CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 21-1-2015 08:34 AM | Show all posts
pls update tt...rindu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 09:25 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-1-2015 11:58 PM
Qi yang sedang menonton tv mengomel-ngomel sendirian. Dua jari tangannya diletak di pipi sambil dia  ...

Okay..seriously nie lawak...hahaha

mod conan boleh jadi writer jgk la kat bod ni...ur language nmpk mcm ok
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 11:40 AM | Show all posts
tt bila nk update ni...Misah ngan Dollah dah selamat...
Qi ngan Qu Puteh ni bila lg nk selamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 11:54 AM | Show all posts
Ezzie replied at 21-1-2015 11:40 AM
tt bila nk update ni...Misah ngan Dollah dah selamat...
Qi ngan Qu Puteh ni bila lg nk selamat

sayanggg... Qu puteh tu selingan sajork laaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 12:04 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-1-2015 11:58 PM
Qi yang sedang menonton tv mengomel-ngomel sendirian. Dua jari tangannya diletak di pipi sambil dia  ...

Sungguh win!


Elok juga nicki lmbt updet boleh ler iols merangkak dr point yg sudah jauh ketinggalan pelan2...


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 04:50 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-1-2015 11:54 AM
sayanggg... Qu puteh tu selingan sajork laaa

dah tahu....tapi saja nak bagi nicki terbako
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2015 03:10 PM | Show all posts
Just nak ucap tahniah to nicki atas novel bercetaknya yg pertama. Iols x lepas nak lompat pagar kat sinun tp berdasarkan tajuk tred, confirmlah kan?

SAK masih kutunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 03:25 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 22-1-2015 03:10 PM
Just nak ucap tahniah to nicki atas novel bercetaknya yg pertama. Iols x lepas nak lompat pagar kat  ...

Yuhuu....gepren. Lama tak nampak hang ek?

Iya...confirm   *nada berbisik

SAK tu dah boleh buat pekasam rasanya. Entah bila nak jadi buku pun tak tau ler.

Mungkin publisher tersebut tak pandang iols yang hanya tahap PBNU ni, jadi nak terbit pun lambat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 03:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 22-1-2015 03:25 PM
Yuhuu....gepren. Lama tak nampak hang ek?

Iya...confirm   *nada berbisik

Oooo... x apalah... belum tiba masanya. Atau mkin ilham pena boleh terbitkan juga?lady nak try htr manuskriplah... bleh @Ipo  aka ilham pena?




Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 03:50 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 22-1-2015 03:41 PM
Oooo... x apalah... belum tiba masanya. Atau mkin ilham pena boleh terbitkan juga?lady nak try htr ...

boleh je Lady...dialu-alukan...

cuma Ilham pena ni kecik jek..

tak dak la segah penerbit lain...huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 04:27 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-1-2015 03:50 PM
boleh je Lady...dialu-alukan...

cuma Ilham pena ni kecik jek..

luaskan kuasamu miahahahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 10:10 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 22-1-2015 10:12 PM
cmf_conan replied at 22-1-2015 04:27 PM
luaskan kuasamu miahahahahaaaa

Amboih! Macam gila kuasa jek

Aku sedar diri...tambah kat sini..lagi kena sedarkan diri

NI mama TT ni?
Awak kat mana?
Awak buat apa?
Mana sambungannya??
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 12:45 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-1-2015 03:50 PM
boleh je Lady...dialu-alukan...

cuma Ilham pena ni kecik jek..

kita pom nak try ler publish kat kat ilham pena nih... tp sy tgh busy update ler ipo...tetmbh beban kerja...pastu ada menda2 nak kena buat... tuh yg x sempt nak update cerpen sendiri...idea beku lak kat otk ni sbb stress keje...hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 01:33 PM | Show all posts
Cadangan...
publish ler cerpen2 kat sini ipo. Buat dlm satu koleksi. Royalti kira harga kawan2...

on a serious note, lady teringin nak tulis skrip drama... bosan dgn lambakan drama cinta, rebut jantan, kahwin paksa yg ada di tv sekarang.
drama zahira tu mula mcm best. Heroin programmer, sistem kena kebas dek boypren then jumpa tokeh hotel yg buta IT.
ingat ada lah plot zahira buatkan sistem tuk hotel tu aleh2 jaga anak bos.   hujung2 rebut laki/permpuan jugakkk  
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 01:55 PM | Show all posts
Setuju cdgn........  @ladyFinger12

kita buat cerpen lain dr yg lain dr kengkawn2 kita...kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 01:56 PM | Show all posts
ikutkn lady, kahwin paksa tuh saya leh terima lgi...tp yg rebut2 hero/heroin tuh mmg tak suka betui...alih2 perempuan gak yg jaht....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2015 02:01 PM | Show all posts
sellie003 replied at 23-1-2015 01:56 PM
ikutkn lady, kahwin paksa tuh saya leh terima lgi...tp yg rebut2 hero/heroin tuh mmg tak suka betui. ...

Kita tukar.... kahwin diatur keluarga. Lg pun dlm islam mana ada boypren girlpren. Ye dak?
Lady pergi india, org islam kat sana amal agama cukup hebat. Bila cerita kat sini biasa je bercinta2 dulu b4 kahwin, derang tkejut gilerr..
Malu rasa sbb iols pun sakan bercinta dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 02:12 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 23-1-2015 02:01 PM
Kita tukar.... kahwin diatur keluarga. Lg pun dlm islam mana ada boypren girlpren. Ye dak?
Lady p ...

lady...awk mengingatkn saya kat ada sorg forumer CARI kat rumah seram tuh...huhu... lebih kurg macm lady...sbb cara penyampaian tulisan tuh kita tau dia org yg bagaimana...dia pom macm lady cuma bezanya dia bayk bgi tip2 tuk elakkn gangguan makhluk2 halus...mungkin itu kelebihan beliau...suka jek...cara dia bercerita pasal dia tika bercinta hgga dah kawin...sweet sgt..nampk suami dia syg ngan dia dgn cara tersendiri...rasanya suami lady pom camtu gak kan...

Sush ler nak kata lady...pokok pangkal hati kita gak kan... tau dah mana baik & buruk...kira anggp kita berkwn aje atas batas2 islam walaupun lelaki ngan perempuan...dan sudhnya kahwin...kira pengakhirn yg baik gak...

P/S adeh lady....dah nampk melalut kita kat umah cik niki sayang ni..ngamuk momod berdua tu karang nih...Sori Momod darling...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 01:28 AM | Show all posts
Salam,

Sorrylah (yg entah ke berapa kali) sebab lambat hapdet.

Harapnya cerita ni menuju garisan penamat dengan sempurna sebab daku kelemauan yang amat nak buat cerita ni. Apsal tah. Sel-sel otak tak berapa berhubung sangat

Sambung sikit.


OT:
Andai permintaan ini tidak keterlaluan, sudilah kiranya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibu mertuaku yang sedang berada di hospital ketika ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 01:34 AM | Show all posts
BAB 28

Mereka bergerak meninggalkan kawasan singgahsana. Zamzam dan Zuhril mengheret saja kuda milik mereka. Tidak ditunggangi.   

“Firus!” Zamzam melaung tatkala melihat kelibat Firus terkocoh-kocoh menghampiri mereka. Dia lalu turun dari tunggangannya lalu menyaingi langkah.

“Tuan Zamzam dan Tuan Zuhril tidak apa-apa?” Firus bertanya. Riak wajahnya penuh dengan tanda tanya berbaur keliru.

“Ke mana kau menghilangkan diri?” Soalan Firus tidak dijawab Zamzam. Soalan lain pula ditanya.

“Tadi, aku menurut Tuan dari belakang. Tapi, selepas tuan menyeberangi jambatan kecil itu, kelibat tuan terus hilang. Puas aku mencari. Kawasan ini aku kelilingi tetapi tidak berjumpa.” Terang Firus.

“Apa benar katamu, Firus?” Soal Zuhril, berkerut keningnya. Firus angguk. Sejurus, Zuhril mengalih pandang pada Esmira walaupun gadis itu kelihatan pura-pura tidak memperdulikan perbualan mereka.

“Siapa pula mereka?” Firus memandang ke arah Esmira dan Mak Inang.

“Penduduk tempatan.” Ringkas saja jawapan Zuhril. Firus diam, tidak bertanya lagi.

Zamzam membuat tak acuh dengan kehadiran dua orang perempuan yang berada bersama kini. Riak wajahnya masih serius dan sesekali, merengus. Tampak benar yang dia masih lagi menyimpan rasa sakit hati pada Esmira dan mungkin juga, kepada perempuan tua yang digelar Mak Inang itu.

Dia dan Zuhril menjarakkan diri beberapa langkah dari Esmira dan Mak Inang. Masih perlu berhati-hati. Tidak mahu sekiranya dilibas lagi dengan tongkat Mak Inang. Kelihatannya Mak Inang hampir hilang sedu-sedannya. Dan perempuan yang bernama Esmira itu agak lincah mempertahankan diri. Pendek kata, mereka perlu sentiasa berjaga-jaga. Sakit yang dirasa pada kepala penangan tongkat Mak Inang itu masih terasa sakitnya. Zamzam yakin, Zuhril juga begitu. Sesekali Zuhril mengurut perlahan bahu kirinya.

“Kau percaya yang mereka akan membantu kita?” Zamzam bertanya kepada Zuhril, hampir berbisik.

“Mengapa pula tidak?” Zuhril menjawab dengan soalan.

“Aku curiga dengan mereka. Bagaimana jika ini adalah perangkap?”

“Untuk apa mereka mahu memerangkap kita?”

Zamzam tiada jawapan untuk pertanyaan itu. Kesangsian masih tidak dapat dilupuskan dari hati. Mengapa mudah benar perempuan muda itu menuruti permintaan mereka, hanya dengan seutas rantai manik kayu? Siapa sebenarnya mereka ini? Dan apa pula kaitan si Penjual Tua di Pekan Keramat itu?

“Ke mana mereka mahu membawa kita?” Zamzam berterusan menyoal. Zuhril angkat bahu. Sudah pati dia tidak punyai jawapan untuk itu. Esmira dan Mak Inang itu dipandang seketika. Tidak dinafikan, dia juga curiga. Bimbang sekiranya gadis dan perempuan tua itu bertindak sesuatu diluar jangkaan tetapi, dia tidak punya pilihan. Fikirannya mengatakan bahawa benar Mak Inang itu tahu cerita mengenai anak Raja Zulkhan. Tapi, curiga Zamzam tidak boleh dipandang ringan. Zuhril menghembus nafas kasar. Berhati-hati. Itulah yang perlu mereka lakukan.

“Kau ada rancangan lain?” Zuhril bertanya apabila melihat riak wajah Zamzam yang tegang. Belum sempat Zamzam menjawab, terdengar suara Esmira.

“Sepatutnya, aku yang perlu curiga dengan kalian!” Tinggi nadanya. Zuhril dan Zamzam berpaling dan memandang Esmira. “Tidak sepatutnya kalian menjejaki kaki di sini.”

“Lalu, kenapa kau turuti permintaan kami? Percayai kami?” Zamzam menyoal balas. Nada jengkel terluah.

“Ikutkan hati, tak ingin rasanya aku membantu kalian.” Angkuh Esmira menjawab. “Jika tidak kerana Rouman...”

“Rouman?” Sahut Zuhril. “Siapa lelaki tua itu yang sebenarnya?”

“Kau tiada hak untuk tahu.” Balas Esmira. Zuhril menghela nafas lalu dihembus laju. Layanan kasar yang diterima dari gadis itu membuatkan hatinya meruap panas. Sungguh angkuh. Tetapi, berbeza pula layanannya kepada Mak Inang itu. Sungguh lemah-lembut sekali. Tingkah-laku gadis itu mengingatkan dia kepada seseorang. Syakilla.

Mereka meneruskan perjalanan dengan senyap. Semakin lama, semakin jauh ke dalam Keramat Maiya. Zamzam dan Zuhril semakin curiga. Firus juga namun dia lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Esmira. Ke mana kau mahu membawa kami?” Zuhril tidak dapat menahan diri dari bertanya. Esmira dan Mak Inang itu dipandang bergilir-gilir, Mak Inang terutamanya. Pelik. Sungguhpun sudah tua bongkok, kudrat orang tua itu masih utuh. Mak Inang masih mampu berjalan tanpa lelah. Langsung tidak kelihatan letih.

“Esmira!” Zuhril memanggil lagi apabila Esmira tidak menyahut. Gadis itu menoleh kali ini.

“Keramat Maiya masih berpenghuni. Tidaklah menjadi tinggalan begitu saja. Desa Maiya masih ada penduduk walaupun bilangannya sedikit.”

“Apa maksudmu?”

“Kau mahukan bantuan bukan?” Esmira menjawab soal.

Zuhril mengangguk.

“Aku akan membawamu kepada seseorang yang boleh membantu.”

“Siapa?” Zamzam pula bersuara. Esmira senyum sinis.

“Kalian dengar sini. Aku percayakan kamu kerana Rouman. Sebab itu aku bersetuju untuk membantu. Tetapi...” Kata-kata Esmira terhenti seketika.

“Aku tidak pasti sekiranya dia akan percaya dan sanggup membantu kalian.”

“Dia...siapa?” Zuhril menyoal buat kesekian kali.

“Namanya Kai.”

“Kai?”

“Panglima tentera yang terselamat dari perang saudara.”

Zamzam dan Zuhril saling berpandangan. Dari cerita yang pernah mereka dengar, Panglima Kai itu sudah mati. Bagaimana pula...

“Lekas.” Arah Esmira. “Tidak jauh lagi.”

Mereka menurut arahan. Perjalanan diteruskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.142531 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list