dah ada jantan lain ! Al ...

bnda ni tkkn jdi if jie ikut guideline islm. perempuan ialah fitnah berat untuk lelaki. Sebb tu  god tak kasi girl boy kuar berdua.....

So jie, you deserve that.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-2-2015 12:04 AM

Fahamlah Zulkarnain wanita anggun ini mungkin ibu kepada Rayyan. Mama mertua Jie !

"Aunty , Najiha bukan macam yang Aunty fikirkan ! Kami tak pernah ada hubungan sebelum ini. Aunty jangan main tuduh tuduh !" Zulkarnain sudah tidak boleh bersabar lagi. Wanita ini melampau  !

"Kamu tak ada hak nak masuk campur !" Tengku Safiah merenung tajam ke arah Zulkarnain. Berpaling ke arah Jie. " Entah entah anak yang kamu kandung tu bukan anak Ray ! Sebab itu anak itu gugur !" Perempuan macam kamu bukan boleh percaya !" Lancar saja ayat itu keluar dari bibirnya.

Jie terkesima. Tengku Safiah semakin keterlaluan ! Menjatuhkan harga dirinya serendahnya. Nampaknya Jie tak boleh berdiam diri lagi. Satu tamparan dihadiahkan ke pipi wanita itu. Jie sudah tidak peduli. Hatinya sakit !

Tengku Safiah tersentak menerima habuan yang tidak diduga dari Jie.Pipi terasa pijar. Tan Sri Isa tercengang. Zulkarnain juga tergamam dengan tindakan Jie.

"Puan Sri dah puas bercakap ?!" Nada suaranya sinis. "Jie syukur anak Jie mati sebab tak payah bernenekkan perempuan hati busuk macam Puan Sri ! Dengar sini Puan Sri ! Puan Sri dah buat Jie hilang anak Jie ! Jie akan pastikan Puan Sri 'hilang' semua anak lelaki Puan Sri !" Jie bukan setakat menggertak namun akan dibuktikan kata katanya. Biar padan muka Tengku Safiah !

"Sebelum itu, Jie nak anak sulung Puan Sri ceraikan Jie secepat mungkin !" Airmata ingin gugur namun Jie cuba bertahan.

Jie merenung ke arah Tan Sri Isa. "Jie minta maaf Tan Sri.. Halalkan makan minum Jie.." Usai berkata begitu Jie terus pergi. Tak sanggup berdepan dengan wajah yang pernah menyakiti hatinya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 12:38 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-5-2015 04:40 AM

Panggilan telefon yang diterima dari Mama membuatkan Rayyan rasa lemah longlai. Tak sangka Jie sanggup bertindak biadap menampar Mamanya ! Keguguran yang dialami Jie bukan alasan untuk isterinya kurang ajar sebegitu. Itu satu kemalangan yang tak disengajakan. Malah Rayyan juga sedih dengan kehilangan anak mereka. Bukan Jie sahaja merasa kepedihannya. Dirinya juga dihantui rasa bersalah hingga kini.

Dua tahun menunggu saat dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah doa mereka dimakbulkan cuma mungkin ada hikmah disebalik kehilangan yang berlaku. Rayyan terpaksa redha. Mengakui kesilapannya juga penyumbang ke atas segala yang menimpa. Kalau saja Rayyan bijak mengawal emosi mungkin keadaan tidak setegang ini.  Pasti mereka sedang bahagia bergurau senda sekarang.

Sungguh, Rayyan tak dapat menipu diri. Hati sangat merindukan isterinya. Kadang Rayyan terasa seperti Jie menemani lenanya namun bila mata dibuka Rayyan sedar semua itu hanyalah bayangan. Jie semakin jauh darinya. Perkahwinan mereka juga seperti retak menanti belah.

Namun , Rayyan takkan sesekali menceraikan Jie. Sehingga kini cintanya pada Jie masih utuh. Cuma Rayyan tak tahu ke mana hilangnya janji wanita itu yang takkan pergi dari sisinya. Walau hati gusar namun Rayyan yakin Jie masih mencintainya hanya mungkin kerana kecewa maka Jie memilih berhubungan dengan Iskandar Zulkarnain. Tak mungkin semudah itu Jie melupakan kenangan cinta mereka.

Malas memikir panjang Rayyan terus bergegas keluar. Niat hati untuk bertemu isterinya mendapatkan penjelasan. Biarlah sudah lewat malam Rayyan tak kisah !

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 01:09 AM | Show all posts
elia201 replied at 24-2-2015 04:38 PM
Panggilan telefon yang diterima dari Mama membuatkan Rayyan rasa lemah longlai. Tak sangka Jie sangg ...

Rayyan should die

klo shera hidup kn bgus, blh dia ambil kesempatan ini untuk pikat jie. Aku rasa,zul tu jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 09:49 AM | Show all posts
selamat pagi semua...tt...pls update ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 11:16 AM | Show all posts
rumahtangga tanpa restu orang tua memang payah nak kekal..

terjadi kat sedara aku...huhuhu..sampai bercerai berai..nampak sangat puas hati orang tua tu bila dah cerai
boleh pulak carikan bini lain utk anaknya..pilihan dia..

hehehe..sori TT...selingan sikit..kesan dari pembacaan ko punya citer nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:21 AM | Show all posts
Esmiria replied at 24-2-2015 10:20 PM
biseks mungkin? atau transgender? asexual..suka haiwan?
Pembunuh? Saiko?

haha...sengal
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 01:05 PM | Show all posts
elia201 replied at 22-2-2015 06:56 PM
Tepat jam 9 malam seperti yang dijanjikan Zulkarnain sudah terpacak menanti Jie diruang tamu rumah F ...

Aku nk kta peminat misterinya bkn laki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 04:37 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:13 PM

Berat untuk membiarkan Jie pergi. Zulkarnain mengambil keputusan menemani Jie sahaja didalam kereta walau pun mereka berada berhadapan dengan rumah Faridah. Niat awal untuk menghibur wanita yang mula mendapat tempat dihatinya namun sebaliknya pula berlaku. Jie dilihat termenung dari tadi. Tenggelam dalam khayalan. Keaadaan sekeliling tidak diendahkan.

" Jiha.. " Bahu Jie disentuh lembut. "I faham apa you rasa. Kalau you nak menangis , menangislah ! Jangan pendam ! I tak nak you tertekan.." Masih lagi tiada tindak balas dari Jie.

"Nur Najiha !!" Jie ditarik ke sisi untuk bersandar dibahunya. " I tak suka tengok you macam in ! Penuh dengan dendam , kebencian, kemarahan ! Let it go Jiha ! You hanya buat diri you tak happy dan stress !" Zulkarnain mengerti kesedihan yang dialami Jie. Tragedi yang menimpa dan baru sebentar tadi dihina mertua sendiri. Bahkan dimalukan dikhalayak. Pasti sedikit sebanyak wanita itu tertekan. Rambut Jie diusap cuba memujuk.

" Entahlah Zul ! I tak tahu kenapa I macam ini." Sungguh Jie rasa bersalah mengasari Tengku Safiah. Wanita itu tetap Mama mertuanya dan wajib dihormati. Terkilan dan menyesal silih berganti. Namun bila mengingati kata kata Tengku Safiah spontan rasa marah dan dendam bertamu.  Lantas Jie jadi hilang arah.

" It's ok ! I kenal you.. I tahu you macam mana.. Jangan risau.." Zulkarnain cuba menenangkan. Air mata yang mengalir dikesat.

"I nak masuk dalam.." Jie segera meleraikan pegangan Zulkarnain. Tak mahu sebarang salah faham timbul.  Zulkarnain hanya akur.

Jie terus membuka pintu kereta dan keluar. Ingin melangkah masuk ke dalam namun panggilan Zulkarnain memberhentikan langkahnya.

" For you.. " Jari jemari Jie dicapai lalu satu kotak baldu diletak dalam genggaman wanita itu. " Kalau you sudi terima I,  you pakailah cincin ni. I akan tunggu. Take care Jiha ! Nanti I call you.." Sempat tersenyum sebelum berlalu. Jie hanya membiarkan.  Tak sedar bila masa Zulkarnain pergi.

" Mesti mahal kan cincin hadiah dari 'buah hati' you?" Satu suara menegur sinis. Sempat melihat aksi tadi. Sengaja kereta diparkir jauh dan berjalan kaki ke sini. Rayyan sakit hati  !

Jie hanya merenung kosong Rayyan. " I tak ada mood nak gaduh dengan you sekarang. Better you balik. " Takut gagal mengawal emosi lagi. Lagipun Jie tak nampak ada kebaikan suaminya muncul buat masa ini.

"I bukan nak gaduh dengan you sayang !" Rayyan tenang. " I cuma nak berbincang dengan you. Apa salah Mama  sampai sanggup you berkasar dengan Mama?" Nada suaranya terkawal. Nampaknya Rayyan mula belajar dari pengalaman dulu.

"You better tanya Mama you. Papa you pun ada sekali ! I tahu I salah tapi Mama you memang melampau !" Jie menghela nafas panjang. Terbayang peristiwa tadi diruang mata. "Dah lewat malam ini. I nak masuk tidur." Malas Jie mahu memanjangkan perbualan mereka.

"Sayang please.. " Rayyan masih tidak jemu memujuk. Tekak rasa mual tiba tiba. Perut sebu.  Spontan Rayyan memuntahkan segala yang dimakan tadi. Penyakit misterinya menyerang semula.

" Sayang I rasa pening sangat..." Serentak itu pandangan Rayyan berpinar. Tumbang. Jie terpaku melihat keadaan suaminya. Panik !

Mujur saja pengawal yang diupah menjaga kediaman Faridah membantu Jie mengangkat Rayyan ke dalam.

Faridah yang sedang tidur terjaga dengan kekecohan di ruang tamu. Terkejut melihat Rayyan yang masih terbujur tak sedarkan diri.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.369547 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list